BAB 40

Romance Series 351310

Adel menyeka peluh di dahi. Bibir mengukir senyuman puas saat melihat beberapa jenis hidangan yang terhidang di atas meja. Mata mengerling sekilas jam di dinding, tepat jam lima petang. Arghh, tak sabar nak bertemu sang suami.

Terasa rindu membuak-buak di dada, walhal baru setengah hari nereka tidak bertemu. Bagaimanalah jika Angah tidak ada berhari-hari? Tak sanggup dia bayangkan. Mahu dia berendam air mata.

Bunyi pintu rumah dibuka menyentakkan Adel yang tercegat di sisi meja makan. Rambut dikemaskan sebelum lengan baju yang disinsing sebentar tadi diturunkan. Kaki menapak perlahan menuju ke ruang tamu.

Seketika, terjengul wajah milik Maleek di muka pintu. Kelihatan terlukis riak kepenatan di seraut wajah tua itu. Adel menghentikan langkah. Dirinya diterpa rasa kasihan saat memandang wajah sang ayah.

"Adik!" seru Maleek teruja bercampur girang.

Adel lekas mengukir senyuman manis tanda menyapa.

Maleek meletakkan beg pejabat di meja kopi ruang tamu. Saat terpandangkan wajah anak gadisnya, terasa luruh rindu serta merta.

Cepat sahaja ditarik tubuh Adel masuk ke dalam pelukan. Adel membalas kejap.

"Papa rindukan adik." ucap Maleek perlahan.

Adel membalas kejap pelukan Maleek.

"Adik rindu papa juga. Rinduuuu sangat!" ucap Adel meleret.

Maleek tertawa girang. Seronok dengan kepulangan Adel di rumah mereka. Pelukan dilepaskan. Maleek menjenguk ke belakang. Adel mengerutkan dahi.

"Papa cari apa?" Adel turut menjenguk-jenguk ke belakang.

"Angah tak datang sekali?" Maleek bertanyakan sang menantu.

Adel menggeleng.

"Abang kelas lah papa. Kejap lagi habis kelas baru abang datang sini." ujar Adel sambil menarik tangan sang papa menuju ke ruang dapur.

Memasuki ruang dapur, hidung diterpa dengan bau masakan yang menyelerakan. Maleek spontan menghentikan langkah saat terpandangkan meja makan yang penuh dengan lauk pauk.

"Adik masak semua ni?" tanya Maleek namun mata masih merenung hidangan di meja.

"Yelah, takkan jiran sebelah rumah ni pula nak masak." Adel tergelak.

Maleek turut tersenyum. Pipi Adel dicubit.

"Papa duduk dulu. Adel ambil minuman kejap. Papa nak air apa? Jus mangga okay tak?" tanya Adel prihatin.

"Boleh sayang."

Usai, Adel suakan segelas air mangga ke Maleek.

"Terima kasih anak papa." ucap Maleek lembut.

"Adik dah jumpa mama?" tanya Maleek usai meneguk segelas air dihulurkan Adel sebentar tadi.

Adel menggeleng lambat-lambat. Jemari yang bertaut dimainkan.

"Kenapa tak bagitahu mama cakap adik nak datang?" soal Maleek

"Adik bukan taknak bagitahu, tapi adik terlupa. Busy itu ini jadi adik terlupa nak bagitahu ibu." terang Adel bersama riak muka bersalah.

"Terlupa ke takut ni? Papa boleh pula adik bagitahu." usik Maleek sambil mengangkat kening.

Adel tersengih.

"Dua-dua. Papa lain, papa faham adik." Adel tersengih.

Maleek menggelengkan kepala melihat telatah anak gadisnya.

"Okaylah, papa naik dulu. Adik pun naiklah atas, jumpa mama. Lagi satu, mandi apa semua. Papa tengok dah macam amah dah." Maleek berseloroh di hujung bicara.

Adel membulatkan mata.

"Papa!" Adel terjerit kecil. Maleek tertawa besar.

"Tak baik tau papa cakap Adel macam tu. Adel macam amah sebab nak masak sedap-sedap lah." Adel tak berpuas hati.

Maleek kembali semula ke dapur. Wajah cemberut Adel dipandang. Bahu Adel dipaut mesra.

"Okay, okay. Sorry. Ya, macam barbie doll lah anak papa ni."

Adel menjeling.

"Tengok tu, dah lah malas kawan papa." Adel menapak laju keluar dari dapur.

Maleek tertawa besar sebelum langkah anaknya diikuti dari belakang. Bahu Adel kembali dipaut sebelum keduanya beriringan naik ke atas tanpa sedar ada mata yang memerhati.

••••

Adel keluar berkemban dengan tuala berwarna biru laut. Tuala kecil terselit melilit rambut. Adel terkaku saat keluar sahaja, matanya disapa dengan sekujur tubuh yang terlentang lena di atas katil.

Adel hanya tersenyum seraya menggelengkan kepala melihatkan sekujur tubuh itu. Adel maju mampir ke arah sang suami. Duduk dilabuhkan ke birai katil. Terdengar desiran nafas sang suami. Ditenung wajah letih sang suami. Kasihan mengenangkan Angah belajar sambil bekerja.

Adel gerakkan jari jemari membelai rambut ikal Angah. Tidak puas bermain dengan rambut, jari dibawa menelusuri wajah si suami pula. Sesekali kedengaran rengekan keluar daripada seulas bibir merah itu. Adel tertawa kecil. Alahai, innocentnya muka suaminya.

"Ermmm.." Angah merengek. Terasa sesuatu berlari-lari di wajahnya. Puas ditepis. Sesekali terdengar juga kekekan seseorang yang galak mentertawakan dirinya. Badan yang begitu penat tidak memberikan dirinya kerjasama untuk mencelikkan mata.

Spontan Angah lingkarkan lengan ke pinggang Adel. Dibenamkan wajah ke ribaan sang isteri. Adel hanya menggelengkan kepala seraya tersenyum. Memang taknak diganggulah tu. Tahu sangat peel sang suami.

Menyedari diri yang masih belum berpakaian sempurna, Adel lepaskan perlahan-lahan tangan Angah yang membelit di pinggang.

"Ermmm.." Angah merengek lagi.

"Abang, bangun. Dah senja ni." Adel berbisik perlahan.

Angah makin seronok membenamkan wajah ke ribaan sang isteri.

"Bang. Bangunlah. Adel nak pakai baju ni." Adel menguatkan suara.

Angah celik mata perlahan-lahan. Wajah didongak merenung Adel. Kelihatan setitis dua air masih bersisa di wajah cantik itu. Mata dijatuhkan pula ke leher dan dada terdedah milik Adel. Sebuah senyuman nakal menghiasi bibir itu.

Adel yang perasan riak nakal yang terlukis di wajah itu menjulingkan mata ke atas.

"Abang pandang apa?" soal Adel sengaja.

Angah gigit bibir. Jam di pergelangan tangan dipandang.

"Sempat lagi ni yang. Jom!" ajak Angah dengan senyuman senget.

"Jangan nak buat kerja gila. Dah bangun, Adel nak pakai baju. Nak masuk maghrib dah ni." Adel bangun tanpa tangguh.

Kepala sang suami yang berada di ribaan melorot terhempas ke katil. Angah mencebik. Betul lah, sempat lagi dia nak tidur seminit dua. Apa lah isterinya, lain yang dia ingin kata, lain yang isterinya fikir. Siapa yang otak kuning sekarang ni?

"Sampai hati sayang tolak abang. Dah lah suami sayang ni penat, belajar lagi kerja lagi. Adel memang tak sayang abang." rajuk Angah.

Adel menggaru kening yang tidak gatal. Mula dah suaminya main drama. Malas nak melayan, sepasang baju tidur berlengan panjang berwarna pink disarungkan ke tubuh.

Angah kembali melelapkan mata sebelum...

"Abang!" seru Adel kuat.

Angah menggosok telinga yang terasa bingit.

"Apa benda sayang ni. Abang nak tidur sikit lagi lah." rengek Angah

Adel mampir ke arah Angah yang cemberut dengan mata terpejam.

"Yang, bangunlah. Dah maghrib ni. Tak elok lah tidur senja-senja macam ni." bahu Angah digoyang lembut.

"Taknak!"

Adel tarik nafas.

"Okay, sorry sebab tolak abang tadi. Maafkan Adel eh. Janganlah merajuk. Abang bangun ya, pergi mandi. Adel tunggu. Kita solat sama-sama lepastu kita turun makan. Adel masak kegemaran abang hari ni." Adel memujuk lembut. Dirangkul Angah dari belakang.

Angah sembunyi senyum. Cair dengan suara lunak milik isterinya.

"Kiss abang dulu." arah Angah dengan suara mendatar.

Adel tersenyum. Pantas, pipi Angah dicium.

"Tak cukup."

Cupp! Sekali lagi kucupan singgah di bibir Angah.

"Taknak kiss kat situ." ujar Angah.

Adel mengerutkan dahi.

"Dah tu nak kiss kat mana?" tanya Adel bingung.

Angah kalih tubuh. Jari ditunjuk ke bibir. Adel menghembuskan nafas.

"Cepatlah, abang tunggu ni." desak Angah.

Adel mengeluh.

"Pejam mata dulu." arah Adel.

Terus Angah pejamkan mata. Bibir menanti kehadiran ciuman daripada isterinya.

Adel menggelengkan kepala.

Cupp!

"Dah." ujar Adel

Angah tersengih.

"Thanks sayang." ucap Angah girang.

"Tak payah nak sengih sangat. Bangun sekarang, pergi mandi. Nanti Adel sediakan baju abang. Cepat!" arah Adel seraya bangun perlahan.

Angah kembali menelentang tubuh ke katil.

Adel yang berada di meja solek menoleh ke belakang. Bulat matanya saat terpandangkan sang suami yang masih terbongkang atas katil. Siap tarik selimut lagi. Apa dia ingarlt sekarang pukul 11 malam ke?

"Abangggg!" Adel menjerit kuat.

Angah bingkas bangun. Terkejut dirinya dengan jeritan kuat Adel.

"Pergi mandi sekarang. Kalau tidak malam ni abang tidur luar. Fullstop!" ugut Adel.

Angah membulatkan mata. Sebuah keluhan dilepaskan sebelum tubuh bingkas bangun lambat-lambat. Longlai sahaja langkahnya menuju ke kamar mandi.

"Nah towel." unjuk Adel.

Angah menyambut perlahan.

"Nak suruh mandi pun susah. Suami siapa lah ni." Adel menggumam perlahan.

"Suami sayanglah." sempat lagi Angah menjawab.

"Ha menjawab menjawab." tegur Adel.

Laju Angah melangkah masuk sebelum kedengaran pintu ditutup. Adel hanya tersenyum. Malam nantilah dia beli jiwa suaminya kembali.

••••

Suasana meja makan tenang dihiasi dengan bunyi sudu dan pinggan berlaga sesama sendiri. Masing-masing menunduk menghadap makanan. Berselera sekali tampak semuanya dengan air tangan Adel kecuali Mila yang menjamah tanpa riak.

"Abang nak apa? Adel ambilkan?" pelawa Adel lembut.

Angah menggeleng sambil tersenyum. Dah dua kali dia tambah. Sedap sungguh isterinya masak.

"Makan kenyang-kenyang, Hayy. Bukan selalu kita nak dapat makan ramai-ramai macam ni." ujar Papa kelihatan gembira.

Angah panggungkan wajah.

"Kenyang sangat dah pa. Dah tambah dua kali dah pun. Kalau tiga kali mahu gemuk Angah." Angah berseloroh.

Mikael tersenyum.

"Alah, kaki gym macam kau ni mana tahu gemuk."

Angah tersengih.

"Kalau tak jaga, ke laut juga  Mika. Lainlah kau, makan sikit ke banyak tetap abang sado." ujar Angah sengaja merancakkan suasana.

"Wei, jom bila-bila main futsal." ajak Mikael

"Bila tu?" tanya Angah teruja.

"Bila-bila kau free. Ajak Along sekali. Aku sorang join macam tak best pula. Ada korang best sikit."

Adel hanya pasang telinga mendengar.

Angah menoleh ke sisi. Wajah Adel yang menunduk menyuap makan ditenung.

"Aku on je. Cuma, kena tanya cik puan aku ni lah, dia kasi ke tak." Angah bercanda.

Adel tersentak. Kepala ditoleh ke sisi. Nasi di dalam mulut ditelan perlahan.

"Abang nak join abang Mika main futsal ke?" tanya Adel perlahan.

Angah jungkit bahu.

"Kalau sayang bagi apa salahnya." ujar Angah.

Adel mengangguk.

"Pergilah. Adel okay je." balas Adel sekaligus memberikan keizinan.

Angah tersengih.

"Thanks sayang." bisik Angah perlahan.

"Kira onlah Hayy. Cikpuan dah bagi dah tu. Next week kita on game. Amacam?" tanya Mikael bersemangat.

Angah mengangguk laju.

"On!" Angah beri jawapan.

"Mika, mana adab?" soal Mika menyentakkan kesemua yang ada.

"Sorry ma." Mika mohon maaf walaupun rasanya tiada kesalahan yang dilakukan.

Namun, Mikael sebenarnya tahu kalau Mila tidak senang dengan kemesraan yang terjalin antara diri mereka dengan Angah.

Angah turut mengunci mulut. Tidak lagi bersembang rancak seperti tadi.

"Hayy." seru Maleek seolah tiada apa yang berlaku.

"Ya pa." sahut Angah pantas.

"Macam mana kerja? Okay ke? Ada apa-apa yang papa boleh bantu?" soal Maleek kembali memeriahkan suasana yang seakan padang jarak padang terkukur sebentar tadi.

Angah mengangguk sambil tersenyum.

"So far so good papa. Cuma, penat sikitlah. Busy dengan projek akhir tahun. So, kena pandai bahagi masa sikitlah." jelas Angah.

Maleek mengangguk. Kagum seketika dia dengan menantunya. Walau berkahwin dalam usia yang masih muda, tapi mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi. Betullah, tidak sia-sia keputusannya merestui perkahwinan Adel dan Angah.

"Kerja tu kerja juga, Hayy. Tapi ingat, kesihatan kena jaga. Jangan risau, papa still ada boleh sara Adel. Lagi satu, if do you any problem, just let me know okay. Jangan malu-malu nak bagitahu." jawab Maleek lembut.

"Okay papa." sahut Angah.

"Kenapa pula abang yang perlu sara Adel?" Mila pantas menyampuk.

Maleek mengerutkan dahi saat soalan tersebut diajukan Mila.

"Kenapa pula saya tak boleh nak sara Adel? Dia anak saya. Lainlah anak orang lain." bidas Maleek bersahaja.

Mila mendengus. Direnung wajah anak dan menantunya dengan pandangan tajam.

"Dia dah ada suami, biar suami dialah yang sara. Nak kahwin sangat kan dulu, so pandai-pandailah cari kerja tanggung bini." Mila menyindir.

Maleek mengeluh. Mikael pula menggelengkan kepala. Malas mahu masuk campur.

"Dah tu, awak tengok Hayy duduk saja goyang kaki ke sekarang ni? Dia kerja kan. Lagipun, bukan luak pun duit saya kalau setakat nak sara diorang berdua." Maleek masih mempertahankan kata-katanya.

Mila mendengus.

"Abang tak payah sibuk nak sara diorang. Biar diorang tahu erti hidup susah. Dulu beria sangat nak kahwin. Dah kahwin, kena tahu lah nak hidup. Takkan nak harap orang tanggung diorang lagi." Mila masih menyindir sinis.

Adel mengetap rapat bibir. Panas berasap telinga mendengar sepatah-sepatah sindiran yang keluar daripada mulut sang ibu.

"Mama." Adel menyeru mendatar. Angah tersentak.

"Mama jangan risau sebab abang masih mampu nak sara Adel. Dengan gaji abang sekarang bulan-bulan.."

"Sayang, don't!" Angah berbisik keras.  Jari-jemari Adel dibawa ke ribaannya. Diusap dan dibelai lembut tanda memujuk.

"What? Betul lah, gaji abang bulan-bulan sekarang ni bukan setakat mampu nak sara Adel, nak sara satu family kita pun boleh." ujar Adel tak puas hati.

Mila tersenyum sinis.

"Baguslah kalau macam tu. At least, tak adalah nanti menyusahkan kami."

Adel ketap rapat gigi.

"Tolong jangan hina suami Adel." Adel bersuara dalam.

Mila tersenyum.

"I don't." ujar Mila bersahaja.

"Adel dah kenyang. Adel naik dulu." pamit Adel tidak betah lagi berada di meja makan. Langkah diatur laju keluar daripada dapur.

Maleek melepaskan keluhan. Mikael hanya mampu menggelengkan kepala. Entah bilalah mereka akan baik-baik sahaja?

Angah turut menolak kerusi ke belakang.

"Hayy naik atas dulu pa, ma. Sorry atas kata-kata Adel tadi. Nanti Hayy nasihatkan dia." ujar Angah seraya menunduk memohon maaf. Sungguh tinggi hormatnya pada orang tua walaupun disindir pedas seketika tadi.

Serentak, Angah laju mengekori langkah Adel yang laju mendaki anak tangga menuju ke kamar peraduan mereka.

"Mika pun dah kenyang. Mika naik dulu. Good night." giliran Mikael pula pamit diri sebelum hilang dari pandangan.

Maleek hanya melepaskan keluhan panjang. Kenapa depan rezeki jua harus Mila meledakkan emosinya? Di mana naluri keibuan Mila?

"Apa yang abang lihat pada awak sekarang adalah sebuah keegoan. Keegoan yang awak junjung dimana akhirnya akan menyebabkan awak jatuh dan tak mampu lagi bangun suatu hari nanti. Jangan sampai apa yang awak ucapkan sekarang, memaksa awak melutut demi sebuah kemaafan kelak." usai berkata-kata, Maleek turut bingkas berdiri.

Laju kaki dibawa menapak keluar daripada ruang dapur yanh hangat dengan sindiran dan kata-kata sinis sang isteri.

Mila terdiam. Hanya dada turun naik menahan rasa saat kata-kata terselit penuh makna itu dilemparkan ke arahnya.

Soalnya, salahkan apa yang dia ucapkan?

Hai. selamat menyambut ramadan semua. Selamat membaca. Jangan lupa komen tanda hadir!

Share this novel

Ratnasita Yakin
2022-05-29 14:18:04 

hai admin.. Bila.nak.update lg ?

Esjasz Malek
2022-04-02 16:50:32 

hati kau keras Mila.. jgn smpai Adel terus x balik..pdn muka ko..

norsila
2022-04-02 10:04:30 

kato2 mu tu mila sungguh tk ado tapis..tolong bralah..adel tu anakmu nti edel tk nk kwn dgn mila bru padan muko .hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience