BAB 38

Romance Series 351310

Angah parkir kereta di halaman rumah yang dihiasi dengan atap berbumbung merah. Kedua belah kaki dilunjur keluar daripada kereta. Beg kuliah disandang ke bahu sebelum alarm kereta ditekan sekaligus menghasilkan bunyi.

Kaki bergerak mengatur langkah perlahan menuju ke pintu agam rumah milik kedua ibu bapa mereka. Pintu yang sedikit renggang hanya memerlukan Angah untuk menolak perlahan sahaja menjadikan pintu terkuak luas.

Kasut dilepaskan dari kedua belah kaki. Leher dikepak kiri dan kanan mengurangkan rasa sengal di belakang. Beg diletakkan ke sofa diikuti tubuh dibenam ke sofa. Seharian menghadap kelas menjadikan dirinya diserang lelah. Rindu terhadap sang isteri juga terpaksa ditolak tepi.

Memejamkan mata, telinga menangkap bunyi celoteh di ruang dapur. Sesekali celoteh tersebut diselang-seli dengan ketawa. Angah mengerutkan dahi. Ikutkan lelah, mahu sahaja mata dipejamkan namun desakan hati memaksa dirinya melangkah ke arah dapur.

Masuk sahaja ke ruangan dapur, Angah disajikan dengan tubuh sang isteri dan Ibu yang asyik berceloteh sambil bergelak ketawa.

"Sayang.." seru Angah perlahan.

Adel yang tenggelam dalam tawa tersentak. Pantas tubuh ditoleh ke belakang menghadap ruang masuk dapur. Melihatkan Angah yang tercegat di tengah pintu masuk, Adel bingkas berdiri. Melenggang menuju menyambut Angah.

"Abang.." sahut Adel perlahan.

Angah teruskan langkah. Huluran tangan Adel disambut. Sebuah kucupan jatuh di tangannya.

"Angah dah balik? Tak perasan pula kami kat dapur ni." ujar Ibu memulakan bicara. Sayur kacang buncis dipatah-patahkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kecil.

"Adel tak dengar pun bunyi kereta abang. Adel ingat abang balik malam."

Angah diam.

"Mana nak dengar kalau bukan main rancak lagi sayang dengan Ibu berborak. Memang tak dengarlah abang balik." celoteh Angah.

Kerusi ditarik perlahan.

"Abang nak air? Adel ambilkan." pelawa Adel lembut.

"Please sayang. Haus pula." sahut Angah.

Adel tersenyum. Segelas gelas kaca putih diambil sebelum langkah diatur menuju ke peti sejuk besar. Sekotak jus oren dikeluarkan sebelum dituang ke dalam gelas kaca di tangan.

"Nah." sua Adel.

Angah panggung wajah. Sebuah senyuman dilayangkan sebelum huluran Adel disambut. Bibir gelas dibawa ke mulut. Diteguk habis segelas. Dahaga sungguh dirinya hari ini. Ditambah ke sana ke mari demi menyiapkan tugasan akhir sebelum dirinya bergraduasi tahun hadapan.

"Abang nak makan? Adel ambilkan." pelawa Adel lagi.

Angah menoleh memandang Adel yang tegak berdiri di sisinya.

"Kejap lagilah. Abang kenyang lagi. Sayang duduklah sini. Ke hulu ke hilir dari tadi. Cuba duduk tepi suami ni."

Adel menggigit bibir. Perlahan, duduk dilabuhkan di sisi sang suami. Nina hanya tersenyum simpul sambil nenggelengkan kepala.

Mengingatkan kembali kisah Angah dan Adel suatu ketika dahulu, tidak sangka keduanya kini menjadi suami isteri. Sungguhlah jodoh itu rahsia Allah. Jika dulu, jangan mimpilah hendak melihat Angah dan Adel bermesraan seperti ini. Pantang bertemu muka, ada sahaja yang mahu digaduhkan.

Siapa lagi kalau bukan Angah yang sentiasa dengan anginnya satu badan. Tidak boleh bertemu muka dengan Adel, pasti ditempelak, ditengking Adel sesuka hati. Tapi, dalam tidak suka Angah pada Adel, Adel pula boleh jatuh suka pada si abang.

Tanpa sedar, terletus tawa kecil dari bibir Nina yang ralit memerhati Angaj dan Adel. Keduanya tersentak saat tawa milik sang Ibu menampan telinga mereka.

"Amboi bu. Bukan main kuat ketawa. Ada apa-apa yang Angah dengan Adel tak tahu ke?" seloroh Angah. Kedua belah tangan bersilang di meja.

Nina tersenyum simpul.

"Tak ada apalah Ngah." nafi Nina. Sayur yang sudah siap dipatahkan ditolak ke tengah. Anak dan menantunya dipandang.

"Yaka? Tak percayalah. Cepatlah bu, bagitahu. Benda baik kena kongsi." desak Angah lagi.

Adel hanya tersenyum sambil mengangguk. Jari-jemari Angah di ribaannya dimainkan. Dibelai dan diusap-usap manja. Jari pun dah seksi belum...ahh tetiba teringat kemesraan mereka.

Nina menghembuskan nafas.

"Tak ada apa. Cuma, Ibu tak sangka akhirnya adik dengan Angah dah jadi suami isteri sekarang." ujar Nina lembut.

Angah mengerutkan dahi. Wajah bingung sang isteri turut dipandang.

"Maksud Ibu?" Angah kurang jelas.

Nina tersenyum.

"Yelah, dulu-dulu kan Angah tu kepala angin. Tak suka dekat adik. Ada je yang dia tak puas hati dengan adik. Pantang jumpa, asyik nak melalak je. Muka tu tak pernah nak manis, bengis memanjang. Sampai naik buntu Ibu dengan papa nak handle kamu." jelas Nina panjang lebar.

Angah tersenyum kelat. Kening yang tidak gatal digaru perlahan. Adel turut tersenyum. Dikerling sekilas wajah Angah di sebelah.

"Betul kan apa yang Ibu cakap? Sekarang alih-alih dah jadi suami isteri. Dah macam belangkas. Tak boleh nak berenggang langsung Ibu tengok." usik Nina di hujung bicara.

"Betul Ibu. Abang sekarang manja dia mengalahkan baby. Asyik merengek je dua puluh empat jam." tokok Adel berniat ingin mengenakan Angah.

Angah membulatkan biji mata. Aduhai isteri, kenapa lah mesti diceritakan kepada sang Ibu?

"Sayang ni, tak baik tau cakap abang macam tu. Mana ada abang manjalah." nafi Angah sambil mencebik manja.

Adel menjuihkan bibir. Nina pula sudah tertawa besar.

"Yaka Ngah? Alahai, tak sangka pula Ibu, Angah ni manja mengalahkan baby. Hurm, nasib adik lah dapat suami manja macam ni. Ibu say goodluck lah."

"Ibu! Ishhh.." Angah sudah pijar muka menahan malu. Rasa hilang kejantanannya saat ini.

"Betul lah apa yang Adel bagitahu Ibu. Memang betul pun abang tu manja dengan Adel. Tak boleh Adel jauh sikit." bebel Adel bergurau.

Angah mencebik.

"Yelah, dah sayang tu isteri abang. Takkan nak manja dengan kucing pula kut." Angah tak mahu kalah.

Adel tersenyum.

"Yelah-yelah." Adel mengalah. Layankan jelah peel suaminya.

"Okaylah Bu. Angah nak naik atas dulu. Mandi solat kejap." Angah tolak kerusi ke belakang. Tubuh ditegakkan.

"Adik pergilah naik sekali." arah Nina perlahan. Tahu kalau Adel dari tadi memandang tubuh sang suami yang menghilang naik ke atas.

Adel tersentak.

"Kesian pula kat Ibu kena memasak sorang-sorang." jawab Adel serba-salah.

Nina tertawa kecil.

"Alah, tak ada apa lah sayang. Lagilun tinggal nak goreng sayur ni je. Pergilah naik. Kesian Angah nak baju apa semua nanti."

Adel tersenyum. Dah begitu kata sang Ibu, dia menurut sahaja. Lagipun, kesian pula suaminya di atas.

"Okaylah Bu. Adik naik sekejap tengok abang. Nanti adik turun tolong Ibu sediakan makan malam." pamit Adel lembut.

Nina mengangguk.

"Ya, takpa. Pergilah naik."

Tidak tunggu lama, langkah Angah yang mendaki anak tangga diekori dari belakang.

Adel menolak daun pintu perlahan. Terbias sekujur tubuh milik Angah yang hanya mengenakan tuala di pinggang.

"Abang." seru Adel lembut.

Angah menoleh. Nasib sahaja dia sudah bertuala separas lutut. Memanglah mereka suami isteri, tiada batas aurat antara mereka tapi dia tetap dihurung rasa segan.

"Lah, abang ingat sayang kat bawah tadi. Tak tahu pula sayang ikut abang naik sekali." ujar Angah.

Adel tersenyum manja sebelum tubuh mampir ke arah sang suami. Perlahan, kedua belah tangan naik membelit leher Angah. Angah hanya diam tersenyum. Isterinya memang manja sejak berkahwin ni. Dan dia pun manja.

"Kesian suami Adel hari ni, penat." ujar Adel mengeluh perlahan. Pipi Angah diusap manja.

Angah tersenyum.

"Biasalah sayang, dah tahun akhir macam ni, memang sibuklah. Nanti sayang pun macam tu jugak. Abang pun tak sabar nak habis belajar, nak kerja sara isteri abang ni." pipi gebu Adel dikucup perlahan.

Adel tersenyum.

"Alah, sekarang pun abang kerja kan. Kalau tak macam mana abang bagi nafkah kat Adel bulan-bulan?" tanya Adel bersahaja.

"Maksud abang kerja full time lah sayang. Sekarang kan abang kerja part time je. Tapi, abang syukur walaupun part time, abang masih mampu nak sara sayang."

"Abang nak kerja full time ke dengan syarikat media tu?" tanya Adel lagi.

Setahu dia, sekarang suaminya berkerja separuh masa dengan sebuah syarikat media dalam hal komputer. Nasib sahaja suaminya mempunyai sedikit kepakaran dalam perisian komputer. Boleh tahan lumayan gaji yang ditawarkan kepada suaminya.

Angah diam. Mengambil masa beberapa ketika untuk menjawab. Rambut Adel diselitkan ke belakang cuping telinga.

"Ermm, itu abang tak pasti lagi lah sayang. Maybe tak kut. Tapi, tengoklah nanti macam mana. I will think about it later. Papa pun ada minta abang kerja dengan dia." balas Angah. Pelukan di pinggang Adel dieratkan.

Adel mengangguk.

"Adel tak kisah abang kerja apa pun, yang penting abang ada masa dengan Adel, tak abaikan Adel. Dan lagi satu, halal."

Angah mengangguk. Sebuah kucupan dilayangkan di dahi mulus Adel.

"InshaAllah, abang takkan abaikan sayang. Tapi abang ada satu permintaan sekarang ni. Abang harap sayang pun tak abaikanlah permintaan abang."

Adel mengerutkan dahi.

"Permintaan apa?" soal Adel bingung.

Angah tersenyum senget. Wajah didekatkan ke arah Adel. Sebuah kucupan diberikan di bibir merah sang isteri. Adel tergamam.

"Jom teman abang mandi." bisik Angah perlahan di telinga Adel.

"Taknak." laju Adel membalas.

Angah tayang wajah cemberut.

"Kenapa?" soal Angah ingin tahu.

Adel jarakkan tubuh.

"Macamlah Adel tak faham 'mandi' abang tu macam mana. Bukan sejam dua." cebik Adel.

Angah tertawa.

"Sayang taknak pahala ke?" tanya Angah menggoda.

Adel telan liur. Ini yang buat dia lemah ni. Adel diam.

"Sayanggggg..." meleret nada Angah memanggil dirinya.

"Apa?" soal Adel sengaja keraskan suara.

"Sayang nak kan teman abang mandi? Tak baik tau tolak permintaan suami." Angah keluarkan pula bunga-bunga Agama, lagilah Adel tidak mampu menolak. Alahai suami.

Adel julingkan mata ke atas. Nafas dihembus kuat. Malas nak mendengar ugutan Angah, kaki diatur mendekati sang suami. Tangan Angah dipaut.

"Jomlah. Erghhh.."

Angah tahan ketawa.

"Pergi mana sayang?" tanya Angah sengaja ingin mengusik.

Adel hentikan langkah. Pantas tubuh ditoleh menghadap sang suami yang sedaya upaya menahan ketawa.

"Tadi ajak orang mandi sekali. Ni nak pergi teman lah baby tua ni mandi." ujar Adel geram.

Angah menghamburkan tawa yang ditahan kejap sedari tadi.

"Amboi, garangnya. Takut abang."

"Abang banyak cakap eh? Mandi sendiri lah. Tak jadi Adel nak teman. Mengada je lebih." rajuk Adel. Tangan Angah dilepaskan sebelum tubuh menonong ingin menuju keluar dari kamar bilik.

Angah pantas menahan. Sesaat, tubuh Adel diangkat tinggi.

"Mana boleh macam tu sayang. Dah janji kenalah tepati. Kesian abang mandi sorang-sorang." ujar Angah dengan memek muka kasihan.

Adel yang berada dalam dukungan mencebik namun pautan dikemaskan. Takut melorot jatuh pula nanti dia. Suaminya kalau bab tu pandai pula berjanji kena tepati. Amboi amboi amboi!

"Yelah suamiku sayang. Apa-apa jelah." Adel layankan sahaja. Tiada guna juga berbalah kata kalau akhirnya dia juga yang kalah. Mana mampu bertahan dengan aura suaminya. Kecundang jua akhirnya nanti dia.

••••

Maleek tenang menyandar sambil ralit memerhati ke luar jendela tingkap pejabat miliknya. Kedengaran dari bawah bunyi hon nyaring di sana sini. Jam di tangan dikerling sekilas. Tepat jam 5.30 petang. Patutlah manusia dan kenderaan bersesak-sesak di jalan raya ketika ini.

Sekilas, fikiran melayang mengingati Angah dan Adel. Terasa rindu kepada anak dan menantunya ketika ini. Kebelakangan ini, masing-masing sibuk. Angah di tahun akhir, Adel juga sibuk dengan semester yang makin mencabar. Dulu, kerap juga mereka bertandang ke rumah walaupun mendapat layanan dingin daripada Mila.

Mujur sahaja anak dan menantunya kuat semangat, cekal dan tinggi dengan budi pekerti. Tetap mengutamakan mereka walaupun layanan yang diberikan Mila menyakitkan hati mereka.

Tok! Tok! Tok!

Maleek tersentak. Ketukan di muka pintu menyentakkan lamunan panjang dirinya. Pantas tubuh ditoleh menghadap ke muka pintu.

Sesaat, terjengul wajah Qusaira, setiausahanya di sebalik pintu pejabatnya.

"Ya Sara. Anything?" soal Maleek. Tubuh dilabuhkan ke kerusi empuk miliknya. Tenang menyandar ke kepala kerusi.

Sara tersenyum. Langkah diatur sopan masuk ke bilik ketuanya.

"Kamu tak balik lagi ke? Buat overtime ke apa?" seloroh Maleek di hujung bicara.

Sara hanya tersengih.

"Belum tuan, suami saya datang jemput lambat sikit harini." ujar Sara.

Maleek mengangguk.

"Jadi, ada apa awak masuk bilik saya ni?" soal Maleek ingin mengetahui tujuan utama Sara mengetuk pintu biliknya.

"Tuan, ada tetamu nak jumpa tuan." ujar Sara perlahan.

Maleek mengerutkan dahi. Tetamu? Siapa pula petang-petang ini datang ingin berjumpa dengannya?

"Tetamu? Siapa?" soal Maleek hairan.

Belum sempat Sara menjawab, suara seseorang yang menyahut membuatkan Maleek tercengang.

"Aku..."

Satu susuk melangkah kemas masuk ke dalam ruang kamar milik Maleek. Dan Maleek pula terus tercengang dan kaku memandang sekujur tubuh itu.

Selamat membaca. Jangan lupa komen. Tq semua!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience