Hari ni seperti biasa aku akan solat istikharah. Dah beberapa hari aku buat. Aku nak minta petunjuk dari yang maha Esa. Kalau aku ditakdirkan untuk berkahwin dengan Nazran. Aku redha.
Malam ini aku berharap sangat aku mendapat petunjuk. Aku sudahpun membuat solat istikharah sebelum ini. Cuma belum dapat petunjuk lagi. Malam ini aku juga membuat solat sunat taubat dan solat sunat hajat.
Aku ingin bertaubat atas dosa-dosa yang aku lakukan selama ni. Perbuatan ku terhadap pak cik dan mak cik agak keterlaluan. Aku telah berkasar dengan mereka. Selain itu, dosa ku kepada Nazran atas kecuaian aku.
Aku bersolat hajat agar Allah memberi petunjuk serta jalan yang terbaik untuk hidupku.
Seandainya jodoh aku dengan Nazran telah tertulis. Aku terima. Namun jika dia bukan jodoh ku, bantulah aku untuk selesaikan semua kekusutan ini.
Setelah itu, barulah aku menunaikan solat istikharah. Aku berdoa agar yang perkara terbaik akan berlaku.
Malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali. Aku juga telah bermimpi. Dalam mimpi tu ada seorang lelaki yang memegang tanganku. Tapi sayang aku tak nampak wajah lelaki itu. Aku terus tersedar setelah itu.
"Apa maksud mimpi aku? Lelaki tu Nazran atau tidak?" aku berteka-teki dengan diri sendiri.
Hari sudah pun pagi. Aku solat subuh dan berdoa agar dapat pertunjuk yang baik. Disebabkan aku masih lagi mengantuk. Aku tertidur diatas sejadah dengan telekung yang masih dipakai.
Kali ini aku mimpi lagi. Aku nampak Nazran dalam mimpi aku. Jelas. Dia ada berbisik sesuatu kepada aku cumanya aku tak dapat nak dengar apa yang dia katakan.
Aku terjaga dari tidur dan bersedia untuk membuat keputusan. Aku berharap sangat walau apa pun keputusan yang aku lakukan ianya diredhai. Aku pun mahu bahagia.
Hari ini aku akan pergi berjumpa dengan Kak Nadrah. Aku akan mengatakan keputusan aku.
Aku juga akan menghubungi abah dan ibu. Aku mahu mereka mendoakan aku. Aku juga mahu memberitahu mereka tentang keputusan yang bakal dibuat.
"Assalamulaikum abah. Alis ni." kata aku sebaik sahaja aku menghubungi abah. Abah perlu tahu tentang ini.
"Abah, kalau Alis nak kahwin abah izinkan tak?" kata aku apabila abah selesai menjawab salam. Aku takut sebenarnya. Takut dengan reaksi abah.
"Hah? Alis nak kahwin? Kenapa tiba-tiba je ni?" soal abah.
Aku pun menceritakan apa yang terjadi. Aku mahu bertanggunjawab. Aku kesiankan Nazran. Tapi aku tidaklah menceritakan semuanya.
Abah terkejut tapi kata abah semua keputusan bergantung kepada aku. Abah setuju kalau aku setuju. Cuma abah sentiasa akan doa yang terbaik untuk aku. Abah pesan apa pun keputusan yang aku buat, aku perlu percaya dan yakin dengan ketentuan Illahi.
Abah mahu aku sentiasa berdoa dan memikirkan jalan yang terbaik untuk diri sendiri. Abah juga mahu aku redha dengan apa yang berlaku.
Aku juga menghubungi ibu. Ibu juga berpesan perkara yang sama. Cuma ibu menasihati aku agar tidak membuat keputusan yang salah. Ibu mahu aku fikir masak-masak dan tidak membuat keputusan terburu-buru.
Sebenarnya aku sudah pun membuat keputusan. Aku percaya ini yang terbaik untuk semua pihak.
Share this novel