BAB 21

Romance Series 351253

3 BULAN KEMUDIAN

pejam celik pejam celik, tiga bulan sudah Adel menjadi pelajar di situ. Pelbagai rasa sudah mulai dirasai. Kalau dulu diri hanya mampu melihat Along dan Angah kusut dengan pelbagai aktiviti dan tugasan, kini giliran dia pula.

"Class dismissed. Ingat, decline tarikh hantar tugasan hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi. Jadi, saya harap kamu semua dapat hantar sebelum decline. Thank you." Prof Azman melangkah keluar.

Ayana menoleh mencari kelibat Adel di sebelah. Bercakap tentang Ayana, diam-diam Ayana juga turut menyambung pelajaran di universiti terkemuka Angah dan Adel. Sengaja tidak dihebahkan dan diceritakan, kononnya mahu bikin kejutan bila Adel mengetahui kelak.

Mujur sahaja Adel tidak mengambil hati. Malah, Adel berasa sangat senang hati kerana kawan baiknya turut bersama-sama menyambung pelajaran di tempat yang sama dengan dirinya. Sekurangnya, dia punya rakan baik.

"Hurmm.." Sebuah keluhan dilepaskan Ayana sambil kepala diletakkan di atas meja. Riuh rendah kelas langsung tidak menganggu Ayana.

Adel menoleh. Dipandang Ayana yang terlentok dengan sebuah senyuman.

"Apa pula kali ni?" soal Adel terus dengan nada malas. Sesekali, mata membelek laptop yang terbuka di hadapan.

Ayana diam tidak berkutik. Adel menggeleng. Dibiarkan sahaja Ayana yang seolah lena itu. Nampak macam letih benar.

"Aku penat lah Adel. Semalam pukul 2 pagi baru aku lena tahu." rungut Ayana.

Adel menoleh sekali lagi ke arah Ayana di sisi. Hanya suara yang berbunyi. Wajah telangkup atas meja. Tak bermaya sahaja bunyi suaranya.

"Kau buat apa je pukul 2 pagi baru lena?" soal Adel.

"Buat apa lagi, siapkan kerja Prof Azman kau lah. Macam lah kau tak kenal dia macam mana. Mulut puaka mengalahkan Azwan Ali." rungut Ayana.

"Eloklah kalau dia mulut puaka macam tu. Baru students ada rasa takut dan hormat sikit kat dia." balas Adel.

Ayana panggung wajah dengan malas. Ditoleh malas ke arah Adel. Seketika, direnung wajah cantik Adel. Kagum dia dengan Adel. Macam mana lah Adel dapat kekuatan segar bugar pagi sebegini hadir ke kelas?

"Dia tenung muka aku pula."

"Adel.." seru Ayana perlahan.

Adel angkat kening.

"Kau memang cantik sejak dari dalam perut ibu kau eh?" soal Ayana tetiba.

Adel tercengang. Berkerut dahinya dengan soalan daripada Ayana.

"Soalan apa ni kau tanya kat aku? Dah tak ada soalan lain lagi dah kau nak tanya?" soal Adel perlahan.

Ayana betulkan duduk.

"Alah, jawablah. Kau ni tak sporting lah." rungut Ayana.

Adel gelengkan kepala.

"Aah, aku memang sejak dari dalam perut lagi lawa. Kalau kau nak tahu, kat universiti ni memang aku lah yang paling lawa. Puas hati?" jawab Adel loyar buruk.

"Amboi, melampau betul statement kau." balas Ayana seakan mahu termuntah.

Adel tersenyum senget.

"Dah kau pun tanya soalan bukan-bukan, aku pun jawab lah bukan-bukan." jawab Adel sambil tersenyum.

Ayana mencebik.

"Adel.." seru Ayana sekali lagi.

Adel mengeluh. Terhenti kerja mengemasnya.

"Apa lagi Ayana kusayang?" tanya Adel

"Aku penatlah. Aku nak tidur kejap boleh tak?"

Adel membulatkan mata.

"Tak payah nak mengada lah. Dah, jom. Kemas cepat barang-barang kau tu. Lambat, aku tinggal. Padan muka." ugut Adel kuat.

Ayana ni bukan boleh jangka orangnya. Bila dah dia kata mengantuk, bukan tahu dirinya ada di mana. Bawah meja juga boleh sahaja dijadikan tempat untuk tidur.

Adel kendong beg tote ke bahu. Dikerling Ayana yang masih terlentok di atas meja.

"Ayana!" seru Adel kuat.

"Apa?" tanya Ayana lemah.

"Jom lah cepat. Nanti budak kelas lain pula nak guna bilik ni." Adel mengingatkan Ayana.

Lima minit, masih tiada tindak balas dari Ayana. Lelah, Adel bingkas berdiri. Langkah diatur menuju ke luar bilik.

"Ikut kau lah. Biar buaya-buaya darat yang kejutkan kau nanti." bebel Adel kuat.

Mendengarkan itu, Ayana bingkas bangun. Seram dia dengan buaya-buaya yang ada di kampus mereka. Toleh ke belakang, kelihatan Adel sudah jauh beberapa meter darinya.

Dengan pantas, kelam kabut disandang beg ke bahunya. Buku rujukan kalut dicapai.

"Adel, tunggu akulah." jerit Ayana.

Adel menoleh sebelum kembali meneruskan langkah. Tawanya disimpan. Itulah, berlagak sangat nak tidur situ.

"Ingatkan kental sangat." bisik Adel lucu. Derap langkah kalut Ayana di belakang dibiarkan.

••••

Adel melangkah laju menuju ke arah bas. Dari jauh kelihatan ramai pelajar sedang beratur ingin menaiki bas ke sebuah lagi kampus. Mengenangkan banyak tugasan yang perlu disiapkan sebelum cuti semester berlangsung, Adel bercadang untuk bertapa di perpustakaan sahaja memandangkan banyak bahan rujukan yang boleh didapati di perpustakaan mereka.

Seketika, ingatan melayang kepada Angah. Nama sahaja mereka satu universiti tetapi hanya beberapa kali sahaja mereka bertemu. Itupun hanya saling merenung dari jauh antara satu sama lain. Sedikit sebanyak terasa rindu mengetuk pintu hati. Sebuah keluhan dilepaskan.

Suasana perpustakaan yang lenggang memberikan sedikit ketenangan para pengunjung yang datang. Adel maju ke tingkat dua. Mengenangkan di situ banyak buku rujukan berkaitan dengan tugasannya, jadi dia membuat  keputusan untuk bertapa di situ.

Meja yang agak tersorok menjadi pilihannya. Mudah agar konsentrasinya tidak diganggu dan terganggu. Diletakkan beg laptop di kerusi sebelah. Usai, tubuh dibawa menelusuri setiap rak buku yang tersusun kemas. Beberapa ketika mencari, Adel kembali dengan beberapa buah buku di tangan.

Tubuh dihenyak. Laptop dinyalakan. Bersedia untuk membuat tugasan. Cadangnya mahu mengajak Ayana, tapi mengenangkan seharian Ayana mengadu letih, dibiarkan sahaja Ayana lena dengan tenang. Mengecas semula tenaganya. Lagipula, terlalu belajar tanpa diselang seli dengan nerehat juga satu perkara yang tidak bagus.

Sessat, terasa kerusi di hadapannya berbunyi akibat ditarik seseorang. Terhenti pergerakan tangan, mata dan mulutnya seketika bila melihatkan kehadiran seorang lelaki tepat di hadapannya saat ini. Mata dibawa menjelajahi seraut wajah tersebut.

"Hai Adelia Mikayla.." sapa lelaki tersebut.

Adel diam. Hanya sepasang mata bundar miliknya yang galak memerhati seraut wajah tersebut. Perlahan, ditundukkan kembali pandangannya ke buku.

Kedengaran tawa kecil terluah daripada bibir itu. Adel beriak biasa.

"Sombongnya."

Adel panggung wajah.

"Yes, any problem?" soal Adel malas.

Lelaki tersebut membetulkan duduk. Jaket dibetulkan kedudukannya supata kelihatan lebih kemas. Biar nampak kacak di mata perempuan di hadapannya ketika ini.

"Adel sorang je ke?" soal lelaki itu lagi.

Adel mengeluh.

"Ada nampak orang lain lagi ke kat meja ni?" balas Adel selamba.

"Memang lah tak ada, tapi kot lah kawan Adel datang sekali tapi dia pergi cari buku. Mana tahu kan." balas lelaki itu lagi. Sesekali mata dilingas ke sekeliling.

Malas melayan, Adel kembali menumpukan pada kerja. Dibiarkan lelaki itu sendirian. Affan mengetuk permukaan meja. Mulut dimuncungkan.

Affan berdehem perlahan. Adel buat tidak tahu.

"Hmm, Adel.." panggil Affan perlahan. Bibir yang terasa kering dibasahkan.

Adel panggung wajah. Kening diangkat.

"Hujung minggu ni Adel free tak?" soal Affan perlahan. Wajah ditundukkan merenung wajah jelita Adel.

Adel diam. Mencongak-congak aktiviti hujung minggunya.

"Kenapa?" tanya Adel sepatah. Ikutkan hati malas nak bercakap tapi nanti dicop sombong pula.

"Abang nak ajak Adel keluar. I mean pergi jalan-jalan, tengok wayang, makan-makan. Thats all." ujar Affan pantas.

Adel mengeluh.

"Sorry lah. Saya balik rumah hujung minggu ni." jawab Adel.

Affan berdecit. Baru sahaja nak tackle Adel dengan lebih dekat.

"Okay takpa. Kalau macam tu next week lah kita keluar. Boleh?" Affan masih tidak putus asa. Sangat berharap agar pelawaannya diterima Adel.

Adel masih lagi menunduk menyiapkan tugasan.

"Adel..boleh tak? Jawab lah. Janganlah buat abang tertunggu macam ni." gesa Affan.

Adel mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Sorry again. Adel ada hal. Balik kampung, ada kenduri." bohong Adel. Entah datang dari mana idea pembohongannya juga pun tak tahu lah. Main bantai sahaja.

Affan mengeluh kuat. Disandar malas badannya ke kerusi.

"Kalau Adel tak ikut boleh kan?"

Adel bulatkan mata.

"Eh, mana boleh. Nama pun kenduri, mestilah kena ada. Saudara mara semua balik, takkan lah saya tak balik semata-mata nak keluar dengan awak." sela Adel terus.

Ewah, sesuka hati dia je tak bagi kita balik. Amboii..

Affan diam.

"Abang ikut boleh? Boleh lah kenal-kenal dengan family Adel."

Adel tercengang. Biar betik Affan ni?

"Awak ni kenapa? Jangan nak mengada yang bukan-bukan boleh tak?" bebel Adel.

"Apa pula bukan-bukan. Salah ke abang nak kenal dengan family Adel?" tanya Affan

"Saya tak cakap salah, cuma tak ada keperluan untuk awak nak kenal dengan family saya." bidas Adel.

Affan tersenyum.

"Siapa cakap tak ada keperluan, mana tahu bila kenal dengan family Adel, kita berjodoh. Adel pun tahu kan abang suka Adel."

Adel tercengang. Serasa nak pitam dia dengar ujaran Affan. Malas untuk bercakap panjang lebar, segala alatan dikemas cepat masuk ke dalam beg.

'Nak buat kerja pun tak senang ada buaya sekor ni kat sini' desis Adel dalam hati.

"Eh, Adel nak pergi mana? Takkan dah habis buat kerja? Nantilah dulu. Kita sembang-sembang." soal Affan kalut.

"Saya baru teringat saya ada hal nak kena settle." jawab Adel dengar tidak dengar.

Affan turut bingkas bangun.

"Kalau macam tu jom lah." ajak Affan.

"Jom nak pergi mana?" soal Adel hairan.

Affan tersenyum.

"Jom lah balik. Abang hantarkan Adel. Dah lewat malam ni." pelawa Affan mesra.

"Eh, tak payah tak payah. Saya balik naik bas kampus je. Tak payah nak susahkan diri awak hantar saya" tolak Adel pantas.

"Eh takpa, tak ada susah pun. Lagipun abang memang sehala dengan Adel. Dah pukul 10 malam ni. Ada lagi ke bas waktu-waktu macam ni."

Adel geleng laju.

"Affan, saya cakap tak payah. Saya balik sendiri. Awak tak perlu risau, ada je lagi bas waktu ni. K lah, bye." Adel mencicit lari. Beg disangkut kalut ke bahu.

Affan mendengus kasar.

"Kau jual mahal erk. Takpa takpa." ujar Affan dengan suara tertahan. Tanpa lengah, langkah diatur sebal menuju keluar dari perpustakaan.

Adel menggosok dada yang terasa laju. Dilingas mata kiri dan kanan mencari kelibat Affan. Perlahan nafas dihembus lega bila kelibat lelaki itu tidak kelihatan.

"Semak lah. Aku dah elok buat kerja, kau datang kacau. Huh!" bebel Adel sendirian.

Perlahan, kaki dibawa ke arah stesen bas. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang tinggal. Badan yang kesejukan digosok menghasilkan haba. Risau juga bila hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang menaiki bas.

Nak call grab, memang idok ler. Lagi bahaya.

Adel melangkah masuk naik ke dalam bas diikuti beberapa orang pelajar lagi. Dalam hati berdoa agar tiada apa.yang berlaku. Kelihatan seorang lelaki bertopi tunduk bermain telefon.

Adel labuhkan duduk di ruang tengah bas. Bas mulai berjalan. Mata melingas memerhati ruang bas yang mulai surut. Adel kegelisahan bila hanya ada dia, lelaki bertopi dan sekumpulan pelajar lelaki dari Nigeria.

Adel mulai dilanda cuak. Mata mulai panas dilanda tangis. Serta merta ingatan melayang kepada Angah.

'Angah, Adel takut' bisik Adel getar. Pantas, telefon digagau dalam beg. Malangnya, telefon pula habis bateri. Lagi membuatkan dirinya rasa ingin menghamburkan tangisan.

Dengan terketar-ketar telefon diletakkan kembali ke dalam beg. Jemari meramas sesama sendiri. Terasa peluh merenik di dahi walau sejuk penghawa dingin terasa di sekeliling.

Sekumpulan lelaki itu mulai bergerak menuju ke arah ruang tengah. Kedengaran gelak tawa mereka bergema di dalam bas. Adel bingkas bangun. Ingin berpindah tempat duduk ke depan, hampir dengan pemandu.

Dengan terketar-ketar, Adel melangkah. Namun, sesaat terasa tangannya dilelar dan serentak itu Adel jatuh terduduk di atas peha lelaki bertopi itu. Adel sudah terbuntang mata. Jantung berdegup kencang.

Namun, bila mana lelaki bertopi itu angkat wajah, spontan air mata mengalir membasahi wajah.

"Angah!" terus tubuh kekar Angah dipeluk.

Angah hanya membiarkan sebelum dibalas pelukan erat Adel. Dapat dia rasakan badan Adel yang menggigil.

Wajah disemban ke leher Angah. Esak tangis dilepaskan. Angah biarkan. Mujur sahaja kedudukan mereka agak tersorok dan gelap.

"Shuh, dah jangan nangis. Aku ada." pujuk Angah lembut.

Adel bangunkan wajah. Angah selit rambut Adel di sebelah telinga. Diusap air mata yang berjejeran di wajah mulus itu.

"Kenapa kau nangis?" soal Angah.

Adel diam. Entah lah, dia pun tak tahu kenapa dia menangis. Entah takut, entah rindu pun tak tahu. Bercampur baur perasaannya ketika ini. Sekali lagi, disemban wajahnya ke arah leher Angah. Angah tersenyum. Manja!

"Dah, jom turun. Kita dah sampai." ajak Angah. Lenguh juga asyik meriba si Adel. Nampak sahaja kurus langsing tapi..

Adel bingkas bangun perlahan. Dipaut lengan Angah kejap. Perlahan, dituruni tangga bas dan mereka mulai mengatur langkah.

"Lain kali, jangan berani sangat. Dah tahu sorang, kenapa balik malam-malam. Bahaya tahu tak?" tanya Angah kuat. Geram dia!

Adel tersentak. Mata terasa panas semula. Wajah ditunduk kembali.

"Jawablah. Diam kenapa? Perasan berani sangat. Kalau kena rogol, culik macam mana? Siapa nak tolong kau? Kau ingat kau avengers?" tempik Angah lagi. Sungguh dia geram sekarang.

"Adel..Adel.." esak Adel.

Angah memicit pelipis.

"Lain kali, kau buat lagi macam ni, siap kau. Tahulah aku nak ajar kau macam mana." leter Angah.

Tidak betah melihat Adel teresak, pantas ditarik Adel masuk ke dalam pelukannya. Adel teresak lagi. Dipeluk erat pinggang Angah.

"Maafkan Adel." ucap Adel tertahan.

Angah mengeluh. Kepala Adel digosok.

"Aku maafkan. Dah jom, aku hantar kau balik kolej."
Digenggam tangan Adel.

Adel hanya diam sepanjang perjalanan. Sesekali digosok badannya. Angah hentikan langkah. Jaket yang tersarung dilepaskan.

"Kejap."

Adel diam. Menanti tindakan Angah.

Jaket dilepaskan sebelum disarung ke tubuh Adel. Ditarik bahu Adel rapat ke badannya. Lagak mereka tak ubah seperti sepasang kekasih yang sedang bahagia.

"Sejuk lagi?" tanya Angah.

Adel menggeleng perlahan.

"Kau belum jawab lagi soalan aku."

"Soalan apa?" tanya Adel.

"Kenapa kau balik malam-malam?"

Adel mengeluh.

"Adel ingat nak stayback dekat library je sampai pagi. Tapi last minute tak jadi nak stayback." jawab Adel perlahan.

"Kenapa pula tak jadi?" tanya Angah lagi.

Adel gigit bibir.

"Affan ada."

Spontan Angah hentikan langkah. Panas hatinya mendengarkan nama Affan.

"Affan budak engineering tu ke?" tanya Angah sambil membayangkan wajah Affan

Adel mengangguk. Angah mendengus kuat.

"Kau layan dia tak?"

Adel geleng laju.

"Betul? Kau tak tipu aku?"

Adel angguk laju.

"Bagus. Tak payah layan. Dia tu salah sekor buaya dekat sini. Aku harap kau tak jadi salah satu mangsa dia. Tapi kalau kau berminat nak jadi mangsa dia, silakan lah layan."

Adel menunduk. Hangat tubuh Angah menghalau kedinginan yang melanda.

"Kau ada perasaan ke kat Affan tu?"

"Mana ada. Orang tak ada perasaan lah kat dia." pintas Adel cepat.

"Yeke? Entah-entah kau minat dia" provok Angah

"Betul lah. Angah tak percaya sudah."

"Bagus lah kalau macam tu"

" Kau dah makan ke belum?"

"Adel dah makan tadi."

"Dengan abang Affan kau?" usik Angah.

Adel mendengus.

"Ishhh!" bentak Adel. Terus langkah dilajukan.

"Hey, tunggu lah." Angah berlari anak. Dipaut kembali bahu Adel rapat ke tubuhnya.

"Merajuk pula." bisik Angah rapat di telinga Adel.

Adel diam. Sengaja buat pekakkan telinga. Dah orang tak kenan, lagi disebut-sebut. Huh!

Sepuluh minit, mereka tiba di kawasan kolej hostel milik Adel. Bahu Adel dilepaskan.

"Dah, pergi naik. Aku tengok dari bawah." suruh Angah lembut.

Adel gigit bibir. Adel berkira-kira ingin melepaskan jaket Angah yang tersarung di tubuhnya, namun cepat ditegah Angah.

"Tak payah. Pakai je naik atas. Sejuk ni. Nanti kau demam." tegah Angah lembut.

Adel mengangguk lambat-lambat. Sesekali, dia melihat kalau Angah turut menggosok kedua bahunya. Jatuh kasihan Adel melihatnya.

"Pergilah.." arah Angah.

Adel berpusing. Melangkah lambat-lambat meninggalkan Angah.

"Adel.." seru Angah setelah beberapa langkah Adel di hadapan.

Adel berhenti. Ditoleh kembali ke arah Angah. Seketika, keduanya saling merenung sebelum Angah maju setapak demi setapak ke arah Adel. Adel menanti.

Kini, mereka saling berhadapan. Angah maju lagi. Merapatkan kedudukan. Perlahan, kedua tangan naik memaut wajah Adel. Ditarik dekat ke wajahnya dan...cup! Satu ciuman mendarat tepat di dahi mulus Adel. Spontan, Adel pejamkan mata. Merasai kehangatan ciuman Angah.

Beberapa saat, Angah kembali menjarakkan kedudukan antara mereka. Adel pula pantas memusingkan tubuh dan bergerak laju menuju ke kolej hostel. Angah tersenyum. Malu-malu kucing pula.

Adel menjenguk Angah dari aras tiga, kelihatan Angah masih menanti dirinya. Angah pula, setelah memastikan Adel sudah selamat tiba di dorm, pantas dia juga bergerak pulang ke hostel mereka yang berada bertentangan. Adel tersenyum. Jaket Angah dipeluk erat.

"Terima kasih baby boy." ucap Adel pada angin lalu.

Kenapa zira rasa mcm SLCm ni macam tak adapat sambutan je ? kalau x dapat sambutan, zira nak unpublish je lah. Angah dan Adel undur diri.

Share this novel

norashahida
2021-12-22 05:23:54 

uiks..jgn.tertunggu2 Angah n Adel


NovelPlus Premium

The best ads free experience