32 | Tiada nilai

Romance Series 14468

     KELUHAN berat terhembus perlahan. Sekujur tubuhnya rasa sengal-sengal tapi digagahkan juga bangun. Sebelah tangan mencapai telefon bimbit di meja sebelah. Matanya terkenyit pedih tatkala skrin dinyalakan. Angka 4.05 pagi terpampang jelas pada paparan utama. Awal lagi rupanya.

Dia menjeling sebelah. Retina matanya disapa wajah polos Arsalan yang lagi beradu. Ketenangan meresap ke dalam hati Han. Tanpa sempat dihalang, tangan kanannya sudah bergerak mengusap-usap perlahan rahang tajam Arsalan. Permukaannya terasa agak kasar lantaran sudah mula ditumbuhi bulu-bulu halus.

Kenangan semalam menggamit minda. Lambat-lambat hujung vermilion Han terjongket sedikit teringatkannya. Adrenalina merembes laju membuatkan dia dihambat rasa teruja. Namun, rasa itu tak lama apabila kemudiannya diganti dengan rasa malu. Serta-merta pipi membera hangat.

"Awak ni tak adalah teruk sangat," gumamnya. Dia suka melihat sisi Arsalan semalam. Berani, lincah dan yang paling penting, pedas berapi! Tak macam si pemalu yang dia kenal sebelum ini.

Arsalan merengek perlahan saat ibu jarinya merayap di bibir merah itu. Tak mahu mengejutkan Arsalan daripada lena, dia lekas menarik tangan. Sementara lelaki itu masih tidur, baik dia bersiap-siap membersihkan diri. Maka, dengan penuh berhati-hati dia melangkah ke bilik air.

Hari masih awal. Sang Suria pun belum memunculkan lagi diri. Alam masih diselimuti zulumat pagi buta. Barangkali pagi ini takkan panas seperti selalu lantaran titisan-titisan hujan mula turun membasahi tanah. Sejuk. Han makin mengeratkan balutan tuala pada tubuh.

Sengaja dia memanjakan diri di balkoni bilik. Membiarkan bayu dingin membelai-belai sekujur tubuhnya yang masih segar baru lepas mandi. Mata dipejam rapat, menghayati nilai ketenangan ini. Bukan senang nak dapat bila dah balik Malaysia nanti.

Bila dah habis tempoh berbulan madu ini maksudnya masing-masing mula sibuk dengan kerja. Arsalan pun mungkin akan menghabiskan masa di pejabat lebih lama berbanding di rumah kalau tengok gaya workaholicnya.

Dia mengeluh perlahan. Arsalan... banyak lagi benda yang dia tak tahu tentang lelaki itu biarpun sudah agak lama mereka menjadi pasangan suami isteri. Arsalan yang banyak menyimpan rahsia. Dia nak korek lebih-lebih pun tak berani sebab masih dalam fasa mendalami personaliti seorang lelaki.

Gambar yang dia ternampak tempoh hari mesti seseorang yang istimewa. Tambahan pula, Arsalan menyelit gambar polaroid putih itu di dalam dompet. Dia pernah terbaca random tweet di aplikasi Twitter, kalau seorang lelaki itu menyimpan gambar di dalam dompet, pasti ia sangat bernilai.

Adik ke? Muka lebih kurang serupa. Tetapi setahunya, Arsalan cuma dua beradik dan yang paling sulung itu ialah Kakak. Jadi, mustahillah kalau figura yang dia nampak itu merupakan salah seorang ahli keluarga kandung Arsalan. 

Tak pun... keluarga tiri! Hm, tapi Arsalan ada keluarga tirikah? Arsalan tak pernah bercerita apa-apa pun tentang itu. Buat kesekian kalinya, Han mengeluh lagi. "Nak tahu..."

Tiba-tiba tubuhnya terasa dirangkul dari belakang. Terkejut, jeritannya pecah sebelum dimatikan dengan sebuah kucupan lembut. Terus dia menolak kasar dada bidang itu supaya menjauh darinya. Mata Han membulat melihat Arsalan sedang merenungnya lama. Renungan  yang dia tak mampu tafsir apa maksudnya.

"Kenapa terkejut sangat, ya rouhi? Ini sayalah, suami awak."

"Terkejutlah. Awak datang tak bagi salam."

"Saya dah bagi salam tiga kali, ya rouhi. Awak yang tak sedar. Ralit berangan, saya bangun tidur pergi mandi pun awak tak perasan."

Mata Han menilik sekejap penampilan suaminya. Betullah, tubuh itu sudah tersarung pakaian baru. Rambut hitam keperang-perangan Arsalan pun masih lembap menandakan yang lelaki itu baru keluar dari bilik air.

"Sorry."

"La ba's. (Tak apa.)"

Arsalan melingkarkan semula lengan sasanya pada pinggang ramping Han. Tubuh kecil itu ditarik rapat sampai wajah Han mencium dada bidangnya. Sengaja dia buat sentuhan fizikal supaya kedinginan awal pagi ini beransur hangat.

"Tadi saya dengar awak sebut something. Apa yang awak nak tahu?"

Kepala Han yang masih di dada Arsalan keras tak berganjak. Bibir bawahnya digigit perlahan. Dia ada cakap macam tu ke tadi? Dia pun tak sedar. Apa lagi yang Arsalan dah dengar sepanjang dia mengelamun tadi?

"Ya rouhi," Meleret manja suara Arsalan memanggil si isteri.

"Hmm,"

"Dengar tak saya tanya tadi?"

"Dengar, abang."

"Jawablah,"

Han mendongak memandang wajah Arsalan. Kalau dia cakap benda yang sebenarnya, Arsalan nak cerita ke apa yang disorokkan selama ini? Dia tak rasa Arsalan akan bersetuju untuk berkongsi cerita itu buat masa sekarang. Jadi, dia pun tak perlu menjawab soalan Arsalan.

"Awak buat apa kat sini?"

"Cari awaklah. Assubh biduunik huwal fajr tadha'ul. (Pagi tanpa awak seperti awal pagi yang suram.)" bisik Arsalan. 

Han mencebikkan bibir, menyampah.

"Suka sangat bagi pick-up line Arab kat saya. Saya tak fahamlah! Waktu awal-awal kita kahwin tu pun awak ada sebut something tapi saya tak faham juga."

"Tak payah fahamlah, sayang. Bukan masuk exam pun." Arsalan mengusap-usap kasar kepala Han. Berserabai rambut itu. Tak cukup dengan itu, Arsalan acah-acah nak menyumbat kepala Han masuk ke bawah ketiaknya. Han menjerit tidak mahu.

"Kalau saya tak faham, macam mana saya nak balas?"

"Tak payah balas."

"Ee, bagi tahulah saya apa maksudnya!" Giliran Arsalan pula yang mengaduh sakit dicubit berterusan oleh Han. Semakin dia cuba mengelak, semakin Han mengejar. Lelaki itu akhirnya mengangkat bendera putih dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Awak betul-betul nak tahu ke?"

"Nampak saya macam main-main ke?"

"Okey. Tapi tak boleh one-sided je. Kalau saya bagi tahu, apa yang saya dapat?"

"Awak nak apa?"

Arsalan mengetap bibir. Hmph, kalau tanya memang sampai mati pun dia takkan mengakulah dia nak apa!

Tawa galak Han meledak kuat. "Saya tahu awak nak apa. Okey, saya setuju."

"Betul ni?"

"Ya, abang."

Jaminan Han membuatkan Arsalan mengukir senyum lebar. Yes! Beruntung berul dapat Han sebagai isteri. Nilah orang kata isteri solehah.

"Malam tu saya kata apa kat awak eh?" Arsalan berpura-pura lupa. Dagunya diusap-usap perlahan. Walaupun sudah berjanji, dia masih memikirkan cara untuk mengelat. Namun apabila melihat jelingan tajam Han, dia mengalah. 

Dengan wajah yang membera malu, dia bersuara perlahan, "Apabila aku meraih cinta daripadamu maka segala harta tiadalah berguna. Dan setiap sesuatu di atas debu ialah debu."

"Hurai sikit. Tak fahamlah."

Arsalan mendecit. Banyak cekadak pula budak kecik ni! 

"Boleh. Awak pun kena bayar double eh!"

Han tayang muka jerk. Ek eleh! Ingat dia tak mampu ke? Nak lebih pun dia boleh bagilah! Faham dengan maksud reaksi itu, Arsalan memutarkan bebola mata.

"Bila saya dah dapat cinta awak, duit semua tu tak ada nilai dah bagi saya. Cinta yang saya dapat jauh lebih besar harganya. Jadi semua harta saya kat atas dunia ni ibarat debu je. Rumah besar, kereta mewah, pakaian mahal. Tak bernilai sikit pun."  

Mata Han terbeliak. Wow! Dia tak menyangka langsung lelaki itu pandai menyebut sesuatu yang romantis. Manis tahap potong kaki kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

"Jadi... boleh saya tuntut hadiah saya?" Arsalan tersengih miang. Lengan Han ditarik lembut. Manis sekali melihat senyuman lebar isterinya.

Cup!

Cup!

Dua kucupan mendarat di kedua-dua belah pipi. Arsalan terpempan. Han menolak lembut dada Arsalan, mencipta jarak.

"Dah, saya dah tunaikan janji."

"Bukan tu yang saya nak!"

"Nasiblah. Siapa suruh awak tak cakap terang-terang? Saya faham cara saya jelah. Jadilah tu, tanda cinta saya. Bernilai jugalah kan?" Han mengenyit mata nakal.

Arsalan menderam tidak puas hati. Ei, geramnya! Dahlah kurang dari tempoh masa 0.00000001 detik. Tak adil!

"Saya buatkan awak cheesekut, nak?" tawar Han.

Dah banyak kali Arsalan sebut-sebut manisan itu. Han rasa Arsalan memang teringin nak makan cheesekut tapi tak pernah pula Arsalan betul-betul menyebut tentangnya. Mungkin sebab Arsalan sejenis yang malu nak meminta-minta.

"Betul ke ni?" Mata Arsalan bercahaya suka. Han senyum lebar. Laju dia mengangguk mengiakan.

"Thank you!"

Happy reading! Ingat tak lagi pick-up line yang mana Arsalan hurai tu? Kalau tak ingat, cuba baca balik Chapter 21 | First Night.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience