12 | Approved

Romance Series 14468

   DIA melabuhkan punggung di atas kusyen empuk kerusi beroda. Dia baru pulang dari lunch date dengan salah seorang rakan perniagaannya. Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam kocek dan dia membelek-belek peti mesej. Bimbang kalau terlepas pesanan penting pula nanti.

Tiba-tiba jarinya terhenti pada satu teks ringkas daripada Han. Telah dihantar kira-kira sejam yang lalu. Dengan gemuruh yang bergentayangan di dada, dia membuka teks itu.

Satu gambar jari manis yang elok tersarung cincin belah rotan dengan caption 'Selamat pagi, bakal tunang.' terpampang. Bibirnya lekas merekahkan senyuman bahagia.

Cincin itu 'buah tangan' yang dititipkan buat Han sebelum mereka sah bergelar tunangan. Sekadar tanda bahawa Han sudah dicopnya. Tak sangka Han akan benar-benar menyarung cincin yang harganya tak seberapa itu.

Jari-jemarinya laju menari-nari di atas skrin, mengetik papan kekunci bagi meluahkan rasa bersyukurnya kepada Han.

You
Terima kasih.

Tak sampai seminit pesanan itu dihantar, status offline Han sudah bertukar kepada online. Gelabah, dia cepat-cepat menutup aplikasi hijau itu.

Ting!

Arsalan menggigit perlahan bibir bawah. Dia takut untuk membaca balasan Han tetapi hatinya sungguh-sungguh mahu tahu apa yang baru dihantar oleh bidadari kesayangannya itu.

Baca? Tak. Baca? Tak. Baca?

Baca.

Iphone yang tersadai di atas meja dicapai semula dan dia membuka ruang sembang antaranya dengan Han. Ternyata usahanya membuahkan hasil yang positif. Walaupun balasan Han cuma ringkas, 'sama-sama' namun dia bagai dapat merasai kelembutan suara itu berbisik ke telinganya.

Arsalan melonggarkan ikatan tali leher yang tiba-tiba dia rasa seakan menjerut batang lehernya. Belakang tubuh disandarkan ke kusyen sambil dia merenung jauh.

Haih, Han. Bila kita nak kahwin? Hatinya bermonolog sendiri.

***

    SENYUMAN lebar masih belum lepas dari bibirnya. Sebentuk cincin rekaan simple di jari manis ditenung lama. Umi sendiri yang menyarungkannya sewaktu dia pulang ke kampung tempoh hari.

Saat dia sedang asyik mengelamun, kusyen di sebelah terasa mendap. Bila dikalihkan kepala, Farha sudah duduk di situ dengan segaris senyuman nipis.

"Hai, bahagia betul orang tu sejak balik dari kampung. Almaklumlah, lepas ni dia dah tak single."

Han menggigit perlahan bibir bawahnya mendengar usikan Farha. Dia sendiri tak menyangka yang selepas ini dia akan bersuami. Tapi chill dulu. Segalanya masih dalam fasa penilaian.

"Tengok sikit cincin," Farha menarik tangan Han. Dia membelek-belek lama cincin belah rotan yang terukir cantik corak abstrak di sekelilingnya.

"By the way, gentle betul bakal tunang kau tu. Tak cakap banyak, terus masuk melamar oi!"

Kagum betul Farha dengan keberanian si lelaki. Lain daripada yang lain. Bukan jenis yang mengelek anak dara orang ke sana-ke sini, rancak mencanang hubungan percintaan yang sudah bertahun-tahun. Tetapi ini jenis kalau dah suka, hati pun memang betul-betul mahukan Han, terus datang meminta secara baik.

"Tapi kan, macam mana dia boleh yakin nak pilih kau jadi isteri dia eh?"

"Maksud kau?"

Han tersenyum senget. "Kau fikir apa yang diorang sembang dengan mak ayah aku waktu proses melamar hari tu?"

Farha menggeleng-gelengkan kepala. Jujur dia tidak tahu tentang itu.

"Mak ayah aku cerita semua keburukan aku. Tak ada yang baik-baik. Aku jenis macam mana, waktu pagi bangun lewat ke tidak, perengus ke, malas tak. Itu yang diorang sembangkan. Kalau betul lelaki tu nakkan aku, dia akan sanggup terima apa je keburukan aku."

Mulut Farha terlopong luas bersama mata yang membuntang tak percaya. "Weh, kalau lelaki tu tak jadi, malu je weh."

"Itulah. Tapi nak buat macam mana, aku dengan dia bukan pernah bercinta pun. Itulah pentingnya merisik. Kalau setakat nak sembang pasal perasaan, tak payahlah. Ramai orang boleh buat."

"So, bila majlis kau?"

"Nanti apa-apa aku roger kau lain. Dalam proses berbincang lagi."

Farha mengiakan sahaja. Buat masa sekarang, hatinya mendoakan sahaja kebahagian buat teman baiknya.

"Tak sangka kan," Han menghela nafas panjang. Senyuman lebar terpalit pada bibir sementara matanya membuang pandangan jauh ke hadapan, menembusi kaca televisyen yang dibiarkan terpasang.

"Kau dah lama simpan perasaan tapi aku yang gerak dulu." Tawa Han pecah. Wajah Farha yang tadi beria-ia ingin tahu apa yang bakal terbit dari ulas bibir merah Han terus bertukar bengang.

"Kau memang!"

"Ini yang orang kata, kalau jodoh tak ke mana."

"Ah, aku tak kira jodoh tak jodoh! Sekarang ni kau kena tolong aku kahwin dengan abang kau juga. Aku tak nak jadi anak dara tua sorang-sorang!"

"Kisah pula aku!" Han melarikan diri ke tingkat atas sementara Farha mengejarnya dari belakang.

"Woi, ini tak adil!"

"Adil kat mahkamah."

***

HATINYA masih gelisah apabila teringatkan majlis pertunangan Han yang akan berlangsung beberapa bulan dari sekarang. Dia masih belum menyiasat apa-apa pun tentang lelaki yang bakal menjadi adik iparnya.

Rambut keperang-perangannya diramas-ramas perlahan. Lalu dia mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja solek. Bahagian contacts dibuka dan nombor telefon Arsalan dicari.

Tempoh hari, dia ada meminta nombor telefon itu daripada Han. Han pula dengan senang hati memberikannya. Tak banyak tanya seperti selalu. Barangkali Han tahu apa yang abang-abangnya akan buat nanti takkan memudaratkan sesiapa.

Nombor Arsalan didail. Tak perlu menunggu lama, panggilan itu sudah berangkat. Suara serak-serak basah Arsalan kedengaran mendahului dengan ucapan salam.

"Waalaikumussalam," Dia menjawab bersahaja. Talian itu sepi beberapa saat sebelum terdengar lagi bunyi dehaman Arsalan membetulkan anak tekak, cuba mendapatkan kembali suara garau normalnya.

"Siapa ni?"

"Aku abang Han. Kau kenal Han kan?"

"Err... kenal. Oh, abang Han! Ya, ya. Kenapa ya?"

Teh menggaru-garu perlahan dahi licinnya. Kekok pula mahu berbual dengan orang yang tidak pernah dia jumpa biarpun hanya menerusi talian.

"Sorry la ganggu kau malam-malam ni. Kau mesti dah tidur kan?" tebaknya, merujuk kepada suara serak-serak basah Arsalan pada awal perbualan mereka tadi.

"Eh, tak apa! Hujung minggu kan, esok tak kerja pun."

"Err... kau ada apa-apa plan ke yang kau nak buat esok?"

"Esok eh? Hmm... tak ada."

Cun!

"Boleh tak kita jumpa? Kau dengan aku je." ajak Teh. Mujurlah dia tak ada kes baharu yang perlu dikendalikan. Dapatlah dia meluangkan masa lapangnya esok untuk sesi taaruf dengan bakal adik iparnya itu.

"Boleh, boleh."

"Okey, cantik! Nanti details aku WhatsApp kau. Oh, sebelum aku terlupa... ini nombor aku. Save la, wahai bakal adik ipar."

Arsalan di sebelah sana tergelak kecil. "Mesti! Kalau tak ada apa-apa, aku off dulu ya? Assalamualaikum.

Tut. Tut.

Talian putus. Teh menghembuskan keluhan panjang seraya merebahkan tubuhnya ke atas katil. Dia perlu bersiap sedia lantaran esok akan jadi hari permulaan antara mereka.

Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience