Throwback.
DARI jauh lagi dia sudah boleh nampak sekumpulan lelaki yang sedang duduk melepak di tepi tembok. Wajahnya terpalit senyuman girang. Tanpa teragak-agak dia pantas berlari mendapatkan kelompok itu.
"Hai, Aidil!" sapanya manja. Mereka yang tadi rancak berbual langsung mengalihkan pandangan ke arahnya. Setelah itu, semuanya beransur-ansur pergi meninggalkan mereka berdua.
"Aku pergi dulu, bro. Apa-apa roger okey!" Aidil ber-bro fist dengan mereka. Bila semua dah pergi, Aidil pun ikut mahu beredar sekali namun ditahan oleh Han.
"Aidil, mana Aidil nak pergi?"
"Balik hostel,"
"Tapi Han tak makan lagi. Aidil temankan Han makan boleh?"
"Saya dah makan. Awak makan sorang jelah. Saya tak boleh teman awak sebab saya ada kelas petang ni. Ada presentation so saya nak buat preparation sikit," balas Aidil, mendatar.
Dahi Han berkerut tak senang. "Aidil?"
Lelaki itu membalas pandangannya. Sepasang mata si lelaki bersinar dingin. Tak macam selalu. Han semakin rasa tak senang.
"What's wrong? Han ada buat salah dengan Aidil ke?" Lurus dia bertanya. Dia tak mahu disebabkan sedikit salah faham, hubungan percintaan mereka yang hampir mencecah 8 bulan ini bakal berakhir begitu sahaja. No way! Mereka dah berjanji untuk mengakhiri dengan sebuah perkahwinan.
"Saya penat sikitlah hari ni. Nanti kita sembang lainlah," Aidil mengatur langkah untuk beredar. Tak sampai beberapa tapak, Han menarik kasar lengan sasanya.
"Bagitahu Han kalau Han ada buat salah dengan Aidil!"
Aidil mendengus kencang. Tubuhnya kembali dibalikkan menghadap Han. Lengan dibawa memeluk tubuh. Dia memusatkan renungan tepat ke wajah si gadis.
Mereka berkenalan sewaktu sama-sama menyertai kem. Aidil yang mula dulu semuanya, mengajak Han bercinta dengannya. Pada peringkat awal, Han menolak. Namun bila dia tak putus asa memikat Han, akhirnya si gadis bersetuju menerimanya.
Namun, semenjak kebelakangan ini dia sudah tawar hati dengan Han. Hari demi hari dia cuba lari daripada gadis itu. Tetapi selalu sahaja dia gagal. Macam sekarang.
"Saya tak suka tengok awak rapat dengan budak lelaki tu,"
"Siapa?"
"That fucking Arsalan."
Han ketawa sinis. Sampai macam tu sekali rupanya Aidil cemburu dengan Arsalan.
"We're just friends. Dia rajin ke library. Selalulah temankan Han study kat sana. That's all."
"Friend? Seronoklah bergelak tawa, bersembang dua orang?"
"It's normal though. Han dengan orang lain pun Han bersembang, melawak. Dengan Farha, Pinat... So, Aidil nak kata hubungan Han dengan diorang lebih daripada kawanlah sebab Han sembang, gelak-gelak semua tu?"
"Don't change the topic,"
"I'm not!"
"He's a guy at all!" Suara mereka saling bertingkah. Aidil dengan egonya. Han pula dengan kenyataannya.
"That bastard is a man... dan saya juga seorang lelaki! Saya tahu jenis pandangan dia setiap kali pandang awak! It's not a normal gaze."
"Tapi Han tak pernah layan perasaan dia pun! Dia pun tahu batas dia! Dia tak pernah cuba nak lebih-lebih!"
Aidil mengecilkan mata. "So you have already know that? Awak tahu yang that bastard ada perasaan kat awak tapi awak berkawan juga dengan dia,"
"Ya Allah..." Han menggumam perlahan. Pelipisnya dipicit-picit dengan mata yang terpejam rapat. Beberapa saat selepas itu, dia kembali membuka mata luas.
"Salah ke kalau Han nak berkawan dengan orang lain? Han tak boleh kawan dengan lain jantinalah lepas ni? Macam tu yang Aidil nak? And please... stop calling him bastard. He has a name and his name is Arsalan."
Aidil meledakkan tawa mengejek.
"See? Sekarang ni awak dah berani nak backing dia. Kawan? Awak lupa? Awak dengan saya pun kawan sebelum ni. Bear this in your mind. Seorang perempuan dengan seorang lelaki takkan pernah jadi kawan!"
"Okey. Fine! Sekarang ni, apa yang awak nak saya buat? Cara apa lagi saya boleh cakap saya dengan dia tak ada apa-apa? Tell me!"
"Kalau saya cakap, awak betul-betul sanggup nak buat ke?"
"Just tell me!"
***
BALUTAN sweater berwarna kelabu pada tubuh dibetulkan. Dia menggigil perlahan. Tak tahan dengan sejuk malam yang mencengkam. Ditambah pula dengan rasa nervous nak berjumpa dengan seseorang yang istimewa.
Telefon bimbit dikeluarkan. Bila dia buka senarai nombor telefon, dia tersenyum nipis. Tak sangka akhirnya dia akan mendapat nombor si gadis. Barisan nombor tadi didail pantas.
"Helo. Saya dah ada kat belakang bangunan hostel ni, macam yang awak suruh,"
Beberapa minit selepas itu, Han muncul dengan senyuman manis. Tubuh kecil itu berbalut hoodie merah jambu. Han berlari-lari anak mendapatkannya.
"Err... Kenapa awak tiba-tiba ajak saya jumpa belakang ni?"
"Saja," ujar Han. Jari telunjuknya dimain-mainkan di dada Arsalan. Lembut sentuhannya menelusuri lekuk-lekuk bahagian situ.
"Saja?" Mata Arsalan terbeliak. Gila ke apa? Han ajak dia jumpa di belakang bangunan hostel pada pukul 12 tengah malam dan alasannya saja.
"Kenapa? Tak boleh ke?"
Bulu roma Arsalan meremang. Lain macam pula Han malam ni. Suara yang sedia halus itu semakin dilunakkan manja. Mata bening itu melirik nakal seakan cuba menggodanya.
Dia bimbang tembok imannya bakal runtuh. Dahlah memang tak tinggi dan kukuh mana. Sebelum itu terjadi, baik dia balik dulu.
"Kalau tak ada apa-apa, saya baliklah. Jumpa esok je kat library," Dia pun tak tahu kenapa dia setuju untuk berjumpa dengan Han di sini. Mungkin sebab gelisah mendengar suara terdesak Han tadi. Han pun tak pernah buat yang pelik-pelik. Jadi, dia percaya Han perlukan pertolongannya tadi.
Tapi kalau tengok gaya sekarang, macam tak je. Dia yang perlukan pertolongan sebenarnya.
Han menangkap lengannya. Dia berpaling melihat si gadis. Apa lagi perempuan ni nak? Hatinya mendecit sebal.
"Saya tahu awak suka saya..."
Dahi Arsalan berkerut. Jadi? Jadi apa kalau dia sukakan Han pun? Han nak ajak dia kahwinkah? Nonsense! Semua tahu Han sedang bercinta dengan atlet bola sepak itu.
"Jadi, apa salahnya kalau kita berdua malam ni?" Han merenung terus ke dalam anak matanya. Dia terpempan.
Apa kena dengan Han malam ni? Hatinya mula berdetak tak tenang.
"Esok saya ada kelas pagi," Arsalan merungkaikan pautan Han. Dia berura-ura untuk beredar dari situ namun Han masih tak mahu melepaskannya.
"Arsalan, please!"
"Han, apa ni?"
"Tolong saya!"
"Awak nak saya tolong apa?"
Han merangkul pantas tengkuk Arsalan. Lelaki itu tertunduk sikit bila dia bergayut di batang tengkuk itu. Mata mereka bertentang lama. Jarak wajah mereka cuma seinci sekarang. Suasana sunyi sepi sampaikan mereka boleh mendengar helaan nafas dan degupan jantung masing-masing.
Gulp!
Han nampak halkum Arsalan bergerak-gerak bila liur ditelan. Hangat. Mata Arsalan terkelip-kelip memandang kepadanya sebelum dibuang pandang ke arah lain.
"Lepaskan saya."
"Saya suka awak juga, Arsalan."
Zupp! Jantung Arsalan bagai dipanah tepat ke tangkainya.
"Hah?"
"Saya suka awak."
"Please, Han. Let me go. And please... Jangan buat macam ni lagi. Awak tak tahu apa yang seorang lelaki boleh buat kat awak," Arsalan menolak perlahan, memisahkan tubuh kecil itu daripadanya.
"Tapi awak takkan buat macam tu pada saya," Han tersenyum simpul. Mereka masih berani bertatapan dari jarak sedekat ini.
"Mana awak tahu?"
"Saya tahu— argh!"
Tubuh Han terhempas ke atas tanah. Dingin rumput hijau meresapi hoodie. Dia memandang Arsalan yang lagi menindih tubuhnya. Telinganya menangkap jelas nafas si lelaki yang kian memberat dan tak teratur.
"Saya tak macam tu, Han."
"Arsalan..."
Tapak tangan Arsalan mendarat di pipi mulus Han. Ibu jarinya memainkan peranan mengusap lembut kulit dingin itu. Han terbuai sekejap bila dihangatkan dengan tapak tangan besar dan kasar milik Arsalan.
Perlahan-lahan Arsalan menjatuhkan wajah ke arahnya. Spontan juga sepasang matanya terpejam rapat. Nafas hangat Arsalan menampar-nampar pipi. Hampir sahaja bibir mereka bertemu, tubuh Arsalan direntap kasar oleh seseorang. Arsalan tercampak ke tepi manakala Han pula terjerit terkejut.
"Tak guna kau! Ini kerja kau! Nak goda girlfriend aku lepas tu buat tak senonoh kat dia!"
Arsalan berbalas tumbuk dengan Aidil yang tiba-tiba muncul di situ. Malangnya, dia tak segagah teman lelaki Han itu. Lembik tubuhnya dikerjakan Aidil.
"Aku minta maaf! Jangan tumbuk aku! Aku minta maaf..."
"Kau ingat dengan maaf kau boleh settle-kan semua ni ke? Dasar syaitan laknat!" maki Aidil. Dia masih belum berhenti membelasah Arsalan.
Han cuba bertindak meleraikan pergaduhan itu. Namun, dia yang terpelanting ditepis Aidil. "Aidil, cukuplah tu! Mati Arsalan karang!"
"Aku tak puas lagi tumbuk muka syaitan tak guna ni! Mati kau! Mati!"
Kurang dari setengah jam, kawasan belakang hostel yang sunyi sepi itu mula dipenuhi ramai. Baik lelaki mahupun perempuan, semuanya ada menyaksikan pertarungan sengit antara mereka.
"Maafkan aku..."
Aidil berhenti menumbuk. Bahagian kolar sweater yang tersarung di tubuh keding itu dicengkam kuat. "Kau betul-betul nak aku maafkan kau?"
Arsalan mengangguk takut-takut. Mukanya dah tak nampak rupa sebelum. Hidung berdarah. Bibir juga pecah dek buku lima atlet universiti itu.
"Bogel."
"Hah?"
"Bogel! Tanggal semua pakaian kau! Berdiri depan diorang. Ketuk ketampi 100 kali. Dan aku akan maafkan kau,"
Bibir Arsalan bergetar. Tubir matanya bergenang. Sekejam inikah Aidil kepadanya? "Aidil—"
"Kau nak aku maafkan kau ke tak?"
"Tapi—"
"Kalau kau tak nak buat, okey. Tapi kau akan lagi malu sebab satu universiti tahu pasal benda ni. Pihak pentabiran mungkin akan buat keputusan untuk gantung kau. Tak pun, buang terus. Kau pilih,"
Empangan air mata Arsalan pecah. Lambat-lambat dia bangkit menanggalkan satu persatu pakaian di tubuhnya.
Han mengetap bibir rapat. Wajah lurus Aidil dipandang. "Aidil, kita tak rancang nak buat sampai macam ni!" bisiknya.
"Surprise, sayang! Do you like it?"
"It's not even a surprise, Aidil!"
Mata hitam Aidil menjelingnya tajam. "Kalau awak tak nak ikut, saya akan malukan awak juga."
Sorakan ramai mengalihkan perhatian. Arsalan betul-betul buat apa yang Aidil suruh. Lelaki itu sedang ketuk ketampi dalam keadaan mengaibkan.
Han menekup mulut. Air matanya tumpah. Dia tak sanggup melihat Arsalan dimalukan seteruk ini. Lantas, dia berlari laju pergi dari situ.
***
"AGI idup, agi ngelaban."
"Dangnan kaw pi khang na," (Jadi, majulah.)
Pandangan mereka bertaut. Keadaan sekeliling sunyi sepi sampaikan masing-masing boleh mendengar bunyi helaan nafas dan degupan jantung sendiri.
Mata Han berkaca. Perasaan hiba yang ditahan dari tadi akhirnya pecah. Selepas setahun lebih mereka memadu kasih, baru hari ini rahsia itu terbongkar. Kenapa harus sewaktu mereka sedang berbahagia?
"Isk... isk... Memang dengan maaf saya tak dapat pulangkan apa yang dah hilang. Saya tak dapat pulihkan apa yang dah jadi. Macam awak kata, saya tak dapat buat apa-apa dengan permintaan maaf. Tapi... dengan apa yang awak buat ni, apa yang awak akan dapat?"
"Awak nak puaskan hati awak sebab dendam dulu dah terlunas? Awak seronok sebab orang yang awak benci dah ada depan mata dan awak boleh buat apa sahaja? Kalau macam tu, awak sama je dengan saya. Kita sama..."
"Tak! Aku tak sama dengan kau. Aku tak buat benda bodoh sebab nak percayakan sesiapa. Aku buat untuk kepuasan aku sendiri," Arsalan membidas keras.
Masih terbayang-bayang dalam kepalanya apa yang terjadi malam itu. Air mata jantannya tumpah dimalukan di hadapan seluruh penghuni hostel. Baik lelaki mahupun perempuan, semua sudah melihat apa yang tersorok sekian lama.
"Kau kejam! Kau perangkap aku disebabkan jantan tak guna tu! Kau memang kejam!"
Perlahan-lahan tubuh Han melorot jatuh. Dia teresak-esak hiba. Kalau Arsalan dibayangi kenangan perit itu, dia pula dihimpit rasa bersalah seumur hidup. Takdir telah menyatukan mereka. Allah tak pernah silap dalam mencatur kehidupan setiap ciptaan-Nya.
"Tapi aku pun bodoh... Aku bodoh sebab aku masih cintakan kau lepas apa yang kau dah buat. Sampai sekarang pun, perasaan aku masih sama dan aku tak mampu buat apa-apa,"
Han tersentak. Wajah basah Arsalan ditenung.
"Mm... maksudnya?"
"Aku kahwin dengan kau sebab aku cintakan kau. Tu balas dendam yang paling aku nak buat bila aku jumpa kau. Aku nak buat kau jatuh cinta dengan aku,"
Air mata Han yang sudah kering tumpah lagi.
"Arsalan... Saya dah lama cintakan awak. Sebelum malam tu lagi, saya memang dah ada perasaan kat awak. Semenjak kita selalu berjumpa di library, saya rasa perasaan saya untuk awak bukan sekadar kawan. Tapi saya takut nak putuskan hubungan dengan Aidil. Saya yang bodoh sebenarnya! Saya pengecut! Saya tak guna!"
Giliran Arsalan pula tergamam. Maksudnya, Han juga telah lama menyimpan perasaan terhadapnya? Buat sekian lamanya, mereka saling suka sama suka dalam diam.
"Han... Aw... Awak tak tipu saya lagi kan kali ni?"
Han menggeleng-geleng lemah. "Saya tak tipu awak dan saya tak nak tipu awak lagi."
Happy reading! Sorry terlewat. Apps ni ha crush tak habis-habis •_•
Share this novel