"Nazran.. Saya keluar kejap tau." kataku kepada Nazran yang berada dibiliknya. Aku pun turun bawah.
"Bibik.. Saya nak keluar sekejap tau." kataku kepada bibik.
"Nak pergi mana? Dah minta izin tuan?" soal bibik.
"Dah. Saya nak cari tahu pasal orang yang selalu bagi bunga tu." kataku.
"Oh.. Hati-hati." kata bibik.
"Okay." kataku.
Dengan bantuan google map aku sampai juga ke kedai bunga yang aku google tu. Sebenarnya kedai tu tidaklah jauh mana daripada rumah. Berapa minit dah sampai.
"Itu dia kedai bunga tu." aku lihat papan tanda dikedai itu.
"Moment of truth." kataku.
Enjin kereta dimatikan dan aku masuk ke dalam kedai itu. Macam-macam jenis bunga yang ada. Kecil, besar. Macam saiz ada. Design pun pelbagai. Boleh tahan besar juga kedai.
Aku berjalan sekitar kedai. Aku nak cari mana tahu ada contoh bunga yang aku dapat tu.
"Hmm.. Takde lah pulak." kataku didalam hati. Memang tidak ada design yang sama macam yanh aku dapat. Mungkin design tu custom made agaknya.
Tiba-tiba, aku dihampiri oleh seseorang wanita. Dia berjalan ke arahku. Dia pandang aku, aku pandang dia.
"Ya, miss nak beli bunga?" soal seorang wanita cina. Agaknya dia pekerja ataupun owner kedai bunga ni.
"Err.. Saya tak nak beli. Tapi saya tanya nak boleh?" kataku.
"Tanya apa tu miss?" soal wanita itu. Dia pandang aku.
"Saya nak pasal orang yang selalu beli bunga ros tiga kuntum kat kedai ni. Ada tak? Saya nak tahu. Penting sangat." kataku. Tapak tanganku dirapatkan.
"Hah? Susah tu miss sebab hari-hari pun ada orang beli bunga ros loh." kata wanita itu dengan loghatnya.
Ye tak ye jugak. Ni kan kedai bunga mesti ramai je yang beli bunga. Ala.. Macam mana ni? Klu pun takde ni.
"Err.. Orang tu selalu beli bunga ros tiga kuntum setiap hari Selasa. Ada tak? Mungkin dia regular customer atau selalu buat tempahan? Sebab kat bunga tu ada tag kedai ni." soalku.
"Hmm.." wanita itu berfikir.
"Biar saya check dulu." kata wanita itu. Dia ke kaunter dan periksa senarai dalam bukunya. Dia periksa satu persatu. Aku ikut dia.
"Actually miss ada satu customer yang selalu order bunga ros every tuesday." kata wanita itu.
"Siapa?" soalku. Aku berdebar.
"Megat.. Raf.." wanita itu terbelit lidah nak sebut.
"Megat? Megat Rafique ke?" soalku. Aku terkejut.
"Ha ye. Megat Rafique." kata wanita itu.
"Megat Rafique what the?" bisik hatiku.
"Oh. Okay. Terima kasih ye." ucapku.
"Sama-sama." balas wanita itu.
Aku terus keluar dari kedai bunga itu. Sakitnya rasa hatiku.
"Rafique? Apa hal dengan mamat sewel ni? Apa masalah dia nak bagi bunga bagai?" soalku. Aku rasa aku kenal sorang je yang namanya Megat Rafique dan aku yakin tu mesti dia. Tapi kenapa?
"Buang tabiat ke apa?" aku tak puas hati. Kalau dia ada kat sini dah lama aku sekeh kepala dia.
"Gilalah." kataku. Tak cukup nak benci aku. Dia nak kacau rumah tangga aku pulak? Ni dah melampau!
Aku terus ke parking kereta. Kereta dihidupkan dan aku terus balik ke rumah.
Share this novel