BAB 37

Romance Series 351310

Adel mampir ke balkoni bilik. Usai, solat isyak sebentar tadi, langkah terus dibawa ke luar ingin menghirup udara malam yang dingin dan segar. Rambut dilepaskan mengurai jatuh ke sisi. Sebuah senyuman mekar menghiasi wajahnya saat ini. Dia benar-benar dilamun bahagia.

Adel menyedut dalam angin malam. Tangan didepakan. Serasa ingin sahaja dia berteriak menghamburkan kegembiraan kerana akhirnya dia dan Angah dapat bersatu sebagai sepasang suami isteri yang sah. Dan..yang paling dia tidak sangka kalau seawal dua puluhan dia sudah bergelar isteri.

Ahh, sungguh unik perancangan Allah. Dari benci jadi cinta. Tidak sangka, Angah yang bergelar suaminya. Ingatkan mahu jadi musuh sampai ke tua. Adel tertawa kecil.

"Gelak apa tu sorang-sorang, sayang?" sapa Angah berbisik menyapa halwa telinga Adel. Sebuah kucupan terasa melekat di lehernya.

Adel tersentak. Pantas, badan ditoleh ke belakang. Serentak, hidung mancung miliknya berlaga dengan dada bidang sang suami.

"Aduh!" Adel mengaduh manja.

Angah pantas memaut kedua belah bahu Adel. Ditarik rapat badan si isteri ke arahnya.

"Sorry sayang. Sakit sangat ke?" Angah kalut bertanya. Digosok hidung Adel.

Adel menggeleng perlahan.

"Sayang buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke malam-malam kena angin, demam nanti." tegur Angah. Pinggang Adel dipeluk kejap.

Adel menggeleng seraya tersenyum manja.

"Abang kan ada. Adel demam abang tolong jagakan. " tutur Adel comel.

Angah mencebik. Kedua belah pipi Adel ditarik lembut. Geram! Comel sangat.

"Taknak lah abang. Malas." usik Angah.

"Abanggg..ishh, taknak lah. Merah pipi Adel nanti." rungut Adel manja

Angah tertawa kecil. Tubuh kurus Adel ditarik rapat ke dalam pelukannya. Adel membalas dengan membelit kedua belah tangannya ke pinggang Angah.

Dagu diletakkan perlahan diatas kepala Adel. Sambil berpelukan, mereka merenung ke kepekatan malam yang dihiasi cahaya bulan dan bintang. Aiseh!

"Abang pergi mana tadi? Adel cari abang tak ada pun dalam bilik."

"Abang turun bawah. Sembang-sembang dengan Ibu dan papa kat bawah. Along pun ada sekali. Dah pukul sepuluh lebih, baru masing-masing masuk bilik." jawab Angah.

Adel mengangguk.

"Tak sangka kan sayang, dah jadi laki bini kita. Rasa macam semalam kita bertekak dua. Kelakar rasa." ujar Angah memecahkan keheningan malam antara mereka.

Adel mendongak merenung wajah kacak si suami. Pelukan dieratkan.

"Abang yang suka gaduh dengan Adel. Ada je benda yang dia tak puas hati dengan kita." Adel membuka cerita.

Angah menunduk. Terasa lucu mengingat kembali telatah dia yang asyik mahu bergaduh sahaja dengan Adel dahulu.

"Yelah, dah abang nak perhatian sayang. Abang carilah gaduh dengan sayang." Angah membela diri.

Adel mencebik.

"Tu bukan gaduh nak perhatian, tapi gaduh nak kaki namanya tu." balas Adel selamba.

Angah terciduk.

"Amboi, kutuk abang.Tapi, sayang juga dia kat abang."

Adel tertawa.

"Janganlah marah, Adel gurau jelah. Mestilah sayang. Sayang sangat-sangat." pujuk Adel kembali.

Angah tersenyum. Pandai beli jiwa betul isterinya.

"Sayang.."

"Hmmm.." sahut Adel. Wajah Angah direnung.

"Sayang tak rasa bersalah ke belakangkan mama?" soal Angah tetiba sekaligus mematikan suasana romantis antara mereka.

Adel terdiam. Lama, sebuah keluhan dilepaskan.

"Jujur, Adel rasa bersalah. Tapi, pada masa yang sama Adel tak sanggup hilang abang. I just can't. I wanna be a part of your life. Adel tahu, tak sepatutnya Adel belakangkan mama dalam soal ni. Tapi, Adel bukan nak buat perkara yang tak elok, abang. Adel nak kahwin. Salah ke?" Adel meluah panjang lebar.

Angah turut melepaskan keluhan. Diusap bahu Adel lama. Menyalurkan rasa sayang yang tidak bertepi pada sang isteri.

"Adel harap sangat, suatu hari nanti mama akan terima kita. Adel hanya mampu berdoa supaya Allah lembutkan hati mama. Adel pun tak sanggup kalau berterusan macam ni." rintih Adel sayu.

"Ya sayang. Nanti ada masa kita pergi jenguk mama. Cuba pujuk dia. Abang yakin one day, mama tetap akan terima kita. Cuma, masanya kita tak tahu bila. Abang pun tak sanggup kalau mama masih tak restu kita bersama. Apa yang penting, kita usaha lembutkan hati dia." ujar Angah perlahan.

"Adel tahu mesti susah untuk mama terima kita. Tapi, macam yang abang cakap, at least kita usaha. Yang selebihnya, kita serah pada takdir." Adel mengucup pipi Angah.

Angah mengangguk. Sebuah kucupan diberikan kepada si isteri. Angah menelan liur. Angin malam yang berhembus membawa beberapa helai rambut lurus Adel menutupi wajah cantik sang isteri. Disebak dan diselitkan ke belakang telinga. Adel tersenyum manis. Senang dibelai oleh Angah.

Dipaut wajah sang isteri mendekati wajahnya. Adel menanti dalam debar. Sesaat, terasa bibirnya ditindih lembut. Sesaat bertukar menjadi lama. Beberapa lama, baru dilepaskan. Adel mencari nafas. Angah juga turut mencari nafas. Masing-masing berlumba mencari nafas.

Angah jarakkan tubuh. Terasa gelojoh pula dirinya saat ini. Entah apalah tanggapan Adel pada dirinya. Pantas, langkah diatur menuju ke kamar peraduan mereka. Adel mengerutkan dahi. Pantas, langkah si suami diekori. Hairan dia dengan sikap Angah. Dia tidak cantik ke?

"Abang.." Adel menyeru perlahan sambil mengekori dari belakang.

Angah tersentak.

"Huh?" balas Angah. Namun, wajah Adel tidak dipandang. Malu! Takut dituduh gelojoh.

"Abang kenapa? Adel ada buat salah ke?" tanya Adel terus terang.

Angah menggeleng laju. Belakang tengkuk diusap. Bibir digigit. Adel memerhati dengan hairan. Naik risau dia.

"Abang, hey kenapa ni?" Adel pantas melelar pergelangan tangan Angah. Angah berhenti mundar mandir. Kaki terpasak kemas menghadap Adel.

"Tak ada apa. Jomlah kita tidur." Angah bersuara. Malas mahu diceritakan apa yang bermain di fikirannya saat ini.

Angah melangkah ke katil. Comforter diselak dan tubuh dilolos masuk ke dalam selimut. Badan diiring ke kanan. Adel tegak merenung sang suami yang semacam. Mata dipincingkan. Tadi, bukan main. Nak bernafas pun tak sempat.

Tidak betah berteka teki sendirian, selimut turut diselak. Ikutkan hati, memanglah segan. Biasa tidur seorang, tiba-tiba kena tidur berdua. Dah suami isteri, takkan nak tidur asing-asing. Segan terpaksalah ditolak ke tepi.

Angah memejamkan mata rapat. Rasa malu dan segan disorok kemas. Terasa katil berkeriuk menandakan Adel merangkak naik ke katil.

"Abangg.." Adel berbisik perlahan di telinga. Bahu suaminya dipegang.

Angah buka mata. Liur ditelan kesat. Perlahan, badan diterbalikkan menghadap Adel.

"Sayang taknak tidur lagi ke? Nak turun bawah? Nak abang teman?" tanya Angah bertalu bercampur gugup.

Adel tertawa kuat. Kelakarlah suami dia sekarang. Aduhai, suami siapalah comel sangat ni.

"Abang kenapa ni?" tanya Adel sekali lagi.

"Tak ada apa." nafi Angah.

"Yaka? Cepat bagitahu Adel." desak Adel.

Angah ketap bibir.

"Betul, tak ada apa." nafi Angah bersungguh. Segan beraja di hati.

"Acara malam ni tak ada lah ya?" soal Adel memancing perhatian si suami.

Angah membasahkan bibir yang terasa kering. Aduhai, soalan maut pula ditanya sang isteri.

"Sayang dah sedia ke? Kalau sayang tak sedia, abang okay je. Abang faham, kita masih baru lagi jadi suami isteri. Perlu masa nak sesuaikan diri antara satu sama lain.Abang kahwin dengan sayang pun bukan sebab tu semata-mata." ujar Angah perlahan. Pipi Adel diusap.

Adel gigit bibir. Alahai, sebab itu rupanya suaminya berubah tingkah sebentar tadi. Betapa beruntungnya dia dikurniakan Angah sebagai suami. Sentiasa melebihkan dia dalam semua hal.

Adel berganjak masuk lebih rapat ke arah Angah. Direbahkan kepalanya dilengan sasa milik Angah. Angah terkedu. Dipeluk pinggang suaminya erat. Wajah didongak merenung wajah kacak suaminya.

"Adel isteri abang. Tanggungjawab Adel layan abang. Jadi, tak ada istilah Adel sedia atau tidak. Adel milik abang sepenuhnya sekarang. Luar dan dalam." ujar Adel perlahan berbisik rapat di wajah Angah. Wajah suaminya diusap manja.

Angah terdiam. Sangkanya, Adel berfikir dia gelojoh. Tak sangka, dapat green light dari sang isteri.

Perlahan, tubuh bingkas bangun. Adel spontan turut terbangun. Tercengang dia dengan tindakan drastik daripada Angah. Takkan Angah nak tidur di sofa hujung katil? Kini, mereka saling bertentangan. Turun naik nafas keduanya.

Adel tergamam saat melihat Angah menarik keluar baju daripada tubuh. Liur ditelan kesat saat mata dijamah badan sasa milik suaminya yang berketak-ketak. Pandangan dilarikan menjelajah ke seluruh tubuh kekar milik Angah tanpa kelip.

Angah mencampak baju ke lantai. Tubuh dibawa ke depan mendekati sang isteri dengan senyuman membunuh. Perlahan, Adel terasa tubuhnya ditolak menelentang ke tilam. Mata terkebil-kebil. Terasa tali bajunya dikuis jatuh ke bawah. Adel menahan nafas.

Hanya mata merenung wajah Angah yang mendekat ke wajahnya.  Terasa tubuhnya ditindih lembut. Kucupan bertalu-talu menghujani wajahnya. Adel memejamkan mata. Menghayati rasa kasih dan sayang yang diberikan Angah.

"Assalamualaikum isteri abang." ucap Angah berserta sepotong doa dibaca.

Adel tersenyum dan akhirnya malam berlalu dengan seribu rahsia alam.

"I love you, abang.."

••••

Raid melambaikan tangan ke arah Angah yang santai berjalan mendekatinya. Sesekali kelihatan Angah menarik tali beg yang melorot jatuh ke bahu. Dari kejauhan, jelas nampak seri pengantin baharu di wajah sahabatnya. Untunglah, muda-muda dah kahwin.

Dia ini, jangan katakan kahwin, pasangan pun belum ada. Ermm, lemah!

Angah menarik kerusi yang berada bertentangan Raid. Beg diletak di sisi. Dipandang Raid yang sedang tersengih-sengih memandangnya.

"Kau apehal tersengih-sengih macam tu kat aku." tanya Angah

"Selamat pengantin baru sahabat. Berseri-seri muka sejak pegang title suami orang ni."

Angah mencebik.

"Nak berseri-seri macam aku, kahwinlah." balas Angah.

"Kalau ada calon, tak perlu kau suruh. Aku sendiri dengan rela hati kahwin, Hayy. Tapi masalahnya tak ada." rungut Raid di hujung bicara.

Angah tertawa.

"Kau memilih sangat." kutuk Angah terus tanpa berlapik kata.

"Makan sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap eh. Masa bila pula aku memilih. Kau sendiri tahu, aku tak pernah berkawan dengan perempuan." Raid lekas membela diri.

"Sebab tu lah, aku cakap kau memilih. Bukan aku tak tahu, berapa ramai yang nak try kau. Tapi sorang pun kau tak layan. Betul kental hati kau,Id." Angah tertawa kecil.

Kagum seketika dia dengan sahabatnya. Langsung tak terusik hati kecil jantan miliknya. Entah bidadari dari planet mana lah yang bakal menggugat kekentalan hati Raid suatu hari nanti.

"Ahh, dahlah sembang pasal aku. Tak best. So, macam mana sejak jadi suami orang ni? Aku tengok happy lain macam je. Dari jauh boleh nampak kau punya happy tu." Raid tersenyum senget. Kening diangkat serta dimainkan. Kerusi ditarik rapat ke meja.

Angah tertawa besar.

"Okaylah, secara jujurnya best lah. Kalau sebelum ni kau tidur sorang-sorang, tapi sejak kahwin dah ada bantal peluk. Boleh kau pe..l..uk.."

Pap! Terasa bahunya ditepuk kuat. Aduh!

"Kau ni Hayy, lain yang aku tanya lain yang kau jawab. Adoii, apa lah nasib aku dapat kawan macam kau ni. Sengal memanjang!" Raid tepuk dahi.

Angah mengerutkan dahi.

"Apa? Betul lah apa yang aku bagitahu tu."

Raid menggeleng.

"Maksud aku, life kau macam mana sejak dah jadi suami ni. Bukan aku nak tahu kau best sebab ada bantal peluk malam-malam. Dah sah-sah lah kau peluk bini kau. Takkan kau nak peluk aku pula." bebel Raid geram.

Angah mencebik. Tadi beria-ria nak tahu life aku macam mana. Eh, sekarang dia pula koyak.

Angah berdehem.

"Yelah, seronoklah sebab kau kahwin dengan orang yang kau sayang. Every morning, kau bangun dia ada. Makan pakai kau dia siapkan. So, itulah life aku sekarang. Aku king, dia maid." Angah tertawa lagi.

Raid membeliakkan biji mata. Kepala digeleng. Kerja nak meloya buruk sahaja kawannya sorang ni.

"Kahwinlah, best! Malam-malam boleh.."

"Dahlah Hayyan. Kau ni tak mengarut tak boleh. Lain yang aku tanya, lain yang kau jawab." pintas Raid cepat

"Kau ni negatif sangat lah kat aku, Id. Maksud aku, malam-malam boleh santai sama-sama, borak-borak. Kau je yang fikir lain ni."

"Ahh, sudahlah kau. Macamlah aku tak tahu kau tu macam mana." kutuk Raid bersahaja.

Angah tertawa. Namun, ketawa yang terhambur kembali pudar saat fikiran teringat akan sesuatu. Raid yang sedar tiada balasan daripada Angah tersentak.

"Hayy!" seru Raid.

"Huh?" Angah tersedar.

"Kau asal diam je tetiba. Ingat bini ke apa." tanya Raid sambil bergurau. Air limau disisip ke mulut.

Angah melepaskan sebuah keluhan.

"Mama mentua aku.." jeda Angah. Tubuh disandar malas ke kerusi. Mata dilarikan merenung ke luar.

Raid terdiam.

"Kenapa dengan dia?"

Angah diam. Hanya keluhan dilepaskan.

"Masih belum boleh terima kau sebagai menantu dia? Macam tu?"

Angah mengangguk lemah.

"Kau ada pergi jumpa dia tak lepas kau dah kahwin ni?"

Angah geleng kepala.

"Aku rasa ada baiknya cepat-cepat kau jumpa dia. Lagi lama, lagi panas hati dia. Sudahlah Adel belakangkan dia. Tetap kahwin dengan kau. Aku rasa lagi menyirap darah dia. Aku ni bukan apa, Hayy. Kau sendiri tahu kan, tak elok kalau hubungan kita ni tak direstui, nak-nak lagi seorang ibu." jelas Raid

Angah menggigit bibir. Jari jemari mengetuk permukaan meja.

"Aku ni kalau boleh nak tengok korang kekal bahagia selamanya. Aku taknak, hanya kerana mama mentua kau tak restu, korang tak bahagia."

Angah mengangguk perlahan. Sebuah senyuman dilemparkan.

"Kau jangan risau. Aku akan tetap jumpa mama. Selagi aku boleh pertahankan perkahwinan aku, aku akan pertahankan. Kecuali, Allah dah tetap jodoh aku dengan Adel tak panjang, aku tak mampu nak buat apa." ujar Angah perlahan.

Raid tersenyum. Bahu Angah ditepuk.

"InshaaAllah, lambat laun mama mentua kau akan terima korang juga. Apa yang penting sekarang, korang kena bersatu hati. Mungkin akan ada ujian untuk korang di kemudian hari, tapi aku harap korang matang dan tabah." pesan Raid persis orang berpengalaman.

Angah tersenyum.

"Terima kasih, Id sebab banyak nasihatkan aku. Aku pun harap macam tu. Tak tenang aku kalau mama still tak restu kami bersama." ucap Angah ikhlas.

Raid tertawa.

"No hal lah. Amacam nasihat aku? Gaya macam bapak-bapak tak?" Raid tertawa kuat.

Angah turut tertawa.

"Baik sangat nasihat kau. Memang mantul. Sesuai sangat dah Id kau jadi bapak orang." seloroh Angah.

Raid mencebik.

"Dah lah, malas layan kau. Jom, gerak." ajak Raid sambil bangun. Sekeping not rm5 diletakkan di atas meja. Beg digalas ke bahu sebelum keduanya beriringan menuju ke parkir kereta sebelum masing-masing bergerak pulang.

Nah, yang manis-manis untuk pembaca semua. Happy reading. Jangan lupa komen dan reward. hahahaha. Terima kasih. Jumpa di next chapter!

Share this novel

Aisyah Esya
2022-03-09 22:31:19 

tiber mama dia tu. lagi la kekok adel nak rapat kalau perangai gitu

Wan Hamilah E'lah
2022-03-04 12:43:14 

Mila pn kena faham keadaan waktu kehilangan Adel masing2 hati x tenang, resah, gelisah.... tambah lg si Angah plak yg koma... jgn la krn tu je x nk restui hubungan Angah n Adel... lgpn selama ini keluarga angkat jaga dgn baik je.. mcm ank kandung sdiri

Esjasz Malek
2022-03-04 10:17:44 

x yah nk emo sgt la Mila oii.. angah tu dh bergadai nyawa nk selamatkn anak ko tu.. sampai koma budak tu.. restu je la.. x yah nk ego..geram pulak aku


NovelPlus Premium

The best ads free experience