BAB 29

Romance Series 351253

"Adel..tunggu.." laung Affan kuat saat melihat Adel terkocoh-kocoh mengatur langkah meninggalkan dirinya di belakang. Sesekali kelihatan Adel menoleh mencari kelibat Affan yang turut bersaing laju mengejar langkahnya.

Tangan Adel berjaya dilelar daripada belakang. Turun naik nafas Affan mengejar langkah Adel yang laju seperti atlet. Naik semput dia menyaingi langkah Adel. Adel merentap kembali tangan yang dilelar Affan dari belakang.

Turun naik nafas Adel menahan geram. Sesuka hati sahaja menyentuh dirinya. Sungguh dia tidak suka dan benci. Kembang kempis hidungnya saat ini menentang wajah Affan. Ikutkan hati mahu sahaja ditumbuk muka Affan.

"Don't you ever to touch me!" bisik Adel keras.

Affan mengangkat kedua belah tangan tanda menyerah. Dijarakkan kedudukannya daripada Adel. Adel mendengus kasar.

"Sorry, abang tak ada niat nak sentuh Adel." jelas Affan sedikit kesal.

Adel diam. Wajah dibawa jauh daripada menentang seraut wajah Affan.

"Adel.." seru Affan

"Hmm.." sahut Adel malas

"Kenapa Adel lari bila abang panggil Adel tadi?" tanya Affan.

"Saya ada hal. Rushing!" jawab Adel dingin.

Affan tersenyum. Marah pun cantik!

"Adel ni asyik jadi singa je dengan abang. Tak boleh ke cakap elok-elok dengan abang. Abang bukan nak buat jahat dengan Adel pun."

"Sejak bila saya cakap kasar dengan awak? Dan saya rasa, saya memang macam ni. So, tak jadi masalah pun. Lagi satu, saya tak kata pun awak nak buat jahat dengan saya." bidas Adel.

Affan tersenyum dengan balasan Adel.

"Okay, okay fine. Abang salah. Sorry again. Hurmm, Adel free tak sekarang?" tanya Affan.

Adel diam. Tak berminat untuk menjawab.

"Adel.." seru Affan lagi.

"Apa awak ni?"

"Janganlah marah. Abang cuma tanya, Adel free tak sekarang?" tanya Affan lagi.

"Kenapa?" soal Adel kembali

"Abang nak ajak Adel minum. Jangan risau, just minum je, tak ada buat apa pun. Trust me." jelas Affan pantas.

"Saya ada hal. Sorry.." balas Adel sebelum bergerak mengatur langkah kembali.

Affan mengeluh. Namun, langkah diatur laju sekaligus menghadang laluan Adel. Adel spontan menghentikan langkah. Sebuah keluhan panjang dilepaskan.

"Apa masalah awak ni haa?" bentak Adel geram.

"Susah sangat ke Adel nak terima pelawaan abang?" tanya Affan perlahan.

Adel mengeluh.

"Please, abang betul-betul nak kenal Adel. Kawan dengan Adel. Salahkah?"

"Tak salah. Tapi, saya taknak kenal awak." balas Adel berterus terang.

"Kenapa? Sebab abang ni jahat?"

"Saya tak cakap awak jahat."

"Then? Kenapa susah sangat Adel nak terima pelawaan abang?"

"Saya dah bagitahu, saya ada hal. Saya sibuk."

"Bukan sekali ada hal, selalu sangat Adel bagi alasan tu. Abang tahu, Adel sebenarnya anggap abang jahat kan? Abang ni buaya darat. Adel, percayalah abang bukan macam tu. Itu kata-kata orang, walhal kenyataanya abang bukan macam tu." jelas Affan panjang lebar.

Adel mengeluh.

"Saya tak peduli apa yang orang cakap pada awak. Who cares? Lantaklah. Cuma, saya tak berminat nak kenal awak. Dan saya juga tak berminat nak kenal sesiapa. Faham?"

"Okay fine. Abang sedar abang ni tak layak nak berkawan dengan Adel. Yelah, Adel kan cantik, bijak. Manalah nak berkawan dengan abang ni. Tak apa lah Adel. Mungkin sikap abang ni buat Adel rimas kut. Abang minta diri dulu." Affan bersuara perlahan.

Kaki panjang miliknya diatur longlai meninggalkan Adel.

Adel menghembuskan nafas kuat. Belakang tubuh Affan dipandang.

"Okay fine. Saya terima pelawaan awak untuk minum. Tapi, saya harap lepas ni awak tak ganggu saya lagi. Anggaplah, saya terima pelawaan awak ni untuk kali pertama dan kali terakhir. Saya tak suka dicop dengan pelbagai andaian." terang Adel.

Affan mengukir senyuman senget. Perlahan, ditoleh tubuhnya lambat-lambat.

"Okay, terima kasih Adel." ucap Affan girang.

"Sama-sama.." balas Adel tanpa riak.

"Jom kita.." pelawa Affan girang.

Adel mengeluh kuat bersama gelengan. Langkah Affan disaingi dari belakang dengan perlahan.

••••

Suasana kafe kelihatan riuh rendah dengan suara para pelajar yang memesan makanan dan minuman. Maklum sahajalah, masing-masing kelaparan setelah seharian berkejar ke sana ke mari masuk kelas.

Angah mengetuk permukaan meja kafe. Milo ais yang dipesan, dihirup perlahan ke dalam mulut. Raid yang tunduk menyuap makanan ke dalam mulut dipandang. Sesekali mata melirik ke kawasan kafe. Ramai freshie-freshie cantik tapi dia tak berkenan.

"Hayy.." seru Raid.

Angah menuntas pandangan ke arah Raid. Kening diangkat.

"Kau tak makan sekali ke?" tanya Raid perlahan.

Angah menggeleng perlahan.

"Aku kenyang lagi. Ingat nak makan dengan Adel nanti." ujar Angah.

Raid terdiam. Perlahan, direnung wajah Adel.

"Dah berbaik lah ni? Tak benci dah?" tanya Raid sambil tersenyum senget.

Angah mencebik.

"Sejak bila aku cakap aku bencikan dia?" tanya Angah kembali.

Raid tertawa.

"Memang lah kau tak pernah cakap kau bencikan dia. Tapi perbuatan kau tu seolah macam kau tu benci dia." terang Raid. Menyuap kembali nasi goreng ke dalam mulut.

"Aku bagitahu kau something lah erk. Perbuatan tak bermaksud kita ni bencikan seseorang atau sukakan seseorang."

"Amboi, pandai bermadah pujangga sekarang. Rancak ehh. Patutlah sekarang aku tengok muka kau berseri je sekarang ni. Makin segak."

Angah mengerutkan dahi.

"Kenapa pula kau cakap aku macam tu? Sebelum ni tak berseri lah? Tak segak?" soal Angah.

Raid tolak pinggan kosong ke tepi. Air teh o ais dihirup ke anak tekak. Hilang dahaga.

"Bukan macam tu maksud aku, Hayy. Pasal segak tu memang aku taknak komen apa lah. Tak boleh dinafikan lagi, kau memang segak."

"..cuma yang aku nak cakap dekat kau sekarang adalah wajah kau sekarang tak seketat dulu. Berseri macam orang dilamun cinta. Bahagia gitu. Dulu, jangan berangan lah nak dengar kau sebut nama Adel. Apatah lagi, nak ajak makan sekali." jelas Raid panjang.

Angah tersenyum senget.

"Kau juga yang suruh aku berbaik dengan dia dulu. Sekarang, kau cakap macam ni pula. Apa punya kawan lah kau ni, Id." selar Angah selamba.

Raid tersenyum.

"Hayy, kalau setakat aku je yang beria suruh kau berbaik, tapi kau sendiri tak ada keinginan nak berbaik dengan Adel, tak jadi juga. Melainkan kau ada keinginan kau sendiri. Datang dari hati kau sendiri." jelas Raid mengiakan andaiannya.

"Yelah, buat baik salah. Tak buat baik lagi lah salah." rungut Angah perlahan.

Raid tertawa.

"Kau ni Hayy. Aku tak cakap pun salah. Cuma, baguslah kalau kau dan Adel dah berbaik. Aku tahu selama ni kau sayang je kat adik kau tu cuma tulaa kau ego. Bukan sikit tapi banyak." kutuk Raid.

Angah menunjukkan penumbuk.

"Dia bukan adik aku lah." bidas Angah.

"Kalau bukan adik, buah hati ke?" usik Raid.

"Lebih kurang macam tu lah. Alah, sibuk je kau."

Raid tertawa kuat. Angah mencebik. Sesaat, mata terpandangkan kelibat Ayana yang kalut mengatur langkah menuju keluar dari ruang kafe.

Angah pantas bangun dan berlari anak menuju ke arah Ayana.

"Yana!" laung Angah.

Ayana meneruskan langkah seperti biasa.

"Ayana!" sekali lagi Angah memanggil nyaring.

Ayana tersentak. Pantas, kepala ditoleh ke belakang. Terbentang seraut wajah kacak Angah.

"Angah." seru Ayana

Angah melemparkan senyuman pendek.

"Sorang je ke?" tanya Angah berbasa basi.

Ayana mengangguk lambat-lambat.

"Adel mana? Tak ikut beli makanan sekali?" soal Angah lagi

Ayana menggeleng.

"Dia ada kelas ke apa?"

"Tak ada kelas pun. Cuma, tadi dia cakap nak pergi library. Cari buku. Itu yang Yana sorang je yang singgah kafe beli makanan." terang Ayana.

Angah mengangguk faham.

"Hurm, okaylah kalau macam tu. Thank you Yana. Hati-hati." pamit Angah sebelum berpusing kembali menuju ke arah Raid yang menantinya.

Ayana menghantar kepergian Angah dengan ekor mata. Bahu diangkat sebelum langkah diteruskan kembali.

"Siapa tu?" tanya Raid perlahan.

"Ayana, kawan Adel. Takkan kau tak kenal kut."

Raid diam. Mengingat kembali gadis bernama Ayana,rakan Adel. Beberapa minit, kepala diangguk-angguk.

"Haa ingat-ingat. Kenapa kau jumpa dia tadi?" tanya Raid.

"Aku tanya Adel."

"Pastu mana Adel?"

"Dia kata Adel pergi library, cari buku. So, lepas ni aku pergi library terus lah cari dia. Malas nak whatsapp. Kalau whatsapp pun bukan reti balas budak tu." Rungut Angah.

Raid hanya menggelengkan kepala.

"Macam-macam hal lah korang ni. Kau pun janganlah garang sangat dengan dia. Dah sayang, buatlah cara sayang. Ini tidak, angin memanjang." tegur Raid.

"Hello, kau cakap bebaik sikit. Dah memang perangai aku macam ni. Nak buat macam mana lagi. Pasal angin tu, kalau dia tak buat hal, tak adanya aku nak angin. Dia pun kadang-kadang menguji aku juga." nafi Angah.

Raid hanya menggeleng.

"Suka hati kau lah Hayy. Malas aku nak cakap lebih-lebih. Senang-senang kau kahwin jelah dengan Adel."

"Memang lah nak kahwin tapi nanti." Angah berkata selamba.

Raid menjegilkan mata sebelum tertawa kuat. Tangan ditepuk beberapa kali. Angah yang melihat reaksi Raid turut tertawa.

••••

Angah menyusuri kawasan pejalan kaki menuju ke library. Nak menaiki moto besar miliknya, malas pula mahu drive. Sekali sekala berjalan kaki menikmati angin. Cahaya petang yang terbias sekali sekala memanah ke wajah Angah.

Beberapa orang pelajar perempuan yang beriadah sekali sekala menoleh ke arah Angah. Angah hanya bereaksi biasa memandangkan fenomena itu biasa baginya. Kaki diatur laju. Terasa rindu menggebu-gebu ingin menatap wajah jelita Adel.

Sejak sambutan birthday Adel yang ke 20 tahun sebulan yang lepas, mereka sudah tidak bertentang mata. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Dia pula mana sibuk dengan tugasan, ditambah pula sibuk menjadi fasi memandangkan ada kemasukan pelajar baharu.

Angah menggosok leher yang terasa haus. Seharian berada di luar dalam cuaca yang panas kerap membuatkan dirinya dilanda dahaga. Berapa liter air diteguk juga dia tidak tahu hari ini. Cuaca panas sungguh. Memikirkan ada kafe bersebelahan perpustakaan, Angah membuat keputusan untuk singgah sebentar membeli air. Haus sungguh tekaknya.

Adel meletakkan minuman yang disedut ke meja kembali. Sesekali jam di pergelangan tangan ditilik. Tepat jam enam petang. Pelajar yang lalu lalang di luar dipandang. Beberapa kelibat pelajar kelihatan berjalan kaki sambil bergelak tawa dengan rakan-rakan mereka.

"Adel taknak makan ke? Tak lapar?" tanya Affan perlahan.

Adel menggelengkan kepala.

"Affan, awak ni tak dengar atau buat-buat tak dengar sebenarnya? Saya rasa sepuluh kali dah saya bagitahu, saya taknak makan. Saya tak lapar. Awak tak faham ke?" Adel bertanya geram.

Affan tersenyum. Garang sungguh gadis bernama Adelia ini. Tapi, dia suka.

"Adel janganlah marah. Mana lah tahu, Adel sebenarnya lapar tapi Adel malu nak bagitahu abang." ujar Affan lembut.

Adel mencebik. Serasa mahu muntah dirinya mendengar ujaran Affan sebentar tadi.

Angah menolak perlahan pintu kafe. Kaki diatur menuju ke kaunter kafe.

"Yes?" soal gadis manis memakai baju t-shirt berwarna hitam. Tertera nama kafe dicetak di hadapan baju.

"Bagi saya coklat ais satu." pesan Angah.

"Okay, tunggu kejap ya." balas gadis tersebut.

Angah mengangguk. Sambil menunggu, mata melilau melihat sekeliling kafe melihat pelanggan yang santai menghirup air. Namun, sesaat tubuh spontan ditegakkan bila mana mata terpandangkan sekujur tubuh yang cukup dan amat dikenali. Hati dilanda rasa panas tiba-tiba.

Adel melarikan wajah dari ditenung Affan. Geram dia melihat wajah itu yang asyik tersenyum sambil nenatap wajahnya. Mata dilarikan dan dibawa menjelajah ruang kafe. Namun, sesaat mata terpaku pada sepasang mata yang merenungnya tajam. Renungannya yang menusuk hingga ke dasar hati sekaligus menghadirkan rasa getar yang teramat.

Spontan, Adel bingkas bangun. Berdiri tegak membalas tatapan tajam tersebut dengan mata yang membulat. Sungguh dia tidak sangka dengan kehadiran insan tersebut pada saat dan ketika ini.

Angah mengetap rapat bibir. Tangan di sisi dikepal kuat. Affan yang perasan akan reaksi spontan dari Adel turut menoleh sebelum mata terhenti di sebuah wajah yang kelihatan bengis reaksinya saat ini. Pantas, mata dialih merenung Adel yang terdiam dan terkelu berdiri tegak seperti patung berbalas renungan dengan insan tersebut.

Bibir melorek senyuman pendek. Tidak sangka, kalau begini kejadiannya. Seolah-olah berpihak kepadanya tanpa dipinta. Memang ini yang dia mahukan. Dia mahu Hayyan melihat dan menganggap kalau dia dan Adel mempunyai hubungan. Ahh girangnya rasa hati.

"Encik.." seru gadis tersebut.

Angah menoleh.

"Ini air encik." sua gadis tersebut ramah.

Angah mengangguk serius. Air pantas dicapai sebelum kaki diatur laju menuju keluar dari ruang kafe. Adel yang tersedar dengan langkah laju Angah meninggalkannya, pantas berlari keluar meninggalkan Affan sendirian. Affan berdecit perlahan. Namun, dia gembira dan puas.

Angah berjalan laju. Air dihirup kasar. Riak bengis terlukis jelas di wajah kacaknya. Adel berlari laju. Mata melilau mencari kelibat Angah. Nampak sahaja kelibat Angah yang berjalan laju ingin melintasi jalan, Adel berlari mendapatkan Angah.

Hampir sahaja dengan tubuh Angah, pantas dilelar pergelangan tangan Angah dari belakang. Angah hentikan langkah. Namun, tubuh dikeraskan. Tegak berdiri memandang ke hadapan tanpa sedikitpun rasa mahu menoleh. Turun naik nafasnya saat ini mengingatkan kejadian depan mata. Arghhhh!!

"Angah.." seru Adel perlahan. Nafas distabilkan.

Angah diam seribu bahasa.

Adel menapak maju ke hadapan bertentang dengan Angah. Angah tegak merenung ke hadapan. Seboleh mungkin mengelak merenung Adel.

"Angah.." seru Adel sekali lagi. Bergetar suaranya saat ini melihat wajah Angah yang bengis menahan amarah. Perlahan, jemari Angah digenggam namun Angah merentap kasar.

"Lepas. Jangan sentuh aku." bisik Angah keras.

Adel tersentak. Wajah perlahan didongak merenung wajah Angah. Angah menunduk. Turut membalas renungan Adel.

"Angah, apa yang Angah nampak tadi bukan seperti apa yang Angah sangkakan. Sungguh, kami tak ada apa-apa." jawab Adel.

Angah mendongakkan wajah. Diraup wajahnya kasar. Sebuah senyuman sinis diberikan pada Adel.

"Kau tahu ke apa yang aku fikir sekarang ni?" tanya Angah

"Percayalah, Adel dengan Affan tak ada apa-apa. Sumpah!" nafi Adel.

"Jangan bermain dengan sumpah Adel." tekan Angah.

"Kalau hanya itu yang mampu membuatkan Angah percaya Adel sanggup." ujar Adel sedih.

Dicapai tangan Angah, namun sekali lagi ditepis kasar. Angah jarakkan tubuh. Adel mendekat namun Angah menahan.

"Kau jangan dekat dengan aku." arah Angah.

Setitis air mata Adel gugur.

"Kau cakap kau tak ada apa dengan Affan. Kau nak aku percaya yang kau tak ada apa dengan dia sedangkan nampak kau elok duduk berdua dengan dia minum air. Then, sekarang kau cakap kau dengan dia tak ada apa? Benda bodoh apa yang kau tengah cakap dengan aku sekarang ni Adelia Mikayla?" soal Angah kuat.

Turun naik nafasnya menahan rasa.
Adel tersentak. Air mata dibiarkan mengalir.

"Angah, please. Kami memang tak ada apa. Ya, memang kami minum berdua. Tapi, percayalah bukan keinginan Adel untuk terima pelawaan dia."

Angah tertawa. Sebelah tangan naik mencekak pinggang.

"Then, kau nak cakap keinginan dia lah? Dia paksa kau? Macam tu?" tempik Angah.

Adel mengangguk. Ditarik tangan Angah sekali lagi. Digenggam tangan itu.

"Dia paksa Adel. Adel dah puas tolak ajakan dia tapi dia tetap ajak. Jadi, Adel cakap Adel terima pelawaan dia untuk minum untuk kali pertama dan kali terakhir dengan syarat dia jangan ganggu Adel lagi lepas ni." terang Adel bersungguh.

Angah diam. Hanya mata turun naik merenung wajah Adel yang sembab. Tangan direntap perlahan sekaligus meleraikan tautan antara mereka.

"Apa pun alasan kau, kau tak sepatutnya terima pelawaan dia. Kau ingat kau dah habis bijak lah? Kau ingat bila kau terima pelawaan dia, dia takkan ganggu kau lagi lepas ni?" tanya Angah.

Adel terdiam. Kelu untuk membalas. Hanya renungan sayu diberikan.

Angah tertawa sinis.

"See, kau sendiri pun tak boleh nak jawab kan? Bila aku tanya, beria cakap tak ada apa. Alih-alih siap minum berdua tu apa benda? Macam tu kau cakap tak ada apa? Kau ingat aku ni budak bodoh nak terima apa kau cakap tu bulat-bulat!" tempik Angah lagi. Betul-betul tidak boleh menahan rasa amarah dan cemburu.

Terhincut bahu Adel.

"Angah. Tolonglah percaya. Adel ada Angah je. Kami memang tak ada apa!" rayu Adel sekaligus merayu hingga tanpa sedar meluahkan perasaannya yang sebenar.

Angah tersentak. Namun, hati sengaja dikeraskan. Gigi diketap rapat.

"Dah lah Adel. Kau pergilah dekat abang Affan kau tu. Aku dah malas nak ambil tahu hal kau.." ujar Angah tidak bernada.

Adel kemam bibir menahan tangis mendengarkan ujaran Angah.Angah mendekatkan jarak antara merka. Wajah Adel direnung. Adel turut membalas renungan Angah yang dekat dengan wajahnya.

Angah menarik nafas panjang sebelum dihembus kuat. Adel menunduk.

"Lepas ni,kita buat hal kita masing-masing. Anggap saja kita ni orang asing antara satu sama lain." ujar Angah senada sebelum mengatur laju langkah meninggalkan Adel sendirian dalam sebak. Adel pula hanya mampu memandang.

Sekali lagi, mereka kembali menjadi orang asing.

Ermmm..kenapa begini akhirnya? Gais, saya ada reminder sedikit untuk para pembaca sekalian. Saya tahu, mungkin antara kalian kurang suka dengan idea saya, tapi saya harap kalian menghormati idea dan tulisan saya. Kalau rasa idea dan tulisan saya ini tidak berapa menepati kehendak kalian, maaf. Boleh untuk tidak membaca karya saya. Karya saya ni hanya untuk seronok-seronok sahaja. Tapi, andai kata ia menganggu emosi dan perasaan kalian, author mohon maaf. Jadi, harap komen yang murni-murni sahaja ya. Tapi, komen yang membina saya alukan. Author bukan koyak cuma peringatan mesra sahaja ya. Terima kasih kepada readers yg masih sudi membaca karya saya yang tidak seberapa ni. Harap terus enjoy dengan idea dan tulisan saya. Salam sayang dari author. Love you gais.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience