BAB 6

Romance Series 351253

Ditenung gambar tersebut dengan rindu yang menggebu di hati. Angin malam yang menyapa tubuh badannya dibiarkan. Sudah lama kejadian malam yang sangat memeritkan baginya. Seakan masih lagi terbayang-bayang di matanya saat anak perempuan kecil miliknya diserahkan kepada mereka.

Hangatnya gapaian tangan kecil si anak di wajahnya seakan masih terasa lagi. Kedengaran nyaring suara milik si anak menangis memanggilnya masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Katakan hati ibu mana tidak luluh bila anak yang ditatang seperti minyak yang penuh diberikan kepada orang lain?

Sungguh, kalau sahaja masih boleh diputarkan semula, sumpah walau apa pun yang terjadi dia takkan pernah memberikan si anak kepada mereka. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kekesalan, kesedihan yang dia harus ditempuhi sebagai ibu.

Bermula malam itu juga, merupakan detik kedinginannya pada sang suami. Jujur, bukan niatnya untuk menderhaka. Sama sekali tidak! Dia masih tahu syurga dan neraka. Dosa dan pahala. Tapi, dia juga manusia biasa. Punya hati dan perasaan, apatah lagi bila harus menyerahkan anak yang masih kecil kepada mereka.

Hanya setelah bertahun-tahun barulah hubungan mereka suami isteri kembali pulih. Namun, masih ada juga sedikit kedinginan. Setelah kejadian malam itu, mereka sekeluarga berpindah. Membangunkan syarikat yang kini sudah gah. Tekadnya, dia mahu menjadi senang lenang hanya kerana mahu mengambil kembali si anak.

Saat mereka sudah berpindah, mereka telah terputus hubungan bersama pasangan suami isteri terbabit. Bukanlah sengaja, namun disebabkan beberapa kekangan yang melanda mereka ketika itu, membuatkan mereka terpaksa berhijrah.

Hanya pesanan sahaja dititipkan agar menjaga anak mereka dengan baik. Dan kini, mereka kembali. Mahu mengambil semula apa yang menjadi milik mereka. Kerana itu perjanjian yang sudah ditermeterai antara mereka.

"Mama.." seru seseorang daripada belakang menyentakkan lamunan Mika.

Perlahan, ditoleh ke belakang. Terbiasa seraut wajah anak lelakinya. Dihadiahkan sebuah senyuman manis. Mujur masih ada seorang lagi anaknya. Anak lelakinya yang menjadi penguat semangat dirinya saat dia terkapai-kapai dilanda kerinduan pada anak perempuan. Anak lelakinya yang menjadi pengubat kerinduan kepada si anak.

"Ya, sayang. Sini, duduk sini dekat mama." panggil Mila lembut.

Si anak melabuhkan duduk di sebelah Mila. Rapat! Mila memaut rapat bahu si anak ke dalam dakapannya.

"Mama buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke?" soal si anak petah.

Mila menggeleng sambil tersenyum. Diusap sayang rambut anak lelakinya.

"Mama tak buat apa pun. Saja ambil angin. Panas kat dalam. Dah siap kerja sekolah abang?" soal Mila lembut.

Si anak mengangguk laju.

"Dah siap dah. Tinggal sikit je lagi. " Balas Arrian. Matanya dijatuhkan ke arah sekeping yang memaparkan seorang budak kecil di dalam gambar di tangan si mama.

"Aik, kata dah siap. Tapi tinggal sikit lagi. Macam mana tu?" soal Mila mengusik. Si anak mencebik manja.

"Maksudnya dah nak siap cuma ada sikit je lagi nak kena buat. Mama ni." rengek si anak manja. Mila tersenyum.

"Mama tengok gambar adik lagi?" soal Arrian perlahan. Nafas dihembus perlahan. Ditarik gambar tersebut daripada tangan si mama. Diusap gambar lama itu.

Mila tersenyum tawar. Dianggukkan kepalanya perlahan. Dibawa renungannya ke arah kelam malam. Pada angin, dititipkan rindu agar sampai kepada si anak.

"Adel." seru si anak perlahan.

Mila tersentak. Menoleh pantas ke arah Arrian. Bergetar bibirnya saat sebaris nama tersebut diucapkan Arrian. Mata segera berkaca. Kalaulah Arrian tahu betapa teringin sekali dia untuk menyebut sebaris nama itu.

Tapi dia tidak punya kekuatan. Dia tak kuat. Hati dia rapuh. Dikunci rapat mulutnya selama ini daripada menyebut nama itu.

"Sedap nama adik. Pandai mama pilih." puji Arrian lembut.

Mila diam. Hanya air mata kerinduan mengalir lesu.

"Adel.." seru Mila bergetar.

Arrian tersenyum. Menatap wajah si mama dan gambar tersebut bersilih ganti.

"Mama rindukan adik?" soal Arrian perlahan. Digenggam tangan sejuk milik Mila.

Mila diam. Soalan Arrian dibiarkan sepi. Sesepi relung hatinya yang paling dalam.

"Mama rindukan adik?" soal Arrian sekali lagi. Kali ini kedengaran dalam nada suaranya.

Mila menghembus nafas dalam. Rasa sebak dikawal sebaik mungkin. Dibawa renungan membalas tatapan Arrian yang setia menanti jawapan daripadanya.

"Kenapa abang mesti tanya jawapan yang abang dah tahu jawapannya?" soalan berbalas soalan.

Arrian tersenyum.

"Jawablah, Arrian nak tahu." gesa Arrian.

Mila mengeluh. Wajahnya diraup.

"Tiada satu saat pun mama tak rindukan adik. Setiap saat, setiap detik, setiap jam. Mama rindukan adik. Sangat-sangat! Kalau boleh sekarang juga mama nak lari ambil adik. " ujar Mila mulai menitiskan air mata.

"Arrian pun rindukan adik." ujar Arrian perlahan.

"Oh ya? Ayan ingat Adik?"

Arrian mengangguk laju. Ya, ketika kejadian malam itu dia masih lagi anak kecil. Baru sahaja berusi lima tahun. Masih lagi tiada akal. Walaupun begitu, masih dia ingat akan segalanya. Segalanya masih kemas terakam dalam memorinya.

"Mama jangan risau, suatu hari nanti Arrian akan bawa adik balik rumah kita juga. Arrian janji pada mama!" tukas Arrian. Menyedapkan hati ibu yang sedang walang.

Mila tersenyum tawar. Bersyukur masih ada anak yang dititipkan Tuhan pada dia. Mujurlah anak lelakinya menjadi penawar kerinduan kepada anak perempuan yang jauh di mata mereka kini.

"Kalau Ayan tak janji pun, mama sendiri yang tetap akan bawa adik balik semula ke kita. Walau dengan apa cara sekalipun."

Arrian terdiam. Dia tahu itu kerana acap kali ujaran itu bermain di bibir si mama. Dia tahu dan sangat tahu! Dan dia juga sanggup, sanggup untuk mendapatkan kembali Adel walaupun banyak halangan yang harus ditempuhi.

"Kita semua rindukan adik." sahut Maleek dari belakang.

Dia yang sedang berada di tingkat atas turun ke bawah. Dari anak tangga, telinga pantas menangkap perbualan kedua beranak tersebut. Derap kaki dilencongkan ke gazebo.

Keduanya serentak menoleh. Senyuman hambar diberikan kepada si bapa. Maleek menggosok kedua bahu kesayangannya. Mata pantas nenangkap sekeping gambar di genggaman si isteri.

'Papa rindukan Adik. Rindu sangat-sangat.' detik Maleek hiba dalam hati.

Memang, memang selama ini dia sukar untuk mempertontonkan perasaannya. Dia berlagak kuat. Berlagak seolah tidak terkesan. Namun, hanya luaran, dalaman hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Sebab itu, dia berkerja keras. Untuk apa? Untuk mendapatkan kembali hak yang sememangnya miliknya. Dia berkerja keras siang dan malam demi mereka. Hingga akhirnya, dia berjaya kini. Tapi, hati tetap berasa ada satu lagi ruang kosong dalam hatinya. Hanya menunggu masa untuk diisikan dengan sesuatu.

"Papa janji, suatu hari nanti kita akan bersama semula. Itu janji papa." ujar Maleek. Kedengaran tegas dan bersungguh suaranya.

Mila tersenyum. Arrian menggangguk. Ya, suatu hari nanti mereka akan kembali bersatu. Serentak ketiganya menjatuhkan renungan ke kelam malam sebagaimana kelamnya hati mereka yang masih punya ruang kosong. Menunggu masa untuk diisi.

••••

Benar masa itu menginjak dengan pantas. Serasa baru semalam sahaja dia menginjak ke masuk ke tingkatan satu. Pejam celik, pejam celik sudah menginjak ke tingkat tiga dia. Angah pula kini menginjak ke tingkat lima. Angah makin segak di matanya. Dengan tubuh tegap, ketinggiannya sememangnya menjadikan dia kegilaan ramai.

Namun, tidak pula dia sangka kalau Angah kini menjadi buah hati si Amanda. Tiada lagi disembunyikan kemesraan antara mereka. Amanda juga dilihat turut seronok mempamerkan kemesraannya dengan Angah walaupun Angah hanya beriak biasa-biasa sahaja.

Angah masih juga dingin dengannya. Masih jua mengucapkan kata-kata sinis kepadanya. Cuma, tidaklah seperti ketika mereka masih kecil dahulu. Kasar sungguh perbuatannya, hingga acap kali hatinya terguris luka.  Bila mereka meningkat remaja sahaja, Angah berubah laku. Kasar itu adalah sesekali, cuma dinginnya itu berterusan.

"Boleh saya duduk sini?" Adel tersentak. Pantas wajah dipanggungkan.

Terbias seraut wajah milik seorang budak lelaki. Adel diam. Tidak tahu untuk berkata apa. Diam tidak bersuara.

"Boleh tak? Kalau tak boleh tak apa lah." soal budak lelaki itu sekali lagi.

Dengan teragak-agak Adel menganggukkan kepalanya. Budak lelaki itu tersenyum senang. Diletakkan nasi ayam dan segelas teh ais limau di meja sebelum dilabuhkan duduknya berhadapan dengan Adel.

"Tak sedap ke nasi tu?" soal budak lelaki itu tetiba setelah melabuhkan duduk.

Adel merenung nasi dalam pinggan miliknya.

"Sedap." balas Adel sepatah.

Budak lelaki itu tunduk menyuap nasi ke dalam mulut. Direnung wajah Adel yang diam di hadapannya.

"Kalau sedap kenapa saya tengok tak luak pun nasi dalam pinggan awak tu?"

Adel mengigit bibir. Gara-gara asyik memikirkan Angah dia jadi hilang selera makan. Dari hujung sana, dia dapat melihat Angah dan Amanda sedang bergelak tawa. Nasib sahaja sosok tubuh dia tidak disedari oleh Angah. Sudahlah kehadiran entah budak lelaki mana yang tiba-tiba sahaja datang menemani dia makan.

"Saya dah kenyang." balas Adel ringkas.

Lelaki tersebut mengerutkan dahi.

"Kenyang?" soal lelaki itu bingung.

Adel mengangguk perlahan.

"Saya ada beli kek coklat. Makanlah." dihulurkan seplastik yang berisi dengan kek coklat.

Adel tercengang. Makin pelik dia dibuatnya. Kenapa lelaki ini seolah mahu berkawan dengannya? Kek coklat dan lelaki itu dipandang silih berganti.

"Eh, tak apa lah. Awak makanlah, saya dah kenyang." Adel menolak lembut.

Lelaki tersebut mengeluh kecil. Ditolak kembali mendekat ke arah Adel. Sebuah senyuman diberikan. Adel diam. Kaku tidak membalas.

"Makanlah. Kebetulan saya dah kenyang. Rasa dah tak boleh nak masuk dalam mulut. Kalau masuk juga gerenti saya muntah. Awak nak saya muntah depan awak?" gertak lelaki itu.

Adel menggeleng laju. Lelaki tersebut simpan senyum. Polos benar reaksinya. Serasa mahu ketawa dia.

"Hah, dah tu. Awak makan. Sayang kalau dibiarkan. Membazir. Awak pun tahu membazir amalan syaitan. So, makanlah. Anggap saja hari ni saya belanja awak." ujar lelaki tersebut riang.

"Terima kasih tau."

"Sama-sama."

Adel mengukirkan sedikit senyuman. Mulai terasa selesa dengan keramahan si lelaki. Tampak baik orangnya. Rupa juga boleh tahan. Tapi masih tidak boleh lawan kekacakan Angah. Dikerling sekilas ke hujung sana. Angah masih lagi bergelak tawa.

"Tengok siapa tu?" soal lelaki itu ramah.

Adel menggeleng.

"Tak ada siapa. Erm, Saya Adella. Panggil Adel." Adel memperkenalkan diri.

Budak lelaki tersebut tersenyum.

"Saya Mika."

"Mika?" tanya Adel.

Mika menganggukkan kepala sambil tertawa kecil.

"Ya, Mika. Mikael." ulas dia.

Adel mengangguk. Tersenyum segaris.

"Ohh, hehe." Adel tertawa kecil.

"Sedap?" soal Mika bila melihat Adel yang asyik menjamah kek coklat pemberiannya.

Adel mengangguk laju. Sebuah senyuman manis menghiasi wajahnya.

"Sedap. Kalau awak nak tahu kek coklat ni kegemaran saya." ujar Adel ramah.

Mikael tersenyum.

"Yaka? Nampak gayanya lepas ni bolehlah saya belanja awak lagi. Nanti kalau senang, saya minta ibu saya buatkan untuk awak." sela Mika riang.

Adel tertawa riang. Mika turut tertawa senang.

"Tak payah la. Susahkan ibu awak je nanti. Apa pun, terima kasih sebab belanja saya hari ini. Nanti saya belanja awak pula." ujar Adel.

Mika tersenyum.

"Alah, tak ada apa lah. Small matter. Awak bagi saya duduk sini pun dah kira syukur."

"Ini kan kantin. Duduk je, tak perlu minta kebenaran siapa-siapa. Memang dibuat untuk semua pelajar duduk." tukas Adel.

"Pandailah awak."

Amanda memerhati dari kejauhan Adel yang sedang bergelak ketawa dengan salah seorang budak baharu di sekolah mereka. Sekilas, dia tertegun. Bagaimana Adel yang tidak menonjol itu boleh menarik perhatian budak lelaki tersebut?

"Bukan main rancak lagi saya tengok adik awak tu bersembang." ujar Amanda tetiba.

Angah tersentak. Pantas wajah ditoleh deras. Seketika, dia tergamam. Jelas kelihatan di matanya Adel dan seorang budak lelaki sedang rancak bersembang dan bergelak ketawa. Serasanya dia seakan kenal dengan budak lelaki tersebut. Mikael tak silap dia.

Gigi diketap rapat. Mata memincing keduanya saat ini. Tangan di bawah meja dikepal kuat.

"Siapa nama budak lelaki tu?"

"Mikael." balas Angah sepatah. Keras kedengaran suaranya. Sekalipun matanya tidak beralih dari menatap wajah keduanya di hujung meja sana.

"Ohh, boleh tahan segak juga orangnya." puji Amanda.

Angah mendengus kasar. Sebal! Sakit hati dan telinganya saat ini.

Adel masih lagi tertawa mesra. Tidak sangka kalau lelaki ini kelakar dan ramah sekali orangnya. Buat pertama kali, dia selesa dengan seseorang yang dipanggil stranger. Macam-macam juga yang mereka bualkan bersama.

Mikael ini baru sahaja berpindah sekolah orangnya. Dia tua dua tahun sahaja daripada Adel. Lebih kurang sebaya mereka, jadi mungkin sebab itu mereka cepat sahaja mesra ditambah dengan sifat ramah yang ditonjolkan Mikael.

Sesaat, mata bertembung pandang dengan si Angah yang merenung tajam ke arahnya. Adel terkesima. Hanya sayup-sayup suara Mikael menampan pendengarannya. Angah merenung tajam. Adel terasa seakan dirobek sahaja hatinya akan pandangan Angah. Amanda di sisi tersenyum sinis.

Adel pantas meluruskan kembali pandangan ke Mika yang sedang tersenyum di hadapannya. Senyuman diukir kepada Mika. Pandangan dan tawa sinis Amanda diabaikan. Biarlah mereka. Lagipun, bukan dia menyibuk hal sejoli itu. Jadi, kenapa perlu keduanya seakan tidak selesa melihat dia berbual dengan Mikael?

Tidak lama, loceng berbunyi nyaring menandakan waktu rehat sudah berakhir. Adel bingkas bangun. Mikael juga turut berbuat demikian. Keduanya beriringan membasuh tangan dan meletakkan pinggan ke tempat kotor.

Usai, mereka mulai berjalan untuk menuju ke kelas masing-masing. Angah turut bingkas berdiri. Angah berjalan laju. Amanda dibiarkan melenggang di belakang. Dengan langkah laju, dia menghadang langkah Adel. Bahu miliknya tepat mengena di pundak hidung mancung Adel. Angah menunduk merenung Adel.

Adel tersentak. Perlahan, diangkat wajahnya naik menjelajah seraut wajah tampan Angah. Mereka bertatapan. Bercakap melalui renungan. Mikael tersentak. Memerhati adegan antara keduanya dari sisi.

"Adel nak lalu. Boleh Angah ke tepi?" soal Adel perlahan.

Angah tersenyum sinis. Diperhatikan Mikael. Direnung atas bawah. Terserlah aura badboy miliknya. Mikael hanya diam. Tanpa dipinta, Angah menapak laju meninggalkan keduanya dengan rasa tidak selesa di hati.

Adel mengeluh lemah. Kepalanya digeleng perlahan. Nasib sahaja Angah tidak buat perangai. Jika tidak, malu sahaja yang dia dapat. Sudahlah di depan Mikael. Selamat!

"Siapa tadi tu Adel?" soal Mika lembut.

Adel tersenyum. Menoleh ke sisi.

"Tak da siapa-siapa. Senior." balas Adel mudah. Malas untuk bercakap panjang lebar.

Mika mengangguk. Tapi lain benar perangai senior itu. Seakan tidak puas hati dengan mereka tiba-tiba. Nak kata mereka ada berbuat salah, tiada pula. Biarlah. Malas menyemakkan kepala dengan perkara yang tidak penting.

Mikael menghentikan langkahnya di anak tangga untuk naik ke kelasnya di tingkat atas. Ditoleh wajahnya ke sisi. Merenung wajah Adel.

"Okaylah Adel. Saya naik dulu. Jumpa lagi. Bhai." pamit Mika mesra.

Adel membalas. Tersenyum mesra ke arah Mikael.

"Okay. Bhai Mika." balas Adel mesra.

Angah menghentak tangan kuat ke koridor atas. Diperhatikan sahaja keduanya berpamitan mesra. Dengan riak sebal dia dia bertindak melencong ke stor sukan. Tiada mood sudah untuk belajar.

••••

Adel menuju ke tandas. Mencicit dia berlari. Saat waktu Bahasa Melayu tamat, dia terus keluar menuju ke tandas. Serasa tidak tahan sudah untuk menahan hingga waktu balik. Kalau ditahan, alamatnya mahu terkucil dia di dalam kelas nanti. Masih ada satu waktu lagi sebelum mereka bergerak pulang.

Angah menumbuk punching bag yang tergantung dalam stor sukan. Terbayang segalanya di ruang fikiran dia saat ini. Sejak awal kehadiran Adel hingga kini di rumah mereka. Jika ditanya, adakah dia membenci Adel? Ya, dia bencikan Adel. Dia meluat dengan Adel.

Dia tahu kalau Adel bukan adik dia. Dia bukanlah terlalu bodoh untuk tidak tahu kalau Adel tidak ada pertalian darah dengannya. Along juga tahu dan mereka semua tahu. Tapi dia bengang, Along masih sahaja menganggap Adel adiknya sedangkan dirinya adik kandung lelaki itu, bukan Adel. Sama sekali tidak!

Ya, dia tidak nafikan kalau ibu dan papa tidak pernah membeza-bezakan mereka tapi masih jua dia rasa Adel membolot segala perhatian yang sepatutnya dia peroleh. Semua orang memuji-muji Adel. Semua orang menyukai Adel. Dia terasa dipinggirkan.Mengingatkan kejadian pagi tadi di kantin makin membuak perasaannya. 

"Hai Adel." tegur seorang pelajar lelaki yang berselisih dengan Adel yang sedang tergesa-gesa menuju ke tandas.

"Hai." balas Adel kalut. Tidak sempat untuk menyapa ramah.

Angah tersentak. Tangan segera dijatuhkan ke sisi. Serasa dia mendengar seseorang menyeru nama Adel tadi. Dan dia tahu kalau di sekolah mereka ini hanya seorang sahaja pelajar yang bernama Adel iaitu adiknya sendiri.

Angah menapak ke arah pintu stor. Dikuak sedikit. Dijengulkan kepalanya. Terbias kelibat Adel yang sedang mencicit lari sebelum hilang dalam tandas. Dia bertindak untuk menunggu Adel sehingga urusan gadis itu selesai.

Dia bukan apa, kadangkala ramai budak lelaki tidak semenggah berada di sekitar sini kerana turut ponteng kelas.bkalau perempuan dia tidak hairan sangat. Melepak di belakang tandas sambil bersembang dan menghisap rokok bersama rakan-rakan yang lain. Ya, dia memang juga ponteng kelas sesekali tapi tidak seperti mereka. Dia kalau ponteng kelas, memang ke sini sahaj port dia.

Kebetulan sahaja dia rapat dengan guru sukan mereka, jadi mudah sahaja dia lolos ke stor sukan. Hanya Raid dan Helmi sahaja yang tahu port lepak dia. Jadi, kalau keduanya mahu mencari dia, makanya mereka segera ke sini.

Adel menarik nafas lega. Lega bila hajatnya sudah berjaya dilunasi. Dia membetulkan kain kurung baju sekolahnya. Senyuman dan sapaan daripada beberapa orang pelajar yang turut berada dalam tandas dibalas mesra. Tangan dicuci sebelum dia melangkah keluar daripada pintu tandas.

Terdengar siulan-siulan nakal beberapa orang pelajar lelaki. Adel cemas. Adel mencicit lari. Takut! Langkah makin dilajukan. Terdengar namanya diseru beberapa kali daripada belakang. Menggigil badannya menahan rasa cemas yang bertandang.

Kebiasaannya, dia datang dengan Ayana tapi Ayana pula harus membantu menghantar buku ke bilik guru. Jadi, dia datang berseorangan sahaja. Jika tidak memikirkan dia sudah terdesak, sudah pasti dia sanggup tahan sahaja sehingga balik.

Langkah terasa pincang. Kalut dia menapak sambil menoleh ke belakang. Melihat jika ada kelibat beberapa pelajar lelaki yang mengekorinya daripada belakang. Sesaat, terasa tubuhnya di tarik.

"Ahhh!" jerit Adel. Mata dipejam rapat.

Terasa tubuhnya dihentak ke dinding. Nasib perlahan sahaja hentakannya. Dada berdebar kencang. Nafas menghela laju. Beberapa lama, mata dicelikkan perlahan. Saat melihat Angah, dia memeluk erat tubuh tegap itu. Angah terkesima. Membulat besar matanya. Dada dia turut berdebar kuat.

"Angah!" seru Adel sebak. Lega bertemu dengan Angah.

Terasa kejap pelukan Adel di pinggangnya. Dapat dia rasakan kalau tubuh gadis itu menggigil ketakutan. Dengan tangan terketar, tangan naik membalas pelukan Adel. Adel ketatkan rangkulan. Disemban wajahnya ke arah dada tegap Angah. Disedut haruman maskulin yang sangat digemari. Sedikit sebanyak terasa hilang ketakutannya.

Seketika, Angah merenggangkan pelukan. Ditolak perlahan tubuh Adel. Adel menunduk. Setitis dua titis air matanya mengalir. Dagu runcing milik Adel dipaut. Adel melarikan tatapan.

"Kenapa kau menangis?" soal Angah.

Adel menggeleng.

"Aku tanya, jawablah!" bentak Angah kasar.

Terincut bahu Adel saat mendengar bentakan Angah. Terasa panas berkaca matanya. Angah suka garang-garang dengan dia.

"Ada budak lelaki kejar Adel." jawab Adel gagap.

Angah mendengus.

"Sebab itu kau lari macam kena kejar hantu?" soal Angah.

Adel menganggukkan kepala. Angah mendengus.

"Lain kali datang tandas bawa kawan. Bukan datang sorang-sorang. Dah tahu banyak budak nakal waktu macam ni, kau datang juga apehal?" kasar pertanyaan Angah.

"Adel dah tahan sangat nak terkucil." jawab Adel perlahan. Menunduk dengan sisi baju dikepal.

"Menjawab, menjawab!" tempelak Angah.

Adel diam. Bapak singa dah marah.

"Nak kena kacau dengan diorang lagi?" tanya Angah.

Adel menggeleng laju. Jujur, lepas ni dia akan datang bersama Ayana.

"Ingat, lepas ni datang bawa teman." pesan Angah dingin.

Adel mendongak memandang wajah Angah yang rapat di wajahnya. Ditenung sepasang mata kecoklatan milik Angah. Sesaat, terasa terbuai dia dengan pandangan itu. Dia hairan, kadangkala dia rasa seperti Angah sayangkan dia, kadangkala bencikan dia. Entahlah. Sukar untuk dia menebak.

Angah turut membalas pandangan sepasang mata bening itu. Diteliti seraut wajah cantik itu. Muka merah, hidung merah. Cantik!

"Hayy!" laung seseorang dari luar. Sekaligus mematikan tatapan antara mereka. Adel menggigit bibir. Malu!

Angah tersentak. Pantas ditarik kepala Adel terbenam di dadanya. Adel turut tersentak. Angah bertindak melindungi tubuh kecil Adel dari terlihat oleh Raid.

"Syuhh, diam. Raid datang." bisik Angah.

Adel mengangguk di dada Angah. Sesekali dia mengintai dari celahan pelukan Angah susuk tubuh Raid.

"Ya, kenapa?" soal Angah biasa.

"Jom lah masuk kelas. Ke kau tak ada mood lagi nak belajar?" soal Raid perlahan. Dilingaskan mata ke laluan mereka.

"Hurmm, ada dah. Kau gerak dulu. Kejap lagi aku ikut dari belakang." balas Angah.

Adel bingung. Belajar pun kena ada mood ke ? Tapi kenapa Angah tetiba tidak ada mood. Sebab kejadian di kantin tadi kah?

Angah merenggangkan pelukan.

"Kenapa Angah tak ada mood nak belajar?" soal Adel polos.

Angah diam.

"Tak ada apa. Saja. Orang bijak macam aku tak masuk kelas pun tak apa. Lainlah macam kau. Blur memanjang." kutuk Angah.

Adel diam. Malas untuk membalas kutukan Angah.

"Sapu air mata tu." arah Angah tidak bernada.

Adel mengusap lembut air mata di pipi. Usai, Angah menarik Adel dengan cepat setelah memastikan laluan mereka 'line clear'. Mereka beriringan menuju ke kelas Adel.

"Dah, pergi masuk kelas." arah Angah. Memerhati Adel yang menapak ke kelasnya. Dia memeluk tubuh. 

Adel menganggukkan kepala sebelum menapak menuju ke kelasnya. Ditoleh ke belakang untuk mencari kelibat Angah namun sudah tiada. Sebuah senyuman terhias di bibirnya.

'Terima kasih, Angah!'

Angah turut tersenyum di sebalik dinding blok bangunan mereka. Masih terasa hangatnya pelukan Adel di pinggangnya.

Selamat membaca. Enjoy reading. Jangan lupa drop your comment.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience