Bab 20

Drama Completed 7887

Sejak dari tadi Nazran hanya terperap dalam biliknya langsung tidak keluar. Tetapi semua orang seakan mengerti dengan keadaan Nazran itu. Aku pula ada diluar melayan ahli keluarga yang lain. Nasib baik Kak Nadrah ada menemani.

Ibu dan abah juga sudah pulang pada petang tadi. Aku akan tinggal dirumah Kak Nadrah dan semestinya dengan Nazran.

Suasana rumah yang agak bising dengan suara sanak saudara mulai senyap apabila mereka beransur pulang. Selepas makan malam keadaan rumah menjadi semakin lengang.

"Dah lama ke kamu kenal Nazran?" soal Mak Cik Fauziah, ibu saudara Nazran yang sedang bersiap untuk pulang.

"Baru je." balasku. Memang aku baru sahaja kenal dengan Nazran. Bahkan aku langsung tidak mengenali siapa Nazran yang sebenarnya. Kahwin ini pun secara paksa rela sahaja.

"Baru pun tak baru sangat lah." kata Kak Nadrah. Dia tersenyum.

"Oh.. Ni hadiah dari mak cik sekeluarga." Mak Cik Fauziah memberi sebuah hadiah yang dibalut dengan pembalut hadiah bunga-bunga kepadaku. Hari ini aku terima banyak hadiah perkahwinan.

"Terima kasih mak cik." hadiah yang diberi ku ambil.

"Takpelah mak cik balik dulu." kata Mak Cik Fauziah.

"Terima kasih mak cik datang majlis." aku bersalaman dengan Mak Cik Fauziah.

"Sama-sama." kata Mak Cik Fauziah.

"Terima kasih mak cik sebab datang. Jom Nadrah hantar ke depan." kata Kak Nadrah. Kak Nadrah mengiringi Mak Cik Fauziah hingga keluar pintu. Aku hanya menghantarnya dengan pandangan.

"Alis pergilah masuk tidur. Dah malam ni. Tengok Nazran." kata Kak Nadrah sekembalinya dia.

"Okay kak." balas aku. Aku terus naik lif ke tingkat 3 dimana berada bilik Nazran.

Pintu bilik tidur Nazran ku buka dengan perlahan. Bilik tidur kelihatan gelap hanya lampu tidur sahaja yang menyala. Ternyata Nazran telah nyenyak tidur. Pintu ditutup dan aku duduk disofa.

Aku rasa mulai hari ini sofa inilah yang akan menjadi tempat tidurku. Bantal yang kecil yang ada disitu akan menjadi pelapik kepalaku. Selimut pula aku selimut dengan kain batik ibu yang dibawa.

Aku dengan perlahan-lahan bangun dan bergerak ke kamar mandi. Aku mengambil wuduk untuk mengerjakan solat Isyak. Selesai solat, sejadah dan telekung aku disangkutkan ditempat yang disediakan.

Aku baring disofa dan selimut sebahagian badan ku. Fikiranku mula memikirkan hal-hal yang mungkin terjadi.

Apalah yang bakal berlaku pada rumah tangga yang baru dibina? Adakah aku akan bahagia?

Aku lihat Nazran yang sedang tidur. Bolehkah dia terima aku sebagai isteri? Orang yang telah membuatkan dia kemalangan? Orang yang membuatkan dia kehilangan semuanya?

Segala perkara bermain-main difikiranku. Airmata hangat mengalir dipipi. Jahatkah aku berkahwin dengan Nazran kerana duit? Duit yang dijanjikan oleh Kak Nadrah. Tetapi aku cuma mahu bertanggungjawab atas kelalaianku. Tetapi aku juga berkahwin dengan dia kerana dia jodohku?

Hatiku rasa tak keruan. Malam makin pekat dan suasana sunyi menyelubungi diri. Aku terasa mengantuk dan akhirnya aku tertidur jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience