BAB 12

Romance Series 351253

Kedengaran bunyi sudu berlaga sesama sendiri di meja makan. Masing-masing tenang menjamah makanan yang disediakan oleh ibu.

Rizal merenung Angah yang diam menunduk menyuap makan ke dalam mulut. Dikerling sekilas ke arah Adel yang berada di bersebelahan si isteri. Cuma Along sahaja yang tidak ada bersama mereka pada saat ini memandangkan Along sedang berada di Matrikulasi.

Rizal meletakkan sudu di tepi bibir pinggan. Teringat akan kecemerlangan anaknya dalam Sijil Peperiksaan Malaysia membuatkan doa sebagai seorang bapa dihurung rasa gembira dan bangga dengan kejayaan yang ditempa si anak.

Angah, walaupun nakal dan suka memberontak dalam diam, namun cukup bijak. Oleh sebab itu, dia tidak risau namun masih lagi mengambil berat akan hal pelajaran anak-anaknya.

Rizal berdehem perlahan.

"Angah dah fikir nak sambung belajar kat mana?" soalan Rizal menyentakkan suasana sepi antara mereka sekeluarga.

Kesemua mereka panggungkan kepala. Masing-masing kini memusatkan pandangan ke arah Angah. Menanti jawapan balas yang akan diberikan.

Angah meletakkan sudu perlahan. Dicapai gelas yang berisi dengan air Milo sebelum diteguk melalui kerongkongnya. Diletakkan semula cawan ke meja. Dilabuhkan renungan ke wajah Rizal.

"Angah ingat nak sambung diploma papa." jawab Angah.

Papa diam.

"Taknak try apply matrik macam Along ke? Tak lama macam diploma. Tengok Along, tengah bulan ni dah habis study. " balas Papa.

Angah mengangguk.

"Ya, tahu. Cuma Angah lebih berminat nak sambung diploma. Bagi Angah, lebih santai dan tak pressure sangat." jelas Angah akan keadaan hal sebenar.

"Angah nak sambung diploma kat mana?" soal Ibu pula.

"Rasanya kat Lestary Universiti kut ibu. Tapi tengoklah nanti macam mana." ujar Angah.

Adel diam sedari tadi. Hanya tenang menjamah makanan dalam pinggan seraya mendengar celoteh kedua ibu bapanya bersama Angah.

Keluhan lemah dilepaskan. Selepas ini, tinggallah dia seorang diri di rumah agam besar mereka. Dulu, ada Along yang melayani kerenahnya. Selepas Along berangkat sambung belajar, masih ada Angah. Walaupun Angah tidaklah sebaik mana dengan dirinya, tapi pada akhir-akhir ini sering juga Angah menunjukkan keprihatinannya pada Adel.

Mata lekas merayap di seraut wajah kacak Angah. Walaupun hubungan antara mereka suam-suam kuku, namun dia sudah sebati dengan kehadiran Angah. Nanti, bila Angah sudah sambung belajar mesti makin renggang hubungan mereka berdua. Entah-entah sudah tidak kenal antara satu sama lain.

"Okay ke Universiti yang Angah pilih tu?" soal Ibu lagi.

Angah mengangguk perlahan.

"Angah dah survey ibu sebelum buat keputusan. Daripada pelajar-pelajar lepas, semua cakap universiti tu baik. Ranking dia pun baik." jawab Angah. Sesekali, dikerling sekilas wajah Adel yang diam membungkam di sisi Ibu.

Papa mengangguk mendengar penjelasan Angah.

"Jadi, bila Angah cadang nak apply universiti tu?" soal Rizal. Disuap kembali makanan ke mulut.

"Mungkin dalam minggu ni juga papa. Sebab diorang dah mula buka pendaftaran untuk pelajar baru."

Serentak, keduanya mengangguk.

"Kalau macam tu tak apa lah. Nanti apa-apa hal bagitahu papa. Takpun bagitahu ibu." ujar Rizal tersenyum.

Angah mengangguk menerima ujaran si bapa.

"Adik pula study macam mana? Okay ke masuk kelas Sains Tulen?" soalan papa kini terarah pula ke arah Adel.

Adel pantas dongakkan wajah. Tersenyum membalas sapaan papa.

"Okay papa. Setakat ni, adik suka duduk kelas sains tulen tu. Cikgu ajar pun adik faham."

Rizal tersenyum sambil mengangguk.

"Baguslah kalau macam tu. Senang hati papa bila adik cakap macam tu." ujar Rizal.

Adel tersenyum.

"Papa dengan ibu jangan risau. Adik okay je."

"Okay sayang. Ibu tahu anak dara ibu ni pandai." ujar ibu pula. Dicubit lembut pipi si anak gadisnya. Adel tertawa kecil. Menutup galau di hati.

Angah diam memerhati. Namun, tak tahu kenapa dia dapat melihat kalau seraut wajah comel milik Adel beriak suram. Tidak bersinar seperti kebiasaannya. Kebiasaannya, banyak celoteh yang keluar daripada mulut si gadis.

Adel kembali menunduk. Namun, terasa lenyap selera makannya mendengar perkhabaran Angah yang bakal meninggalkan mereka untuk menyambung pelajaran kelak.

"Ermm, ibu papa..adik naik atas dulu ya. Ada keja sikit yang adik nak siapkan." Adel bangunkan tubuh. Dirinya pamit sopan.

"Tapi adik tak makan habis pun. Ibu masak tak sedap eh pagi ni?" soal ibu terus.

Adel menggeleng laju.

"Eh tak tak. Ibu mana pernah masak tak sedap. Sedap macam selalu. Cuma, memang betul adik ada keja sikit." sangkal Adel berselitkan pujian.

Ibu tersengih. Papa tertawa. Angah pula seperti biasa, diam membisu.

"Ibu gurau jelah sayang. Tak apa lah, adik pergilah naik. Tinggal je pinggan dalam sinki tu. Nanti ibu basuh." arah ibu.

Adel tersenyum. Sejenak, langkah di atur melepasi belakang tubuh tegap milik Angah. Angah diam, hanya memerhati kelibat Adel yang mulai hilang dengan ekor hujung mata. Sesaat, dilepaskan keluhan kecil. Minda yang sarat dengan persoalan dibiarkan sepi bermain di fikiran saat ini.

••••

Adel melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya. Ditongkatkan tangannya ke penghadang balkoni biliknya. Selepas sahaja dia pamit pagi tadi, sehingga kini dia berkurung di dalam bilik. Ajakan ibu untuk makan tengahari juga ditolak dengan alasan banyak kerja yang harus disiapkan walhal kerja dia dari tadi melangut sahaja.

Kedengaran pintu dikuak perlahan dari luar. Adel malas untuk menoleh ke belakang. Lebih selesa menghadap ke luar menikmati suasana petang. Derap langkah kaki seseorang diendahkan. Tidak berpaling juga dia sudah tahu siapa. Kalau bukan ibu, siapa lagi. Hanya ibu atau Along sahaja yang pernah menjejakkan kaki ke biliknya.

"Adik tak lapar lah ibu." ujar Adel merengek manja walaupun tanpa soalan yang kedengaran diajukan.

"Tak baik kau tipu ibu cakap kau banyak kerja padahal kau tak buat kerja pun." sindir seseorang.

Adel menoleh deras ke belakang. Hidung mancung berlaga dengan dada tegap milik Angah. Perlahan, bebola mata naik merenung wajah kacak Angah. Terkebil-kebil matanya merenung baby boynya.

"A..an..Angah." seru Adel gagap. Pantas dijarakkan kedudukan mereka berdua.

Angah mengangkat kening. Tampak santai dan macho sekali gerak gerinya. Dengan kedua belah tangan diseluk ke dalam poket. Direnung wajah Adel sebelum dilemparkan pandangan ke luar.

Adel turut melabuhkan renungan ke arah luar. Dihela nafas panjang. Angah menoleh ke sisi. Mencari wajah Adel.

"Kau kenapa tak turun makan tadi?" soal Angah tidak bernada seperti biasa. Angah dengan suara dia yang dingin berpisah tiada.

"Adel banyak kerja." jawab Adel ringkas.

Angah mencebik. L

"Ibu boleh lah kau tipu. Tapi aku jangan harap kau nak tipu." selar Angah.

Adel tersentak. Namun, didiamkan sahaja.

"Betul lah. Memang Adel banyak kerja kena siapkan." tukas Adel.

Angah julingkan mata ke atas.

"Dah lah. Tak payah lah kau nak tipu aku macam kau tipu ibu. Kau ada masalah ke?" soal Angah terus terang.

Adel menggeleng perlahan.

"Tak ada apa. Adel okay." nafi Adel berterusan.

"Bagitahu lah. Atau kau nak aku paksa kau?" gertak Angah.

Adel menoleh pantas. Angah sembunyi senyum. Tahu takut!

"Be..betul lah. Tak ada apa. Cuma, Adel banyak kerja. Itu je." nafi Adel lagi untuk kesekian kalinya.

Angah mengeluh. Malas untuk menyoal dan mengertak lebih-lebih.

"Ikut kau lah. Malas aku nak cakap lebih-lebih." tukas Angah malas. Bersedia untuk melangkah keluar. Berlama-lama dalam bilik anak dara kang jadi lain pula.

"Angah." seru Adel perlahan.

Angah hentikan langkah. Tidak menoleh cuma tegak berdiri membelakangi Adel.

Adel mengigit bibir. Diramas sisi bajunya.

"Betul ke Angah nak sambung belajar?" soal Adel perlahan. Wajah ditundukkan merenung kaki.

"Kau sendiri tahu jawapan aku kan? Kenapa kau masih tanya lagi?" soal Angah.

"Adel cuma nak tahu." balas Adel sepatah.

"Perlu ke untuk kau tahu?"

"Kalau Adel cakap perlu?" soalan berbalas soalan.

Angah menoleh. Merenung wajah Adel.

"Ya, aku memang nak sambung belajar. Aku memang nak pergi dari rumah ni."

Adel tersentak.

"Kenapa Angah cakap macam tu?" soal Adel pelik.

"Sebab aku tak nak tengok muka kau." jawab Angah mudah.

Adel terpana. Tidak sangka dengan jawapan yang diterima.

"Jadi, Angah masih bencikan Adel?"

"Masa bila aku cakap aku suka kau?"

Adel bungkam.

"Tapi.."

"Totally yes. Aku masih bencikan kau. So, aku rasa dengan aku sambung belajar sahaja dapat buat aku tak payah lagi hadap muka kau lepas ni." jawab Angah lagi semakin menambahkan rasa sedih di hati Adel yang sedia terluka.

"So, sekarang kau jelas kan dengan keputusan aku?"

Adel bungkam. Hanya mata yang mulai menghasilkan air mata. Angah melarikan anak mata ke arah lain.

"Okay lah, aku keluar dulu. Jangan lupa makan, nanti pengsan pula dalam bilik ni. Susah pula." pesan Angah berbaur sindiran.

Adel mengesat air mata yang mengalir turun di pipi. Jadi, benar telahannya kalau sehingga kini perasaan benci Angah pada dia masih ada dan tidak pernah padam sama sekali. Cuma, dia sahaja yang perasaan seorang diri. Ahh, selama ini keprihatinan Angah pada dia dusta semata-mata.

••••

Sebulan kemudian..

Bermula daripada kejadian petang itu, membawa kepada kerenggangan yang nyata antara keduanya. Masing-masing tak ubah seperti orang asing sahaja lagak keduanya. Seorang ke hulu seorang ke hilir. Adel sengaja menyibukkan diri dengan pelajarannya manakala Angah sibuk dengan persiapan untuk menyambung pelajaran.

Adel bersiap malas-malas. Rambut hanya diikat ekor kuda. Sehelai blouse berwarna peach dipadankan dengan palazo hitam. Terserlah kecantikan semula jadi yang dimiliki Adel. Semburan BBW disemburkan ke sekitar leher dan badan. Semerbak haruman tersebut membias di dalam bilik.

Nasib sahaja dia terjaga awal pagi ini memandangkan hari ini merupakan hari terakhir Angah berada di rumah sebelum berangkat menyambung pelajaran. Adel melepaskan keluhan lemah. Sedikit sebanyak dia dihurung rasa sebak mengenangkan hubungan antara mereka yang tidak pernah mahu jernih. Sentiasa sahaja keruh.

Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum dihembus. Sling bag disangkutkan ke badan. Kaki menapak menuju keluar daripada bilik. Pintu dikuak luas sebelum tubuh dilolos keluar daripada bilik.

Dari bawah Adel sudah dapat mendengar riuh suara ibu bercakap itu ini. Adel menggelengkan kepala seraya tersenyum. Sejenak, dia terpandangkan wajah Angah yang sedang bercakap-cakap di telefon dengan seseorang. Angah tanpa sengaja turut memandang wajah bersih Adel yang tercegat di anak tangga teratas.

Mereka saling merenung antara satu sama lain. Namun, Adel bertindak pantas dengan meleraikan tatapan antara mereka. Diatur derap langkah kakinya menuruni anak tangga dengan cermat. Dihampiri ibu yang sedang kalut mengemas barangan Angah.

"Ibu baru nak naik panggil adik kat atas. Ingat adik tak siap lagi." ujar Ibu tersenyum mesra.

"Dah siap dah ibu. Papa mana?" Adel melontarkan soalan.

"Ada tengah panaskan enjin kereta. Angah ada tinggal apa-apa lagi tak? Nak patah balik nanti susah pula." jawab Ibu perlahan.

Angah tersentak dari lamunan. Kepala digelengkan perlahan menjawab pertanyaan si ibu. Dikerling Adel yang sedang tercegat di sebelah ibu. Menunduk merenung kaki. Ibu bergerak ke dapur sekaligus meninggalkan Adel bersama Angah.

Keduanya saling membisu. Tiada sepatah kata yang terluah daripada bibir mereka. Hanya bunyi desiran kipas yang ligat berpusing. Adel meramas jari-jemari sendiri. Suasana hening dan sepi menyelubungi mereka berdua. Rambut diselitkan di belakang cuping telinga.

Adel melepaskan keluhan lemah. Kalaulah hubungannya dengan Angah sebaik hubungannya bersama Along pasti banyak benda yang mahu diluahkan kepada Angah. Mengingatkan kejadian tempoh hari antara mereka menjadikan dia dipagut rasa sedih.

"Angah, adik. Jom! Nanti lambat pula kita sampai kat sana. Angah, angkat beg ni. Adik tolong ibu pegang kejap beg tangan. Ibu nak tutup pintu." arah ibu kalut.

Adel terkocoh-kocoh mendapatkan beg tangan yang dihulur ibu. Pantas dipegang kuat tali tas tangan tersebut. Usai, masing-masing bergerak ke arah kereta.

"Ibu, biar Angah duduk kat depan lah. Ibu duduk kat belakang. Angah panas nak kena aircond." pinta Angah terus sahaja lolos masuk ke tempat duduk depan.

Ibu tercengang. Adel pula terdiam. Dillepaskan keluhan kecil. Nampak sangat kalau Angah memang sengaja tidak mahu berada dekat dengannya. Malas untuk tenggelam dalam perasaan, pintu kereta belakang dibuka sebelum ibu dan dirinya lolos masuk ke dalam kereta.

Adel memasang earpod di telinga. Lagu jiwang menjadi pilihan halwa telinga. Untuk saat ini, dia mahu melayan perasaan sedih dan galau di hati. Cahaya matahari yang menyuluh di luar terasa begitu menenangkan dia. Sekilas, teringat dia akan keluarga sebenarnya. Teringin sekali hati untuk bertemu dengan mereka.

"Adik okay?" terasa bahu diusap dari tepi.

Angah memasang telinga walaupun mata terpejam rapat.

"Adik okay, ibu." jawab Adel perlahan.

Ibu mengeluh. Entahlah, buntu sudah dia mahu menjernihkan hubungan antara Angah dan Adel. Adel tidak menjadi masalah, namun yang masalahnya adalah Angah. Dia juga tidak tahu kenapa Angah berperangai sedemikian rupa dengan Adel. Jauh di sudut hati, hanya doa yang mampu dipanjatkan agar keduanya berbaik suatu hari nanti.

••••

Hampir sejam setengah perjalanan, akhirnya mereka tiba di perkarangan universiti. Dari dalam kereta sepanjang memasuki kawasan universiti, kelihatan orang ramai yang terlibat dalam pendaftaran pelajar baharu berpusu-pusu dengan ahli keluarga masing-masing.

Papa parkirkan kereta di tempat yang tersedia untuk para waris dan pelajar baharu. Serentak, keempat-empat beranak tersebut melangkah keluar daripada kereta. Angah meliarkan pandangan ke sekeliling kawasan universiti. Melihatkan suasana yang riuh rendah membuatkan hati dijentik rasa teruja.

Adel turut memusatkan pandangan ke sekeliling. Seronok dia melihat para waris yang bersesak-sesak sedang menolak bagasi anak-anak mereka.

"Jom kita ke sana. Papa rasa kat sana pendaftaran untuk pelajar baharu." ujar papa sambil jari ditunding tepat ke sebelah kanan sayap bangunan.

Ibu mengangguk. Adel membontoti langkah ibu dan papa yang maju beberapa langkah di hadapan. Angah pula lebih selesa menyaingi dari belakang. Asyik berjalan tanpa sedar sebuah motor laju dibonceng di jalan. Adel yang masih tidak perasankan kelibat motor yang laju melangkah seperti biasa.

Angah menghentikan langkah. Sesaat, jantung terasa berdegup kencang bila mana mata terperasankan sebuah motor yang laju membelah jalan raya. Bersilih ganti pandangannya dipakukan ke arah motor dan Adel. Membulat besar matanya saat terasa motor tersebut semakin menghampiri si gadis.

"Adel!" jerit Angah kuat.

Tanpa lengah, direntap tubuh Adel rapat ke tubuhnya. Adel tersentak saat terasa tangan dilelar kuat dari belakang dan wajahnya tersemban di dada milik Angah. Angah memeluk kuat tubuh genit milik Adel. Dipeluk kejap! Adel dapat merasakan betapa lajunya denyut jantung Angah pada saat ini seiring dengan rentak jantungnya.

Seketika, masing-masing berpelukan erat. Kejap pelukan Adel di pinggang Angah. Turun naik nafas keduanya. Angah renggangkan pelukan. Papa dan ibu sudah pucat lesi muka keduanya.

"Kau okay?" tanya Angah cemas. Dibelek muka Adel beberapa kali. Adel sudah tersebek-sebek ingin menangis. Bukan kerana takut dilanggar, tapi oleh sebab rasa terharu kerana setelah sebulan tidak bercakap, akhirnya Angah bersuara kembali dengannya. Jujur, dia rindu.

Adel menggeleng lemah. Ibu dan papa nenerpa ke arah Angah dan Adel.

"Adik okay? Ada sakit mana-mana tak?" soal papa pula cemas kali ini.

"Adik okay papa. Tak ada sakit mana pun. Cuma terkejut je." jawab Adel perlahan.

"Ya Allah adik. Terkejut ibu tahu. Rasa macam luruh jantung ibu dibuatnya. Motor tu pun satu hal, dah tahu orang nak lintas jalan, perlahankanlah motor tu sikit. Nasib anak ibu tak ada apa-apa." ujar Ibu geram.

"Berapa kali aku cakap, mata tu guna bukan simpan. Nasib tak kena langgar tadi, kalau tidak dah lama kau arwah tahu." sembur Angah.

"Angah, jaga sikit percakapan kamu tu. Adik bukan sengaja." papa bertindak menegur.

Adel diam. Mata terasa panas. Ibu pantas memeluk tubuh genit anak perempuannya.

Angah mendengus kasar. Terasa mahu luruh jantung dibuatnya saat melihat motor yang dipandu seorang lelaki meluncur laju ke arah Adel yang selamba ingin menyemberang jalan. Nasib baik dia melihat, jika tidak serasa pengsan dia di situ.

"Betul lah apa yang Angah cakap. Mata ada guna, bukan simpan." sekali lagi Angah menyembur.

Adel masih lagi diam dalam pelukan si ibu. Papa mengeluh. Diusap kepala si anak perempuannya.

"Dah, jom. Makin lambat pula nanti." ajak Papa.

Angah mendengus sebelum melangkah menuju ke arah kaunter pendaftaran. Sebal dia dengan kejadian sebentar tadi. Tidak tahu kenapa hati terasa ingin memuntahkan lahar.

Ibu menggelengkan kepala. Dengan lembut, dipaut pergelangan tangan milik Adel menuju menyoroti langkah Angah.

••••

Angah melangkah laju untuk kembali ke tempat menunggu keluarganya. Sedari tadi dia diam menahan rasa ingin terkucil, habis sahaja urusan pendaftaran, terus sahaja dia bergerak menuju ke ruang tandas.

Sekali sekala, senyuman sapaan daripada beberapa orang pelajar baharu dibalas sebagai tanda menegur. Jam di pergelangan tangan turut dikerling. Angah semakin melajukan langkah.

Asyik sahaja melangkah, tanpa sedar bahu terlanggar seseorang yang turut berjalan laju.

"Auchhh!" jerit seseorang.

Angah tersentak. Dengan kalut, kepala ditoleh mencari gerangan manusia yang sedang mengaduh kecil. Saat melihatkan sekujur tubuh yang sudah bersimpuh di atas lantai, Angah pantas bertinggung. Menyamai paras wajah seseorang tersebut.

Perlahan, gerangan tersebut panggungkan wajah. Sesaat, Angah terpana! Cantiknya! Detik hati lelakinya. Lama, renungan dilabuhkan ke arah gadis tersebut. Menyedari dirinya direnung sedemikian rupa, si gadis kalut bingkas bangun.

"Eh awak. Tunggu." Angah bertindak menahan.

Gadis itu pantas menghentikan langkahnya.

Angah bertindak menghampiri.

"Maafkan saya. Sebab saya awak jatuh tadi. Awak ada sakit kat mana-mana ke?" soal Angah perlahan tanda prihatin.

Si gadis menggeleng perlahan.

"Takpa, salah saya juga sebab jalan tak pandang depan. Jangan risau, saya okay. Tak ada sakit kat mana-mana pun." ujar gadis tersebut.

Angah menghembus nafas lega.

"Hurm, saya Hayyan." Angah hulurkan perkenalan.

Si gadis tersenyum malu.

"Saya Maya." balas si gadis pula.

Angah tersenyum mengangguk.

"Awak pelajar baru juga ke?"

Maya mengangguk. Angah tersenyum.

"By the way, nice to meet you."

Maya tersenyum.

"Nice to meet you too Hayy."

"Ermm, okaylah Maya. Saya gerak dulu. Jumpa lagi nanti." Angah pamerkan senyuman kacak.

Maya tersipu. Terpesona seketika dia dengan senyuman manis Angah.

"Okay. Bhai Hayy."

Angah aturkan kembali langkah ke arah keluarganya. Terbayang kembali wajah cantik milik gadis yang baru dikenali sebentar tadi. Maya! Cantik, detik hatinya sekali lagi.

Adel merenung beberapa orang yang sedang lalu lalang di hadapannya. Seketika, mata terpandang akan kelibat Angah yang laju menghampiri dirinya. Seperti biasa, riak dingin terbias di seraut wajah itu. Adel menunduk. Along, seru Adel tetiba. Alangkah bagusnya kalau Along ada bersama dengannya sekarang.

"Ibu dengan papa mana?" soal Angah dingin.

"Pergi surau." balas Adel ringkas.

"Kau tak pergi?" tanya Angah.

"Adel cuti." jawab Adel. Terasa panas membahang wajahnya menahan segan. Angah berdeham.

"Lepas ni jaga diri tu elok-elok. Nak lintas jalan, pandang kiri kanan dulu. Bukan main lintas je." pesan Angah kasar.

Adel diam. Angah menoleh.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?" soal Angah kuat.

Adel mengangguk laju kepalanya. Angah mendengus.

"Angah, adik." panggil ibu.

Serentak, keduanya menoleh. Adel tersenyum. Angah beriak biasa.

"Angah, kami balik dulu ye. Barang-barang semua dah angkat masuk dorm kan?"

Angah mengangguk.

"Kalau macam tu, papa,ibu dengan adik balik dulu. Angah jaga diri baik-baik. Jangan lupa solat. Nanti call ibu atau papa." pesan papa sebelum berangkat pulang.

Ibu mulai dihurung rasa sebak. Angah melarikan wajah.

"Angah jaga diri ye sayang. Duduk baik-baik kat sini. Jangan lupa call ibu selalu." pesan ibu pula bersulamkan rasa sebak.

"Dah lah Nina, janganlah menangis. Angah ni nak belajar. Awak buat dia sedih pula. Alah, bukan jauh pun Angah nak balik nanti." tegur Rizal.

Ibu mencebik.

"Biarlah. Sibuk je abang tu."

"Eh, saya pula yang kena."

Angah tertawa. Adel hanya mampu tersenyum walhal dalam hati sudah berlagu sedih dirinya mengenangkan dia bakal berpisah dengan Angah.

Ibu pantas memaut tubuh Angah ke dalam pelukan. Diusap-usap belakang tubuh Angah. Angah turut membalas pelukan hangat si ibu. Selepas ini, dia bakal merindui segala masakan ibu yang sememangnya tiada tandingan sedapnya.

Giliran papa pula menarik tubuh Angah ke dalam pelukan. Diusap sayang rambut hitam si anak lelakinya. Angah ini istimewa orangnya. Walaupun degil dan keras kepala namun Angah ada sisinya yang tersendiri dapat menyenangkan hati mereka.

Adel hanya diam memerhati. Ibu dan papa kini memusatkan pandangan ke arah mereka berdua memandangkan hanya Adel seorang sahaja kini yang belum memberikan reaksi sebelum mereka berangkat pulang.

"Moh ler kita. Nanti takut sampai malam pula kat rumah. Angah, kami balik dulu ya. Ingat apa yang ibu dengan papa pesan. Belajar elok-elok. Apa-apa hal call." ujar papa menitipkan sekali lagi pesanan.

"Baik papa. Jangan risau, Angah ingat."

Angah memandang seraut wajah Adel yang suram. Ikut hati, mahu sahaja ditarik tubuh genit itu dalam pelukannya tapi ego pantas menghalang. Maka, dibiarkan Adel melangkah pergi menyoroti langkah kedua ibu bapa mereka.

Adel mengelap tubir mata yang terasa basah. Sebelum loloskan diri ke dalam kereta, direnung wajah kacak milik Angah. Angah turut memandang dari kejauhan. Adel ukirkan senyum penuh kesayuan.

'Goodbye my baby boy. See you again'

Bisik Adel dalam hati. Perlahan, tubuh dilolos masuk ke dalam kereta.

Angah merenung tanpa kelip. Dilepaskan keluhan lemah miliknya sebelum kelibat kereta milik keluarganya hilang sedikit demi sedikit.

Happy reading. Jangan lupa komen. Haha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience