Tok.. Tok.. Pintu bilikku diketuk beberapa kali. Aku buka pintu tersebut. Ternyata Kak Nadrah yang ketuk.
"Ye kak?" soalku. Aku memandang wajah Kak Nadrah. Dia senyum padaku.
"Alis.. Buat sementara ni.. Alis tidur bilik ni ye. Tunggu hati Nazran sejuk dulu." kata Kak Nadrah. Aku mengangguk.
"Nazran mungkin terkejut bila ada perempuan dibilik dia. Mungkin dia belum bersedia." kata Kak Nadrah.
"Baik kak." balasku. Aku faham tentu sukar bagi Nazran untuk terima orang yang asing seperti aku.
"Tapi kak barang saya macam mana?" soalku. Barang-barangku termasuk pakaianku ada didalam bilik Nazran.
"Ohh.. Yang tu jap lagi akak minta bibik tolong ambikkan." kata Kak Nadrah. Aku mengangguk.
"Alis rehatlah dulu." kata Kak Nadrah.
"Baik. Terima kasih." ucapku.
"Sama-sama." Kak Nadrah pun keluar dari bilikku.
"An.. Akak tak suka cara An layan Alis tadi. Kenapa dengan An ni?" kata Kak Nadrah kepada adiknya.
"An tak suka dia." balas Nazran.
"Kenapa tiba-tiba tak suka?" soal Kak Nadrah.
"Akak paksa An untuk kahwin dengan dia. An langsung tak tahu siapa dia." kata Nazran. Dia takut Alis berkahwin dengannya atas dasar kasihan sahaja.
Aku dengar perbualan mereka. Aku hanya mampu menangis. Rupanya Nazran hanya terpaksa bersetuju berkahwin dengan aku. Bukankah aku patut bersedia dengan hal itu? Hal ini kerana hakikatnya memang akan menjadi begini.
"An.. Tak kisahlah An suka ataupun tidak. Alis tetap isteri An dan An kena terima tu. Jangan layan Alis macam tu lagi." kata Kak Nadrah.
Pintu bilik Nazran yang terbuka diketuk.
"Puan.." kata pembantu rumah Kak Nadrah.
"Masuk bik." kata Kak Nadrah.
"Bik tolong ambil dan kemaskan barang Alis ya. Bawa barang-barang tu ke bilik sebelah." kata Kak Nadrah.
"Baik puan." kata pembantu rumah. Lalu barang Alis dikemas.
"An.. Untuk beberapa hari ni Alis akan tidur dibilik sebelah tapi dia tetap akan bagi An makan dan minum. Dia juga akan teman An pergi terapi." kata Kak Nadrah.
"Tak nak." kata Nazran.
"An takde pilihan dan keputusan akak muktamad." Kak Nadrah keluar dari bilik Nazran.
"Argh!!" Nazran tidak puas hati.
"Puan Alis.." pintu bilikku diketuk. Aku membukanya.
"Puan ni barang-barang puan." kata pembantu rumah sambil tersenyum.
"Terima kasih err.." balasku.
"Panggil saya bibik sahaja." kata bibik. Bibik seorang wanita yang sudah agak berumur. Mungkin sudah lama dia bekerja dirumah ini.
"Baik. Terima kasih bibik." ucapku. Bibik pun berlalu pergi. Aku pun mandi dan bersihkan diri.
Share this novel