Bab 31

Drama Completed 7887

Hari ni aku dan Nazran ditemani Pak Mad akan ke hospital seperti yang dikatakan oleh kak Nadrah. Nazran akan menjalani sesi terapi agar dia dapat berjalan kembali.

"Hari ni Alis ingatkan kena teman Nazran pergi hospital buat terapi?" soal kak Nadrah. Dia mencicip air kopinya.

"Ingat kak." jawab aku. Aku mengangguk.

"Okay. Alis tolong tengokkan Nazran tu tau. Apa-apa nanti bagitahu akak." pesan kak Nadrah.

"Baik." balasku.

Setelah itu kak Nadrah pun berangkat ke tempat kerjanya seperti biasa.

"Bibik selalunya lama ke sesi terapi tu?" soalku kpada bibik. Aku langsung tidak tahu menahu pasal terapi ni. Tiada pengalaman pasal ni.

"Lama tu taklah lama sangat. Cuma kadang-kadang tu sekejap je." kata bibik sambil mengemas meja makan.

"Oh.. Okay.." aku mengangguk.

Setelah itu, aku, Nazran dan Pak Mad bersedia untuk ke hospital. Pak Mad yang menjadi pemandu kami. Bibik pula sudah siapkan barang-barang penting yang perlu dibawa.

"Hati-hati." kataku semasa Nazran masuk ke dalam kereta. Nazran senyap sahaja. Pak Mad yang banyak bantu Nazran.

Apabila sampai dihospital pun Pak Mad yang tolakkan kerusi roda Nazran. Pak Mad yang uruskan semua hal sebab Nazran yang suruh. Aku jadi pemerhati je hari ni. Sedihlah juga.

Bila tiba masa giliran Nazran untuk menjalani sesi terapi pun, Pak Mad juga yang uruskan.

Aku nak membantu tapi Nazran yang menghalang. Dia tak nak aku tolong dia.

"Kau tak payah masuk." kata Nazran. Aku mengangguk faham. Dia pun masuk ke bilik tersebut.

"Haih.." aku mengeluh. Aku duduk diruang menunggu. Rasanya kalau aku tak payah datang hari pun takpe agaknya. Takde fungsi pun aku kat sini.

Tapi bila fikir balik takpelah memang nasib aku macam ni. Aku kan isteri Nazran. Tempat aku disisinya.

Selama beberapa bulan jugalah Nazran menjalani sesi terapi. Dia pun nampak tak pernah berputus asa. Aku juga ada membantu. Itu pun sebab kak Nadrah. Kalau tidak Nazran memang tak nak aku tolong dia.

Kini Nazran sudah boleh berjalan semula dengan bantuan tongkat. Dia tidak lagi menggunakan kerusi roda. Mungkin tidak lama lagi dia boleh jalan tanpa tongkat pula. Insha Allah.

Kami juga selalu bersiar ditaman berdekatan. Kak Nadrah yang suruh itu pun atas cadangan daripada doktor Nazran. Aku ikutkan sahaja begitu juga Nazran.

"Alhamdulillah." aku bersyukur dengan perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Nazran.

Cuma itulah sikapnya sahaja yang tidak berubah. Masih sama macam dulu lagi. Suka buat muka kerek dan dingin dengan aku. Kena marah atau kena tengking tu biasalah. Bila dia nak berubah pun aku tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience