Setelah beberapa hari dihospital akhirnya aku dibenarkan pulang. Buat masa ini aku tinggal disebuah rumah sewa milik kawan abah. Abah ada mengajak aku ke Sabah tapi aku menolak. Aku mahu tetap tinggal disini. Abah ada menemaniku untuk beberapa hari sebelum dia pulang semula ke Sabah. Ibu pula telah pulang ke Johor.
Hari ini aku keluar untuk membeli sedikit barang makanan.
"You Alis kan?" tiba-tiba aku ditegur oleh seorang wanita.
"Ye?" balasku ragu-ragu. Jujur aku langsung tidak mengenali wanita yang ada dihadapanku ini.
"Err.. Cik ni siapa ye?" soalku.
Wanita tadi menghulurkan tangannya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Nadrah. Pertama kali aku mendengar nama itu.
"Btw, I kakak Nazran." kata wanita itu.
"Hah? Nazran? Siapa pulak tu?" soal aku didalam hati. Semuanya nama yang dia sebut asing bagi aku. Aku tidak mengenali mereka. Apa motif wanita ni?
"Mungkin you tak ingat atau kepala you terhantuk kuat sangat masa excident. Tapi I nak you bertanggungjawab." kata wanita itu. Jarinya ditunjukkan ke arah aku.
"Hah? Maksud cik?" serius aku tak faham dengan kata-kata wanita ini.
"Rasa macam tak sesuai untuk bersembang kat sini apa kata kita pergi ke cafe?" ajak wanita itu. "You patut ikut sebab ini soal hidup dan mati you." wanita tadi mengugut aku.
"Apa?" disebabkan aku keliru dan takut aku ikut sahaja wanita itu. Padahal sepatutnya aku lari kerana wanita itu mungkin ada niat jahat padaku. Tetapi hati aku inginkan jawapan tentang apa yang dikatakan wanita itu.
"Duduk sini." kata wanita itu. "I nak you bertanggungjawab atas apa yang you dah buat." kata wanita itu.
"Saya tak faham dengan apa yang Cik Nadrah cakap. Boleh jelaskan?" soalku.
"You ingatkan kemalangan yang berlaku sebulan lepas?" soal wanita itu. Aku mengangguk. Kemalangan malam tu, tentulah aku ingat.
"Actually bukan you seorang je yang kemalangan. Adik I pun terlibat." jelas wanita itu. "And the worst is you yang langgar adik I." tambah wanita itu lagi.
"Ya Allah. Betul ke?" aku terkejut dengan apa yang dikatakan wanita itu. Betul ke perkara itu? Kalau betul macam mana keadaan mangsa?
"Yes but thankfully adik I selamat." kata wanita itu.
"Alhamdulillah." ucapku.
"But, nasib dia tidak berapa baik." wajah wanita itu kelihatan sedih.
"Maksudnya?" hatiku berdebar-debar. Aku sedikit keliru dengan apa yang berlaku sekarang ini.
"Kaki dia lumpuh. Dia tak boleh jalan dan yang paling menyedihkan dia baru putus tunang." kata wanita itu.
"Ya Allah." kataku. Aku tidak menyangka perkara ini yang terjadi.
"Sekarang I nak you bertanggungjawab. Kerana you, adik I jadi macam ni. You kena kahwin dengan adik I atau I saman you atas apa yang terjadi." kata Nadrah.
"Hah?" aku terkejut bukan kepalang.
"Sebenarnya I pun tak nak kahwin kan adik I dengan stranger tapi I terpaksa sebab I perlukan orang yang boleh jaga dan uruskan adik I. Disebabkan semua ni you yang perlu bertanggungjawab." kata Nadrah.
"You jangan risau you cuma kahwin dengan adik I sampai dia sembuh. Make sure dia boleh jalan semula. Itu je." terang Nadrah.
"Tapi kahwin bukan benda main-main." aku mahu menangis mendengar kata-kata Nadrah.
"I tahu tapi I terpaksa. I kesiankan adik I. Dulu kehidupan dia sangat perfect. Tapi lepas kemalangan itu semuanya musnah. Dia dibuang kerja. Tunangnya lari dan dia lumpuh." wanita itu menahan sebak.
"Saya meminta maaf. Saya tak tahu semua ni berlaku." ucapku.
"Maaf je tak cukup. Hidup adik I musnah sebab you." balas Nadrah.
"I dah siasat pasal you. You tengah cari kerja kan? I ada special deal untuk you. Asalkan you sanggup untuk kahwin dengan adik I." kata Nadrah.
"Hah?" sekali lagi aku terkejut.
"Ni kad I. I bagi masa untuk you berfikir. Think about it. Kalau tak see you in court." Nadrah menghulurkan kadnya kepadaku dan dia terus berlalu pergi.
Aku tidak pasti apa yang aku rasakan saat ini. Aku buntu. Aku sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Kenapa aku lalai sampai membahayakan nyawa orang lain?
Share this novel