BAB 26

Romance Series 351253

Kereta diparkir di tempat yang telah tersedia. Adel menoleh ke arah Angah yang turut memandangnya. Angah angkat kening. Adel geleng kepala.

"Kau taknak turun? Nak ajak aku dating dalam kereta je hari ni?" soal Angah berbisik perlahan.

Adel menggeleng laju kepala. Nafas ditarik sebelum dihembus. Sebuah senyuman diukirkan.

"Jom.." ajak Adel riang.

Angah turut tersenyum.

"Kita nak pergi mana je Angah?" tanya Adel sambil memerhati sekeliling. Kawasan Gunung yang terbias cantik disimbahi dengan cahaya petang menarik minat Adel untuk menikmati panorama yang terbentang di depan matanya. 

Dengan kawasan sungai yang membiru cantik seolah masih belum tercemar sangat memukau pandangan. Batu-batu sungai yang kelihatan tenggelam timbul sangat cantik. Di seberang sana, kelihatan kandang kambing yang dibina besar. Ahh, cantik! Detik hati Adel.

Angah memaut bahu Adel. Adel dongak merenung wajah Angah.

"Kita main ATV hari ni. Kawan aku cakap best, so kita kena try." jawab Angah.

Ohh, main ATV. Salah satu perkara yang ada dalam list Adel untuk bermain dengan benda Alah ini. Nasib sahajalah dia memakai seluar jeans dan baju T-shirt lengan panjang. Itupun sudah dikata cantik oleh Angah.

"Tapi Adel tak pandai main lah." rungut Adel manja.

Angah tersenyum.

"Jangan risau. Hari ni aku bonceng kau. Kau duduk belakang, aku yang bawa benda alah ni." ujar Angah.

Adel mengangguk.

"Jom kita pergi sana." ajak Angah sambil memaut tangan Adel ke arah kaunter yang menempatkan beberapa buah ATV yang tersusun kemas.

Adel membalas genggaman tangan Angah. Keduanya mengatur langkah seiring. Sesekali angin bertiup menghembus ke muka mereka.

"Okay, sebelum kita memulakan aktiviti Jungle kita, saya akan memberi sedikit taklimat mengenai aspek-aspek keselamatan yang harus dititikberatkan oleh semua peserta lah. Bukan apa, demi mengelakkan sebarang masalah atau kemalangan yang kita tidak ingini." ujar salah seorang pembantu operasi di situ.

Serentak, kesemuanya mengangguk.

"Jadi di sini saya akan listkan beberapa perkara mengenai aspek keselamatan ketika bermain Jungle Ride ATV ini. Jadi, saya mohon kerjasama daripada anda supaya fokus dan dengar arahan dengan teliti." ujarnya lagi.

Hampir lima belas minit mendengar taklimat, kesemua peserta bergerak menuju ke arah ATV yang tersusun untuk bersedia memulakan aktiviti Jungle Ride dengan menunggang ATV. Helmet khas diambil oleh Angah. Kaki mampir ke arah Adel. Adel memgikat rambut dengan lebih kemas.

Adel merenung peserta yang lain. Ada yang datang berkumpulan, ada yang adatang berseorangan dan tidak ketinggalan datang berpasangan seperti mereka.

"Excited tak?" tanya Angah sambil memakaikan topi yang dikhas untuk memunggang ATV ke kepala Adel. Rambut Adel dikemaskan. Adel tersenyum lebar. Senang dengan layanan Angah.

"Excited. Tak sabar nak ride." jawab Adel girang.

"Okay dah." kata Angah.

Adel tersenyum.

"Biar Adel yang tolong pakaikan pula untuk Angah." ujar Adel.

Angah terdiam sebelum mengangguk. Turut senang dengan layanan Adel.

"Hati-hati naik. Telefon pegang elok-elok. Takut jatuh." pesan Angah saat Adel mula duduk membonceng di belakangnya.

"Okay Angah." sahut Adel.

"Peluk aku." arah Angah.

Adel tercengang. Dipandang belakang tubuh Angah dengan rasa tidak percaya.

"Haa? Kena peluk ke?" tanya Adel segan.

"Yelah, takut nanti jatuh. Satu hal pula nak bawa pergi hospital bagai." ujar Angah.

Adel mencebik.

"Siapa suruh datang sini? Banyak lagi tempat lain boleh dating." bebel Adel geram.

"Apa benda dating kat Mall tengok wayang sayang oii? Itu dating budak-budak baru nak up boleh lah." kata Angah.

"Biarlah. Best apa tengok wayang." Adel berlawan kata.

Angah mencebik.

"Tak payah susah-susah nak pergi tengok wayang, aku pun boleh buat wayang dengan kau. Bagitahu je wayang apa kau nak." ujar Angah sambil melepaskan tawa.

Adel menjulingkan mata ke atas.

"Adel nak wayang kahwin boleh tak?" soal Adel perlahan. Berbisik di telingan Angah.

Spontan Angah toleh ke belakang.

"Kahwin?" soal Angah sambil tersenyum senget. Kening diangkat. Adel tersenyum mengangguk.

"Easy! Esok kita kahwin." jawab Angah.

Adel mendengus. Alih-alih dia juga yang terkena. Huh!

"Dah peluk aku cepat. Banyak cakap kau eh. Hurmm, tak sabar nak kahwin." seloroh Angah.

"Angah!" jerit Adel malu.

Angah tertawa. Suka melihat Adel yang terkulat-kulat menahan malu. Perlahan, dilingarkan lengan Adel ke perut ketaknya. Adel hanya menggeleng. Tak sangka, dalam sejuk beku dingin Angah pun, pandai menggatal juga dia. Dasar lelaki!

••••

Adel membelek gambar-gambar yang diambil dengan Angah sepanjang mereka ride bersama sebentar tadi. Sesekali bibir melorek senyuman melihat gelagat mereka semasa bergambar. Pelbagai reaksi yang dilakukan. Seolah mereka merupakan pasangan paling bahagia.

Gelagat mereka membuat muka teruja sangat menarik perhatiannya untuk meneliti gambar tersebut dengan lebih lama. Ada bahagian mereka berdiri dan Angah memaut bahunya dari tepi sambil Adel tersenyum menutup mulut menahan malu. Ahh, dia suka! Nampak sempurna sekali gambar mereka berdua.

"Buat apa tu? Senyum-senyum dari tadi." tanya Angah.

Adel menoleh Angah yang mengambil tempat di sisinya. Sebuah senyuman diberikan kepada Angah.

"Tak ada apa, tengah tengok gambar-gambar kita tadi." ujar Adel merenung gambar di telefon.

Angah mengangguk.

"Mana? Bak sini aku nak tengok juga." pinta Angah terus menarik telefon di tangan Adel.

Adel mengeluh.

"Buruknya muka kau. Macam tenuk." seloroh Angah.

Adel bulatkan biji mata.

"Mana? Mana?" tanya Adel kalut.

Angah tertawa.

"Nasib baik gambar aku segak." ujar Angah perlahan.

"Bluerkk!" Adel buat gaya muntah.

Angah mencebik.

"Jeleslah tu gambar dia buruk, gambar aku elok." ejek Angah.

"Tak payah nak perasanlah. Gambar Angah pun ada yang buruk okay?"

"Kalau ada tunjuklah." ujar Angah berani.

Adel senyum sinis. Dirampas kembali telefon di tangan Angah. Gambar Angah yang dirasakan agak buruk ditunjukkan.

Angah membeliakkan biji mata. Direnung gambarnya dan wajah Adel bersilih ganti.

Adel sudah mengekek ketawa.

"Kau padam sekarang." ujar Angah. Binir diketap.

Adel menggeleng dalam ketawa. Angah sudah mendengus. Dijeling Ad yang sedang menahan ketawa.

"Padam jelah. Buruk tahu tak.." rengus Angah kuat.

Perlahan-lahan, Adel bingkas bangun. Berlari ingin meninggalkan Angah. Angah turut bingkas berdiri. Belakang seluar dikipas-kipas menghilangkan debu. Adel berlari. Sesekali ditoleh ke belakang mencari tubuh Angah.

"Adelia Mikayla!" panggil Angah kuat. Adel masih dalam ketawanya yang bersisa manakala kaki makin laju meninggalkan Angah.

"Padamlah." pinta Angah lagi.

Adel menggeleng sambil ketawa.

"Tak nak. Biarlah. You look so cute lah Angah buat muka macam ni." ujar Adel kembali.

"Cute kepala hotak kau. Itu bukan cute, itu buruk namanya." bebel Angah kuat sambil mengejar Adel.

Adel melajukan larian namun laju lagi larian Angah di belakang. Namun, sesaat terasa tubuh dirangkul dari belakang.

"Ahhh.." jerit Adel kuat.

"Dapat pun." ejek Angah.

Adel sudah mengeliat ingin melepaskan diri. Namun, rangkulan Angah yang ketat menyukarkan dirinya untuk lolos. Penat, akhirnya dia mengalah. Dibiarkan sahaja tubuhnya dirangkul erat.

"Angah, lepaskan Adel lah." pinta Adel.

"Taknak, kau padam dulu gambar tu." Angah main tarik tali.

Adel tahan ketawa.

"Biarlah, comel apa gambar ni." ujar Adel seraya menunjukkan gambar tersebut tepat di muka Angah.

"Ahh, takde takde. Kau padam. Buruk tahu tak? Buruk!"tangan dijalarkan menggeletek Adel.

Adel terjerit kuat. Makin kuat dirinya ketawa. Mendengar Adel ketawa, Angah turut meletuskan tawa.

Adel terduduk kepenatan. Terasa senak perutnya meletuskan tawa. Angah turut terduduk di sisi Adel yang kepenatan akibat ketawa.

Adel menoleh memandang Angah di sisi. Angah turut menoleh membalas renungan Adel. Angah angkat kening seperti biasa.

"Terima kasih.." ucap Adel perlahan.

Angah kerut kening.

"Untuk?" tanya Angah

Adel tersenyum.

"Untuk hari ni." jawab Adel.

"Padam dulu gambar tu." ujar Angah.

Adel tertawa.

"Biarlah. Simpan jadi kenangan. Nanti boleh tunjuk dekat anak cucu muka buruk Angah." seloroh Adel.

"Anak cucu kita ke?" usik Angah. Adel menunduk malu. Angah suka buat dia dihurung rasa malu dan mahu. Haha.

"Anak cucu Angah lah." jawab Adel.

Angah membulatkan biji mata. Pantas tangan dijulur menggeletek Adel kembali. Adel menggeliat kegelian sambil kembali meletuskan tawa kuat.

"Angah, stop! Geli lah." ujar Adel kuat.

"Rasakan. Seronok sangat eh kenakan aku. Nak lagi?" bebel Angah perlahan.

Adel hela nafas kepenatan. Kepala digeleng laju. Haih, banyak ketawa sungguh dia hari ini.

Angah tersenyum sedikit.

"Janji jangan tunjuk gambar buruk aku kat orang lain. Susah sangat nak suruh padam pun. Sanggup kena geletek." pesan Angah bersulamkan rungutan manjahh.

Adel kulum senyum.

"Kalau tunjuk juga?" tanya Adel berani.

Angah rapatkan wajah. Terdengar nafas naik turun Angah. Adel menanti dalam debar.

"Aku makan kau." ujar Angah selamba.

Adel terciduk. Angah ketawa. Dipaut bahu Adel rapat ke tubuhnya.

"Seronok tak hari ni?" tanya Angah mesra.

Adel mengangguk laju bersama senyuman manis. Baru kini dia rasa betul-betul bahagia.

"Seronok sangat. Thank you Angah." bisik Adel.

Angah turut tersenyum. Kepala dianggukkan. Pandangan dilabuhkan jauh ke hadapan melihat matahari terbenam dari atas bukit.

Angah sweet ke tidak? Ehh, tengah baca chapter sambil senyum2 ke tu semua? Okaylah. Happy reading. Angah dan Adel nak sambung dating. Jangan jeles.

Share this novel

Nora Muhamad
2021-12-28 21:51:14 

nak lagiiiii..best

Nor Hashimah
2021-12-27 23:44:23 

nak lagiiii


NovelPlus Premium

The best ads free experience