Hari ni aku akan bagi Nazran makan nasi dan ubat sekali lagi. Aku tahu mesti dia akan marah padaku. Tetapi nak buat macam mana? Hadap sajalah.
Tok.. Tok.. Pintu dibilik diketuk. Tombol pintu dibuka dan aku pun masuk. Nazran terus baling bantal kepadaku. Nasib baik makanan tak tumpah. Kalau kena bibik macam mana? Ada beza agaknya antara aku ketuk pintu dan bibik ketuk. Tu yang Nazran baling bantal. Haish.
"Buat apa kau masuk bilik aku?" soal Nazran.
"Bagi.. bagi awak makan." kataku.
"Aku boleh turun makan sendiri." kata Nazran.
"Takpe saya dah bawakan. Awak makan eh." kataku.
"Nanti aku makan." kata Nazran.
"Awak kena makan sekarang. Jap lagi kena makan ubat." kataku.
"Suka hati akulah." kata Nazran.
"Awak kena makan. Meh saya suapkan." kataku. Aku hulurkan makanan ke mulut Nazran.
"Tak payah!" tangan aku ditepis Nazran.
"Awak.. Tengok ni habis tumpah." balasku. Habis tumpah nasi Nazran buat. Aku pun kutip dan lap kuah yang tumpah menggunakan tisu yang ada bilik itu.
"Kenapa kau kahwin dengan aku? Kakak aku bayar kau kan?" soal Nazran. Dia renung tajam wajahku. Dia tahu rupanya. Macam mana?
"Kenapa aku kahwin dengan kau?" kataku. Dia mungkin tahu dan mungkin juga tidak dan dia hanya meneka bila tengok aku berbelanja banyak sebelum ni.
Nazran menjegilkan matanya padaku. Aku ketawa. Dah Nazran suka 'berkasar' jadi aku ikut rentak Nazran. Selama ni aku sudah cuba berbaik dengan tapi kali ni giliran aku pula.
"Aku kahwin dengan kau sebab kau jodoh aku." balasku.
"Jodoh?" Nazran ketawa sinis. Dia pun buat muka kerek dia tu.
"Yelah. Kau ingat sesuka hati je aku nak kahwin?" balasku. Aku tahu tak baik untuk bercakap kasar dengan suami. Tapi aku terpaksa kerana sikap Nazran yang memaksa.
"Buat apa kahwin dengan orang macam aku? Aku cacat." kata Nazran. Dia nampak sedih sedikit.
"Kau tak cacat. Otak kau yang cacat. Kak Nadrah kata kau boleh sembuh." balasku.
"Biadap kau eh." kata Nazran. Dia buat muka garang.
"Werk." aku jelir lidah pada Nazran dan cepat-cepat keluar dari situ. Saje aku nak bikin panas hati Nazran biar sampai rentung. Ego tinggi sangat.
"Berani betul." kata Nazran. Mesti dia tak sangka perangai aku macam tu. Padan muka dialah siapa suruh kasar-kasar dengan aku. Aku ni isteri dia bukan orang lain. Sekurang-kurangnya hormat lah aku sebagai seorang perempuan.
"Sigh.." aku mengeluh berat. Aku duduk bersila diatas katil bilik aku.
Makin lama sikap dan layanan Nazran terhadap aku semakin teruk. Kalau ikutkan hati aku nak lari. Tapi tak boleh sebab aku dah kahwin dengan dia. Haih. Orang lain kahwin juga tapi rumah tangga mereka bahagia sahaja. Tetapi aku?
Airmata mengalir dipipi. Aku sedih mengenang nasib diri. Selagi aku tak menangis selagi tu dada ni terasa sebak. Jadi aku biarkan sahaja airmataku. Mungkin selepas ini aku akan rasa tenang.
Share this novel