24 | Dia

Romance Series 14468

    DIA sedang sedap diulit lena sebelum matanya terkuak luas lantaran merasa sesak dada seakan ditindih sesuatu. Gelap. Tiada sebarang cahaya pun yang terpasang.

Aneh. Tak silapnya, dia memang sengaja tidak mematikan lampu kecil yang terlekat pada soket memandangkan dia seorang penakut. Takut gelap, takut sunyi dan bermacam-macam takut yang dialah champion.

Daripada terus berada dalam kegelapan, baiklah dia bangun memasang semula cahaya suram buat menerangi ala kadar segenap ruang dalam bilik tidurnya.

Lambat-lambat dia turun dari katil dan bergerak ke arah suis di dinding. Tangan kanan diangkat meraba-raba binaan rata itu sampailah deria rasanya menangkap sesuatu yang ganjil.

Hati dikuatkan sementara bibir terkumat-kamit membacakan doa buat keselamatan sendiri. Tidak semena-mena, mulutnya ditekup rapat dan pinggang dirangkul erat oleh suatu figura yang tak jelas di matanya.

Jeritannya tenggelam dalam tekupan itu. Demi melepaskan diri, dia meronta-ronta ganas namun tubuhnya dijatuhkan dengan mudah di atas katil.

"Lagi awak meronta, lagi saya suka, sayang..." bisik satu suara garau yang sangat dia kenali itu. Lembut nadanya namun tidak mampu sedikit pun mencampakkan ketenangan jauh ke dasar hatinya.

Mutiara  jernih yang bergenang di tubir mata tumpah dari takungannya lantas berlari menelusuri lurah wajah.

"Emph!"

Kaki yang menendang-nendang ganas tadi telah lama dikunci dengan tubuh si lelaki. Apa yang dia mampu buat hanya meronta dan terus meronta, berharap masih ada secebis sinar buatnya bebas.

Jijik. Loya. Benci. Semua perasan bercampur-baur tika lelaki itu mengusap-usap lembut wajahnya yang basah. Dia meratap hiba, rasa terhina atas apa yang sedang dialaminya sekarang.

"Tak seronoklah tengok awak bisu macam ni. Apa kata kalau saya lepaskan mulut awak? Awak mesti ada nak cakap apa-apa dengan saya kan,"

Tiba-tiba, si lelaki melepaskan tekupan eratnya tadi. Mulutnya bebas tanpa hadangan. Tercungap-cungap dia menyedut O² yang ketandusan beberapa minit lalu sementara air mata terus mengalir tanpa berseka.

"Ka... kau siapa?" Terketar-ketar suaranya bertanya. Jauh di lubuk hatinya, betapa dia berharap ini semua mimpi dan tidak pernah wujud. Dia tidak mampu menerima hakikat yang dia mengenali pemilik suara itu.

Meskipun tidak nampak dengan jelas siapakah figura yang berselindung di sebalik pakaian serba hitam itu, namun hatinya kuat mengatakan itu ialah 'dia'.

Tanpa diduga, 'si dia' ketawa geli hati. Entah apa yang mencuit rasa kelakar, tawa parau itu bergema di kerongkongan. Menambahkan rasa takut yang sedia beraja dalam hatinya.

"Arkk!" Farha terjerit tika rambutnya dicekak kasar. Kepalanya terdongak memandang wajah si lelaki. Entah bila ada cahaya limpah dari luar rumah membuatkan seraut wajah tenang itu terserlah jelas pada pandangan mata Farha.

"Takkan awak tak kenal saya, Farhatun Najwa?"

Binatang! Farha menyumpah dalam hati. Benarlah tekaannnya tadi. Memang lelaki yang tidak disangka-sangka itulah yang berani berlaku kotor dengannya.

"Kau... ke... kenapa kau bu... buat macam ni? Kau kata-"

"Farha, Farha... awak percaya apa yang saya kata? Kau ni memang cantik aje tapi tak ada otak. Heh!" Bahasa si lelaki sudah berubah kasar. Tiada lagi 'saya-awak' seperti selalu. Sebaliknya perkataan 'aku' dan 'kau' yang menjadi kata ganti nama diri pertama.

Dahi Farha tertolak ke belakang lantaran ditunjal kasar jari telunjuk itu. Dia terpinga-pinga tidak faham dengan apa yang sedang berlaku.

Adakah dia telah ditipu?

"Aku baik dengan kau sebab aku nak kau. Farha, come on! Bukalah minda kau! Tak ada lelaki yang nak berbaik dengan seorang perempuan tanpa ada makna tersirat. Kalau tak baik, jahat." Si lelaki terseringai lebar.

"Le... lepas tu, kau nak apa daripada aku?"

"Aku nak apa daripada kau?" Ayat itu disusuli tawa sinis. Si lelaki mendekatkan bibir ke tepi telinga Farha. Segalanya dilakukan dengan gerakan yang sangat lambat, bertujuan membangkitkan rasa takut Farha.

"Kau tahu kan apa yang aku nak?" Mata mereka bertembung lama.

Gulp.

Farha menelan liur kelat. Bahang malam tidak lagi terasa sebaliknya tubuh kecilnya menyahtinjakan peluh dingin lantaran rasa takut yang tidak terkawal.

"T... tak... kau dah gila ke? Lepaskan aku!"

Setelah itu, tiada lagi 'dia' yang tenang. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Rakus. Kasar. Sampai Farha meraung kesakitan pun, 'si dia' tidak peduli dan tetap dalam dunianya.

"Arghhh!"

Farha terbangun dari tidurnya dalam keadaan yang kusut-masai. Dadanya berombak kencang serta nafas yang tercungap-cungap mencari tenang.

Istighfar perlahan meniti di bibir. Berkali-kali dia ulang supaya keadaannya kembali terkawal. Tanpa sedar, setitis demi setitis air mata tumpah.

Dia mengecilkan tubuh dan bertekuk lutut di kepala katil. Mimpi ngeri itu datang lagi. Sudah agak lama dia tidak diganggu oleh kenangan silam yang sangat hitam itu. Tetapi hari ini kenapa si lelaki muncul lagi dalam mimpinya?

"Apa kau nak daripada aku? Aku dah maafkan kau!" raungnya.

Dalam keadaan bertekuk lutut, tubuhnya digoyang-goyangkan. Tangisan hiba masih galak kedengaran. Dia takut.

"Aku tak kacau hidup kau. Aku tak minta kau bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat kat aku dulu. Aku dah maafkan kau! Kita dah tak ada apa-apa hutang tapi kenapa kau tetap nak kacau aku?" Dia meroyan sendiri.

Sempit dadanya dihempap beban ini. Berat juga kepala yang senantiasa memikirkan rahsia di sebalik mimpi yang selalu mengganggu. Farha rasa dia hampir gila kerana ini.

Akhirnya, dia memutuskan untuk menuju ke dapur bagi membasahkan tekaknya yang kering. Air mata dikesat kasar lantas dia menguak pintu bilik berhati-hati.

Segelas air kosong dari peti sejuk dia teguk satu persatu. Segar rasa tekaknya apabila air itu melalui saluran dan membasahkan situ.

Lama Farha berdiam diri di ruangan dapur sambil kepalanya ligat memikirkan rancangan hidupnya selepas ini. Mak sudah meninggal. Rumah kampung ini tiada lagi penyeri. Maka esok dia bercadang untuk pulang ke bandar. Dah lama sangat dia tinggal di kampung ini rasanya.

Sedar tak sedar, air yang diteguk tadi sudah sampai ke dasar. Gelas kosong itu kemudiannya dibawa ke sinki dan dibasuh. Lalu dia berura-ura untuk beredar ke bilik tidurnya semula.

Suis lampu dapur dimatikan dan dia terus menghayun langkah beredar dari situ. Tak semena-mena langkahnya terjeda mendadak lantaran dia terperasankan suatu kelibat yang sedang berdiri dalam gelap.

Sekujur tubuh Farha melumpuh. Dia tidak berani untuk bergerak lagi biarpun dia tahu dia sepatutnya berlari menyelamatkan diri sekarang.

"Si... siapa tu?"

"Farha..." seru suara itu, lembut. Bulu roma Farha mencanak naik.

Rupa-rupanya suara itu tak berhenti setakat di situ sahaja malah disambung dengan sebuah soalan, "Kenapa tak tidur lagi ni?"

Damn.

Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience