BAB 17

Romance Series 351310

Mug yang berisi milo panas dibawa ke bibir. Dihirup air tersebut menuruni anak tekak miliknya. Adel gosok kedua belah bahu yang terasa kedinginan. Wajah didongakkan memandang bintang yang berkilauan cantik di dada langit.

Nafas dihembus perlahan. Dikemaskan kedudukan sweater di tubuhnya menghalang kedinginan. Sekilas teringat kejadian petang tadi. Bukan niatnya untuk mencuri dengar perbualan tersebut tapi dia terdengar. Kejadian yang berawal daripada meja makan pagi tadi. .

Seperti biasa, sudah jadi kemestian pada mereka untuk bersarapan bersama jika semua ahli keluarga ada. Maka, meja makan pada pagi tadi dihiasi dengan kemeriahan mereka sekeluarga memandangkan Along dan Angah turut berada di rumah. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh mereka.

Adel yang duduk berhadapan dengan Angah memerhati sekali sekala kelakuan Angah pada masa itu. Dapat dilihat dengan jelas kalau Angah kurang turut serta dalam perbualan di meja makan ketika itu. Angah banyak menghabiskan masa bermain telefon. Sekali sekala kelihatan bibir merah itu menguntum senyum. Cuma, sekali dua sahaja kedengaran Angah menyampuk.

Adel memerhati dalam diam. Terasa diperhatikan, Angah letakkan kembali telefon di tepi. Ibu dan papa hanya mampu menggeleng melihat telatah anak teruna mereka. Along seperti biasa, lebih selesa menjamu selera, mengenyangkan perut.

Adel ketap bibir. Terasa menjalar perasaan ingin tahu dalam dirinya. Ditambah pula, riak ceria yang terlukis di wajah Angah membuatkan makin membuak rasa tersebut menghentam dada Adel pada saat itu. Ingin sahaja dicapai telefon milik Angah dan menyiasat sendiri.

Leka, terasa deringan telefon berbunyi nyaring. Serentak, perhatian dialihkan ke arah Angah. Angah membalas tatapan renungan tiga pasang mata ke arahnya. Senyuman kelat dilemparkan. Pantas, mata melingas melihat gerangan yang menelefon dirinya waktu pagi begini.

Angah capai pantas telefon yang terdampar. Melihat gerangan yang menelefon dirinya, spontan bibir mekar dengan senyuman. Adel tersentak. Angah mengerutkan dahi. Ibu dan papa pula mengeluh seraya menggelengkan kepala. Dengan riak tersengih, Angah tolak kerusi ke belakang. Pantas, langkah diatur laju menuju keluar dari ruang dapur.

Adel menolak pinggan ke depan. Tetiba, terasa hilang selera makan.

"Adik dah kenyang." ujar Adel seraya tersenyum bila tumpuan kini dialihkan ke arah dirinya pula.

"Sikit je adik makan ibu tengok. Kenyang apanya." ujar Ibu perlahan.

"A'ahh. Along tengok sikit je adik makan." 

"Tadi adik dah makan roti jala yang ibu buat semalam. Adik habiskan." balas Adel.

Pandangan pelik daripada Along, Adel hiraukan.

"Adik ada kerja ke?" soal ibu lagi.

Adel mengangguk sambil tersenyum.

"Ya bu. Adik nak isi pasal UPU. Kemasukan ke universiti November ni." jawab Adel.

Ibu mengangguk.

"Kalau macam tu takpe lah. Adik pergilah siapkan kerja adik tu. Nanti, rushing pula." arah ibu lembut.

Adel bingkas bangun. Dengan gerak perlahan, diaturkan langkahnya menuju keluar daripada ruangan dapur. Tak lama, meja makan kembali meriah dengan suara ibu, papa dan Along yang rancak bersembang sesama mereka.

Adel mencari kelibat Angah. Kepala dipanjangkan ke sekitar ruang tamu. Kedengaran bunyi suara orang bercakap di ruang sayap kanan rumah. Spontan kaki menapak ke arah tirai yang terlindung. Tubuh disembunyikan di sebalik tirai berwarna dusty green. Dilihat Angah sedang bercakap di telefon sambil sebelah tangan melurut-lurut rambut.

"Hayra. Hello! Hello!" Angah memanggil kuat.

Adel tersentak saat mendengar nama seorang perempuan diseru oleh Angah.

'Hayra' detik Adel dalam hati.

"Adeh, terputus pula." keluh Angah perlahan.

Adel jenguk di sebalik tirai. Kelihatan Angah kembali bercakap-cakap dengan gerangan di hujung talian. Sejenak, kedengaran tawa mesra menghiasi bibir Angah.

Adel mengeluh perlahan. Tidak betah lagi mendengar tawa mesra antara keduanya, Adel pantas mengatur langkah kembali menuju ke tingkat atas. Dada terasa lain macam. Sukar untuk digambarkan perasaannya pada saat ini.

"Adik.." seru seseorang.

Adel tersentak. Fikiran kembali ke alam realiti. Kepala didongak memandang seraut wajah yang menyerunya sebentar tadi.

"Along." balas Adel.

Along labuhkan duduk di sisi Adel.

"Buat apa kat luar ni sorang-sorang? Sejuk tahu tak. Nanti adik demam." ujar Along.

Adel tersenyum.

"Mana ada sorang-sorang. Ada Along kan sekarang ni. Kalau tadi yelah sorang. Sekarang ada Along peganggu." balas Adel selamba.

Along mencebik.

"Tak pernah nak serius kan kalau Along tanya. Main-main je kerja dia." bebel Along.

Adel tertawa.

"Betul lah. Mana ada adik main-main." jawab Adel.

"Adik, Along tanya betul-betul kan." Along jeling.

Adel menyeringai sengih.

"Saja jelah adik duk luar ambil angin malam. Bosan asyik duk dalam bilik." terang Adel.

Along diam. Dilingaskan matanya ke arah dada langit.

"Adik dah isi kemasukan ke universiti?" soal Along

Adel menoleh memandang wajah Along di sebelah.

"Belum lagi. Adik tak tahu nak isi universiti mana setakat ni." Adel bersuara perlahan. Jelas terukir kebingungan di wajah itu.

"Isi universiti Along jelah. Senang sikit. Boleh Along tengok-tengokkan adik kalau kita belajar sekali." usul Along mudah.

Adel mencebik.

"Taknak lah, tak best. Kat rumah Along, kat uni pun Along. Pastu nanti Along buli adik." tolak Adel.

Along tertawa.

"Tak baik tau adik cakap Along macam tu. Along baik okay. Mana pernah buli-buli orang ni." nafi Along sambil tertawa.

"Eleh, ingat adik tak tahu ke? Along sikit punya garang jadi fasi masa intake yang lepas. Along suruh diorang jalan itik kan?" sembur Adel laju.

Along terdiam.

"Adik tahu mana ni? Tak baik lah tuduh Along macam tu. Mengarut." Along bertanya perlahan.

Adel tertawa.

"Mengarut konon. Adik tahu lah. Orang dah buat, mana nak mengaku." kutuk Adel selamba.

"Amboi mulut. Along cubit kang mulut tu. Pandai je dia cakap Along macam tu."

"Alah, mengaku jelah."

"Itu perkara biasa lah adik kat sana. Nanti adik masuk universiti pun akan lalui benda yang sama juga. Itulah yang akan jadi kenangan nanti."

Adel diam.

"Mungkin adik nampak benda tu macam melampau, tapi percayalah benda macam tu juga yang adik akan rindu bila adik dah habis belajar." ujar Along seraya tersenyum.

Adel menuntaskan pandangan ke arah Along. Sebuah senyuman diberikan. Kepala diangguk perlahan.

Mendengarkan ujaran Along sebentar tadi, membuatkan dia turut mengakui kebenarannya. Lihatlah sekarang, dia mulai terasa merindui zaman persekolahannya. Telatah kawan-kawan, bebelan guru-guru, aktiviti di sekolah. Bila dikenangkan kembali, betapa indahnya kenangan tersebut.

Terasa begitu cepat masa berlalu. Terasa sekejap sahaja, sedar-sedar sudah dewasa dirinya kini.

"Dah habis berangan?"

Adel tersentak. Kepala ditoleh bersama sengihan.

"Dah." balas Adel

"Adik tak jawab lagi soalan Along." ujar Along tetiba.

Adel mengerutkan dahi.

"soalan apa?"

"Adik minta masuk universiti mana?" soalan sama diulang tanya kembali.

Adel kemam bibir.

"Tak tahu lagi Along. Cuma, ada lah beberapa buah universiti yang adik rasa berminat. So, tengoklah nanti macam mana." jawab Adel hemat.

Along mengangguk.

"Uni Angah pun okay. Adik try lah apply uni Angah. Along rasa setakat keputusan Adik tu lepas sangat." ujar Along serius.

Adel diam. Menyebut nama Angah, hati rasa dipalu sesuatu. Adel tersenyum pendek. Dikerling Along yang jauh merenung ke depan.

"Tengoklah nanti. Kalau adik rasa berminat, adik try apply." balas Adel mudah dengan noktah.

••••

Adel menilik wajah di hadapan cermin. Dua tiga hari ini memang dia sengaja mengelak daripada Angah. Jika Angah berada di ruang tamu, dia akan melencong terus naik ke kamar bilik. Bertapa dalam bilik sendirian hingga bosan.

Berguling, bergolek di atas katil sudah menjadi rutin hariannya sejak kebelakangan ini. Naik lenguh jari jari membelek media sosial. Tapi apakan daya, itu sahaja jalan yang dia ada.

Dia tahu kalau Angah beberapa kali cuba untuk bercakap dengannya. Cuba mewujudkan suasana seperti mereka sebelum ini, tapi mengingatkan kembali dirinya menangkap Angah pada kejadian tempoh hari, dia rasa tidak selesa di hati.

Mata pantas menangkap rantai yang bergantungan di leher. Berkilau cantik di matanya. Tangan perlahan naik menyentuh rantai tetsebut. Teringat kembali pesanan Angah agar dia jangan pernah menaggalkan rantai tersebut.

Adel mengeluh perlahan. Sesak dia dengan perasaan sendiri. Dibawa tubuh langsingnya ke tilam empuk miliknya. Tubuh dibaringkan ke katil. Seketika terdengar deringan kuat telefon menjerit nyaring menampan cuping telinga.

Adel julurkan tangan mencapai telefon di sisi meja katil. Tanpa melihat gerangan pemanggil di skrin, punat hijau terus ditekan dan ditekap ke telinga.

"Hello!" ujar Adel bernada biasa.

"Adel." seru seseorang di hujung talian.

Adel mencelikkan mata. Pantas dilihat skrin yang menyala. Mikael! Bibir automatik menguntum senyum lebar.

"Mika!!" jerit Adel kuat bercampur teruja.

Mika ketawa riang di hujung talian.

"Awak ingat siapa?" soal Mika

Adel tertawa.

"Saya ingat orang lain yang call. Tak sangka awak. So, ada apa ni awak call saya?" soal Adel terus.

"Awak free hari ni?" soal Mika.

Adel diam seketika. Mencongak-congak.

"Rasanya free je hari ni. Kenapa?" Adel berbalas soalan.

"Okay good. Kalau macam tu, lepas zuhur nanti saya jemput awak. Kita keluar. Boleh?"

Adel kemam bibir.

"Hurmm, saya tak janji. Nanti saya minta kebenaran ibu saya dulu. Apa-apa saya bagitahu awak balik. Okay?" ujar Adel.

"Okay baik. Tapi saya rasa ibu awak mesti bagi punya. Trust me."

Adel mencebik.

"Eleh, belum cuba belum tahu lah. Yakin je dia." sembur Adel bergurau.

Kedengaran tawa gelak di hujung talian. Adel jeda.

"Tak percaya? Try lah pergi minta. Kalau betul, awak belanja saya eh petang ni."

Adel membulatkan biji mata yang sedia besar. Belanja? Dia pun ibu dan papa yang hulurkan duit. Nak harapkan duit sendiri, dia belum bekerja.

"Apa pula saya. Awak lah. Awak yang ajak keluar kan, so awak lah kena belanja saya. Lagipun saya kan tak keja. Lainlah macam awak, duit juta-juta." balas Adel laju.

Sekali lagi tawa kuat menjengah cuping telinga Adel.

"Mana ada lah juta-juta. Setakat seringgit dua adalah."

"Apa-apa jelah. Yang penting, petang ni awak belanja. Yeayy! Okay lah. Saya pergi minta izin ibu kejap. Nanti saya whatsapp awak. Bye-bye." Adel putuskan talian.

••••

Adel tersenyum melihat penampilan diri petang ini dalam cermin. Dicapai botol minyak wangi dan disemburkan ke sekitar badan. Berpuas hati dengan penampilan diri, dicapai tas tangan dan bergerak keluar menuju ke pintu bilik.

Sambil menuruni tangga, mata menjengah mencari kelibat penghuni rumah mereka. Mulut bernyanyi perlahan. Kedengaran televisyen terpasang kuat namun tiada siapa yang menonton.

Adel maju ke sofa sebelum punggung dihenyak perlahan. Tangan membalas pesanan daripada Mikail. Sesekali mata menjengah ke luar halaman melihat jika-jika ada kelibat kereta Mikail. Mujur sahaja ibu memberi kebenaran untuk keluar bersama Mikail.

"Dah siap?" soal Ibu perlahan melenggang keluar dari pintu dapur.

Adel tersentak. Pantas kepala dipanggung ke arah ibu. Sebuah senyuman diberikan.

"Ya bu. Cuma tengah tunggu Mika. Dia cakap dah on the way. Tapi tak sampai-sampai pun lagi." rungut Adel perlahan.

Ibu hanya tersenyum mendengar rungutan manja anak daranya.

"Alah, kejap lagi sampai lah tu. Biasalah, jalan sesak sikit kut. Tu yang lambat. Anak dara ibu tak sabar eh nak jumpak buah hati?" usik ibu sambil menyeringai sengih.

Adel membulatkan biji mata. Kepala digeleng laju.

"Buah hati? Buah hati siapa?" belum sempat Adel membalas usikan tersebut, kedengaran suara lain yang laju mengajukan soalan.

Adel menoleh deras. Terpampang sekujur tubuh tegap milik Angah di belakangnya. Sejak bila Angah berada dengan mereka?

"Buah hati adik lah. Takkan buah hati Angah pula." balas ibu sambil mengerling manja ke arah Angah.

Angah tersentak. Pantas mata mencari seraut wajah cantik Adel yang menunduk. Perlahan, tubuh dihenyak di kerusi bertentangan dengan Adel. Mudah untuk dia mencari jawapan di wajah itu.

Sementara Adel pula, sengaja mengelak berpapasan mata dengan Angah. Angah merenung tajam wajah Adel.

"Angah dari mana ni? Ibu tengok berkurung je dalam bilik sehari hari ni. Selalu keluar masuk bilik je kerjanya."

"Duduk dalam bilik jelah bu. Keluar pun bukan ada siapa nak layan Angah." Jawab Angah masih dengan renungan dipahat ke wajah Adel yang sudah serba tidak kena duduknya.

Adel diam. Terasa kata-kata itu dituju ke arahnya. Ibu mengerutkan dahi. Dipandang silih berganti wajah kedua anaknya.

"Kamu berdua ni kenapa? Kamu bergaduh eh?" tebak ibu.

Adel menggeleng laju. Liur ditelan sebelum dipandang wajah kacak Angah. Angah diam seolah mengiakan telahan ibu.

"Tak..ta..ada lah ibu. Mana ada kami gaduh." jawab Adel gagap.

"Dah tu?"

"Assalamualaikum.."

Serentak ketiganya menoleh ke arah pintu besar rumah. Adel bangun. Angah sudah berubah riak wajahnya saat terpandangkan Mikael di muka pintu rumah mereka. Mikael? Apa dia buat di sini? Ibu pula turut bangun menghampiri pintu agam rumah mereka.

Adel melangkah beriringan bersama ibu. Sebuah senyuman diukir ke arah Mikael. Mikael membalas.

"Waalaikumussalam." jawab ibu.

"Aunty, apa khabar? Sihat ke?" sapa mikael ramah dan mesra.

Ibu mengangguk seraya tersenyum.

"Alhamdulilah. Sihat cara orang tua lah Mika. Mari lah masuk dulu." pelawa ibu ramah.

Mikael menggeleng.

"Tak apa lah aunty. Nanti kalau masuk lambat pula keluar." tolak Mika sopan.

Angah hanya memerhati dengan seribu perasaan yang terbuku di dada.

"Kalau macam itu, tak apa lah. Hati-hati keluar. Jangan balik lewat sangat. Nanti papa tanya." pesan ibu lembut.

Adel mengangguk seraya tersenyum.

Angah menghampiri ketiga mereka.

"Hayy." sapa Mika saat terpandangkan wajah Angah terjengul di muka pintu. Angah beriak biasa. Adel diam. Terasa bahang tubuh Angah di belakang tubuhnya.

"Okay lah Mika. Aunty nak ke dapur kejap. Adik, nanti apa-apa jangan lupa call ya." pesan ibu sekali lagi. Adel mengangguk tersenyum.

"Korang nak keluar pergi mana ni?" soal Angah dingin.

Mikael tersenyum.

"Cadang nak keluar jalan-jalan je. Dating.." balas Mika seolah mengundang emosi Angah.

Adel tersentak. Pantas dicari wajah Mika yang tersenyum. Pantas dicari pula wajah Angah. Saat terpandang wajah Angah yang berubah tegang, Adel terdiam. Mulut mahu menafikan tetapi suara pula tak terkeluar.

"Sejak bila kau pandai dating ni?" soal Angah berbisik di telinga Adel. Dirangkul pinggang Adel dari tepi.

Adel diam. Mikael pula bergerak perlahan menuju ke arah kereta.

"Tak, mana ada dating. Keluar sebagai kawan jelah." nafi Adel bersungguh.

"Lelaki dengan perempuan keluar berdua sebagai kawan? Lawak apa kau buat ni Adel?" soal Angah tidak puas hati.

Adel mengeluh.

"Betul lah. Yang Angah nak fikir bukan-bukan ni kenapa? Dah Adel cakap kawan, kawan lah." Adel menyoal kuat.

Angah merengus kasar.

"Ohh, pandai sangat menjawab kan sekarang. Sebelum pukul tujuh, aku nak kau balik rumah. Aku tengok kau tak ada, siap kau. Aku keluar cari kau."

Adel mendengus. Tak habis dengan diktator dia. Tahu nak hangin aje dengan dirinya. Ada saja nak kena ikit cakap dia, bebel Adel geram.

"Kau dengar tak aku cakap apa?" bentak Angah.

Adel ketap bibir. Malas melawan, dianggukkan sahaja kepalanya. Kalau bertikam lidah, tidak juga dia menang. Jadi, diiyakan sahaja. Senang!

"Lagi satu, aku tak suka hak aku jadi tontonan orang lain." perlahan, baju Adel yang terdedah tanpa sengaja dibetulkan perlahan.

Adel terpana. Dibiarkan tindakan Angah. Terasa darah merah tersimbah ke mukanya. Malu! Macam dia boleh careless? Adoiii.. adel..adel..

Tanpa lengah, Adel menyarung kalut kasut miliknya. Terkocoh-kocoh dia lolos masuk ke dalam kereta milik Mikael. Mikael tersenyum sambil menggelengkan kepala. Hayy, Hayy..

"Dah?" soal Mika perlahan.

Adel mengangguk perlahan. Renungan Angah dari muka pintu dibiarkan sahaja. Malu nak membalas renungan tersebut. Mengingatkan kejadian tadi, dia dirudung rasa malu.

"Sayang betul Hayy dengan awak kan. Untung ada abang macam dia."

Adel tersenyum sedikit. Kalaulah Mikael tahu Angah itu orangnya macam mana, pasti Miakel takkan mudah memuji Angah. Tapi, masih ada juga kebaikan Angah kepada dirinya. Cuma itulah, Angah kuat membuli diri dia. Naik lelah dirinya kadangkala.

"Hurmm, bolehlah. Adik beradik kan." jawab Adel mudah.

Mikael tertawa.

"Kadangkala, rasa sayang tu ditunjukkan dengan cara yang berbeza. So, I think He loves you very much." ujar Mikael berselitkan nada tersirat dan tersurat.

Adel diam. Cuma, tanpa sedar tangan perlahan naik menyentuh rantai yang berisi bersama loket love yang tergantung cantik di lehernya.

Sayang? Sayangkah Angah kepada dirinya? Kadangkala terasa diri disayangi, kadangkala terasa diri dibenci. Entahlah, sukar untuk dia tebak perasaan Angah pada dirinya.

haiiii.. komen okay. Hehe.

Share this novel

Sachka Ron
2022-11-04 05:29:36 

Tolonglah jangan adik beradik ini end up together

Bibi Shafizah Abu Bakar
2021-11-23 09:55:31 

hebnp mu uy6nny5bpnnpepbynp RR6P p

Iznawati ahmad
2021-11-23 04:01:05 

lamanya cik ziera menyepi..rindunya ngan hay n adel


NovelPlus Premium

The best ads free experience