Bab 48

Drama Completed 7887

Malangnya Zandra pun ada ditempat yang sama masa aku jumpa Rafique.

"Eh. I macam pernah tengoklah perempuan tu." kata Zandra. Dia tunjuk ke arah aku dan Rafique semasa dicafe itu.

"Mana?" soal Farisha, kawan baik Zandra.

"Tu.. Yang pakai tudung warna biru tu.." kata Zandra.

"Siapa perempuan tu? I tak pernah nampak pun. You kenal ke?" soal Farisha.

"Tak salah I tu wife Nazran." kata Zandra.

"Nazran dah kahwin?" soal Farisha.

"Yup." kata Zandra.

"So, wife dia curang? Siapa laki tu? Tak nampak muka." kata Farisha.

"Tulah. Benda panas ni." kata Zandra.

"Babe apa kata you ambil gambar sent kat Nazran." cadang Farisha.

"Omg.. Good idea." kata Zandra. Dia pun ambil gambar aku dan Rafique.

"Eh. Babe tu Rafique kan? Your ex?" soal Zandra.

"What?" soal Farisha.

"Cuba you tengok." kata Zandra.

"Yelah. Rafique. Tak sangka! Ada scandal dengan wife orang. Jijiknya perangai." kata Farisha.

"Tulah. Dulu bukan main cakap you curanglah. Macam-macam. Sekarang dia sendiri yang ada scandal dengan wife orang. Wife Nazran pulak tu." kata Zandra.

"Hmm.. Karma is real. Memanglah dulu tu I curang. Tapi sebab sikap dia sendiri. And now? Dia sendiri perangai macam sampah." kata Farisha. Zandra mengangguk.

"Jomlah babe. I tak suka duduk sini." kata Farisha.

"Okay jom." kata Zandra. Mereka pun meninggalkan cafe tersebut dan mereka ingin pulang ke rumah masing-masing.

"Bye babe. Hati-hati drive." kata Farisha.

"Yup. You pun." kata Zandra. Dia masuk ke dalam keretanya.

"Hmm.. Just wait and see Alis and Nazran." kata Zandra didalam hati. Zandra pun mesej Nazran

Zandra :
'Hei, Nazran.. How are you?'

Tiada balasan. Nazran tak baca pun mesej tu.

"Ishh! Kenapa tak balas?" kata Zandra.

Zandra :
'Nazran I got suprise for you.'
Dia hantar gambar aku dan Rafique.

Zandra :
'She's not so loyal I think.'

Telefon Nazran bergegar beberapa kali. Nazran pun ambil telefonnya lalu dia baca mesej itu.

"Zandra?" kata Nazran.

Nazran terkejut apabila baca mesej itu. Dia pun terkejut melihat gambar aku berdua dengan seorang lelaki. Dia macam pernah tengok lelaki itu. Tapi dia lupa kat mana.

"Alis?" kata Nazran.

Tetapi dia tidak cepat melatah. Sekeping gambar tidak dapat membuktikan apa-apa. Mana tahu kebetulan. Nazran sedapkan hatinya.

Alhamdullilah. Nazran akan tunggu aku balik. Dia akan minta penjelasan daripada aku.

"Bluetick je?" soal Zandra. Dia tidak berpuas hati.

"Takpe. Aku tak kan mengalah. Esok lusa tahulah macam mana." kata Zandra. Dia berdendam dengan Nazran.

Setelah itu dia pun pulang ke rumahnya. Nanti dia mesej Nazran lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience