Bab 29

Drama Completed 7887

Setelah beberapa minit bibik puan naik ke atas untuk mengambil dulang dan pinggan dibilik Nazran.

"Tuan.." kata bibik sambil mengetuk pintu.

"Masuk bibik." kata Nazran.

Bibik pun mengambil dulang makanan.

"Terima kasih bibik." ucap Nazran.

"Sama-sama. Petang ni tuan nak makan apa?" soal bibik.

"Macaron yang semalam ada lagi tak?" soal Nazran.

"Tak salah bibik ada. Kenapa tuan?" soal bibik.

"Saya nak makan tu petang nanti dengan hot chocolate." kata Nazran.

"Baik." kata bibik.

"Ada apa lagi yang tuan nak?" soal bibik.

"Err.. Saya nak tanya siapa kawan bibik yang jual macaron tu? Saya ingat nak beli." kata Nazran.

"Oh? Tuan suka?" soal bibik. Nazran mengangguk.

"Oh. Kawan bibik tu tinggal dekat-dekat sini. Nanti bibik beli dekat dia." kata bibik.

"Okay." kata Nazran. Bibik pun keluar dari bilik Nazran dan turun ke bawah.

"Alis." panggil bibik. Ketika itu aku sedang menonton televisyen.

"Ye?" sahut aku.

"Tuan Nazran suka macaron yang kamu buat. Hari ni dia kata nak makan macaron tu lagi. Siap nak beli." kata bibik.

"Ye ke bibik? Alhamdulillah." aku tersenyum.

"Kalau macam tu nanti saya buat macaron banyak-banyak untuk Nazran." kataku.

"Ye." bibik mengangguk.

Petang itu aku pula yang menghidangkan makan petang untuk Nazran. Tetapi baru sahaja aku masuk ke biliknya terus dihalau.

"Kau buat kat bilik aku ni?" soal Nazran.

"Makanan petang awak." kataku.

"Letak situ. Lepastu keluar dari bilik aku." kata Nazran.

"Baik. Awak makanlah ye." kata ku.

Begitulah yang berlaku pada hari-hari yang mendatang. Setiap kali aku yang datang menghidangkan makanan untuk Nazran aku akan dimarah dan ditengking oleh Nazran.

Aku pun tidak tahu sampai bila perkara ini akan terjadi. Aku tahu semua ni berpunca dari diri aku sendiri. Kecuaian aku. Mungkin ini balasan untuk aku kerana mengkucar-kacirkan hidup Nazran. Kalau dia tahu mesti dia lagi benci padaku.

Aku harap Nazran boleh berubah suatu hari nanti. Tidak terima diri aku sepenuhnya pun tidak mengapa. Tetapi terima aku sebagai seorang isteri sudah memadai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience