Aku terus turun ke bawah. Aku membantu bibik apa yang patut.
"Bibik.. Boleh saya tolong?" aku menawar diri untuk membantu bibik didapur. Sebagai tetamu dan orang baru dirumah ini aku tidak seharusnya bermalas-malasan.
"Takpe puan, puan duduk je. Bibik boleh buat sendiri." kata bibik.
"Ala bik bolehlah saya tolong. Saya bosan ni." kataku.
"Puan betul nak tolong saya?" soal bibik. Dia memandang ke arah aku.
"Ye, tapi bibik janganlah panggil saya puan. Panggil Alis cukuplah." kataku. Aku kurang selesa apabila bibik memanggilku puan. Aku bukannya siapa-siapa pun.
"Boleh ke?" soal bibik.
"Ye." kataku. Aku mengangguk
"Baiklah. Alis tolong bibik bancuhkan air milo." kata bibik.
"Okay." aku pun mengambil teko yang ada dimeja lalu diisikan dengan air panas dan milo serbuk, kacau-kacau sikit dan siap.
"Bibik dah siap. Ada lagi yang boleh saya tolong?" kataku.
"Err.. Itu saja. Yang lain dah siap." kata bibik.
"Okay." teko diletakkan dimeja makan. Hari ini bibik membuat nasi goreng udang, telur mata dan juga roti bakar.
"Bibik.. Nazran tak turun makan ke?" soalku.
"Biasanya bibik yang bawa ke atas. Tuan Nazran akan bersarapan pada pukul 9 pagi." balas bibik.
"Oh.." kulihat jam baru menunjukkan 8.15 pagi. Awal lagi.
"Hai Alis." tegur Kak Nadrah yang baru turun.
"Hai kak." balasku.
"Akak kerja hari ni. Alis kalau ada apa-apa bagitahu akak tau. Appointment Nazran kat hospital minggu depan." kata Kak Nadrah. Dia pun bersarapan.
"Okay kak." balasku.
Setelah itu, Kak Nadrah pun ke tempat kerjanya. Beberapa minit kemudian jam pun menunjukkan jam 9 pagi.
Bibik sedang menyiapkan sarapan untuk dibawa kepada Nazran.
"Bibik.. Sarapan ni biar saya yang bawa." kataku.
"Boleh ke?" soal bibik. Dia seperti risau sedikit. Mungkin dia dengar Nazran menengking aku subuh tadi.
"Boleh..." kataku. Aku mengambil dulang dan bawa ke atas.
Pintu bilik Nazran diketuk dan pintu itu aku buka. Aku masuk perlahan-lahan. Nazran sedang duduk dibalkoni sambil memandang keluar. Nasib baik.
"Bik, letak je sarapan kat situ." kata Nazran tanpa memalingkan mukanya. Mesti dia ingat aku ni bibik. Aku letak dulang dengan perlahan-lahan. Lalu aku keluar. Takut juga kalau dimarah lagi oleh Nazran.
Aku terus turun ke bawah selepas itu. Aku mahu berbual dengan bibik. Macam-macam soalan aku mahu bertanya pada bibik.
Share this novel