14 | Tunang

Romance Series 14468

   CEPAT betul masa berlalu. Sedar tak sedar, Han sudah sah bergelar tunangan orang. Sepanjang tempoh mereka berkenalan, hanya beberapa kali sahaja mereka bertemu empat mata demi menguruskan hal hubungan mereka. Selebihnya, Han lebih selesa bercakap melalui telefon bimbit.

Lagi sebulan berbaki sebelum mereka akan melangsungkan ke alam perkahwinan. Semakin dekat dengan waktu genting itu, semakin Arsalan giat memperbaiki diri sendiri. Solat sunat tahajud dan dhuha dia tak tinggal lagi. Kadang-kadang timbul rasa ingin mengelat tapi sudahnya, dia mengerjakan juga ibadah tambahan itu lantaran terselit rasa bersalah.

"Nak jadi suami orang, kena ubah cara hidup kita dulu. Kita ni nak pimpin orang. Sebelum nak pimpin makmum di belakang, kenalah pastikan diri kita ni yang terbaik dulu." pesan De suatu hari sewaktu mereka keluar bersama.

Dah jadi tunangan ni, hubungannya dengan keluarga Han pun sudah upgraded. Daripada selesa berkawan dengan Teh sahaja, dia juga sudah boleh kawtim dengan adik-beradik yang lain.

Menyirap juga darah gemuruhnya sewaktu pertama kali bertemu dengan Along, Angah dan De lantaran selalu digembar-gemburkan sebagai seorang yang garang. Tetapi bila dah bersembang lama, dia tak rasa pun kenyataan itu betul. Mereka bertiga sangat santai. Cuma sesekali ada terselit ketegasan bila berkaitan Han.

Sayup-sayup gegendang telinganya menangkap bunyi laungan azan Subuh dari masjid berdekatan. Dia bangkit melipat sejadah dan bersiap-siap untuk solat berjemaah di pusat ibadah itu.

Harap habit barunya ini akan berkekalan biarpun sudah selamat berkahwin nanti.

***

    "KAU nak pergi mana ni?" soal Han sebaik melihat Farha kalut mengemas beg pakaian. Habis segala baju dan tudung disumbat masuk tanpa dilipat terlebih dahulu.

"Farha!"

"Aku nak balik kampung, Han! Mak aku baru pengsan pagi tadi. Aku nak melawat dia kat hospital."

Han tersentak. Padanlah Farha nampak kalut sangat. Dia menghulurkan tangan membantu Farha bersiap.

"Han, kau boleh tak tolong hantarkan aku balik sana?" pinta Farha dengan linangan air mata. Tubuh itu menggigil hebat. Dia baru teringat yang keretanya masih di dalam workshop.

Han yang memerhati diserang serba-salah. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu perlahan. Alah, macam mana ni?

"A... aku bukannya tak nak tolong kau tapi... tapi petang ni aku dah janji nak uruskan baju pengantin dengan tunang aku."

Farha mendecit perlahan. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Dia berkira-kira mahu menempah Grab lantaran Han tidak boleh menghantarnya ke sana. Berkali-kali dia cuba namun tiada kenderaan yang boleh ditempah sekarang.

Dia bertambah gelisah. Air mata tak berhenti mengalir di pipi. Han bersimpati melihatnya lalu berkata,

"Aku try call abang aku. Kau tunggu kejap."

Menggeletar tangannya menarik keluar iPhone dari dalam kocek seluar. Nombor telefon Teh dicari dan didail laju. Nafas lega dihembus tika panggilan itu berangkat.

"Teh!" serangnya tanpa salam terlebih dahulu. Terkejut Teh di sana.

"Kenapa, dik?"

"Awak, tolong saya..."

"Hei, kenapa ni? Chill. Chill dulu, dear. Awak kenapa ni?"

"Farha nak balik kampung tapi kereta dia dalam workshop. Mak dia pengsan dan dah incharge di hospital sekarang." Han bercerita ringkas. Sesekali ekor matanya mengerling Farha yang gelisah di sebelah. Dia faham kebimbangan Farha yang sangat mahu berada di sisi ibunya ketika nyawa dicabut pergi.

"Err... awak tak boleh hantar ke? Grab ke?"

"Grab tak ada waktu sekarang ni. Saya kan dah janji dengan Alan nak jumpa petang ni,"

"Oh, kalau macam tu, biar saya jelah hantar." tawar Teh. Lega hati masing-masing mendengarnya.

***

  JAUH dia termenung di ruangan menunggu. Keadaan sekelilingnya terasa sepi. Seakan cuma dia yang berada di dunia ini. Sampai ada tangan yang mengetuk perlahan meja, barulah dia tersedar daripada lamunan.

Mata terbuka luas membalas renungan Arsalan yang duduk betul-betul menghadapnya. Lelaki itu menjongketkan sebelah kening.

"Tu, dia panggil awak banyak kali nak fitting baju." ujar Arsalan sambil menjuihkan bibir ke arah seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari mereka.

Han beristighfar perlahan. Dia hampir terlupa bahawa dia sedang keluar bersama Arsalan bagi menguruskan persiapan majlis perkahwinan tak lama lagi.

"Saya pergi dulu," pamit Han lalu meninggalkan Arsalan di ruangan menunggu. Habis sahaja urusan di butik pengantin, mereka masuk ke dalam kereta.

Han tak memandu pun seperti yang dirancang lantaran Arsalan tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya awal petang tadi. Mengalah dengan pujukan Arsalan yang menyuruhnya berkongsi kenderaan, dia tinggalkan Alzanya di rumah.

"Awak kenapa ni? Dari tadi saya tengok macam susah hati je." tegur Arsalan. Tak betah terus melihat wajah mendung Han, dia terpaksa bersuara juga pada akhirnya.

Gadis itu memandangnya sekejap sebelum membuang pandang ke arah lain. Keluhan demi keluhan berat terbit dari bibir itu.

"Saya rasa bersalah dengan kawan saya. Dia tak ada kereta nak balik kampung tadi. Kalau saya tahu awak nak datang ambil saya, saya dah lama pinjamkan kereta tu kat dia."

Arsalan menggigit perlahan bibir bawah. Seketika kemudian, dia membetulkan duduk.

"Okay, look. Benda tak dirancang kan, nak buat macam mana? Dia pergi dengan apa lepas tu?"

"Saya suruh Teh hantarkan."

Kepala Arsalan terangguk-angguk. Tak semena-mena Han yang sedang dirundung pilu itu berubah watak secara mendadak. Sorakan kuat pecah bersama tepukan teruja.

"It's okay! Nice juga saya suruh Teh hantarkan. Bolehlah diorang luangkan masa berdua."

Dahi Arsalan berkerut. Tak faham dengan apa yang berada dalam fikiran Han lalu disoal, "Kenapa awak cakap macam tu?"

Tersengih-sengih Han memandangnya sebelum menjawab bahagia, "Yelah. Sebab kawan saya tu dah lama crush kat Teh! Mana tahu... ada jodoh diorang pula kahwin lepas kita, kan?"

Chuckle breath Arsalan terluah lembut. Lah, itu juga yang difikirkan oleh Han. Dia mengangguk sahaja, mengiakan pendapat si tunang.

Grukk!

Suasana yang sunyi sepi tiba-tiba dipecahkan oleh dendangan bunyi yang tidak diundang itu. Han memalingkan wajahnya ke tingkap, malu mahu menghadap Arsalan yang tersengih-sengih nakal.

"Lapar ke, wak?"

"Err... takk! Mana ada la-"

Grukk!

Lagi sekali perut berbunyi memintas jawapan palsu yang baru diluahkan sekerat jalan. Kali ini, Arsalan tidak mampu menahan tawanya lagi lantas meledakkannya sepuas hati.

Tangan kiri Arsalan bergerak menurunkan brek lantas mengundurkan kereta keluar dari tempat parkir dengan berhati-hati.

"Kita makanlah. Perut tu pun dah tak mampu nak tipu tuan dia lagi. Itulah, tadi waktu saya ajak makan sebelum sampai butik tadi, awak kata awak tak lalulah apalah. Sekarang ni siapa yang malu?" omel Arsalan.

Han mencebikkan bibir. Perut kempisnya ditepuk-tepuk perlahan. Dasar perut tong! Tak reti langsung jaga maruah tuannya.

"Awak nak makan kat mana?"

"Ikut awaklah,"

"Kita makan Western food nak?" Arsalan mengajukan soalan lagi setelah mengintai jam dashboard sudah berganjak ke waktu makan malam. Dia tak lalu nak menyuap nasi ke dalam perut pada waktu begini.

"On!"

Okey, cun.

Happy reading! Setakat ni, watak mana yang korang suka? Sharelah sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience