"Baru balik?" mak cik Leha menegurku dengan sinis.
Aku tahu aku hanya menumpang dirumah ini. Nak buat macam mana aku tiada rumah. Ibu dan abah sudah lama bercerai. Aku tiada hala tuju. Aku tak suka duduk dirumah ibu kerana ibu sudah kahwin lain. Aku tak selesa disana. Rumah abah pula jauh di Sabah.
Nak atau tidak aku perlu tinggal bersama pak cik dan mak cik saudaraku. Awalnya mereka yang pelawa. Tetapi kini seperti menghalau pula.
Aku juga ada keinginan untuk pindah dari rumah ini. Aku mahu hidup sendiri. Aku mahu bebas. Tapi aku belum cukup mampu.
"Dah pekak ke?" kali ini mak cik Leha memerli aku pula.
"Baru balik mak cik." balasku dengan lemah lembut.
Abah pernah pesan sejahat mana pun kelakuan orang terhadap kita. Jangan sesekali berkurang ajar. Terutama dengan orang yang lebih tua.
"Dah dapat kerja belum?" soal mak cik Leha. Sejak aku tinggal di sini. Itulah soalan yang sering keluar dari mulut mak cik Leha.
Bukannya aku tidak pernah bekerja tetapi aku terpaksa berhenti kerana konflik yang berlaku antara aku dan sepupuku. Entah macam mana ada orang yang menuduh aku kononnya aku dengki dengan sepupu sendiri. Padahal aku yang rekomen dia untuk bekerja bersama.
Malas nak panjang cerita aku terus berhenti. Kini aku menganggur masih mencari kerja. Sejak aku berhenti kerja tempat lama. Aku susah nak dapat kerja. Dah beberapa kali aku pergi temuduga tapi tiada satu pun yang melekat.
"Kalau susah sangat nak cari kerja, kau kahwin jelah." kata mak cik Leha.
"Kahwin?" terkejut aku dengan kata-kata mak cik Leha.
"Ye kahwin. Pak cik kau kata bos tempat kerja dia cari calon isteri. Mungkin kau sesuai." kata mak cik Leha.
Aku menggeleng kepala. Perkahwinan bukan keinginan ku sekarang. Aku belum bersedia.
"Kalau tak nak kahwin carilah kerja." mak cik Leha mula membebel.
"Alis dah cari tapi belum dapat mak cik. Belum rezeki." balas ku.
"Bukan tak ada rezeki. Kau yang memilih." kata mak cik Leha.
"Insha Allah. Alis akan cari kerja lagi." kataku. Aku terus masuk ke dalam bilik. Aku penat memdengar bebelan mak cik Leha.
Bukan aku tidak berusaha tapi masih belum ada ruang dan peluang aku untuk bekerja. Mungkin sudah sampai masa untuk aku fikir cara yang lain untuk dapat kerja.
"Orang cakap sikit masuk bilik. Sekali sekala cuba dengar cakap orang tua. Hari tu aku suruh kau kerja kat rumah Datin Erna kau tolak. Sekarang ambik takde kerja." mak cik Leha mengungkit.
Ye, aku pernah menolak apabila mak cik Leha pernah menyuruh aku untuk kerja dirumah Datin Erna. Datin Erna majikan mak cik Leha dahulu. Mak cik Leha pernah bekerja sebagai tukang masak dirumah itu.
Aku biasa sahaja pergi ke rumah itu membantu mak cik Leha. Aku kenal dengan Datin Erna. Datin seorang yang baik. Tapi aku tidak suka dengan anaknya, Megat Rafique.
Aku benci dengan lelaki itu. Dia suka marah aku tanpa aku berbuat salah. Tidak tahu kenapa bila bertentangan mata hanya makian yang aku terima. Katanya muka ku seperti bekas tunangnya yang curang.
Tapi masih tidak boleh diterima akal kerana aku dan bekas tunangnya dua orang yang berbeza. Atas alasan apa dia hendak membenci diriku? Padahal dia langsung tidak mengenali diriku. Disebabkan hal itulah aku tidak mahu bekerja sana.
Saat ini aku hanya terdiam mendengar bebelan mak cik Leha. Tidak tahu untuk berkata apa lagi.
Share this novel