Bab 7

Drama Completed 7887

Keesokan harinya barulah aku sedarkan diri. Aku selamat dari kemalangan semalam. Cuma luka didahi dan cedera sikit ditangan.

"Aduh." aku menyentuh dahiku. Dahi ku terasa sakit. Dahi aku bertampal. Aku cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya. Badanku terasa lemah. Mungkin kerana hentakkan semasa kemalangan.

"Alis jangan banyak bergerak sayang." ujar abah.

"Abah.. Bila abah sampai?" soal ku. Setahu aku, abah ada kat Sabah. Abah ada kerja disana.

"Abah baru sampai tadi." kata abah. Aku mengangguk.

"Alis okay tak? Abah risaukan Alis." ujar abah.

"Alis okay abah. Abah jangan risau." aku membuat isyarat okay. Aku tak nak abah risau. Walaupun sebenarnya aku memang dah buat abah risau.

"Alis apa yang dah jadi ni? Macam mana boleh jadi macam ni" soal ibu. Ibu tiba-tiba masuk dan terus marahkan aku.

"Apa awak ni Alis kan baru kemalangan. Kenapa nak marah-marah?" tegur abah.

"Awak diam je." kata ibu.

"Alis kenapa Alis lari dari rumah pak cik?" soal ibu. Nampaknya ibu tahu mengenai hal ini. Mesti mak cik Leha yang mengadu.

"Hah?" abah terkejut. "Apa awak cakap ni? Alis?" abah memandang aku untuk mendapatkan kepastian.

"Sebenarnya.." aku tergagap.

"Sebenarnya apa?" kata ibu.

"Alis tak nak kahwin. Alis tak nak kahwin dengan duda anak dua tu." kata aku.

Ibu dan abah terkejut.

"Apa maksud Alis?" soal abah. Abah macam tak tahu je dengan perkara ini.

"Pak cik dan mak cik nak jodohkan Alis dengan duda tu. Alis tak kahwin." luah ku kepada ibu dan abah.

"Tapi kenapa sampai lari rumah? Alis boleh je tolak cara baik. Lagipun mereka kata lelaki tu lelaki yang baik." kata ibu.

"Alis tak suka. Mereka paksa Alis untuk terima." kata ku dengan tidak puas hati.

"Awak tahu pasal ni? Awak nak anak kita kahwin dengan duda anak dua? Awak ni dah buang tabiat ke apa?" soal abah. Nampaknya mereka tipu kononnya abah setuju. Sampai hati pak cik dan mak cik.

"Mereka kata lelaki tu calon yang terbaik untuk Alis. Jadi apa masalahnya?" kata ibu.

"Perkahwinan bukan benda main-main. Ini soal hidup anak kita. Buat kita nak sibuk tentukan. Biarlah dia buat pilihan sendiri. Kita doa kan yang terbaik je untuk dia." kata abah. Aku sokong dengan kata-kata abah.

"Habis tu awak nak dia jadi macam kita. Kononnya cinta tapi akhirnya.." kata ibu.

"Awak tak boleh samakan diri awak dengan Alis. Hal kita cukup sampai situ tak payah nak ungkit." kata abah.

"Ibu, abah sudahlah." kali ni aku bersuara. Aku rasa serabut bila ibu dan abah mula bergaduh.

"Abah kamu ni." kata ibu. Abah memandang ibu. Mereka saling berpandangan.

"Ibu, ibu datang sorang je ke?" soal aku. Aku mahu mengubah topik.

"Tak ibu datang dengan keluarga ibu. Mereka ada kat bawah. Nanti mereka datang." balas ibu. Aku hanya mengangguk.

Pintu bilik diketuk. Lalu ibu membuka pintu. Aku terus melilit selendang dikepala. Abah keluar dari bilikku.

Keluarga baru ibu masuk ke dalam.

"Alis, ni keluarga baru kita. Ini papa, Leya, Akif dan Naufal. Mereka adik beradik tiri Alis. Yang kecil sekali ni Heera adik Alis." ibu kenalkan aku dengan keluarganya. Aku senyum dan mengangguk.

Aku dan keluarga ibu berbual-bual sedikit. Ibu juga ada membawa buah-buahan segar untuk aku. Aku menjamah buah tersebut.

Setelah itu, ibu meminta izin untuk pulang ke hotel. Untuk sehari dua ni mereka akan menginap dihotel sementara tunggu aku keluar hospital. Mereka baru tiba di Kuala Lumpur. Mereka datang dari Johor.

Ibu mengucup dahiku dan memberi pelukan hangat kepadaku. "Jaga diri." pesan ibu. Ibu pun berlalu pergi bersama keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience