22 | Jatuh katil

Romance Series 14468

    HAN mengambil tempat di meja makan. Bersebelahan suaminya, Arsalan. Kalau dulu dia single, setakat pandang je kakak-kakak iparnya melayan suami masing-masing waktu makan berjemaah namun kali ini, dia sudah boleh tumpang sekaki.

"Awak nak makan apa?" soal Han sambil mencapai sebiji pinggan. Ada bermacam-macam hidangan hari ini. Lauk semalam pun ada berbaki lagi sikit lalu dipanaskan sahaja. Nak dibuang, sayang.

Arsalan terbatuk-batuk kecil sambil menunjukkan ke arah semangkuk mi basah. Han segera mencedok hidangan itu masuk ke dalam pinggan dan dipersembahkan di hadapan si lelaki.

Batuk Arsalan makin keras sampai memaksa Han menghulurkannya segelas air kosong. Si lelaki meneguknya rakus bagi meredakan rengsa tekak yang agak azab.

Dia bangun pagi dengan suara yang telah hilang. Jadi, dia kurang bercakap pada hari ini. Tambahan pula, tenaganya dirasakan susut teruk berbanding semalam. Perubahan yang sangat mendadak.

Semua di meja makan perasan keadaan Arsalan namun Teh yang bersuara dahulu menegur adik ipar yang sebaya dengannya.

"Kau kenapa?"

Mata Teh tertumpu pada Arsalan. Begitu juga mata-mata yang lain. Mahu tahu jawapan yang bakal terbit dari bibir itu.

"Demam." Orang lain yang tolong jawabkan. Wajah Han bersahaja semacam tak punya perasaan. Dia menyuap makanan ke dalam mulut.

"Lah, pula? Apa yang dah jadi semalam, Alan?" Angah menyampuk. Beria-ia dia memberi pesanan kepada Arsalan semalam. Tup tup, demam! Mantap Pak Abu! Yang lagi epic, Arsalan demam tapi Han sudah lega.

"Hish, kau sibuk je nak tau hal dalam kelambu orang! Makan!" Along menyepak kaki Angah di bawah meja. Angah mencebik sebelum kembali menyambung makan.

Mata Han bertentangan sekejap dengan Arsalan. Hujung bibirnya terjongket mengejek. Itulah... kalau Arsalan tak buat perangai semalam, tak jadi macam ni. Sekarang siapa yang susah?

Arsalan mengetap bibir geram. Mata bundarnya disepetkan, membalas provokasi Han. Ada ubi, ada batas. Ada hari, dia balas!

***

    DIA meniarap di atas katil sambil ralit membelek-belek aplikasi WhatsApp. Semalaman dia tidak menghidupkan gajet itu lantaran tahu, pasti akan jammed dengan pelbagai ucapan meraikan hari bahagia semalam.

Macam sekarang, telefon bimbitnya hang gara-gara teks ringkas masuk tanpa henti. Dia biarkan dahulu lalu mengalihkan perhatian kepada Arsalan. Hari ini mereka hanya berkurung di dalam bilik memandangkan Arsalan lagi diserang demam panas.

Lelaki itu sedang berbaring di sebelah. Berkelubung dengan selimut bersama mata yang terpejam rapat. Wajah Arsalan nampak benar-benar pucat. Kesian... baru kahwin dah sakit eh?

Han tersengih nakal seraya melalukan jemarinya ke wajah Arsalan. Menghalusi kejadian sempurna makhluk itu. Saat hujung jarinya menyentuh bibir kering Arsalan, gerakan tadi terjeda.

Dia merenung lama bahagian situ. Dari semalam dia minta dikucup Arsalan tapi bibir merah itu hanya sudi menyinggah di dahinya. Tak cukup! Dia nak lebih.

Timbul fikiran nakal dalam kepala. Wajah dijatuhkan perlahan-lahan merapati kawasan sasarannya. Lagi seinci bibirnya hampir bertemu dengan milik Arsalan, tiba-tiba lelaki itu menolak keras wajahnya. Kepala Han terundur serta-merta.

"Hey, molester!"

Han tercengang. Tak pasal-pasal disumpah suami sendiri. Dia memerhati Arsalan yang bingkas duduk bersila, berjarak agak jauh darinya. Wajah itu merah sekali. Rambut berantakan Arsalan tidak pedulikan.

"Awak buat apa ni?"

"Apa?"

"Saya tengah tak sihat pun, awak nak cuba ambil kesempatan eh!"

Keluhan berat terhembus dari bibir Han. Kenapalah lelaki itu boleh terjaga pada waktu dia hampir mendapat apa yang diidamkannya? Spoil!

Dia berdeham perlahan. Mengumpul keyakinan dan keberanian yang sudah bersepaian.

"Mana ada! Apa class ambil kesempatan waktu awak tengah tidur? Baik saya minta sekarang je, waktu awak sedar." Usai berkata begitu, Han merapati Arsalan sambil terseringai miang. Lelaki itu mengundur takut-takut.

"Han, stop! Stop there!" arah Arsalan. Dadanya naik turun menahan debaran yang menggila. Tolonglah, apa pula kali ini Han nak buat padanya?

"Raihan Amani! I said stop there! Awak tak nak dengar cakap suami ke?"

Tawa yang hampir terburai ditahan sehabis daya. Seronoknya tengok muka gelabah Arsalan. Lagi seronok bila si lelaki makin mengesot, mengesot dan terus mengesot sebelum...

Bum!

"Aduhh!" Erangan kuat terhasil. Tubuh Arsalan sudah elok mendarat di atas lantai. Membulat mata Han melihat suaminya jatuh katil.

"Awak! Okey tak tu?" Han segera mendapatkan Arsalan yang masih terlentang di bawah. Kepala itu cuba dipangku namun Arsalan menepis kasar.

"Tak lawaklah buat saya macam tu!"

Han tahan senyum. "Mana ada saya buat lawak! Awak tu yang takut sangat macam saya ni dinosaur nak pijak awak."

"Awak tak payahlah menyakat saya macam tu! Saya ni rasa nak mati tau tengok awak merangkak macam jerangkung gitu!"

"Eehhhh... ya ke sebab saya merangkak, awak takut? Ke sebab awak malu dengan saya?" Pipi Arsalan cuba dicuit namun lelaki itu segera berpaling ke arah lain.

"Sinilah saya tidurkan awak balik."

"Tak payah! Tepi sikit. Saya tak nak dekat dengan awak." Arsalan segera menjarakkan tubuhnya dengan Han. Bengang masih tersisa.

Dia memanjat semula katil lalu dibawa selimut menutup satu tubuh. Tak mahu pandang Han lagi. Pasti Han sedang rancak ketawakannya. Ah, tak guna!

"Kenapa pula?"

"Saya tak nak kawan dengan awak, faham tak?"

"Tak faham." Han membalas selamba. Menyirap darah Arsalan jadinya. Ee, geramnya dapat isteri macam ni! Waktu belum kahwin, nampak ayu. Sekali dah kenal, nakal sangat!

"Awak," Meleret suara Han, menggoda manja suaminya. Jari telunjuk mengulit tubuh Arsalan di balik kelubung.

"Kalau awak tak nak kawan dengan saya, sunyilah saya."

"Macam saya kisah!"

Huh, dingin betul balasan Arsalan! Oh, tak kisah eh? Tengok sikit siapa yang merengek kat siapa malam ni.

"Fine! Jangan tidur peluk saya malam ni!" Han mengugut garang. Fikir dia tak ingat ke apa yang dah jadi semalam?

Kononnya tak mahu dipeluk Han. Alih-alih, sepasang kaki Arsalan elok mengepit tubuhnya seperti bantal peluk. Azab betul Han nak bangun pagi tadi. Dia cuba mengalihkan tangan dan kaki Arsalan yang menindih tubuhnya tetapi Arsalan boleh pula mengeratkan lagi pelukan.

Hah, sekarang demam Han dah berpindah pula kepada Arsalan. Eloklah sangat tu!

"Awak pun jangan cuba-cuba nak sentuh saya!" selar Arsalan. Apa ingat dia cikai sangat ke? Setakat tak peluk Han waktu tidur, eleh! Kacang je tu. Selama ni pun dia tidur tak berteman.

Cuma semalam, entah macam mana dia boleh merangkul erat gadis itu sewaktu diulit lena. Malah, dia jadi malas mahu bangun pagi kerana terlampau selesa. Godaan betul!

Panas hati Han yang mendengar. Kecil besar, kecil besar je dia tengok Arsalan sekarang.

"Fine!" Sempat tapak tangannya menampar punggung Arsalan bagi melepaskan geram lalu beredar dari bilik tidur.

Arsalan menahan perasaan. Aii, tangan tu! Ada yang nak kena gigit juga kut nanti.

Happy reading! Ada yang rindu Farha tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience