Bab 53

Drama Completed 7887

Beberapa hari kemudian..

"An.. Alis, esok Zandra ajak korang pergi party hari jadi dia." kata kak Nadrah. Mereka sedang makan malam ketika ini.

Nazran senyap sahaja. Memang tidaklah dia jejak kaki ke parti tersebut.

"Oh.." balas aku.

"Esok kita pergi sama-sama eh?" kata kak Nadrah.

"Malaslah kak." kata Nazran. Aku senyap sahaja.

"Please An teman akak esok. Akak dah janji nak bawa korang." kata kak Nadrah.

"Alah. Kenapa akak berjanji pulak?" soal Nazran.

"Err.. Akak kesian kat Zandra. Keluarga dia pergi bercuti. Takde siapa nak sambut birthday dia esok." kata kak Nadrah.

"Malaslah kak. Akak pergi sorang jelah." kata Nazran.

"An.. Kita pergi sekejap je. Lepas makan kita baliklah." kata kak Nadrah.

"Malas." kata Nazran. Dia terus naik ke biliknya.

"Hmm.." kak Nadrah mengeluh.

"Alis.. Esok teman akak pergi party tu boleh?" soal kak Nadrah.

"Err.." aku kelu.

"Bolehlah ye?" kata kak Nadrah.

"Err.. Okay." balasku.

Keesokan harinya aku dan kak Nadrah pergi ke parti tersebut. Tidak ramai yang hadir hanya beberapa orang sahaja.

"Happy birthday Zandra." ucap kak Nadrah pada Zandra. Dia juga memberi hadiah pada Zandra. Aku bawa diri sahaja. Tidak sempat untuk membeli hadiah.

"Thank you kak." ucap Zandra.

"Oh, hi Alis." sapa Zandra. Aku tersenyum.

"Nazran tak ikut sekali?" soal Zandra. Aku menggeleng.

"Oh.." balas Zandra.

"Jemputlah makan. Alis, akak." jemput Zandra. Kami pun makan makanan yang disediakan. Partu ini adalah berkonsepkan hi-tea yang diadakan disebuah restoran.

Aku mengambil makanan tetapi tiba-tiba telah melanggar seseorang secara tidak sengaja.

"Sorry." kataku ringkas.

"Takpe." balas Rafique.

"Rafique?" soalku. Nampaknya Rafique pun dijemput juga ke parti ini.

"Hi Alis." kata Rafique. Aku terus berlalu dari situ dan duduk dengan kak Nadrah. Aku tidak mahu bercakap dengan Rafique. Rafique hanya tersenyum.

Usai majlis, aku dan kak Nadrah pun pulang ke rumah.

"Nah." Rain memberi sesuatu pada Zandra.

"Thanks." kata Zandra.

Seperti yang telah diarahkan Rain ada disitu. Dia juga telah mengambil gambar aku dan Rafique. Zandra tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience