ARSALAN menghela nafas panjang bagi menstabilkan emosinya terlebih dahulu sebelum mengangkat panggilan. Sebelum pemilik suara itu berbunyi, baik dia yang mulakan perbualan dulu. Dia tak nak dengar lagi perkataan 'sayang' meniti di bibir makhluk asing itu.
"Hear this attentively. Raihan Amani is mine. Saya tak nak share dia dengan sesiapa pun. Jadi, saya minta jasa baik awak supaya jangan kacau dia." Dengan sekali lafaz dia memberi amaran tegas.
"Wait. Who are you?"
Eh, suara perempuan! Arsalan tergamam. Biar betul? Takkanlah isterinya dah jadi lesbo pula.
"I'm sorry to say but I have to. Kalau awak nak buat dosa, awak buat awak-awak je. Jangan nak libatkan sesiapa,"
"Eh, what the heck are you saying right now?"
Halah, minah ni. Acah berspeaking pula. Ingat Arsalan tak reti nak sembang ala omputih? Dia dulu major dalam bahasa asing ini. Cuma dia tak nak flex aje.
"Awak jangan nak ajak isteri saya jadi lesbian!"
"Hey!" Suara di talian sana menjerkah balas. Namun sebelum Arsalan sempat nak membidas, pintu bilik sudah terkuak dan Han muncul di situ.
"Abang cakap dengan siapa?" Han mendekat dengan wajah yang tak mampu ditafsirkan. Gerun pun ada bila dia terlihat wajah merah Arsalan sekarang. Bukan kerana menahan malu tetapi kerana sedang dihambat amarah. Masih terngiang-ngiang bunyi jerkahan Arsalan sekejap tadi.
Telefon bimbit dalam genggaman Arsalan direbut lalu Han merapatkannya ke telinga. "Hello,"
"Han, is that you?"
"Who's this?"
"Takkan kau tak kenal aku? Farha! Farhatun Najwa."
"Far... Farha? Farha, kau ada kat mana ni?" Han yang terpinga-pinga langsung bertukar teruja sebaik mendengar sebaris nama yang terlalu dia rindu itu. Dia beredar ke balkoni supaya lebih selesa untuk bersembang.
Kini, Arsalan pula yang tercengang. Farha? Macam pernah dengar nama tu. Dia diam berfikir seketika sebelum memetik jari kuat.
Lah, kawan sekampung Han rupanya! Mati-mati dia ingatkan orang luar negara mana ajak Han buat benda tak elok. Baru nak acah possessive dah terciduk awal. Ergh!
Habis berbual, Han mendapatkannya dengan sengihan lebar. Ah, sudah! Dia rasa dia dah boleh agak apa yang nak disakat Han kali ni. Tapi dia berpura-pura selamba. Wajah toya awal-awal lagi dah dipasang.
"Marah betul awak tadi eh? Baru saya tahu awak sayang sangat kat saya,"
"Eh, confident betul! Beli mana confidence tu?" perli Arsalan walhal wajah dah membera hangat. Tak tahu nak campak mana malu dia!
Han meledakkan tawa kuat. Kedua-dua belah pipi Arsalan dipaut geram. Dicubit-cubit dan ditarik-tarik macam marshmallow.
"Janganlah marah-marah. Saya kan isteri awak. Jadi, perasaan sayang dan cinta saya untuk awak je, abang."
"Hmm... ya-yalah tu,"
"Iya!" Han mencubit lengan Arsalan. Geram! Berani suaminya mempertikaikan rasa kasihnya buat satu-satunya lelaki bergelar suami?
"Sakitlah! Suka betul cubit saya,"
"Geram!"
"Cuba latih diri tu, kalau geram jangan cubit saya. Cubitlah bantal ke, baju ke... Kalau tak nak sangat, cubit je diri sendiri." omel Arsalan sambil mengusap-usap kulit lengan yang memerah pedih. Kalau cubit manja tak apa. Ini cubit macam nak buat kulit orang jadi sup!
"Dah lama saya nak tanya awak satu benda,"
"Apa?"
"Macam mana awak boleh suka saya?"
"Perlu ke saya jawab soalan awak tu?"
"Perlulah!"
"Tak payahlah. Bukannya dapat duit pun kalau awak tahu,"
"Ee, jawablah! Kalau tak saya cubit awak lagi! Ha, nak?" Han mengacah-acah kononnya nak mencubit lagi tubuh sasa itu. Arsalan bingkas melarikan diri jauh daripada Han.
"Sebab nanas,"
"Nanas?"
"Waktu kali pertama kita jumpa tu kat kedai Firash. Awak nak pilih nanas. Awak ingat tak?"
"Hmm, okey. Tapi kenapa nanas? Awak suka nanas ke suka saya?"
"Mestilah awak!"
"Dah tu, kenapa jawab nanas?"
"Suka hati sayalah!"
Dahi Han berkerut. Ei, suami siapalah ni! Pelik-pelik je idea dalam kepala tu.
***
 SEMANGKUK tomyam yang masih panas dihidangkan bersama segenggam kuetiau. Simple aje Han masak untuk makan malam ini. Nak makan nasi, masing-masing tak lalu. Lalu, Han bercadang untuk menghabiskan beberapa paket kuetiau yang Arsalan beli dua hari lepas.
Han merenung Arsalan. Nampak nikmat sekali lelaki itu menjamah air tangannya. Tapi Arsalan tak bercakap apa-apa pun. Selalu pujilah juga masakannya. Ini senyap je. Risau pula dia.
"Okey tak rasa dia?"
"Terlebih okey, ya rouhi!"
Jawapan Arsalan membuatkan Han berjaya menghela nafas lega. Bukan apa... Dia takut kalau rasa tomyamnya tak menepati citarasa Arsalan. Tak seronoklah kalau macam tu!
Tak semena-mena, Arsalah berdeham kuat mencuri perhatian mereka yang ada di situ. Serta-merta semuanya membuang pandang ke arah Arsalan.
"Kenapa, Arsalan? Ada apa-apa benda penting ke yang awak nak cakap?" teka Mama.
Arsalan tersengih lebar. Cekap betul Mama! Sudu dan garpu dia letak di tepi pinggan lalu dia membetulkan duduk. Sempat dia mengerling sekilas kepada Han.
Senyap-senyap tangan Arsalan merayap di bawah meja, menggenggam erat tangan kecil Han. Han biarkan sahaja. Malah, genggaman itu dibalas tanpa ragu.
"Arsalan dah bincang dengan Han... Kitorang ingat nak pindah rumah sendiri tak lama lagi,"
"Hmm... baguslah kalau macam tu. Papa setuju. Bila dah tinggal rumah sendiri, barulah rasa boleh berdikari kan?" sahut Papa laju. Tetapi tidak bagi Mama. Wajah itu berkerut gelisah.
"Rumah ni kan besar. Kenapa nak kena pindah keluar pula? Ataupun Han tak selesa tinggal di sini?"
"Eh, bukan macam tu Mama!" pangkah Han. Alah, lain yang dicakap, lain yang Mama faham.
"Kalau tak, tinggal ajelah sini. Dekat dengan Mama. Kalau ada apa-apa, bolehlah Mama tengok-tengokkan,"
"Bukan apa... Mama sunyi duduk berdua di rumah ni. Kalau ada Han dan Arsalan, tak adalah rasa kosong sangat. Kalau korang pindah, sedihlah Mama macam ni," Mama masih cuba memujuk. Lentur sikit semangat Han bila Mama dah bersuara lirih. Ha, ni yang tak kuat ni.
Han menjeling suaminya. Liur kelat ditelan. Awal-awal lagi hal ini sudah dijangkakan. Jadi, mereka sudah buat persedian awal. Paha Arsalan ditepuk perlahan sebagai isyarat biar Arsalan yang mengambil alih lantas memperbetul keadaan.
"Hmm... Betul juga apa Mama kata tu," Arsalan berkalih ke arahnya lalu tersenyum nipis. "Kita tinggal ajelah sini dulu ya, Raihan Amani?"
Mata Han terbuntang. Arsalan ni dah kenapa? Haritu bincang lain. Ni cakap lain pula!
Dek kerana geram, jemarinya laju mencubit sisi paha Arsalan. Lelaki itu berkerut sakit seraya mengaduh perlahan. Tempat cubitan tadi diusap-usap lembut.
"Awak dah janji nak pindah," bisik Han dengan suara yang ditekan geram. Genggaman tangan sudah dia leraikan. Lelaki itu cuba menggapainya semula namun dia tepis kasar.
"Err... Betul cakap Mama tu. Apa-apa jadi kat Mama dan Papa, kitorang ada. Same goes kalau Arsalan atau Han ada apa-apa masalah. Tapi... Arsalan rasa, lebih baik kalau kitorang cuba hidup sendiri. Baru reti berdikari," Arsalan memperbetul kata-katanya.
"Betul kata si Arsalan tu, yang. Diorang pun dah besar. Tak lama lagi bakal jadi ibu ayah. Bagilah diorang merasa hidup sendiri," sampuk Papa. Arsalan dan Papa saling berbalas kenyitan mata. Mujur Papa back-up.
Wajah Mama kelat. Suapan semakin perlahan dan perlahan seakan tidak berselera. "Dah ada ke rumahnya?"
"Tengah survey lagi. Lagipun, bukan sekarang kitorang nak pindah. Mungkin hujung tahun ni insya-Allah,"
"Hmm... Okeylah kalau macam tu,"
Happy reading!
Share this novel