"Hai Nazran. Thank you sebab you sudi jumpa I hari ni." kata Zandra. Dia tersenyum memandang Nazran sepertinya ada udang disebalik batu.
"You ada apa paksa I jumpa you hari ni?" soal Nazran. Dari semalam lagi si Zandra ni call dan mesej Nazran banyak kali. Terpaksalah dia jumpa Zandra hari ni.
"I rindu you." luah Zandra. Dia buat muka manja seperti mahu mengoda.
"Rindu? Nonsense." kata Nazran. Dia tak suka dengan Zandra lagi. Nak pandang muka Zandra pun dia tidak mahu. Lagikan nak rindu bagai.
"Yes I memang rindu you. I nak you semula. I tak boleh nak tipu perasaan I." rayu Zandra.
Gedik betul Zandra ni nak rampas suami orang. Rupanya inilah sebab dia paksa-paksa Nazran untuk berjumpa.
"Zandra you memang cliche. You dah buang I kenapa tiba-tiba nak balik? You ingat I ni apa?" kata Nazran dengan nada sinis.
"I'm so sorry bukan I yang nak putus tunang tapi family I yang suruh. Dorang paksa I and I terpaksa ikut. But I still sayang you Nazran." kata Zandra.
"So you nak kata you anak mithali? Well, congrats. But it's okay I tak kesah pun." kata Nazran
"Sorry.. Time tu I kena run my family business. I takut I tak dapat nak uruskan you. Tapi sekarang I menyesal sangat. I still love you Nazran. Please bagi I peluang." kata Zandra.
"Dahlah Zandra. I dah kahwin pun. I bahagia tanpa you. I tak perlukan you." kata Nazran.
"I boleh jadi isteri nombor dua you." kata Zandra.
"No. I tak nak. Kalau I nak ada isteri nombor dua sekali pun I tak nak ambil you sebab I meluat dengan you Zandra. Antara kita tak ada apa-apa lagi. I benci you." kata Nazran.
"Sampai hati you." kata Zandra.
"Dahlah Zandra. Enough." Nazran ingin berlalu pergi.
"Nazran wait. At least you kena tahu kebenaran." kata Zandra.
"Kebenaran apa?" soal Nazran.
"Kebenaran tentang isteri you. Well dia takdelah baik sangat even worst dari I." kata Zandra.
"What do you mean?" soal Nazran. Wajahnya berubah.
"Nah. Dulu masa I kata dia ada scandal you tak percaya sekarang tengoklah sendiri orang yang sama dia jumpa." kata Zandra. Nazran lihat gambar yang diberi Zandra.
"Alis?" Nazran terkejut.
"Tak sangkakan. I kenal laki tu. Dia mengaku yang dia suka Alis. I bet dorang bercinta." kata Zandra.
"Tak, mustahil." kata Nazran. Dia tidak percaya.
"Sudah terang lagi bersuluh Nazran buka mata you. Tu gambar ori bukan edit. I bukan gigih sangat nak nak upah orang edit gambar isteri you. Yang stalker yang I upah tu just nak buktikan kecurangan isteri you je." kata Zandra.
"No. I percaya wife I. Dia bukan perempuan macam tu." kata Nazran. Dia masih percaya pada isterinya.
"Whateverlah Nazran. Cuma I nak ingatkan isteri you tu bukan setia macam you kata tu. Hmph! I balik dulu." kata Zandra.
"And one more thing.. I dapat tahu yang your wife kahwin dengan you sebab dia yang langgar you. Dia yang buat you lumpuh. Kahwin dengan you pun sebab kak Nadrah yang paksa." kata Zandra.
"Apa?" Nazran terkejut.
"Jadi betullah yang selama ni.." fikir Nazran.
Zandra tersenyum puas. Tak dapat Nazran pun takpe. Janji boleh balas dendam pada Nazran sebab maki dia sebelum ni. Dia pun berlalu pergi begitu juga dengan Nazran.
Share this novel