30 | Sakat

Romance Series 14468

     BEBERAPA jam di dalam perjalanan membuatkan Han dirundung lelah. Sebaik sahaja tiba di hotel, Arsalan terus ke kaunter bagi menguruskan bahagian pendaftaran.

"Selamat malam, pak. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Seorang petugas wanita yang berjaga di bahagian kaunter lekas menyambut ketibaan Arsalan.

Segak dia berblaus kuning cair berjalur menegak hitam yang dituck-in kemas ke dalam seluar panjang. Tudung juga diperlakukan serupa, diselit masuk ke dalam blaus. Kasut kulit hitam yang dipastikan sentiasa berkilat menyenangkan hati sesiapa sahaja yang memandang.

"Saya dah daftar bilik sebelum ni. Boleh tolong cekkan nombor bilik tu?"

"Minta namanya apa, pak," Si pekerja yang memakai tag nama Wati itu menyoal balas. Jari-jemari sudah bersedia di papan kekunci.

"Arsalan Asad,"

Laju pekerja itu membuka sistem dan memeriksa pangkalan data. Kemudian, kepala itu mengangguk yakin.

"Ada, pak. Ini kunci biliknya. Selamat berbulan madu," Sebatang kunci yang disatukan dengan sekeping kad akses bertukar tangan. Sempat pekerja wanita mengenyitkan mata nakal.

Arsalan terpempan. Wajahnya serta-merta membahang bila diusik sebegitu. Usai mengucapkan terima kasih, dia terus mendapatkan si isteri yang setia menunggu di lobi. Sampai dah tidur pun sebab penat sangat. Dikejutkan dan dibawa ke bilik yang telah ditempah.

Honeymoon suit, persis namanya itulah design yang mereka dapat. Sebuah katil king ditabur kelopak mawar dan dihias dengan tuala putih berbentuk pasangan angsa menjadi habuan mata.

"Saya nak masuk bilik air kejap," Tergesa-gesa Han menanggalkan sarung kaki bagi melepaskan hajat. Dari tadi dia tahan sampai pundi kencingnya terasa senak.

Arsalan mengangguk sahaja sementara punggungnya dilabuhkan di birai katil. Tak sampai hati pula nak rosakkan hiasan yang telah dibuat maka dia duduk dengan berhati-hati. Matanya meliar memerhati sekeliling.

Susun atur ruang tidur ini sangat menenangkan dan romantis. Arsalan tak tahu mana nak letak muka tengok semua ini. Fikirannya jadi terjurus ke satu perkara tapi dia cepat-cepat membuangnya. Kepala digeleng-gelengkan laju.

'Tapi memang itulah tujuan honeymoon,' hati berbisik nakal. Memujuk jiwa sendiri yang diserang gundah.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan seruan nyaring si isteri. "Awakkk!"

Han datang semula di situ sambil terkinja-kinja. Muka berkerut-kerut sambil sesekali kedengaran desiran halus yang terlepas keluar dari bibir mungil itu. Sudah, kenapa pula ni?

"Kenapa?"

"Kenapa bilik air dia macam tu?"

"Macam tu macam mana?"

"Awak tengoklah sendiri!" Suara Han terdesak. Nyawanya dah hujung tanduk tapi bila melihat rekaan bilik air tadi, dia tak yakin dia boleh melepaskan hajat dengan selamat.

Arsalan mendecit perlahan seraya menapak ke sudut bilik yang menempatkan bilik air di sana. Melihat rekaan bilik tidurnya sahaja sudah terkedu, apatah lagi bilik air. Dia berdiri di hadapan ruang itu sambil tercengang.

"Bilik air ke ni?"

"Ee, awak!" Han rasa nak gigit je telinga Arsalan sekarang.

Pandangan kembali difokuskan pada bilik air. Bahagian tandas dengan ruang mandi cuma dipisahkan dengan sehelai tirai putih. Kaca lutsinar sebagai material pintu yang menghadang bahagian luar bilik air.

Ini kalau lutsinar macam ni, siapa je nak masuk? Nak buang air pun fikir dua tiga kali.

"Honeymoon suit, Han. Mestilah macam ni," Sudahnya, hanya itu yang mampu diucapkan Arsalan untuk memujuk Han.

Han merengek manja. Tembus pun tembuslah! Dia tak mampu nak extend lagi masa. Terus dia masuk ke dalam bilik air itu.

"Awak jangan tengok!" jerit Han.

Arsalan yang masih kaku terkejut melihat keadaan isterinya lalu dia cepat-cepat berkalih ke arah lain. Hatinya menyumpah Han.

Siap membuang air, barulah Han perasan yang ada bidai di muka pintu. Berfungsi untuk menghalang daripada pandangan luar. Tapi dah kelam-kabut tadi mana nak perasan.

Lmao.

***

      RAMBUT depan yang basah diraup ke belakang. Segar rasanya apabila anggotanya telah disempurnakan dengan wuduk pada jam sebegini.

Langit masih dikurung zulumat. Awal pagi, semua orang lagi dilamun mimpi namun dia berjaga untuk beruzlah atau dalam erti kata lain, mengasingkan diri. Berkhalwat dengan Sang Pencipta.

Sempat dia mengerling Han di atas katil sebelum membentangkan sejadah. Lena sekali isteri kesayangannya itu. Diam tak berkutik memeluk bantal golek yang dia buat sebagai pengganti tubuhnya tadi.

Tanpa sedar, segaris senyuman meniti di bibir. Senyum bahagia. Rasa yang tak pernah hilang setiap kali dia memandang Han.

Pap!

Arsalan tak jadi mengangkat takbir. Dia mengerling Han buat kali kedua. Bulat matanya melihat bantal-bantal yang sudah jatuh bertaburan di atas lantai. Gebar terselak luas menampakkan bahagian bawah tubuh Han.

Sebelum tidur semalam Han berkeras nak memakai bathrobe walaupun ditegah oleh Arsalan. Hah, bila dah tidur lasak macam ni, Han bukan sedar bathrobe takat betis tu dah naik sampai ke mana.

Walaupun dia cuba untuk bo layan, fikirannya tak khusyuk lantaran sudah melihat keadaan Han tadi. Sudahnya, dia putuskan untuk menarik dulu gebar membalut kembali tubuh kecil Han.

Saat tangannya bergerak mencapai gebar putih itu, kedengaran suara serak-serak basah Han menyapa lembut. "Abang,"

Awal-awal lagi Arsalan dah tergoda. Bila mendengar lenggok suara yang sengaja dibuat-buat manja itu, degupan jantungnya mula berubah tak sekata. Nafasnya ikut tersekat-sekat.

"Abang," Panggilan kedua agak tegas.

Arsalan berkalih perlahan-lahan memandang wajah itu. Mata Han terkelip-kelip dengan segaris senyuman manis. Bibir merah itu pula sengaja digigit perlahan menambah perisa.

Gebar terlepas. Arsalan beristighfar berkali-kali seraya menjauh dari katil. Karang terbantut pula niat dia nak menunaikan tahajud.

Han buat perangai lagi! Dah tahu Arsalan pemalu, Han lagi sengaja merangkak merapati lelaki itu. Suka agaknya setiap kali melihat wajah Arsalan membahang segan.

Pergelangan tangan Arsalan cekap dicengkam Han. Mujur berlapik lengan baju si lelaki tapi Arsalan tetap menjerit geram, "Han, jangan! Saya dah ada wuduk."

"Biar saya batalkan,"

Han tersengih nakal seraya merapatkan wajah mereka. Namun Arsalan terlebih dahulu menolak dengan bantal yang dikutip dari bawah. Cengkaman terlepas.

Mata Han mencerlung tajam pada Arsalan dengan perasaan tak puas hati. Dia bangkit cuba mengejar langkah suaminya. Maka berkejaranlah kedua-duanya di dalam suit itu awal pagi.

"Raihan Amani, please! Abang dah ada wuduk ni, abang nak solat. Sayang janganlah batalkan wuduk abang,"

Tawa Han pecah. Kelakar melihat Arsalan yang betul-betul terdesak merayu kepadanya. Habis keluar segala gelaran manja walhal sebelum ini punya berat lidah itu nak membahasakan diri sebagai abang.

"So?"

Han menaikkan sebelah kening, menduga. Dia terasa seperti sudah merangkul anugerah juara bila berjaya duduk di atas tubuh sasa itu manakala Arsalan pula terbaring kalah di atas lantai. Si lelaki masih berusaha menjaga wuduknya.

"Awak main-main dengan abang, lambat pula abang boleh solat. Nanti dah nak masuk waktu Subuh.

Cepatlah, sayang. Abang nak solat ni,"

Buat pertama kalinya Arsalan merengek manja. Baru Han nampak sisi suaminya yang betul-betul mengada itu. Tak menyesal pula dia merancang untuk bangun seawal ini.

"Awak bangun tak ajak saya pun,"

"Awak nampak penat sangat semalam. Saya tak sampai hati nak kejut,"

"Alasan! Yang sebenarnya awak tak nak solat tahajud dengan saya kan?"

Arsalan mengeluh berat. Nak cakap macam mana lagi? Perempuan kan selalu nak menang.

"Okey, kalau macam tu cepatlah pergi ambil wuduk. Kita solat sama-sama,"

"Betul ni?"

Kepala diangguk sebagai jawapan. Han menjerit teruja sebelum ditegur lembut oleh Arsalan. "Awal pagi, sayang. Terjaga jiran sebelah nanti,"

"Bilik ni kedap bunyi!"

Arsalan menggolekkan biji mata. Ada je hujah Han nak mematahkan kata-katanya.

"Yalah, Han. Cepatlah bangun dari badan saya ni. Pergi ambil wuduk,"

"Okey!"

Sebelum Han melepaskannya, sempat bibir Han mendarat pada ulas merah basah miliknya. Lalu si gadis terus berlari-lari anak ke bilik air sambil mengekek geli hati.

Mata Arsalan terbeliak luas. Liur kelat ditelan seraya dia meraba bibir sendiri. Yang tadi tu bukan ilusi kan?

"Raihan Amani! Awak buat apa ni?" Suaranya naik seoktaf. Bengang yang pastinya.

Beria-ia dia merayu tapi Han memang tak makan saman sungguh! Main aci redah je semua benda. Nak kena sidai tengah panas juga nampak gayanya ni bila dah balik Malaysia nanti.

"Shh! Nanti jiran terjaga, abang." Han memulangkan paku buah keras.

Arsalan mengetap bibir. Aii budak ni! Nak perli kita balik eh?

"Kita ambillah wuduk sama-sama. Baru sweet kan?"

Pasrah ajelah Arsalan dengan perangai sengal Han. Pagi-pagi buta pun isterinya itu sudah aktif. Telan pil apalah sampai bertenaga kalah budak-budak Ribena ni?

Happy reading! Tengah tunggu konflik ke tu? Sabarlah dulu. Member baru kahwin, nak merasa dulu nikmat berumah tangga. Kan? Lagipun saya dah cakap awal-awal kat bahagian blurb, cerita ni cerita simple je. Untuk release stress. So, korang akan baca yang manis-manis jelah banyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience