Selepas selesai makan kami tunggu sekejap. Hadamkan makanan dahulu sebab sekejap lagi nak balik jalan kaki lagi. Nazran macam biasalah anti sosial. Main telefon je kerja dia.
"Hai Nazran? Omg. Is that you?" tegur seorang perempuan. Boleh tahan jugalah perempuan ni. Free hair dan agak seksi sedikit.
Nazran mengangkat kepala. Dia nampak terkejut sikit.
"Long time no see. You dah okay ke?" soal perempuan. Dia tunjuk ke arah Nazran atas bawah.
Kawan Nazran kot ni. Tapi Nazran macam tak suka je.
"Yes I dah okay." kata Nazran. Nazran memang okay sekarang ni. Dia sudah sihat sepenuhnya.
"Urm.. Siapa ni?" soal perempuan itu. Dia pandang ke arah aku.
"She's my wife. My loyal and beloved wife." Nazran senyum ke arah aku. Amboi lain macam je ni. Dia pun nampak macam perli perempuan tu dengan perkataan loyal tu.
"Your wife? You dah kahwin?" soal perempuan tu. Dia nampak macam terkejut.
"Bodoh ke apa you ni of course I dah kahwin cause she's my wife and I'm her husband." kata Nazran.
Seriously Nazran? Selama ni aku tahu Nazran ni suka marah-marah dan tengking aku je. Tak pernah pula dia maki. Tapi dia selamba je panggil perempuan tu bodoh? Aku agak mesti dia ada isu dengan perempuan ni.
"Haha." perempuan tu ketawa dengan janggal. Dia cuba untuk cover malu.
"Hai? I Zandra. What's your name?" soal Zandra. Tangannya dihulurkan kepadaku.
"Saya Alis." aku sambut salamnya.
"Ohh. Hai Alis. I.." belum Zandra habis cakap Nazran bangun dan tarik tangan aku.
"Jom sayang kita balik. Bie tak selesa kat sini." kata Nazran. Sayang? Bie? Ini sangat sesuatu.
"Err.." Zandra tercengang. Dia pandang aku dan Nazran.
"Bye Zandra. Kami balik dulu." kataku.
Kami membuat pembayaran dikaunter dan terus pulang. Kami balik naik grab.
"Nazran-nazran tak sangka you dah sembuh. Tapi sayangnya you dah kahwin." kata Zandra sendirian.
"Bie siapa tadi tu?" soal aku.
Kami dah sampai rumah dan Nazran duduk disofa. Dia nampak macam stress sikit.
"Bie?" kata Nazran. Dia pandang aku.
"Alah tadi boleh je." kataku.
"Tadi, tadilah. Sekarang dah lepas. Tak payah nak bie sangat." kata Nazran. Oh, dia dah berubah jadi biasa. Nampak sangat tadi dia cuma berlakon.
"Okay.. Tapi tadi tu siapa? Kawan awak ke?" soalku. Aku penasaran. Apa hubungan Nazran dengan perempuan tadi. Kenapa Nazran tak suka dengan dia.
"Tak penting dan tak payah ambil tahu." kata Nazran. Dia nampak macam marah. Setelah itu dia terus naik ke atas. Tinggalkan aku sendirian dengan penuh tanda tanya.
"Hmm.. Siapa eh perempuan tadi tu?" soalku. Aku teringin nak tahu siapa perempuan tu. Kenapa Nazran tak suka sangat dengan dia?
Selama ni aku ingat Nazran bencikan aku je. Rupanya ada juga orang lain yang dia benci. Memang suka benci orang kot Nazran ni.
Aku pun naik atas untuk mandi dan tukar baju. Kalau berteka-teki macam ni sampai esok pun tak habis.
Share this novel