19 | Fake hope

Romance Series 14468

    PEJAM, celik, pejam, celik. Tahu-tahu tempoh sebulan yang ditetapkan telah berbaki seminggu sahaja lagi. 5 hari lagi untuk Arsalan ada 'bantal golek' baru setiap kali tidur.

Nama penuh Han diulang-ulang hafal. Sudah menjadi zikir di mulutnya. Kadang-kadang sampai tersasul memanggil Firash dengan nama Han tapi dia buat tak peduli. Asal tak termalu sendiri waktu akad nikah nanti, dia rela meracau nama Han pun dalam mimpi.

Kalau perempuan boleh berdebar tak sangga menunggu hari bahagia itu, siapa kata lelaki tidak mempunyai perasaan yang sama? Menggigil tangan Arsalan setiap kali mengenangkan tarikh yang semakin dekat.

Dia tak tahan lagi menanggung kegelisahan sendiri maka dia keluar dari bilik tidur mencari Firash di tingkat bawah. Lelaki itu sedang bersenang-lenang di hadapan televisyen sambil sebelah tangan sesekali menyuap keropok kentang ke dalam mulut.

"Bro, kau buat apa?" Arsalan menyapa sambil melabuhkan punggung di sebelah Firash. Terkejut Firash disergah tiba-tiba.

Lelaki itu menjongketkan sebelah kening lalu menjawab, "Goreng telur. Kenapa?"

Arsalan mengerutkan dahi. Goreng telur apa kat ruang tamu ni? Dapur pun tak ada, kuali pun tak ada. Apo?

"Tengok TVlah! Dah nampak, tanya lagi." omel Firash, bengang. Dia kembali menumpukan perhatian pada kaca televisyen.

Ekor mata Arsalan ikut mengintai rancangan yang sedang ditonton oleh Firash. Filem aksi dari negara yang terkenal dengan alat kosmetik rupanya.

"Kau bukan dah tengok cerita ni banyak kali ke?" soal Arsalan. Rasanya Fabricated City itu telah diulang tayang lebih 20 kali di channel TvN Movies. Tengok lagi?

"Aku bosan. Cerita ni je macam best. Aku tengoklah lagi."

Okey, cun.

Dia berdeham perlahan membetulkan anak tekak sebelum mula bersuara.

"Kau nak dengar satu cerita tak?"

"Cerita apa? Best ke tak?" soal Firash sementara sepasang matanya masih belum beralih dari kaca televisyen. Sesekali dia mengunyah keropok kentang yang kemudiannya dipelawa Arsalan makan sekali.

"Cerita Nabi Musa bersembang dengan Allah,"

"Kau ceritalah."

"Nabi Musa jumpa Allah. Lepas tu Allah tanya, apa yang ada kat tangan Nabi Musa A.S. Nabi Musa pun jawab, itu tongkat.

Kalau fikir ikut logik, Allah tu kan Maha Mengetahui. Allah mestilah tahu apa yang Nabi Musa pegang. Tapi kenapa Allah nak kena tanya lagi?" Arsalan sengaja menimbulkan persoalan, memancing perhatian Firash.

Berjaya!

Firash tidak lagi menonton televisyen sebaliknya berkalih tubuh menghadapnya. Dahi itu berkerut-kerut memikirkan jawapan.

"Haah kan? Kenapa Allah tanya lagi?" Soalan dibalas soalan. Kali ini, Firash benar-benar menunjukkan minat mahu tahu rahsia di sebalik kisah yang dirakamkan dalam Al-Qur'an itu.

"Sebab dari situ, Allah nak ajar kita skill bersembang. Dah tahu, tapi sengaja tanya lagi sebab nak beramah-mesra. Bak kata orang tua-tua, berbudi bahasa."

Mulut Firash melopong luas sambil kepalanya terangguk-angguk faham. Arsalan tersenyum nipis, suka dengan reaksi temannya.

"Kau sejak nak kahwin ni makin berubah eh?"

"Berubah macam mana tu?"

"Jadi soleh macam pak-pak syeikh dah. Mula-mula aku ingat kau demam. Tak pun buang tabiat. Tapi aku rasa memang kau dah berubah la, bro."

Arsalan tergelak kecil. Geli hati dengan kenyataan temannya.

"Haruslah! Aku nak bina masjid okey? Bukan nak main pondok-pondok. Soal kahwin ni bukan setakat menyatukan dua hati yang saling mencintai je."

"Dah tu?"

Arsalan menyandarkan belakang kepala ke sofa. Termenung menghadap siling rumah yang putih bersih.

"Aku teringat bakal abang ipar aku pernah pesan, individu yang rosak akan mewujudkan keluarga yang rosak. Bila keluarga yang rosak tu makin banyak, secara tak langsung akan menyumbang kepada kerosakan masyarakat juga. Lama-lama dunia jadi sakit."

Jeda. Arsalan membilas tekak dengan liur seraya mengerling sekilas Firash yang terbejat dengan kata-katanya.

"Sebab tu aku cakap, soal kahwin bukan benda kecil. Setakat nak seronok-seronok, tak ada matlamat. Nothing, bro."

Tiba-tiba Firash mengangkat tabik spring kepadanya. Arsalan mengerutkan dahi, bingung.

"Kau dah kenapa?"

"Salute, bro! Lepas ni aku bolehlah berguru pasal kahwin dengan kau. Tapi yuran mesti free la eh?"

Firash mencebikkan bibir seraya mengangkat punggung berlalu ke tangga. "Kau calon pun tak ada lagi. Sibuk je nak minta free."

"Eh, mulut! Waktu-waktu macam sekarang ni la kena belajar banyak pasal ni. Persediaan sebelum memasuki alam perkahwinan orang kata,"

"Betul apa yang kau cakap tu! Tapi start la solat awal waktu dulu." Arsalan mengenyitkan mata dan terus menghilang ke tingkat atas.

Tepatlah pilihannya mengajak Firash bersembang. Setidak-tidaknya debaran nak berkahwin tadi dah sedikit kurang.

***

    KOPI ais disedut perlahan sebelum dia menumpukan perhatian buat Farha di hadapan mata. Dalam diam, dia menganalisa seraut wajah itu. Kecederaan Farha sudah semakin pulih. Tinggal parut yang masih belum hilang di bahagian dahi licin Farha. Mungkin akan ambil masa berbulan-bulan memandangkan parut itu agak besar.

"Ada apa awak ajak saya jumpa pagi ni?" Farha memulakan bicara. Sedari tadi mereka hanya senyap di meja makan kafe ini. Teh pandang Farha, Farha pandang Teh.

"Awak ada nak beli apa-apa lagi? Nak tambah pasta ke? Atau nak beli kek lagi-"

"Stop la, awak. Boleh tak awak just straight to the point?"

Teh mengeluh. Dia memandang sekeliling. Tingkat atas TFF Cafe ini tak dipenuhi ramai lantaran pengunjung lebih suka membeli dan membawa pulang terus makanan yang siap dibungkus.

Kedudukan mereka agak terbuka namun masih ada privasi yang terjaga. Dia membuang pandang ke luar tingkap pula, memerhatikan orang ramai yang sedang sibuk di jalanan.

Rasa-rasa hati yang tadinya libang-libu sudah beransur tenang, dia kembali mengarahkan pandangan pada wajah Farha. Nafas dihela panjang dan dilepaskan perlahan.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak... pasal kita,"

Dup! Dap! Dup! Dap!

Debaran di hati masing-masing seakan saling berlumba. Ini kalau salah seorang daripada mereka menang, mahu 'jalan' dulu diserang tachycardia.

"Awak ingat tak waktu kita mula-mula kenal dulu? Saya selamatkan awak daripada Izzul," Teh tergelak kecil mengimbau kenangan lama.

"Waktu tu saya ingat awak lembik. Tapi saya tak sangka awak pandai taekwando. Saya terkejut tengok awak back kickkan si Izzul tu. Kalau saya tahu, saya takkan tolong awak hari dia cuba paksa awak sarung cincin."

Mata Farha membulat. Mana Teh tahu dia telah menendang lelaki yang tua beberapa tahun daripadanya itu? Tak silap Farha, saat itu dia dengan Teh masih belum saling mengenali.

"Tapi Izzul memang Izzul. Tak berhenti kacau awak. Awak dah belasah dia pun, dia boleh try nasib lagi."

Teh jeda menghirup nafas sekejap. Senyuman manis bergayutan di bibir merahnya. Kemudian, dia menyambung bersuara.

"Mesti awak pelik dari mana saya tahu cerita ni. Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak. Nama awak famous sangat kat sekolah menengah tu sebab orang anggap awak milik Izzul.

Tapi saya tak tegur awak pun. Sampailah Han panggil saya untuk leraikan pergaduhan tu, baru saya ada chance nak kenal awak dengan lebih dalam."

Tekak dibilas dengan liur. Dikerling sekilas bahasa tubuh Farha. Dia nampak ketegangan tadi sudah beransur reda. Farha sudah agak serasi dengannya sekarang.

"Tapi awak jangan salah anggap. Saya sayang awak tak lebih daripada sayang saya kepada seorang adik."

Dang!

Hati Farha seakan ditembak biar berlubang. Lutut si gadis melemah. Hampir sahaja dia tergeletak jatuh di atas lantai kalau dia bukan di atas kerusi sekarang.

Dia hampa. Dia kecewa.

"Saya dah ada seseorang yang istimewa di hati saya. Saya minta maaf, Farha. Kalau apa yang saya cakap ni akan menggores hati awak. Tapi orang tu bukan awak."

Dang! Dang! Dang!

Kali ini tembakan sekali itu jadi berkali-kali. Farha tidak mampu menahan sebak lagi lantas membiarkan air matanya berjuraian turun.

Teh serba salah. Dia tahu dia telah sakitkan hati Farha tetapi mahu atau tidak, itulah kebenarannya. Farha bukan gadis istimewa yang telah mencuri perhatiannya.

"Kenapa..." Suara itu bergetar.

"Kenapa awak bagi harapan palsu kat saya? Awak kata tempat saya di hati awak tetap sama macam dulu. Awak nak tipu saya ke?"

"Tak! Saya tak tipu awak. Tempat awak di hati saya sebagai seorang adik dan tak lebih daripada tu. Takkan berubah apa-apa lepas apa yang dah jadi dulu."

"Kenapa awak tak nak terima saya jadi isteri awak? Atau awak rasa jijik dengan saya sebab saya ni dah tak suci? Dah ditebuk tupai!"

Teh terngadah. Lain yang dia mahu cakap, lain pula yang Farha faham.

"Cakaplah! Kenapa awak diam?" Suara Farha yang agak tinggi itu menarik minat beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati hidangan.

Kepala Teh tertunduk lemah. Tiada kata yang dia mampu ucapkan lagi selain maaf.

"Sa... saya minta maaf. Awak tak patut tanggung semua ni. Awak tak salah apa-apa pun."

Happy reading! Habis 19 chapters! Chapter ke-20 akan jadi chapter hari bahagia Arsalan dan Han, insya-Allah. Teaser | 20 "Siapa kalah, dia kena tidur kat sofa." "Eh, tukarlah! Tukar! Tak menarik langsung game awak. Siapa kalah, dia kena kiss yang menang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience