BAB 4

Romance Series 351253

Adel tercegat di anak tangga teratas. Mata melingas memerhatikan kawasan rumah yang dihias cantik oleh ibu. Kawasan ruang tamu dilihat bertukar bentuk dengan belon berwarna-warni digantung sekaligus menghasilkan suasana yang cantik.

Dia memandang setiap bait patah tulisan yang tergantung di dinding rumah mewah mereka. Dibaca dengan teliti satu persatu.

"Kenapa tercegat kat sini?" soal Along.

Adel tersentak. Dengan cepat, tubuh ditoleh ke belakang. Terlayar seraut wajah Along atau nama sebenarnya si abang, Haidar Rafiq.

Kacak namun tidak sekacak Angahnya. Angahnya lebih kacak. Walaupun baru sahaja berusia lima belas tahun namun Angah seakan sudah berusia seperti lelaki belia.

"Along. Tak ada apa lah. Saja. Kalau tengok dari atas ni lagi cantik. Pandai ibu hias untuk birthday Angah." ujar Adel ceria.

Along menganggukkan kepala mengiakan kata si adik.

"Macam lah adik tak tahu, Angah tu cerewet dia macam mana. Itu tak kena ini tak kena." bebel Along perlahan.

Adel tertawa kuat.

"Entah-entah Angah tu perempuan kut Along. Cerewet lain macam. Kalah adik." Adel menokok tambah.

"Aah kan. Entah-entah spesies Sajat. Takpun Safiey Elyas." Along turut menambah.

Seketika, berlagu kuat tawa mereka berdua. Asyik ketawa, tidak sedar kalau Angah yang sudah tercegat menyeluk tangan ke dalam poket sedang memasang telinga mendengar perbualan mereka.

"Ehem!" Angah berdehem kuat.

Ketawa yang kedengaran riuh sebentar tadi, berhenti serta-merta. Masing-masing menekup mulut dengan mata terbeliak besar. Mereka berpandangan sesama sendiri.

Dikalihkan tubuh perlahan-lahan ke belakang. Terkedu mereka dengan kehadiran Angah di belakang. Rapat pula dengan tubuh Adel. Adel merapatkan tubuh ke arah Along yang beriak steady di sebelah. Dirangkul lengan kekar milik Along.

"Kau ke Angah. Along ingatkan siapa tadi. Terkejut kami. Nasib tak tergolek jatuh tangga." ujar Along tanpa perasaan bersalah sama sekali.

Riaknya selamba sungguh seolah tidak terkesan langsung ditangkap sedang mengutuk Angah dengan Adel sebentar tadi. Angah hanya diam. Sempat ditangkap pautan tangan Adel yang merangkul erat lengan Along di sisinya. Menikus sahaja Adel mengelak daripada memandangnya.

"Seronok mengutuk aku?" soal Angah dingin. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluar shortpantsnya.

Adel mendongak memandang Along di sebelah. Along tersenyum membalas renungan Adel. Angah mencerlung tajam memandang keduanya.

"Mana ada kami kutuk kau. Jangan nak perasanlah. Kan adik? " ujar Along berdalih.

Adel mengganggukkan kepalanya beria.

"Angah tak pekak lagi lah Along. Telinga ni masih boleh dengar dengan jelas lagi."

Along tertawa kecil.

"Hah, kalau dah boleh dengar dengan jelas, Angah tanya lagi dah kenapa?" soal Along sengaja bermain tarik tali dengan Angah.

Sesekali, dikerling si ibu yang asyik ke hulu ke hilir menghias kelengkapan untuk sambutan hari jadi Angah yang kelima belas tahun. Ada juga beberapa orang jiran terdekat mereka yang datang bertandang menolong ibu menyiapkan juadah dan membantu menghias ruang tamu.

"Jadi, betullah kan, korang kutuk Angah?" soal Angah sekali lagi.

"Angah rasa?"

Angah mendecit perlahan.

"Betul-betullah Along."

Along menggelengkan kepala seraya mengangkat bahu.

"Dah lah, malas Along nak layan Angah. Pergi bantu ibu pun ada faedahnya."

Along mulai bergerak turun anak tangga satu persatu. Menuju ke arah ibu yang seakan memerlukan pertolongan mereka sahaja mengangkat meja di tengah ruang tamu untuk diletakkan ke tempat lain.

Adel yang sedikit ketinggalan di belakang gelisah. Along ni pun main blah sahaja tinggalkan dia terkebil-kebil. Lain kali, tariklah dia sekali pergi. Ditinggalkan dia dengan bapak singa sorang ni, mahu dibaham dia nanti. Saat dia berkira-kira untuk menyoroti langkah Along, terasa pergelangan tangannya direntap daripada belakang.

Adel terkedu. Perlahan, dipusing tubuhnya lambat menghadap wajah serius Angah. Dijatuhkan pula renungan di tangan mereka yang bertaut erat. Dia dihurung rasa debar. Membahang wajahnya menahan rasa malu dan segan dipegang Angah.

Ditarik rapat Adel ke arah tubuh tegap miliknya. Adel terpana. Liur yang ditelan terasa kasar.

"Seronok kutuk aku tadi?" Angah berbisik keras. Rapat di wajahnya. Hangat hembusan nafas Angah menampar wajahnya. Adel terkebil-kebil. Makin kejap genggaman Angah di pergelangan tangannya.

Adel diam. Tidak berani membalas renungan Angah. Takut ada hati yang makin terusik.

"A..aa..angah jangan salah faham. Adel bergurau je tadi dengan Along. Sum..sumpah tak ada maksud pun nak kutuk Angah. Adel minta maaf kalau buat Angah terasa." tergagap Adel membalas soalan Angah.

Terasa kaku dan keras segala anggota tubuh badannya bila Angah berbisik serapat dan sedekat itu dengan dirinya. Sungguh dirinya tidak biasa. Mentelah lagi, hubungan mereka yang sememangnya dingin seperti iceberg di kutub Utara. Tidak seperti hubungannya dengan Along, mesra dan selesa.

Angah tersenyum sinis. Diperhatikan seraut wajah manis itu. Semakin cantik dari hari ke hari dia lihat. Bukan dia tidak tahu, kalau di sekolah ada beberapa orang rakannya yang galak meminta untuk berkenalan dengan Adel. Ada juga yang menawarkan diri untuk menjadi abang angkat kepada adiknya.

Cuma dia sahaja yang bersikap malas untuk mengambil tahu. Baginya, permintaan-permintaan tersebut tidak ubah seperti usikan nakal daripada mereka. Namun, ada juga yang benar-benar serius. Sanggup merayu kepadanya. Namun, dia bersikap tidak endah. Merayu lah keluar air mata darah sekalipun, dia takkan sesekali benarkan.

"Angah, Adik. Apa lagi tercegat kat situ. Pergi naik bersiap. Nanti tetamu datang." lantunan suara nyaring ibu dari bawah membantutkan pautan antara mereka.

Angah melepaskan pegangan. Dia berdeham kuat. Adel pula menoleh pantas ke arah ibu. Terasa janggal suasana antara mereka. Kepala dianggukkan laju mengiakan suruhan ibu kepada mereka.

"Angah, baju ibu dah gantung tepi almari tu. Jangan pakai baju lain pula.  Angah tu bukan boleh percaya. Nanti ada sahaja yang tak berkenan di mata dia." bebel ibu kuat.

Angah menggaru kepala yang tidak gatal. Tersenyum kelat mendengar bebelan si ibu kepadanya.

"Mana ada lah. Ibu ni tak baik tahu cakap Angah macam tu." Angah mencebikkan bibir. Terasa dia dengan bebelan si ibu.

"Betul lah. Ibu tahu lah sebab ibu ni ibu Angah. Lainlah orang lain. Dah, pergi naik bersiap. Majlis dah nak mula ni." arah ibu sekali lagi.

Angah mengeluh kuat. Dikerling Adel yang sedang membelakanginya.

"Okay baik ibu." sahut Angah perlahan.

Tubuh dipusingkan kembali. Menapak mendaki anak tangga satu persatu dengan malas. Dari belakang, kedengaran derap kaki milik Adel yang turut mendaki anak tangga perlahan. Ingatkan nak tercegat kat situ lagi. Pandangan mengejek daripada Along kepada mereka diendahkan sahaja.

••••

Gaun berwarna biru gelap mempunyai reben di belakang disarungkan ke tubuhnya. Cantik, desis hatinya. Terletak elok, sepadan di tubuhnya yang kurus tinggi. Pandai ibu pilihkan untuk dia. Bibir melorek senyuman manis.

Wajah ditempek dengan compact powder dan bibir pula dicalit dengan lipbalm sebelum diratakan sedikit Liptint di atas bibirnya. Rambut diikat  ekor kuda. Dipasang anting-anting berwarna putih menjuntai jatuh. Berkilauan anting-anting tersebut.

Puas dengan penampilan diri sendiri, dia bergerak turun. Menutup rapat pintu bilik. Langkah diatur menuju ke bawah. Dari atas, dia sudah terdengar sayup-sayup keriuhan suara-suara kanak dan orang dewasa yang riang berceloteh. Mereka turut disajikan dengan alunan lagu riang bersesuaian dengan tema hari jadi pada hari ini.

Gaun yang agak meleret diangkat sedikit. Memudahkan gerak langkahnya. Dia meninjau ke bawah. Boleh dikatakan ramai juga para tetamu jemputan papa dan ibu pada hari ini. Tidak kurang dengan kehadiran para rakan-rakan sekolah Angah.

Dari jauh, terbias kelibat Angahnya yang segak berbaju suit sepasang berwarna hitam. Namun, Angah nampak sangat segak kerana butang baju kemeja putihnya dibiarkan terbuka. Seluar slack senteng separas buku lali dengan sebelah tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar. Terserlah kekacakan si Angah.

Dia mengeluh kecil. Dia sama sekali tidak hairan kalau Angah sememangnya menjadi rebutan di sekolah mereka. Siapa yang tidak mengenali Hayyan Rifqi. Bukan sahaja bijak malah aktif bersukan. Namun, Angah ini boleh dikategorikan sebagai badboy juga.

Berapa ramai sudah hati para pelajar perempuan yang dia patahkan. Namun, dia terdengar juga gosip yang tersebar kebelakangan ini tentang gadis yang baru sahaja berpindah masuk ke sekolah mereka. Dari desas-desus gosip tersebut, katanya Angah sedang dalam proses menjalinkan hubungan dengan gadis yang dipanggil Amanda itu.

Entahlah, dia juga sebenarnya tidak tahu sejauh mana kesahihan gosip tersebut. Tapi, jika difikirkan kembali,mungkin ada benarnya memandangkan dia pernah juga terserempak Angah sedang berjalan sambil bergelak tawa dengan gadis tersebut.

"Adel." laung Ayana kuat.

Serentak, tumpuan kini terarah kepada Adel yang tercegat di muka pintu. Angah yang asyik bergelak tawa bersama rakan sekelasnya menoleh pantas. Seketika, matanya terpana saat menangkap kelibat Adel yang cantik dalam persalinan gaun tersebut.

Adel tersenyum manis. Semakin bertambah cantik wajahnya. Dengan tidak mempedulikan mata-mata yang memandangnya, diangkat gaun tersebut sebelum berlari anak ke arah Ayana. Para tetamu saling berbisik bertanyakan tentang gadis yang kelihatan sangat comel itu.

"Ayana!"

Ayana tersengih lebar.

"Cantiknya kau hari ini, Adel. Aku ingat siapa tadi. Dekat pintu baru perasan kau."

Adel tersengih.

"Aku ingatkan kau tak datang. Mana parents kau?" soal Adel ramah.

"Tu,kat sana. Tengah borak dengan tetamu lain." jelas Ayana sambil jari ditundingkan ke arah meja bulat di hujung sana.

"Aku macam nampak Amanda tadi. Angah kau jemput dia datang sekali eh?" Ayana bertanya. Sate disua masuk ke dalam mulut.

Adel tercengang. Mencari kelibat orang yang dimaksudkan oleh Ayana.

"Hah, itu Amanda. Panjang umur dia." sela Ayana kalut. Ditunding jarinya ke arah Angah.

Adel menoleh ke arah yang ditunjukkan Ayana. Sekujur tubuh kurus Amanda dilihat menuju ke arah Angah. Angah menyambut mesra kehadiran Amanda di sisi. Gelak tawa mereka kedengaran. Amanda kelihatan tidak lepas memandang wajah kacak milik Angah.

"Betul lah kut gosip pasal diorang tu kan. Tengok gaya macam ya je, Adel." ujar Ayana perlahan.

Adel melepaskan keluhan kecil. Dilarikan renungan ke arah Ayana yang dari tadi tidak habis mengunyah makan. Berbeza dengan dia, tiba-tiba sahaja hilang selera makan. Entah, dia juga tidak tahu kenapa. Biarlah. Tengok Ayana makan juga sudah membuatnya kenyang.

"Cukup lagi tak makanan kau tu? Kalau tak cukup, pergilah tambah lagi." usul Adel berselitkan gurauan.

Ayana mencebikkan bibirnya ke atas. Sedar kalau Adel menyindir dirinya. Macamlah Adel tidak tahu kalau dia memang gemar makan. Tambahan lagi dengan majlis yang menyajikan makanan sebegini banyak. Penuh meja, sudah pasti dia tidak akan melepaskan peluang. Nanti balik tidaklah kelaparan.

Kini, mereka tiba di acara kemuncak majlis. Apa lagi kalau bukan acara memotong kek. Kanak-kanak sudah mulai menggerumuni tempat acara memotong kek. Kek setinggi tiga tingkat itu ditempah khas untuk Angah sempena hari jadinya.

Terasa malas untuk bersama-sama Angah memotong kek, dia duduk sahaja di meja makan bersama Ayana. Sayup-sayup terdengar lagu Selamat Hari Jadi berkumandang.

"Happy birthday, Hayy. Awak nampak segak sangat hari ni." ucap Amanda lembut.

Angah tersenyum biasa.

"Terima kasih Manda. Awak pun apa kurangnya." balas Angah ringkas.

"Cantik betul adik Hayy ni kan. Macam mana lah kalau dah besar nanti, mesti lagi cantik. Beraturlah lelaki nak jadi adik ipar kau Hayy. Gerenti!" ujar Helmi berbisik rapat ke arah Raid sambil mengerling memandang Adel yang asyik berborak bersama Ayana.

Angah yang asyik berceloteh bersama Amanda, terdiam. Telinga dipasang mendengar perbualan dua orang rakannya.

"Kau baru tahu ke Adel tu cantik?" soal Raid perlahan.

"Tahu lama dah. Cantik lagi daripada Amanda." perlahan sahaja dia menyebut nama Amanda.

Angah turut memusatkan pandangan ke arah Adel. Cantik ke? Seketika dikalih ke arah Amanda di sisi pula. Seketika, dia menilik kedua perempuan tersebut.

"Biasa je aku tengok." ulas Hayyan perlahan. Tanpa sedar.

"Biasa bagi kau, luar biasa bagi kami." sahut Helmi pantas. Pelik dia dengan Hayyan ni. Pantang dipuji tentang Adel, pasti cepat-cepat dipangkah. Seolah tidak suka jika hal Adel dibangkitkan.

"Dah lah. Cepat potong kek kau tu. Kempunan dah kami nak merasa. Asyik jilat bibir dari tadi. Naik kering bibir aku." rungut Raid kuat. Berniat untuk mengalih topik tentang Adel.

Angah mendengus. Dengan riak sebal, kek dipotong cermat dengan pisau yang tersedia. Sesudah potong, diserahkan kepada si ibu yang tersenyum di sisi untuk dicatu ke dalam pinggan polisterin dan diberikan kepada tetamu yang hadir.

"Jom Raid. Kita pergi kat Adel dengan Ayana. Boleh borak-borak sambil makan kek." ajak Helmi.

"Jomlah. Lenguh pula kaki asyik berdiri. Kami gerak pergi sana dulu Hayy. Nak mengurat adik kau kejap. Mana tahu untung-untung boleh jadi adik ipar kau." seloroh Raid.

Angah hanya mampu diam memandang langkah kedua rakannya menuju ke arah Adel dan Ayana. Hendak melarang, serasa tidak patut. Tapi entah kenapa dia rasa tidak selesa dan tidak suka. Ahh, biarlah. Tidak lama kedengaran ketawa kuat mereka berempat menampar pendengaran Angah. Angah mendengus kasar. Sebal!

••••

Adel membawa diri ke taman belakang. Usai membantu ibu mengemas halaman rumah, dia membawa diri ke halaman belakang. Terasa tenang dikelilingi dengan pelbagai bunga.

Lehernya di lenturkan ke kiri dan kanan beberapa kali. Boleh tahan sengal juga dia membantu Along dan ibu mengemas segala barang sambutan hari jadi Angah. Ini kalau tak sayang lagi tak tahu lah. Dipicit sambil ditumbuk-tumbuk bahu kanannya.

Digeliatkan badan kiri dan kanan. Dilepaskan keluhan lemah. Terbayang kemesraan antara Angah dan juga Amanda sebentar tadi. Sedikit sebanyak hatinya terusik. Kadangkala dia terfikir kenapa Angah boleh melayan perempuan lain dengan baik sedangkan dengan dia Angah bersifat kasar dan dingin?

Adakah kerana dia bukan adik kandung mereka jadi sukar untuk Angah menanam rasa kasih dan kemesraan antara mereka? Dia tahu kalau Angah sebenarnya bencikan dia. Dia tahu! Cuma, jauh di sudut hati, dia masih lagi mengharapkan secebis kemesraan daripada Angah.

"Adik buat apa kat sini?" soal Along perlahan.

Dilabuhkan duduknya perlahan di sisi Adel. Renungan turut dijatuhkan ke arah langit yang mulai membiaskan warna kekuningan. Bersinar cahaya. Adel menoleh ke sisi. Merenung seraut wajah tenang milik Along.

"Tak buat apa pun. Saja ambil angin kat belakang ni. Dah siap kemas ke? Sorry lah adik tolong sikit-sikit je." ujar Adel perlahan.

Along tertawa. Dicubit pipi gebu milik si adik. Geram dia melihat seraut wajah comel Adel. Pantas sahaja di sekolah ramai yang meminta tolong darinya untuk berkenalan dengan Adel. Namun,seperti Angah dia juga buat tidak endah sahaja.

"Dah siap dah. Alah, takpa. Sekurangnya adik tolong juga kan tadi." balas Along tersenyum senget.

"Tolong apa?" soal Adel mengerutkan dahi.

"Tolong makan." jawab Along pantas.

Adel membeliakkan biji mata. Terjerit kecil dia dengan kata-kata Along.

"Mana ada. Along ni tak baik tahu cakap adik macam tu. Ish, Adik makan sikit jelah." Adel memuncung. Ditumbuk bahu Along kuat.

Along tertawa kuat. Adel tersengih. Alangkah indahnya, kalau Angah juga semesra dan sebaik ini dengan dirinya. Perlahan, dilingaskan pandangan mencari kelibat Angah. Tidak semena, Adel terkelu. Angah juga turut memandang ke arahnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Dialihkan pandangan ke lain. Dilepaskan keluhan lemah. Along berhenti ketawa.

"Kenapa?" soal Along perlahan

Adel tersenyum tawar.

"Tak ada apa. Cuma, adik terfikir, kan seronok kalau Angah pun macam Along. Tapi tak mungkinlah."

Along diam.

"Kenapa adik cakap macam tu?"

Adel mengeluh.

"Angah mana suka adik. Dia sendiri cakap dia bencikan adik. Adel bukan adik dia." tukas Adel perlahan.

Sehingga kini, masih kemas di ingatannya akan kata-kata Angah yang mengaku bencikan dia. Walaupun ketika itu dia masih kecil, namun dia faham akan setiap kata yang dihamburkan oleh Angah kepadanya.

"Adik tak payah la ambil hati dengan kata-kata Angah tu. Dia tak maksudkan pun. Adel tetap adik kami." ujar Along perlahan.

Adel diam. Renungan dilabuhkan ke arah jemari di ribaan. Diramas sesama sendiri. Along tersenyum. Dipaut rapat bahu Adel. Memujuk si adik yang muram.

"Adik sayangkan Angah?" soal Along. Wajah muram si Adik diintai.

Adel menganggukkan kepala. Jujur, dia sayangkan Angah.

"Dah lah, jangan lah sedih. Kadang-kadang adik kena faham. Tak semua perbuatan seiring dengan hati."

Wajahnya dipanggungkan. Menatap wajah Along.

"Maksud Along?" soal Adel, bingung.

Along memandang Angah yang sedang menyusun kerusi. Dia perasan Angah sekali sekala memandang ke arah mereka.

"Tak ada apa lah. Along rasa Angah tu sayang je pada adik. Cuma, mungkin dia tak tahu cara untuk luahkan. Jangan lah sedih, suatu hari nanti Angah akan jadi rapat dengan adik macam Along juga." Along berikan kata pujukan. Penyedap hati.

Adel menggeleng.

"Adel tak percaya kalau Angah akan mesra macam Along."

"Kenapa adik cakap macam tu?"

"Macam mana adik nak percaya, kalau sampai sekarang Angah still macam tu dengan adik? Buktinya sampai sekarang Angah dingin dengan adik." selar Adel kuat.

Along mengeluh.

"Tak apa lah kalau adik masih sukar nak percaya kata-kata Along. Along tak minta untuk adik percaya. Cuma,  Along tetap dengan kata-kata Along yang suatu hari nanti Angah akan berbaik dengan adik. Sama ada cepat atau lambat."

Adel terdiam. Lama, diberikan sebuah senyuman pendek kepada Along. Ya, mungkin betul kata-kata Along. Tapi buat masa sekarang dia tidak nampak lagi tanda-tanda kemesraan antara mereka akan berputik. Angah masih Angah yang sama. Cuma, sekarang dia tidak tahu setinggi mana tahap tidak suka Angah pada dirinya.

"Betul ke?" soal Adel polos.

Along menganggukkan kepala. Sebuah senyuman turut diberikan.

"Ya, percayalah kata Along."

Adel turut tersenyum. Dibawa lagi tatapannya ke arah sekujur tubuh Angah. Dia harap suatu hari nanti dia ada tempat di hati Angah.

"Adik, Along. Buat apa lagi kat situ? Masuk cepat. Dah gelap ni." jerit papa kuat. Kerusi ditarik masuk.

Kami tersentak. Pantas tubuh bingkas berdiri. Seketika, kami tertawa perlahan. Tidak sangka, rancak brsembang sehingga dipanggil papa.

"Dah, jangan sedih okay. Jom kita masuk." ajak Along sambil menarik tangan Adel melangkah masuk ke dalam rumah. Angah hanya memerhati dari kejauhan. Sebuah dengusan dilepaskan.

Enjoy reading. Jangan lupa komen. Thank you!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience