"Cepatlah nak cakap apa? Sekejap je kan." kataku sebaik sahaja aku sampai ke taman yang dikatakan Rafique. Dia tunggu aku kat kerusi taman. Macam takde tempat lain nak ajak jumpa.
"Duduklah dulu." kata Rafique. Dia tersenyum ke arah aku. Aku rasa lain macam.
"Tak payah." kataku dengan dingin.
"Alis.." kata Rafique dengan lembut.
"Apa?" soalku. Peliknya sikap Rafique hari ni.
"Sebenarnya.. Aku suka kau." luah Rafique. Dia menunduk. Sebenarnya itulah yang dia rasa selama ini. Dah lama dia simpan rasa ini.
"Apa?" aku terkejut. Biar betul? Boleh percaya ke ni? Macam tipu je. Mustahil.
"Ye aku suka kau." kata Rafique. Redup matanya memandang ke arah aku.
"Merepek! Awak sedar tak saya isteri orang? Saya dah kahwinlah." kataku. Apa benda Rafique cakap ni?
"Sedar. Kau tak perlu pun cakap benda tu banyak kali. Sebab aku suka kau sebelum kau kahwin lagi." kata Rafique. Aku terkejut.
"Tipulah awak benci saya kan sebab muka saya macam bekas tunang awak." kataku. Aku cuba menafikan pengakuan perasaan Rafique.
"Ye. Tapi.." kata Rafique. Rafique senyap.
"Dahlah tak payah merepek." kataku. Aku ingin berlalu dari situ. Tapi nasib aku malang kerana telah tersandung. Rafique sambut aku yang hampir terjatuh.
Rain ambil gambar aku dan Rafique. Dia sememangnya sedang mengikuti aku ketika itu.
"Apa ni?" aku tolak Rafique. Berani dia pegang aku.
"Sorry." kata Rafique.
"Sorry Alis. Aku tak sengaja. Aku cuma nak tolong." kata Rafique. Aku terus pergi dari situ. Rafique ikut aku sampai tempat letak kereta.
"Nak apa lagi?" soal aku. Menyampah.
"Alis.. Please dengar dulu cakap aku." kata Rafique.
"Awak nak cakap apa lagi?" soal aku.
"Memang aku suka kau dari dulu lagi. Tapi sebab muka kau sama macam bekas tunang aku. Aku jadi benci pada kau. Sebab setiap kali tengok kau, aku teringat ada yang dia buat pada aku. Sebab tulah aku memilih untuk bencikan kau. Tapi semakin kuat rasa benci tu buat aku rasa sesuatu pada kau. Aku start suka pada kau." kata Rafique. Aku terkejut.
"Ee.. Gelilah." kataku. Aku buat muka meluat.
"Betullah orang kata tak baik benci orang sangat sebab lama-lama nanti jadi suka." kata Rafique.
"Apa-apa jelah." kataku. Aku tak berminat.
"Aku tahu ni respon kau. Tapi kau jangan risau lepas ni kita takkan jumpa lagi sebab aku akan pindah keluar negara. Aku akan kerja kat sana. Jadi aku nak minta maaf atas segala kata-kata yang aku lemparkan pada kau. Aku minta maaf Alis. Aku harap kau dapat maafkan aku." kata Rafique. Mudahnya dia minta maaf.
"Okay." aku terus masuk kereta. Hidupkan enjin dan berlalu pergi. Aku tak boleh terima dengan luahan Rafique. Geli.
Rafique hanya mengeluh. Apa yang tersimpan sudah diluahkan. Lepas ni mungkin dia akan rasa tenang. Harapnya dia cepatlah untuk move on.
Share this novel