Bab 3

Drama Completed 7887

Hari berganti hari dan hari ini adalah hari Ahad. Hari yang dikatakan oleh pak cik Ghani iaitu hari dimana kawannya akan datang.

Pagi tadi aku ada membantu mak cik Leha memasak. Mak cik Leha juga menyuruh aku membuat juadah pencuci mulut. Pencuci mulut tersebut aku dah buat semalam.

Aku membuat agar-agar oreo yang resepinya aku dapat daripada fac. Aku pun ada tengok dekat youtube cara-cara membuat agar-agar oreo. Ini kali pertama aku mencuba. Harap menjadilah.

"Alis, pakai baju ni." mak cik Leha memberi aku sehelai baju kurung. Huluran daripada mak cik Leha aku terima.

"Baju siapa ni?" soal ku. Cantik juga baju kurung ni warna biru gelap dan bercorak bunga putih.

"Baju kau. Pakai je." kata mak cik Leha.

"Hah?" balasku.

"Tak payah banyak tanya kau pakai je baju tu. " ujar mak cik Leha.

"Okay mak cik." kata ku.

Nampaknya memang dia nak sangat aku pakai baju ni. Takpelah pakai jelah. Aku memakai baju kurung yang diberi mak cik Leha. Baju kurung ni muat-muat sahaja dengan badanku cuma tangan dia singkat sedikit.

Tin.. Tin.. Bunyi hon kereta dari luar rumah nampaknya tetamu pak cik Ghani dah sampai.

Aku melihat dari jendela bilik aku. Ada dua buah kereta yang parkir dihadapan rumah pak cik Ghani. "Ramainya." ujar ku sendirian.

Patutlah mak cik Leha masak banyak tadi. Sebab ini rupanya. Tadi aku tolong mak cik Leha masak banyak betul lauk yang mak cik masak. Ada ayam masak merah, gulai daging, ikan masin, sayur serta ulam-ulaman. Macam lauk kenduri sahaja.

"Assalamualaikum." kata seorang tetamu lelaki. Gayanya seperti pak cik Ghani sahaja cuma sedikit berumur.

"Waalaikumsalam. Masuklah." pelawa pak cik Ghani.

Tetamu yang datang masuk ke rumah. Aku masih berada dalam bilik. Ramai-ramai macam ni buat aku rasa segan. Nak keluar bilik pun malu.

Di ruang tamu pak cik Ghani sedang berbual dengan tetamu. Tetapi aku tidak dapat menangkap apa yang dibualkan oleh pak cik Ghani.

Mungkin takpe kot kalau aku duduk di dalam bilik.

Tiba-tiba mak cik Leha masuk ke bilik aku. "Alis jom keluar." ujar mak cik Leha dengan lembut. Lain macam je bunyinya. Aku diam tanpa respon.

"Alis jom." mak cik Leha kuatkan sedikit suaranya. Aku pun ikut mak cik Leha keluar. Entah mengapa hati ku berasa berdebar seperti ada yang tidak kena. Lain macam sungguh perasaan aku kali ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience