Tiga tahun pun berlalu..
Hari ini genap tiga tahun perkahwinan aku dan Nazran. Alhamdulillah. Nazran rancang nak buat majlis kesyukuran sikit hari ni sebab nak raikan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga ini.
Ada abah, ibu dan saudara terdekat. Meriah jugak majlis hari ni. Aku sedang duduk bersiap memakai selendang dimeja solek.
"Sayang.." Nazran masuk ke bilik. Dia pakai baju melayu warna hijau sedondon dengan aku.
"Bie.." kataku. Perkataan bie dan sayang itulah yang kami gunakan sekarang. Nazran yang suruh. Aku ikutkan je.
"I love you." bisik Nazran. Dia pegang bahu dan kucup kepalaku. Kepalanya diletakkan atas kepalaku. Aku tersenyum ke arah Nazran didalam cermin dan pegang pipi dia. Situasi sekarang sama seperti mimpi aku awal-awal dulu. Rupanya itulah yang Nazran bisikkan.
"Dah siap ke?" soal Nazran.
"Lagi sikit. Jap eh." kataku.
"Okay." Nazran pakai samping dia.
"Hensemnya.." pujiku apabila aku siap memakai tudung.
"Mestilah. Awak pun cantik." kata Nazran.
"Dah siap?" soal Nazran.
"Dah." kataku.
"Jom.." kata Nazran.
"Bie.. Sayang ada rahsia nak bagitahu." kataku.
"Apa dia?" soal Nazran.
"Awak pregnant ke?" soal Nazran. Dia nampak teruja.
"Hah? Err.. Bukan.. Sorry.." kataku. Hmm.. Tiga tahun kahwin kami belum dikurniakan zuriat lagi. Tapi kalau ikutkan kami jadi suami isteri secara betul baru dua tahun. Yang setahun tu tak macam suami isteri sangat. Gaduh dan marah-marah.
Apa-apapun Insha Allah harap nanti adalah rezeki untuk kami dapat cahaya mata. Aku pun teringin juga nak ada anak.
"Oh.. Takpe nanti kita usaha lagi k." kata Nazran dengan lembut. Dia senyum. Dia sekali pun tidak pernah mengeluh atau marah bila bercakap tentang hal itu. Hai lah Nazran macam manalah aku tak jatuh cinta dekat dia. Dia terlalu sempurna.
"Apa rahsia awak nak bagitahu tu?" soal Nazran. Dia pegang tanganku.
"Awak ingat tak pasal macaron tu?" soal aku.
"Macaron?" kata Nazran.
"Yup." kataku.
"Macaron yang sedap tu ke? Kenapa?" soal Nazran.
"Sebenarnya macaron tu saya yang buat. Sorry sebab suruh bibik tipu awak." kataku. Aku tak nak ada rahsia lagi dengan Nazran. Walaupun benda tu biasa-biasa je.
"Oh.. Saya tahu." kata Nazran. Dia mengangguk dan tersenyum.
"Awak tahu?" soalku. Macam mana? Bibik ke yang bagitahu?
"Yup. Saya patah kaki je sayang. Bukan hilang hidung. Saya bau masa awak bakar tu. Saya turun bawah tengok ada barang-barang berselerak kat dapur. Mula-mula saya ingat bibik yang buat. Tapi bibik kata kawan dia buat. Saya agak awaklah kawan bibik tu." kata Nazran.
"Hehe." aku garu kepala yang tak gatal. Dengan Nazran ni tak boleh rahsiakan apa-apalah.
"Awak nak tahu sebab macaron tulah saya jatuh cinta kat awak." kata Nazran.
"Wah.. Yeke?" soalku. Nazran mengangguk.
"Macaron tu sedap sangat. Bila makan mesti teringat si pembuatnya." kata Nazran. Aku tersenyum. Cairnya dengan kata-kata Nazran.
"Dahlah jom turun." kata Nazran. Kami pun turun bawah.
Kami masih duduk dirumah kak Nadrah dan majlis ni pun buat kat rumah kak Nadrah. Nazran kata dia akan duduk dengan kak Nadrah selagi kak Nadrah belum kahwin. Aku okay je. Kak Nadrah pun okay dan dia kakak ipar yang baik.
Nazran bukan tak mampu. Dia mampu je. Lepas dia sembuh dia dah start buat bussines. Yang dia selalu keluar tak duduk dirumah sebab inilah. Dia usahakan kedai cuci kereta cawangan baru kak Nadrah. Setahun lepas tu kak Nadrah bagi kedai tu pada Nazran.
Nazran pun ada buat bussiness sikit. Hasil tu dia beli sebuah rumah. Rancangnya kami akan pindah sana. Itupun lepas kak Nadrah kahwin. Buat sementara waktu Nazran jadikan rumah tu sebagai rumah sewa.
Setelah itu, Nazran mengambil wuduk dan ke ruang tamu untuk bacaan yassin beramai-ramai. Aku cuti jadi aku bantu bibik didapur.
Aku gembira sangat hari ni. Aku gembira tengok Nazran gembira. Aku gembira tengok abah dan ibu gembira. Aku gembira tengok semua orang gembira.
Abah dah kahwin lain kat Sabah. Dia kahwin dengan wanita disana. Majlis pun dia buat kat sana juga. Aku dan Nazran ada pergi sana beberapa bulan lepas. Abah nampak makin gembira.
Ibu pula masih bahagia dengan keluarganya. Mereka saling menyayangi satu sama lain. Keluarga tiriku ibu ku pun layan ibu dengan baik sekali.
Bibik pun masih bekerja untuk keluarga kami. Bestlah sebab masakan bibik sedap sangat. Kak Nadrah pun dah tambah lagi seorang pembantu. Semuanya untuk membantu bibik.
Kak Nadrah pula masih baik macam dulu. Perniagaan dia makin maju. Cuma aku harap cepat-cepatlah kak Nadrah jumpa jodoh yang terbaik untuk dirinya.
Berita yang tergempar sekali ialah bibik dan Pak Mad berkahwin. Hal ini kerana mereka masing-masing duda dan janda. Aku tumpang gembira untuk bibik dan Pak Mad. Aku harap perkahwinan mereka kekal akhir hayat.
"Sayang.." tegur Nazran.
"Ye bie?" soal ku.
"Terima kasih untuk semua." ucap Nazran. Dia tersenyum lebar.
"Sama-sama." aku balas senyuman Nazran.
Aku dan Nazran pula mestilah bahagia. Aku gembira sangat jadi isteri Nazran. Dia seorang suami yang baik. Walaupun sebelum ni dia macam singa. Tapi sekarang dia dah berubah jadi suami penyayang. Aku bahagia.
"Sayang.. I got suprise for you. Nah tengok ni." kata Nazran. Dia tunjuk sesuatu ditelefonnya.
"Apa benda ni bie?" soalku. Dalam telefon Nazran ada gambar sebuah kedai. Nampak macam kedai yang tengah dalam renovation.
"Apa yang sayang nampak?" soal Nazran.
"Kedai?" soalku.
"Yup. Kedai. Kedai tu untuk sayang." kata Nazran.
"Hah? Maksudnya?" aku terkejut.
"Bie tahu sayang suka sangat baking. Jadi bie sewa kedai tu untuk sayang. Bie nak hadiahkan sebuah bakery untuk sayang." kata Nazran.
"Bie.." aku terharu. Airmataku mengalir. Dulu pun aku pernah terfikir nak buat bisnes jual kek atau pastry. Tidak sangka benda ni jadi kenyataan.
"Terima kasih bie. Sayang suka sangat." aku peluk Nazran.
"Sama-sama sayang. Bie gembira sayang suka. Tapi ada lagi satu yang belum siap." kata Nazran. Pelukan dilepaskan.
"Apa benda?" soalku.
"Signboard kedai takde nama lagi. Bie nak sayang pilih. Sayang ada idea tak?" soal Nazran.
"Nama signboard. Emm.." aku berfikir.
"Bakeri Alis? Okay tak?" soalku.
"Okay.. Tapi macam biasa sangat. Nak yang lain sikit." kata Nazran.
"Emm.. Bie, Sayang?" soalku.
"Err.. Macam nama butik pengantin je." kata Nazran. Boleh tahan cerewet juga Nazran ni.
"Habis tu?" soalku.
"Sayanglah pilih." kata Nazran.
"Okay-okay. Err.. Cinta Macaron?" soalku.
"Cinta Macaron?" soal Nazran. Aku mengangguk.
"Yang tu okay. Deal." kata Nazran. Kami bersalaman.
Apa yang aku boleh katakan tentang cinta ialah cinta itu bukanlah sesuatu perasaan yang sentiasa buat kita rasa seperti disyurga. Tetapi kadang-kadang cinta itu agak gila. Hanya orang yang faham cinta akan dapat tanganinya. Aku bertuah sebab kerana cinta aku dapat Nazran. Semuanya kerana aku berani mencuba dan tentunya dengan izin yang maha Esa.
Aku manusia tidak sempurna tetapi dengan adanya cinta Nazran aku rasa begitu sempurna. Nazran buat aku rasa bahagia. Hal ini juga kerana macaron. Tak sangka kerana macaron Nazran jatuh cinta padaku. Ternyata inilah cinta macaron. Sebab itulah aku pilih perkataan itu sebagai nama bakeri. Semoga cinta kami bersemi sehingga ke akhir hayat.
- Tamat -
Share this novel