Bab 17

Drama Completed 7887

Hari pertunangan bakal tiba pada esok hari. Jadi hari ini aku siapkan apa yang patut. Pelamin tunang pun telah dipasang. Aku sewa pelamin bajet sahaja. Murah dan ringkas. Harganya RM250 sahaja. Aku guna duit sendiri sebab rasa macam tidak enak pula bila ibu dan abah sahaja yang keluarkan duit. Padahal aku yang nak kahwin.

"Alis.." tegur abah.

"Dah ready?" soal abah.

Aku tersenyum dan mengangguk.

"Abah tak sangka. Satu-satunya anak abah nak kahwin." kata abah. Abah memberi aku sebuah kotak.

"Apa ni bah?" soal aku.

"Hadiah untuk Alis." kata abah.

Aku pun buka kotak itu. Rupa-rupanya abah menghadiahkan aku sekalung rantai emas.

"Cantiknya bah. Terima kasih." aku peluk abah.

"Sama-sama. Jangan tidur lewat sangat tau." pesan abah sambil mengusap kepalaku. Setelah itu, abah pun masuk tidur.

Ketika ini aku sedang membuat macaron untuk mencukupkan hantaran. Ini kali pertama aku buat macaron. Harapnya menjadilah sebab kalau tidak menjadi tidak cukuplah hantaran aku nanti.

Aku membuka blog Azie Kitchen untuk melihat cara-cara membuat macaron. Aku membaca sambil mengikut cara-cara yang dinyatakan. Resepinya ialah..

Bahan bahan
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna serbuk
Nutella

Cara-cara
Sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak/baking paper. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu.

Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan.

Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok.

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannya sedikit.

Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.

Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar

Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

Panaskan oven 150C ke 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macarons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.

Bila dah sejuk boleh lah letak ganache apa-apa yang disukai. ( Credit: Azie Kitchen )

"Okay. Sekarang semua dah siap tunggu macaron masak." kataku sendirian. Aku membaca novel sementara itu.

Setelah menunggu selama dua puluh minit akhirnya macaron tersebut sudah pun masak. Aku menunggu macaron itu sejuk dahulu dan kemudiannya aku meletakkan inti nutella yang dibeli dikedai.

"Bismillah.." aku mencuba macaron yang dibuat.

"Alhamdulillah.. Sedap." aku puji diri sendiri. Setelah berpuas hati, aku meletakkan macaron itu ke dalam bekas yang cantik. Kemudiannya aku mengemas dan membasuh bekas yang digunakan.

Oven sememangnya sudah ada dirumah ini. Manakala bahan-bahan dibeli dikedai. Barang-barang seperti bekas, spatula dan alat memasak yang lain aku beli dikedai RM2.

Selesai mengemas, aku pun masuk tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience