EKOR mata Arsalan menjeling si wanita yang ralit bergaya ala-ala model antarabangsa di hadapan cermin kaca panjang. Fokusnya terganggu melihat Han tak habis-habis posing dengan kamera telefon bimbit. Akhirnya, novel thriller yang sedang dibaca ditanda dan diletak tepi.
"Awak buat apa tu, ya rouhi?"
"Hah?" Han membalikkan tubuh menghadap Arsalan. Bibir merah merekah itu mengukir senyuman manis seraya menapak mendapatkan Arsalan di atas katil.
"Saya tangkap gambar baby bumps ni," Telefon bimbit dihulurkan kepada Arsalan. Lekas lelaki itu menyambutnya lalu membelek-belek beberapa keping gambar yang telah dirakam.
"Saya ingat nak send kat Farha,"
"Buat apa?"
"Saja. Sharing our happiness,"
"Tak payahlah," bantah Arsalan. Telefon bimbit tadi dihulurkan semula. Wajah Han berubah kelat.
"Kenapa pula tak payah?"
"Baru berapa bulan awak mengandung, tak payahlah kecoh-kecoh. Bukan wajib canang sekampung pun,"
"Bukannya saya nak bagitahu semua orang! Saya nak cerita dengan Farha je! Dengan kawan baik saya!"
Arsalan memaut kedua-dua belah pipi Han. Diusap-usap lembut kulit mulus yang membera hangat itu. Sejak mengandung ni, tubuh Han dah jadi sedikit berisi. Pipi pun dah nampak macam pau. Tapi Arsalan suka sebab nampak comel!
"Semua benda abang tak bagi saya buat! Semua tak nak! Semua tak boleh! Tak sukalah abang ni!"
"Ya rouhi... Istami'ie," (Dengar ni.)
Mata Han berkelip-kelip merenung Arsalan. Arsalan suka menggunakan beberapa perkataan Arab bila bercakap dengannya. Ringkas dan lekat dalam kepala. Secara tak langsung, Arsalan telah melatihnya dengan bahasa Al-Qur'an itu.
"Tak semua benda kita perlu share dan boleh share dengan orang. Ada benda yang hanya kita je perlu tahu. Contohnya, pasal baby ni..." Perut Han diusap-usap lembut.
"Kita tak tahu apa perasaan orang bila dengar cerita ni. Mungkin ada yang happy tapi mungkin juga yang sedih, yang iri... Kita diajar untuk jaga perasaan orang juga, ya rouhi."
"Mana tahu kat luar sana ada pasangan yang dah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan rezeki. Mana tahu ada ibu yang tak boleh mengandung sebab mandul. Kita tak boleh selfish, ya rouhi."
"Tapi saya nak share dengan Farha je," tegas Han.
"Ya rouhi... Farha pun ada kisah dia juga. Kita tak tahu apa yang dia simpan daripada kita. Dia pun manusia, ada bisikan malaikat dan ada bisikan syaitan. Awak faham kan apa yang abang cakap?"
"Farha tak macam tu..."
"Cuma sebagai protection, ya rouhi. Apa-apa boleh jadi. Kalau bukan sekarang, nanti."
Han diam. Barangkali nasihat Arsalan telah meresap masuk ke dalam hatinya.
"Tak boleh happy sangat. Mana tahu lahir-lahir nanti baby ni tak sempurna. Kalau Allah tak izin, awal-awal lagi Allah dah tarik nikmat ni. So, kita jadikan ni rahsia antara kita-kita dulu ya?"
Han mengangguk.
"Sebab tu ke abang tak suka bila saya ajak abang bergambar nak letak dalam social media?"
Arsalan tersengih. Belakang tengkuknya digaru-garu kekok. Alamak, nak jawab apa ni?
"Abang memang tak suka bergambar. Dan abang tak nak biasakan awak share pasal keluarga kita kat orang ramai. Macam yang abang cakap, kita tak tahu perasaan orang kat luar sana,"
"Sia-sia je jaga hati orang. Orang bukan jaga hati kita pun," Han mencebik.
"Awak jaga hati orang sebab awak nak diorang jaga hati awak ke?"
"..."
"Kita buat sebab Allah suruh. Kalau kita faham kenapa kita buat semua benda baik ni, kita takkan terasa bila kita tak dapat layanan yang serupa. Sebab kita yakin, Allah yang akan balas semua perbuatan kita pada penghujungnya." Dagu Han ditolak lembut. Kepala itu terdongak merenung balas.
Arsalan mengukir senyum manis. Kucupan kudus didaratkan di dahi itu sebelum dia berbisik lembut, "Janji Allah tu benar. Allah takkan menzalimi kita. Atas dunia memang kita tak dapat. Tapi akhirat sana, insya-Allah ada bahagian untuk kita."
Arsalan tersentak bila tiba-tiba dadanya mengetat. Dia menunduk sedikit memandang Han yang sedang memeluknya erat. Kepala itu melekat di dada bidangnya.
"Terima kasih, abang. Saya bersyukur sebab saya kahwin dengan abang. Banyak benda saya belajar daripada abang,"
"Abang yang banyak belajar daripada awak, Raihan Amani,"
Han mengintai wajahnya. Dia mencuit pucuk hidung comel itu. "Kenapa pandang abang macam tu?"
"Kenapa abang suka panggil nama penuh saya?"
"Sebab sedap. Seronok dengar. Selain tu, abang doakan awak,"
"Maksud nama saya apa?" Han tahu tapi nak mendengar sendiri jawapan yang keluar dari mulut sang suami.
Arsalan tersenyum senget. Sedia menangkap niat Han tapi dia layankan sahaja. "Raihan tu nama salah satu syurga. Amani pula maksudnya cita-cita saya. Kalau gabungkan, apa maksudnya?"
Han lupa bahawa Arsalan suka bermain tarik tali. Han ketawa halus. Pelukannya semakin dieratkan. "Saya nak masuk syurga dengan abang. Saya nak jadi bidadari abang,"
"Insya-Allah, ya rouhi."
Lama mereka dalam posisi itu. Arsalan mula lenguh badan. Dengan berhati-hati rangkulan Han dileraikan.
"By the way, awak dengan Farha dah okey?" soalnya. Kali terakhir dua sahabat itu bertemu pun waktu kenduri Farha dulu. Lepas tu, Han macam tawar hati nak bercakap tentang Farha. Maka, dia tak berani mengungkit lagi hal itu sampai hari ini.
"Dah,"
"Apa yang awak gaduhkan dengan dia sampai mengamuk macam tu sekali?" Arsalan merujuk kepada kejadian di homestay. Meremang bulu romanya sewaktu menyaksikan Han menengking-nengking Farha. Tak pernah-pernah dia tengok isterinya naik angin sampai macam tu. Selalu nak menakal aje.
Han diam. Hujung vermilionnya menjongket senyum kelat.
***
Throwback,
"ORANGNYA... kau kenal. Kenal sangat," jawab Farha, tulus. Tak ada guna lagi dia berselindung. Han dah tahu.
"Siapa?"
"Petang tu, aku nak balik dari sekolah macam selalu. Teh yang selalu teman aku setiap kali balik tapi hari tu, Teh tak boleh teman sebab ada kelas tambahan,"
"Teh rasa bersalah. Dia nak ponteng sekejap kelas untuk hantar aku balik tapi aku tolak. Dia kata kalau aku tak nak, dia suruh aku tunggu sampai dia habis kelas. Aku okey, tak kisah pun nak tunggu dia tapi aku dah banyak susahkan dia. Jadi, aku buat keputusan untuk balik sendiri,"
Farha jeda. Mengambil nafas sebelum menyambung cerita.
"Waktu dalam perjalanan, Izzul serang aku. Izzul tarik aku masuk semak. Aku menjerit panggil Teh tapi dia tak ada. Dia tak ada untuk aku! Padahal dia dah janji nak selalu jaga aku. Dia mungkir janji dia, Han. Dia khianat aku!" Tubir mata yang bergenang basah menumpahkan cecair mengalir di lekuk-lekuk wajah.
Masih jelas dalam ingatannya kejadian itu. Izzul yang mencekiknya bila dia meronta-ronta tidak mahu akur pada kehendak si lelaki.
"Bila Izzul dah puas, baru Teh muncul. Tapi dia dah lambat! Aku dah tak ada apa-apa. Aku rasa hidup aku kosong sangat waktu tu. Setiap hari aku hidup dalam ketakutan. Aku takut kalau aku mengandungkan anak setan tu sedangkan aku tak ready lagi nak jadi ibu. Aku takutt... isk... isk..."
"Jadi, orang yang buat kau bukan abang aku?"
"Bukan... Tapi aku marahkan dia sebab dia tak ada waktu aku menjerit nama dia. Sampai sekarang pun... bila aku tengok muka dia, aku tak boleh lupa kejadian tu,"
***
"NOTHING." Ringkas jawapan Han beri. Biarlah apa yang dia tahu itu cuma jadi rahsia antaranya dengan Farha.
"Eh, nak berahsia dengan abang pula?"
"Abang yang cakap tak semua benda kita kena cerita dengan orang," Han tersengih nakal. Arsalan ketawa kuat. Dicuit geram pipi pau Han.
"Yalah, sayang,"
"By the way, Farha pengsan waktu majlis tu sebab abang," Mata Han mengerling sekilas ke arah Arsalan. Cuma berniat mahu melihat reaksi lelaki itu. Tepat jangkaannya, mata Arsalan terbuka luas.
"Hah?" Arsalan bingung. "Dia pengsan sebab abang?"
"Dia terkejut bila tengok muka abang sebab dia tahu abang siapa. Dia tak sangka bila saya kahwin dengan abang,"
Bibir Arsalan mengukir senyuman kelat. Lupa pula dia bahawa Farha juga pernah belajar di institut pengajian tinggi yang sama. Farha juga ada dalam kerumunan ramai sewaktu malam di belakang hostel itu.
"Tapi dia tahu cerita sebenarnya. Saya ceritakan semua kat dia,"
"Actually you don't have to—"
"I have to. I need to tell her the truth. Saya yang salah,"
"Raihan Amani, please... Kita dah janji takkan buka cerita ni lagi,"
"I'm sorry... Asifah, ya habibi." (Maaf, wahai kekasihku)
"Dah tu, Farha dengan Teh macam mana?" Arsalan rasa dia tak patut tanya soalan itu memandangkan Farha sudah lama bersuami. Tetapi dia juga ingin tahu hubungan sebenar antara dua orang manusia itu.
"Tak ada jodoh. Teh tak sukakan Farha. Teh anggap Farha sebagai adik je. Teh pun dah ada kekasih dia sendiri," balas Han. Dia terkilan sikit sebenarnya sebab tak dapat beriparkan Farha. Tetapi dia percaya suami temannya itu sekarang pasti yang terbaik buat Farha sendiri.
"Ah! Cakap pasal tu... jangan lupa, hujung bulan ni kita kena pergi majlis Teh. Teh dah nak bertunang," Han tersengih lebar. Tak bujanglah abang kesayangannya selepas ni.
"Hmm... Insya-Allah. Awal-awal lagi abang dah kosongkan jadual abang hari tu. Awak punya pasallah, kalau boleh setiap hari nak ingatkan,"
"Kasi chance la saya nak excited!"
"Yalah, sayang. Asalkan awak bahagia," balas Arsalan, toya. Dia baru nak mencapai semula novel sebelum Han menarik lengannya lalu meletakkannya di atas perut yang membusung itu.
"Abang..."
"Hmm?"
"Kita lepak sama-sama dalam syurga ya, abang?"
"Bi iznillah, ya rouhi." (Dengan izin Allah, wahai kekasihku.)
TAMAT.
The end. Maaf atas segala salah silap — cerita ni akan diedit nanti, insya-Allah. Patutnya storyline dia jauh beza dengan yang sekarang tapi begitulah... lain yang kita fikir, lain yang kita tulis. Last but not least, 2 hari lagi birthday saya!
Share this novel