Bab 2

Drama Completed 7887

"Assalamualaikum." ucap pak cik Ghani.

Pak cik Ghani baru balik kerja. Ketika itu aku sedang duduk diruang tamu.

"Waalaikumsalam." aku menjawab.

"Alis hujung minggu ada ke mana-mana?" soal pak cik Ghani. Dia duduk disofa dan membuka sarung kakinya. Lalu dia mencapai remote dan membuka televisyen.

"Tak pak cik." jawabku.

"Baguslah. Lagipun cuti-cuti elok duduk kat rumah je." balas pak cik Ghani.

"Dia nak datang ke bang?" tiba-tiba mak cik Leha datang dari dapur dan bersuara. Dia duduk bersebelahan pak cik Ghani.

"Nampaknya macam tulah." balas pak cik Ghani. Mereka seperti merancang sesuatu tanpa pengetahuanku. Siapa pulak yang nak datang?

"Ada orang nak datang ke pak cik?" soalku. Aku tahu tak baik mencelah tapi hati penasaran mengenai apa dan siapa yang dibualkan oleh pak cik dan mak cik.

"Ye kawan pak cik yang nak datang." pak cik menjawab pertanyaan ku. Tapi aku tidak puas hati dengan jawapan yang diberi. Apa kena mengena dengan aku?

"Alis dah dapat kerja?" soal pak cik Ghani.

Aku mengeleng.

"Memilih macam mana nak dapat kerja." kata mak cik Leha. Mak cik masih tidak lagi tidak puas hati dengan aku rupanya.

"Takpelah belum rezeki lagi tu." ujar pak cik Ghani.

"Yelah tu." kata mak cik Leha.

"Biarlah." kata pak cik Ghani. Mak cik dan pak cik berbual sesama sendiri.

Perbualan antara mak cik Leha dan pak cik Ghani aku biarkan sahaja. Aku beri ruang kepada mereka untuk berbual.

Aku terus keluar ke rumah dan duduk di pangkin depan rumah. Entah mengapa aku lebih gemar bersendirian.

Petang itu aku tidak berbuat apa-apa dan hanya melihat fac sahaja. Nampaknya ramai juga rakanku yang berbisnes. Kalau aku cuba mungkin boleh.

Tengah aku scroll wall fac aku terjumpa satu post yang berkaitan dengan resepi membuat kek dan pastri.

"Macam best je ni." kata ku bersendirian. Aku membaca resipi yang ditulis.

Tiba-tiba aku mendapat satu idea. Aku rasa mungkin lepas ni aku boleh menjual kek secara kecil-kecilan. Dulu pun aku suka membuat kek. Mungkin aku boleh cuba jual. Mana tahu boleh menjana pendapatan.

Seharian aku habiskan masa untuk mencari resepi yang mudah serta idea untuk memulakan bisnes.

"Hmm. Buat masa ni aku kena cari modal dan apa yang aku nak jual. Tapi kena yang sesuailah." bisik hatiku.

Aku berharap sangat yang idea aku ni menjadi. Aku betul-betul perlukan kerja. Sampai bila aku nak menganggur macam ni. Sekurang-kurangnya aku ada duit sendiri.

Tak dinafikan bahawa abah sering mengirimkan duit belanja untuk aku tapi sampai bila? Nanti habis juga. Dah sampai masa untuk aku berdikari.

"Haish runsingnya." pening kepala aku berfikir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience