JAM tangan dikerling sekejap untuk memastikan waktu sekarang. Kemudian, dia melemparkan pandangan ke tengah kafe. Lengan dibawa menongkat dagu sementara menunggu orang yang telah berjanji untuk berjumpa dengannya tiba.
Sebenarnya, dia sedang berdebar teruk untuk bertentang dua pasang mata dengan abang Han. Dengar kata, si gadis bukan setakat punya abang tapi abang-abang. Dia pun tak tahu abang yang mana akan bertemu dengannya hari ini.
Tiba-tiba, pandangannya tertumpu kepada seorang lelaki tinggi yang sedang berjalan masuk ke dalam ruangan kafe. Shirt putih nipis membalut tubuh sasa itu, dipadankan dengan sehelai jeans hitam jenis fit cutting. Si lelaki meramas-ramas perlahan rambut yang basah ditimpa hujan lebat luar sana.
Kedatangan lelaki itu ternyata menarik minat beberapa orang untuk berkalih ke arahnya. Kacak. Siapa je tak pandang?
Iphone yang berdendang menyedarkan Arsalan daripada lamunan panjang. Dia bingkas menjawab panggilan daripada Teh.
"Kau kat mana, bro?" soal Teh.
Mata Arsalan melirik ke arah lelaki berbaju putih tadi. Kelihatan telefon bimbit melekap di tepi telinga itu. Perlahan-lahan bibir Arsalan merekahkan senyuman.
"Kau cuba angkat kepala sikit. Pukul 3, aku ada kat situ."
Lelaki itu mengangkat wajah seperti yang disuruh lalu berkalih mengikut putaran jam sampai ke angka 3. Mata mereka bertentang. Senyuman saling berbalas lantas talian diputuskan.
"Sorry, bro. Lambat pula sampai." Teh bersalaman dengan Arsalan sebelum dipelawa duduk di situ.
"It's okay. Hujan lebat, mana boleh drive laju-laju."
"Itulah. Tadi pun traffic jammed sebab ada accident tepi jalan tu. Kereta terbabas hentam divider."
"Kau okey je kan? Tak ada apa-apa kecederaan?"
Teh ketawa. "Aku okey jelah. Alhamdulillah, bukan aku yang accident."
Seorang pelayan digamit dan Teh membuat pesanan. Arsalan pula tidak ikut serta lantaran coklat panasnya tadi masih tersisa.
"Ah, kau tak tahu lagi kan nama aku? Semalam aku call kau, aku cakap aku abang Han je. Kau save apa nombor aku?"
"Bakal abang ipar." jawab Arsalan dengan sengihan lebar.
"Aku Rhykal, abang keempat Han. Tapi dah sebab kau pun nak jadi sebahagian daripada keluarga aku, panggil Teh jelah. Dalam ramai-ramai abang, aku yang paling tak garang."
"Seriuslah? Yang lain garang macam mana?" Sekejap sahaja Arsalan sudah boleh menyelesakan diri dengan Teh lantaran Teh memang pandai bergaul. Tutur bicaranya tenang dan sopan membuatkan sesiapa pun suka berkawan dengan Teh.
"Garang tahap boleh bakar rumah kau kalau tak puas hati."
Gulp.
Tak kahwin lagi pun dah seram. Macam manalah mahu hidup sebumbung dengan Han nanti? Mampus kalau Han tak puas hati lalu mengadu kepada abang-abangnya, nyawanya yang jadi taruhan.
Tiba-tiba Teh meledakkan tawa geli hati. "Gurau je, bro. Don't take it too serious. Garang-garang pun boleh jadi geng, insya-Allah."
Bila jaminan sudah diberi, hati Arsalan sedikit lega. Pelayan datang menghidangkan pesanan Teh tadi. Secawan kopi yang masih hangat nampak menyelerakan bila diminum dalam cuaca sejuk sebegini.
"Chill je. Aku bukan nak soal siasat kau ke apa. Aku cuma nak lepak-lepak je dengan kau. Tak apa kan?" ujar Teh tatkala perasan tubuh Arsalan yang agak mengeras bila menghadapnya. Dari bahasa tubuh pun Teh sudah dapat mengagak Arsalan masih takut-takut dengannya.
"Sure, it's okay!"
Mereka menjamu selera sambil berbual panjang. Sesekali Teh menyelitkan cerita tentang adik bongsunya dan Arsalan memang seorang pendengar yang setia.
***
  KEDUA-dua belah tangan digenggam dan disatukan lalu dibawa rapat ke bibir. Dia bertekuk lutut di kepala katil. Baru seminit yang lalu dia mendapat panggilan daripada pihak hospital yang mengkhabarkan bahawa ibu di kampung sedang sakit tenat.
"Han, aku takut..." rintihnya. Setelah mendengar berita itu, kepalanya bagaikan dihempap beban yang besar.
Ibu disahkan menghidap kanser tahap 4. Doktor kata hanya 2 bulan sahaja masa yang berbaki untuk beliau kekal bernafas. Bila-bila masa sahaja nyawa ibu boleh ditarik pergi dan itulah perkara yang paling dia risaukan.
"Aku takut ibu meninggal waktu aku tak ada kat sisi dia."
Han merapatkan tubuh kepada Farha lalu mencapai sebelah tangan itu. Dia genggam erat, berharap dengan cara itu dia dapat mengalirkan semangat serta ketenangan jauh ke dasar hati Farha.
"Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Banyakkan berdoa. Insya-Allah semuanya baik-baik."
"Aku tak ready lagi jadi sebatang kara, Han.
"Tak, Farha. Kau tak sorang-sorang dalam dunia ni. Aku ada, babe. Aku ada untuk kau."
Tubuh Farha diraih ke dalam pelukan. Gadis itu melampiaskan tangisan sepuas-puasnya di dada Han. Han dapat merasakan tubuh itu bergetar kecil.
"Istighfar banyak-banyak. Jangan berhenti doakan mak kau." bisik Han. Itu sahaja yang termampu untuk dia pesan. Simpati, hanya rasa itu yang dia mampu pinjamkan.
"Kau nak melawat mak kau tak? Aku temankan kau balik kampung."
"Be... betul ke?"
Han menganggukkan kepala. Mana tahu ini mungkin kali terakhir peluang Farha dapat bertemu ibunya. Maka masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya.
"Tapi kau kan kerja,"
"Aku boleh minta cuti. Lagipun, aku dah anggap mak kau tu macam mak aku. Kita dah macam satu keluarga. Takkanlah aku nak biarkan je mak kau kat hospital sedangkan aku tahu dia sakit."
"Tak payahlah, Han. Aku tak nak susahkan kau. Biar aku jelah drive dari sini ke kampung."
"No, Farha! No. Aku temankan kau balik kampung." Han bertegas.
Dia takkan sesekali melepaskan Farha memandu sendirian pada saat seperti ini. Emosi Farha lagi terganggu dengan berita buruk itu. Apa-apa sahaja perkara di luar jangkaan boleh terjadi.
"Aku tak nak kau jadi apa-apa. Aku takkan boleh maafkan diri aku kalau kau dalam bahaya nanti."
Air mata Farha tumpah. Tubuh Han dirangkul erat dan dia meletakkan dagu di pundak itu.
"Thanks, babe. Kau satu-satunya sahabat dunia akhirat aku. Aku mungkin tak mampu nak balas semua jasa baik kau tapi aku boleh doa je. Semoga Allah berikan apa yang Dia telah janji untuk hamba-hamba-Nya yang baik hati."
Han mengaminkan perlahan. Rangkulan dileraikan dan Han membelek-belek wajah itu. Air mata yang mengalir di pipi Farha dia kesat dengan belakang tangan.
"Dah, jangan menangis. Buruklah muka kau bila menangis macam ni."
"Kau ni, aku tengah sedih pun sempat lagi kau nak kutuk kan!" Farha menyekeh kepala Han. Han tergelak kecil lantas mencubit pipi temannya.
"Kau patutnya berterima kasih sebab aku mencemar duli peluk kau hari ni." ujarnya.
Betullah! Ingat dia senang-senang nak bagi orang peluk dia? Melainkan orang itu suami sendiri, hiks!
"Oh, tak ikhlas! Dah bagi, mengungkit."
"Bukan mengungkit. Kita cuma mengingatkan. Biasalah, sesama makhluk ni cepat terlupa kan?" balas Han sebelum melarikan diri daripada cubitan berapi si Farha.
"Sini, kau! Jangan lari!"
Happy reading!
Share this novel