28 | Hadiah

Romance Series 14468

   SEBAL betul Han dengan idea yang baru diutarakan oleh Arsalan. Langsung tidak menarik minatnya. Banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat, kenapa ith juga jadi pilihan Arsalan?

Meletup-letup hatinya membebel marahkan sang suami. Nak diluahkan, tak sampai hati. Dia masih bercita-cita nak jadi isteri mithali. Kut kalau dia lepaskan kata-kata yang lagi bergema dalam kepalanya sekarang, dia takut Arsalan terasa hati pula.

"Ya rouhi," seru Arsalan, lembut. Tapi Han hanya buat tak endah.

Tatkala tangan kasar Arsalan mencubit-cubit manja pipi mulusnya, Han menepis pergi. Anak matanya masih dilarikan daripada terus menatap wajah Arsalan.

"Janganlah macam ni. Saya ajak buka hadiah je, takkan tak nak?"

Ya, sebab dia ajak aku buka hadiah majlis perkahwinanlah aku menarik muncung panjang malam ni!

"Apa class buka hadiah malam-malam? Kan esok pagi boleh je kita buka. Tengah hari ke, tak pun petang. Kenapa malam juga yang awak pilih?"

Si lelaki masih giat mengangkat kotak-kotak hadiah ke ruangan tengah bilik. Hujung vermilion terjongket mendengar omelan tidak puas hati Han. Namun tidak pula dia membalas walaupun sepatah.

"Awak dengar tak saya cakap apa dengan awak ni?" Bengang dengan Arsalan yang macam tak mengendahkannya, dia menarik-narik bahagian belakang pijama yang tersarung di tubuh itu.

Arsalan segera menangkap kedua-dua belah tangan kecilnya. Anak mata itu merenung tepat ke dalam anak mata Han.

"Dengar, sayang. Saya dengar semua yang awak tengah cakapkan dengan saya. Mana pernah saya tak dengar. Awak kutuk saya pun saya dengar tau," Entah kenapa, Arsalan nampak seksi pula malam itu apabila bibir merah lembab Arsalan tak berhenti merekahkan senyuman senget.

Wajah Han berubah merah. Pandangannya diarahkan separas dada bidang itu. Tak berani lagi nak memandang terus ke wajah Arsalan. Kang ada yang tergoda, jenuh pula Arsalan.

"Mana ada saya kutuk awak. Saya ni isteri paling baik dalam dunia tau! Saya tak pernah kutuk-kutuk awak-"

"Tipu." potong Arsalan. Tubuh tinggi itu masih berdiri tegak tetapi Arsalan sengaja melentokkan kepala dekat dengan telinga kanan Han. "Awak selalu kutuk saya pemalu kan?"

Kehangatan bisikan halus itu membuatkan tubuh Han gementar. Habis menggeletar sejuk tangan yang masih dalam genggaman sang suami.

"Ma... mana ada!" Tergagap-gagap Han membidas. Dadanya berdegup kencang daripada kebiasaan. Ya ampun! Sejak bila Arsalan jadi sekejam ini? Macam sengaja je nak buat dia sakit jantung malam-malam macam ni.

"Baguslah kalau tak ada. Awak jangan lupa nama saya Arsalan Asad. Asad tu maksudnya singa dalam Bahasa Arab. Kalau awak main-main dengan saya-" Arsalan sengaja menggantung bicara. Dikerling wajah pucat Han.

Hampir terlepas tawanya melihat kepala itu tertunduk tak berani diangkat lagi. Baru Han tahu siapa Arsalan Asad sebenarnya!

"... saya gigit awak, Raihan Amani."

Rawr!

Han lekas menolak dada bidang Arsalan. Ish, takutlah dia dengan singa jantan ni. Entah apa-apa. Terlebih kafein ke apa sampai jadi tak waras ni?

"Jom duduk dengan saya. Kita buka hadiah." Arsalan meraih tangan Han lalu dibawa ke sebuah sofa tiga serangkai.

Pandangan diliarkan ke lantai tengah. Berpuluh-puluh bungkusan di situ. Boleh tahan banyak juga bila dicampur dengan hadiah yang dikirim melalui penghantaran pos. "Awak nak buka yang mana dulu?"

"Yang paling kecillah," Tangan Han mencapai sebuah kotak kecil berbalut kertas minyak. Dengan lafaz basmalah, pembalut itu dibuka.

Sebuah kotak muzik dibawa keluar. Mata Han bercahaya teruja melihat patung lelaki dan perempuan yang sedang berpelukan itu berpusing pada pentasnya. Lagu romantis bergema bila kekunci diputar.

"Cantiknya! Hadiah daripada siapa ni?"

Arsalan mengutip pembalut tadi dan dibelek-belek mencari nama pengirim. "Tak ada nama. Tapi tak silap saya, ini Kakak bagi."

"Pandai Kakak pilih hiasan ni! Nanti kita kena cakap terima kasih kat dia,"

"Yalah. Sambung buka yang lain pula," Arsalan menghulurkan pula bungkusan lain. Sedar tak sedar, sudah banyak hadiah yang mereka buka. Tinggal beberapa lagi yang tersisa.

"Huarghh!" Mulut yang menguap luas ditutup dengan belakang tangan. Kepala Arsalan sudah terlentok manja di bahu Han sementara jam dinding dikerling. Dah pukul 11 malam, patutlah mengantuk sangat.

"Berapa lagi, awak?"

"Tiga je lagi. Awak janganlah tidur dulu. Awak kena temankan saya buka semua hadiah ni,"

"Yalah, sayang. Saya teman awak ni." balas Arsalan dengan mata yang sudah terpejam rapat. Selesa pula tidur berbantalkan tubuh hangat isterinya biarpun banyak tulang je daripada isi.

"Ni hadiah daripada Firash. Awaklah buka," Sengaja Han tak nak bagi Arsalan tidur, dia menghulurkan satu bungkusan sederhana besar. Arsalan cuba menyambut dengan mata yang terpejam rapat namun tak lama kemudian kedua-dua belah matanya terbuka luas.

"Beratnya! Apa benda yang Firash bagi ni?"

"Tak tahu. Awak bukalah."

Mereka diserang tanda tanya. Takkanlah Firash bagi dumb bell kut sebagai hadiah kahwin? Kalau Firash sungguh-sungguh buat macam tu, dia akan campak benda alah itu ke wajah single Firash.

Pembalut dikoyakkan berhati-hati. Arsalan jenis yang berjiwa seni, sayang nak rosakkan balutan kemas yang pasti dikerjakan susah-payah oleh Firash.

"Ee, awak ni lambat la! Koyak jelah." Han merungut geram. Tak sempat Arsalan nak menahan, tangan Han sudah pun merabat kasar balutan itu.

Sebuah kotak putih terserlah. Arsalan pandang Han, Han pandang Arsalan. Takkanlah...

"Apa ni?" Arsalan menyoal Han.

Pap! Laju tangan Han menyekeh kepala sang suami.

"Bukalah kalau nak tahu! Awak ingat saya Nujum Pak Belalang ke?"

"Lah, orang tanya sikit pun nak marah-marah." omel Arsalan. Bibirnya tercebik-cebik. Sedihlah kena sekeh dengan bini sendiri oi!

Akhirnya isi kotak itu sudah pun diangkat keluar. Masing-masing ternganga melihat 'hadiah istimewa' itu.

"Awak, seriuslah awak dah lama kawan dengan Firash tu?"

"Err... kenapa?"

"Risaulah. Kepala dia tu macam lain daripada yang lain je."

"Ish, awak ni! Tak baik kata macam tu kat orang tau. Orang dah bagi tu bersyukur jelah. Tak payah susah-susah keluarkan duit lagi untuk benda alah ni."

"Hmm, yelah." Han mengalah lepas ditazkirah ringkas oleh Arsalan. Dia meminta izin untuk berundur diri ke katil. "Nanti awak tolong kemas-kemas sikit sampah tu semua sebelum tidur."

Arsalan mengangguk sahaja. Pandangannya masih terarah sempurna pada hadiah Firash. Bibir bawahnya digigit. Ei, Firash ni memanglah! Tengoklah esok, dia ajak geng pergi serang homosapien sorang tu.

'Kau tunggu, Firash!' Arsalan menyumpah geram dalam hati.

Happy reading! Ada yang still tunggu update cerita ni ke? Kalau ada, terima kasih sangat-sangat 。:゚(;´∩`;)゚:。

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience