SIGNAL kiri diberi lalu keretanya diparkir di tepi jalan. Dia mencapai dompetnya sebelum keluar menuju ke gerai buah yang selalu menjadi tempat persinggahan. Dia baru balik dari kerja tatkala mendapat panggilan daripada Farha tadi.
Pandai betul Farha pilih timing! Tiba-tiba tekak buat mengidam nak minum smoothie mangga. Ah, banyak songeh betul teman serumahnya itu! Mahu atau tidak, dia terpaksa akur sahaja lantaran dia telah berjanji.
"Haa, cik bidadari! Berhari-hari saya tunggu awak datang." tegur Firash, mesra. Dahi Han langsung berkerut mendengar apa yang baru dikatakan oleh lelaki penjual buah itu. Terbantut terus niatnya mahu membelek-belek buah mangga.
"Takkanlah saya nak datang hari-hari beli buah," balasnya acuh tak acuh. Firash ketawa kecil sebelum berbalik ke tujuan asal.
"Sebenarnya saya ada banyak soalan nak tanya kat awak."
"Apa?"
"Sebelum tu, cik nama apa?"
"Han."
"Ha, boleh saya tahu Cik Han dah ada yang punya ke belum?"
Makin bertambah kerutan di dahi Han. Dia merenung Firash dengan perasaan yang bercampur-baur. Jengkel pula bila melihat seraut wajah boleh tahan kacak itu setia terhias dengan senyuman manis.
"Kalau saya tak ada, awak nak confess saya ke?"
"Eh, cik! Jangan salah faham. Saya bukan nak confess untuk diri sendiri tapi untuk kawan saya."
"Hah? Kawan awak?"
Ya Allah! Apa ni? Lepas ni Han dah tak single la kan? Dah ada orang masuk melamar wei!
"Yep, kawan saya. Dia pernah berjumpa dengan awak dan katanya, dia dah terjatuh cinta dengan cik bidadari."
Ei, bidadari-bidadari! Lepuk kang, telanlah kau bidadari tu. Tapi... cup, cup!
"Saya kenal dia ke?"
"Kenal. Cik pun pernah jumpa dengan dia sekali." jawab Firash, lurus. Wajah selamba ditayang sementara jantung Han pula bagai mahu berhenti berdegup. Dia cepat-cepat menyambar beberapa biji buah mangga dan dihulurkan kepada Firash.
"Sekilo."
Firash laju menimbang dan mengira. Saat tangannya mahu menghulurkan plastik buah, dia bertanya sekali lagi.
"Macam mana cik? Setuju tak?"
"Ei, awak ni! Tak sampai seminit awak tanya, lepas tu awak nak jawapan. Perangai dia apa semua pun saya tak tahu lagi."
"Kalau macam tu, boleh kita jumpa bila-bila?"
Lama Han berdiam diri menghitung baik buruk lalu dia membuat keputusan.
"Awak cakap dekat kawan awak tulah kalau betul dia serius, suruh dia datang rumah saya. Jumpa mak ayah saya."
Firash mengangguk-angguk setuju. Sempat mereka bertukar nombor telefon sebelum berpisah di situ. Sebaik sahaja tubuh Han sudah masuk sempurna ke dalam kereta, dia terkaku lama. Dia masih tak percaya yang dirinya baru dilamar sekejap tadi.
Ini bukan cubaan kan?
***
"BAK sini iPhone kau," pinta Firash, serius. Iphone dalam pegangan Arsalan terus dirampas kasar sebelum lelaki itu sempat mempertahankan haknya. Bengang Arsalan bila disergah tiba-tiba.
"Kau apahal ni?"
"Aku nak cek phone kau. Kalau-kalau ada simpan video tak senonoh ke, siapa tahu kan?"
Beristighfar panjang Arsalan di situ. "Kau ingat aku tak tahu halal haram ke?"
"Ini soal nafsu, Alan. Kalau benda tu haram sekalipun kalau dah hati nak-nak, kisah apa halal haram? Persetankan!"
Arsalan terkedu sekejap lalu berusaha merampas kembali gajet miliknya. Mereka saling bergelut di tengah ruang tamu.
"Rash, kau kenapa do?" bentak Arsalan, geram. Firash pula masih belum lelah melarikan telefon bimbit itu supaya tidak dapat dicapai oleh Arsalan. Jarinya scroll laju skrin itu.
"Boring betul hidup kau, nyah. Sikit sangat contact perempuan dalam phone kau ni. Nama pun skema-skema." sakat Firash, nakal. Iphone itu diserahkan semula.
Merah wajah Arsalan mendapatkan iPhone miliknya. Dia melemparkan jelingan tajam kepada Firash. Annoying betul teman serumahnya itu kalau otak dah masuk air. Terasa seperti dia sudah dijadikan mangsa buli si Firash.
"Aku dah save nombor cik bidadari kau tu dalam phone kau. Siap dengan alamat aku dah bagi. Part aku dah settle. The rest, kau uruskan." ujar Firash seraya bangkit dari sofa. Dia mahu menuju ke bilik tidur bagi membersihkan diri yang baru pulang dari kerja.
Mata Arsalan membuntang tak percaya. Dipandang Firash dan iPhonenya silih berganti.
"Kau jumpa dia ke tadi?"
"Hmm,"
"Kau sembang apa je dengan dia?"
"Aku sampaikan hajat kau la. Ah, satu lagi! Dia suruh kau pergi jumpa family dia kat kampung kalau betul kau serius. Kalau kau tak serius, biar aku jelah yang serius." Firash tersengih lebar. Seronok juga dapat kahwin dengan jodoh orang ni.
Arsalan mencampakkan sebiji bantal kusyen yang berdekatan, tepat menghentam kepala Firash. Firash pula terlebih acting, sakan bergolek di atas lantai.
"Tangan kau tu... aku potong jual kat gerai kang! Suka sangat mencampak barang." rungut Firash. Dia sudah sampai ke hadapan tangga dan menapak naik beberapa anak tangga.
"Bro!"
Firash berkalih. Kelihatan Arsalan yang sedang tersengih lebar kepadanya. Dia terus menjongketkan sebelah kening, menghantar isyarat soalan 'kenapa?'.
"Thanks do."
"Aku tak tolong kau sia-sia eh. Macam aku cakap, kau kena hire aku jadi catering kau."
"Of course, bro! Wajiblah aku jemput kau. Kalau tak, siapa nak basuh pinggan mangkuk kat kenduri aku tu nanti?"
"Tak guna kau!" Firash tak jadi meneruskan langkah sebaliknya berpatah balik mengejar Arsalan yang sudah berlari lintang-pukang. Reti pula takut! Waktu cakap bukan-bukan tadi tak fikir dulu risiko yang bakal ditanggung!
***
"DAPAT ke mangga yang aku minta tu?" tegur Farha seraya melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi menghadap meja pulau. Dia baru usai mandi dan sengaja turun ke dapur bagi meneguk minuman. Tuala putih membalut rambut lembapnya supaya tidak membasahkan bahagian belakang baju.
Han yang sedang termenung jauh tersentak. Tangannya yang sedang bermain dengan gelas kaca hampir sahaja terlepas. Dia mendecit perlahan.
"Salam tak, apa tak. Terkejut aku!"
"Lah, itu masalah kau. Selama ni kau tak pernah kisah pun aku sergah-sergah kau. Tiber je malam ni hati kau terlebih sensitif, dah kenapa?"
Soalan Farha tak dijawab terus. Hanya bibir yang dicemikkan sebagai balasan. Dia kembali termenung jauh.
Geram, Farha menghempuk kuat meja. Termelatah Han jadinya.
"Woi, apa masalah kau sebenarnya ni?" sergah Han, bengang. Elok-elok dia nak layan perasaan, kehadiran Farha mengganggunya.
"Patutnya aku yang tanya kau soalan tu. Kau kenapa ni? Ada masalah ke? Kalau ada, share la dengan aku."
"Tak... tak ada apa-apa pun."
Farha mengalah. Tak ada guna dia terus memaksa Han membuka mulut bercerita lantaran dia kenal perangai Han yang sebenarnya.
Han tak mudah-mudah menceritakan hal peribadi meskipun dengan manusia yang dipercayai. Tapi kalau Han rasa nak bercerita, Han akan mencarinya juga pada akhirnya.
"Mangga kau... tu," Han memuncungkan bibir ke satu arah. Kelihatan beberapa biji mangga sudah dipindahkan ke dalam sebuah bekas buah.
Bibir merah Farha merekahkan senyuman lebar. Dia pantas merangkul tubuh langsing Han. Menjerit Han di situ sambil beria-ia melepaskan diri daripada cengkamannya.
"Thanks, babe!"
"Kalau tak sebab janji aku dengan kau yang kau minta tunda tu, tak kuasa aku nak beli." bidas Han, dingin. Lantas dia meninggalkan Farha terkulat-kulat sendirian di ruangan dapur.
Farha menjuihkan bibir. "Eleh, ego!"
Happy reading!
Share this novel