Bab 4

Drama Completed 7887

Mak cik Leha menyuruh aku bersalaman dengan tetamu yang hadir. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Malu nak membuka mulut.

Mak cik Leha menyuruh aku duduk disebelahnya. Kemudian ada seorang tetamu yang bersuara.

"Jadi inilah tuan punya badan. Apa namanya." soal pak cik tersebut kepadaku. Tetamu yang hadir memandang aku. Aku jadi malu.

"Alis." mak cik Leha menepuk peha ku. Dia menyedarkan aku dari lamunan.

"Saya Alis Faiqa." kataku dengan perlahan. Aku malu menjadi tatapan tetamu yang hadir.

Sebenarnya aku pelik dengan apa yang berlaku sekarang ini. Apa maksud pak cik tu? Kenapa mak cik Leha tiba-tiba baik dengan aku?

"Oh sedap nama tu." ujar pak cik itu. Aku tersenyum.

"Kalau tak apa-apa halangan nanti pihak lelaki boleh lah datang untuk majlis yang seterusnya." kata pak cik itu.

"Hah pihak lelaki? Majlis? Apa maksud semua ni?" aku terkejut. Takkan lah.. "Apa semua ni?" hati ku bersuara.

"Insha Allah." kata pak cik Ghani. "Jemputlah makan semua." pelawa pak cik Ghani.

"Ye silakan semua." kata mak cik Leha pula.

Aku masih kebingungan dengan apa yang berlaku.

"Alis pergi makan." kata mak cik Leha.

Makan? Hmm waktu sebegini aku tidak terasa nak makan. Aku cuma nak tahu apa maksud semua ini. Apa tujuan tetamu ni datang dan kenapa pak cik tadi cakap macam tu.

Tetamu makan makanan yang dihidang oleh mak cik Leha. Aku terpaksa juga makan setelah dipaksa oleh mak cik Leha.

Aku makan bersendirian dan tiba-tiba aku didekati oleh seorang mak cik. Aku memberikan senyuman kepada mak cik itu.

"Kamu cantik. Untung Malik dapat kamu." kata mak cik itu.

"Malik siapa pulak tu?" getus hatiku. "Kenapa dia dapat aku pulak jangan-jangan." Aku hanya senyum dan senyap.

Mak cik tadi pun berlalu pergi.

Setelah tetamu selesai makan mereka meminta izin untuk pulang. Aku dan keluarga pak cik Ghani bersalaman dengan tetamu.

Sebelum mereka pulang aku nampak mak cik yang tegur aku sebentar tadi memberi mak cik Leha sesuatu.

Mak cik Leha juga berbual sikit dengan mak cik tersebut. Sesekali mereka memandang ke arah aku. Aku rasa sedikit curiga.

Pelbagai persoalan yang bermain di minda aku. Tapi tiada satu pun yang terjawab. Aku rasa tak sedap hati. Aku tak pasti sama ada yang aku fikirkan ini betul atau tidak. Tapi aku harap sangat yang ini cuma khayalan fikiran aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience