"TERKEJUT?" Satu suara garau menyapa telinga. Bisikan halus yang disertai nafas hangat menampar tepi kepala Han.
Han terkaku dalam pautan erat si lelaki. Tubuhnya masih kekal berdiri lantaran sebelah tangan sasa itu melingkari pinggang rampingnya. Sebelah lagi pula dibuat melilit batang tengkuk Han.
Beberapa minit lalu, Arsalan tiba di situ lalu terus merangkul tubuhnya dari belakang. Han tak peduli langsung semua itu. Fikirannya lagi sarat memikirkan sekeping gambar yang dia baru lihat sekejap tadi.
"Ar... Arsalan, a... awak ke orang tu?"
Dia mengharapkan jawapan sebaliknya tetapi Arsalan menjawab tenang, "Yes, I am."
Hancur luluh sekeping hati milik seorang wanita apabila suaminya boleh menjawab soalan itu dengan lancar.
Jadi, benarlah... Arsalan Asad ialah orang yang sama pernah dia buli sewaktu belajar di universiti dahulu.
"Aku tak sangka kau boleh ingat benda yang berlaku bertahun-tahun lalu. Kira cekap jugalah otak kau ni kan?" Arsalan tertawa parau. Suaranya itu menambahkan kegerunan ke dalam hati Han.
Si wanita meronta-ronta ingin melepaskan diri namun Arsalan makin mengeratkan pautan.
"Ar... Arsalan, jangan macam ni. Lepaskan saya, please?"
Lagi sekali tawa Arsalan pecah, mengejek sinis keadaan Han yang tak ubah seperti anjing tersepit bila merayu sebegitu.
"Lama tau aku cuba dapatkan kau. Bermacam-macam rancangan aku buat supaya kau jatuh cinta dengan aku. Takkanlah bila dah terbongkar, semudah tu je aku nak lepaskan kau?"
Tubir mata Han menghangat. Sumpah dia tak kenal Arsalan Asad yang sekarang. Jauh beza dengan lelaki yang bergelar suaminya sejak setahun yang lalu.
"Saya... saya tak kenal siapa awak. Mana Arsalan Asad saya yang suka cakap lembut-lembut? Arsalan Asad saya yang pemalu? Saya nak suami saya. Awak bukan suami saya!"
Esakan Han pecah. Dia tak tahan lagi membendung kesedihan dan ketakutan yang sedang bermaharajalela dalam dirinya. Dia mahukan suaminya. Bukan lelaki yang sedang berdiri di belakangnya ini!
"I'm your husband right now, Raihan Amani. Arsalan Asad yang kau cari tu dah lama mampus! Kau sendiri yang bunuh dia beberapa tahun lepas,"
"Sa... saya minta maaf! Waktu tu saya betul-betul tak matang. Saya tak fikir langsung pasal perasaan awak. Dalam kepala saya cuma nak berfoya-foya.
Tapi ketahuilah, lepas benda tu berlaku saya rasa menyesal sangat. Saya cuba cari awak tapi awak dah hilang. Saya dapat tahu awak pindah universiti sebab saya. Saya minta maaf, Arsalan,"
Arsalan mendiamkan diri. Hanya bunyi raungan hiba Han yang memenuhi segenap ruang perpustakaan mini ini.
Sepasang mata dipejamkan buat beberapa detik lalu dibuka luas. Dadanya berombak halus. Tangan yang membelit leher Han masih belum dijatuhkan.
"Kau dah bunuh cita-cita aku! Kau bunuh harapan aku, kau bunuh kebahagiaan aku... dan yang paling besar, kau bunuh aku."
"Ya, saya tahu... saya mengaku semua tu. Saya minta maaf,"
"Kau ingat dengan kau minta maaf, keadaan boleh kembali semula kepada asal ke?" Sinis nada Arsalan memerli.
"Kau yang mulakan semua ni, kau juga yang kena tanggung," suara Arsalan seraya cuba menumbangkan tubuh isterinya.
Namun Han lebih cepat mengilas tangan Arsalan dan pautan tadi terlerai. Jurang jarak dibina. Masing-masing berdiri dengan jauh satu meter sebagai langkah keselamatan.
Matanya tajam merenung tepat ke wajah si lelaki. Baiklah. Kalau Arsalan nak main cara kasar, baik. Dia juga akan guna cara kasar.
"Awak lupa yang saya pemegang hitam Taekwando," Han membuka langkah. Bersedia untuk menyerang Arsalan dengan segala apa yang dia ada.
Tiba-tiba hujung vermilion Arsalan terjongket sinis. Lelaki itu juga sudah membuka bunga-bunga seni mempertahankan diri.
"Try me. Kalau kau ada Taekwando, aku hebat Aikido." Tanpa ragu, Arsalan bersuara mencabar wanita yang sedang berdiri di hadapannya dengan kekuda ampuh.
"Ah... satu lagi, Han. Kau jangan lupa pula yang aku ni bekas pasukan Arintaraj 26. Kurang daripada 3 minit je aku boleh bunuh kau dengan gerak tempur tangan kosong."
"A... Arintaraj 26?"
"Kau selongkar dompet aku kan? Kau jumpa gambar tu. Kau nampak tulisan belakang tu kan?" Arsalan senyum senget. Muka Han berubah cuak. Tak menyangka Arsalan akan tahu tentang itu.
"Tapi kau tertinggal satu benda. Ataupun kau mungkin tak perasan kad ni tersimpan sekali dalam dompet aku," Arsalan mencampak sekeping kad kepada Han. Lekas si wanita menyambutnya. Kad itu dibelek. Beberapa detik kemudian, Han menelan liur kelat.
"Asal negara aku Thailand. Bukan Malaysia. Tapi aku mula menetap di Malaysia sebab nak sambung belajar. Aku balik semula lepas berhenti universiti. Aku berniat untuk balas dendam atas apa yang kau orang dah buat kat aku. Jadi, aku join akademi sampai aku berjaya graduate."
"Ja... jadi, Arintaraj 26 ni apa?"
"Salah satu unit pasukan polis di Thailand,"
Han mendecit geram. Macam mana dia boleh terlepas pandang perkara penting ini? Ah!
Arsalan Asad ialah antara tentera pilihan yang telah dilatih dengan latihan-latihan berat. Hasilnya, dia lahir sebagai seorang yang tangkas dan cekap melaksanakan kerja. Berpasukan mahupun bersendirian, kedua-duanya pun dia mampu kendalikan misi dengan sangat baik.
Tapi itu kisah dahulu. Hampir 10 tahun yang lalu. Dia pun sudah lama mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan memulakan hidup baru.
Walaupun begitu, ketangkasan Arsalan Asad masih ampuh walaupun tak setara dulu lantaran dia tetap meluangkan sedikit masa untuk berlatih setiap pagi dan petang.
"Cuak dah?" Sebelah kening diangkat memerli Han tatkala wanita itu masih kaku di sana.
Han mendecit geram. Pantang menyerah sebelum berperang.
"Agi idup, agi ngelaban."
"Dangnan kaw pi khang hna," (Jadi, majulah.)
Happy reading!
Share this novel