Bab 19

Drama Completed 7887

Selang beberapa bulan kemudian, tibalah masa aku diijab qabulkan. Aku tak sangka secepat ini aku berkahwin. Rasanya seperti semalam aku menjadi tunangan orang. Hari ini status aku yang bujang akan bertukar menjadi sudah berkahwin.

"Alis dah ready?" soal ibu kepadaku. Dia mengusap ubun-ubun kepalaku perlahan. Aku tersenyum dan mengangguk. Bersedia atau tidak aku tetap akan berkahwin pada hari ni. Aku sudah berjanji dengan Kak Nadrah.

Aku telah siap memakai baju kahwin yang berwarna putih sedondon dengan pengantin lelaki. Baju yang aku pakai sangat cantik dihiasi sulaman dan manik. Baju ni kak Nadrah yang hadiahkan kepada aku.

Aku lihat diriku dicermin. Cantik. Aku rasa sangat cantik. Jadi beginilah rupa aku bila berkahwin.

"Alis.." kata abah. Abah menghampiri aku. Ibu membuat kemasan pada dulang hantaran.

"Ye abah." balasku. Aku memandang muka abah.

"Hari ni Alis nak kahwin. Abah bangga ada anak macam Alis. Lepas ni Alis jangan lupa abah ye." kata abah. Dia sebak.

"Abah.. Walaupun Alis dah kahwin. Abah tetap jadi abah Alis. Alis sayang abah dunia akhirat. Alis pun sayang ibu." ucap ku ikhlas.

Abah dan ibu menghampiri aku. Mereka memeluk erat tubuhku seraya itu airmataku mengalir.

"Dah.. Jom pergi masjid." kata ibu sambil mengelap airmatanya. Mungkin ibu juga terasa sebak.

Aku dan Nazran akan dinikahkan disebuah masjid yang tak jauh dari rumah aku.

Kami pun menaiki kereta dan terus ke masjid. Majlis ini serba ringkas hanya keluarga serta teman rapat sahaja yang hadir.

Wakil daripada pihak aku hanyalah abah, ibu, keluarga baru serta sanak saudara terdekat. Wakil daripada pihak Nazran sama juga, ada kak Nadrah, pembantu keluarga mereka serta ahli keluarga mereka yang terdekat.

Aku akan dinikahkan oleh abah. Abah yang akan memegang tangan Nazran. Perasaanku keliru. Aku pun tak tahu perasaan sebenarku.

Nazran diberi soalan daripada tok kadi. Segala pertanyaan dijawab lancar oleh Nazran. Wajahnya nampak agak tenang.

Kini tibalah masanya untuk aku diijab qabulkan.

"Ahmad Nazran Alif Bin Ahmad Mazlan, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Alis Faiqa Binti Muzammil dengan mas kahwinnya RM800 ringgit tunai." sebut abah.

"Aku terima nikahnya Alis Faiqa Binti Muzammil dengan mas kahwinnya RM800 ringgit tunai." lafaz Nazran.

Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri Nazran. Airmata aku mengalir laju. Aku gembira, aku juga sedih. Ibu memelukku, pipi aku dicium ibu. Ibu nampak gembira sangat. Hal ini meresahkan lagi hatiku.

"Tahniah kakak." ucap Leya. Aku hanya tersenyum.

"Sekarang boleh lah pengantin lelaki sarungkan cincin ke jari pengantin perempuan." kata seorang pak cik.

Nazran menghampiri aku bersama kakaknya, Nadrah. Nadrah memberi sebentuk cincin kepada Nazran. Cincin itu disarungkan ke jari manisku.

Muka Nazran nampak biasa seperti tiada perasaan. Aku tahu mesti dia tak berminat dengan perkahwinan ini. Aku pasrah.

Kami bersalaman dan mengambil beberapa keping gambar. Setelah itu kami semua ke rumah Nazran. Dia mengadakan sedikit majlis bagi menjamu ahli keluarga, sanak saudara dan orang hadir pada hari ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience