BAB 23

Romance Series 351253

"Segan lah aku Yana." luah Adel gusar.

Ayana menoleh memandang Adel di sisi. Cantik bergaya dengan dress dipadankan dengan jaket jeans biru gelap. Terserlah kejelitaan di wajah Adel.

"Kau nak segan apa? Bukan tak pakai baju." tukas Ayana.

Mata dilingas ke ruang pintu masuk. Kelihatan ramai pelajar yang menghadiri acara Malam Siswa Siswi pada malam ini, tidak terkecuali mereka berdua.

"Ishh, maksud aku segan lah nak masuk. Bukan segan sebab tak pakai baju." tukas Adel kembali.

Ayana tersengih.

"Alah, tak payah lah nak segan. Bukan kita je pelajar baru yang join, yang lain pun pelajar baru juga. Dah lah, jom masuk. Kang tak ada pula tempat duduk." ajak Ayana kalut.

Ditarik jemari runcing Adel menuju ke ruang legar dewan yang siap sedia dipasang lagu dan dihias cantik. Teruja Ayana melihatnya.

Adel melangkah kalut, menyaingi langkah kaki Ayana yang terlebih dahulu ke hadapan. Ayana bukan spesies jenis tahu malu. Main redah je! Adel geleng kepala.

Tiba di ruang pintu masuk, dilepaskan tangan Adel. Keduanya menghulurkan senyum manis ke arah urusetia yang sedang bertugas bagi pendaftaran. Usai memberitahu nama, mereka melangkah masuk.

"Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua."

Kedengaran pantun diberikan saat kami melangkah masuk. Dengan lampu yang bergemerlapan memukau segenap pandangan. Ayana sudah melopong. Adel turut terpegun.

"Jom Adel. Kita duduk sana." ajak Ayana ke arah sebuah meja yang masih kosong di ruang tengah.

Adel mengangguk. Sesekali mata melingas mencari kelibat Angah. Namun, tidak pula kelihatan. Adel gigit bibir.

"Kau cari siapa? Aku tengok dari tadi kau terjenguk-jenguk." tanya Ayana turut memerhati sekeliling.

Adel pantas menoleh. Digelengkan kepalanya tanda tiada apa. Sejenak mata terpandangkan wajah Affan yang asyik bersembang dan bergelak ketawa dengan sekumpulan pelajar perempuan di hujung sana. Adel tersenyum sinis. Tak lain tak bukan, tengah jual minya lah tu.

"Ayana.." seru Adel.

Ayana ayun dagu ke depan.

"Apa?" soal Ayana

"Kau nampak tak apa yang aku nampak sekarang?" soal Adel tersenyum sinis.

Ayana menoleh. Serentak mata terpandangkan kelibat sang buaya yang sedang mengumpan mangsa baru.

"Siapa? Buaya tembaga tu ke?" soal Ayana.

Adel mengangguk.

"Memang itu kerja dia selama ni kan?" tanya Ayana.

Adel angkat bahu.

"Sebahagian daripada kerja dia." tokok Adel.

Ayana tertawa.

"Eh, Angah kau tak join ke event malam ni?" tanya Ayana hairan.

Adel geleng kepala.

"Tak tahu, rasa macam tak ada nampak pula kelibat dia." balas Adel.

Sekali lagi, mata dilingas ke sekeliling dewan. Namun hampa bila masih tiada jua bayang Angah. Adel mengeluh.

"Kau okay tak?"

Adel tersentak. Perlahan, kepala diangguk.

"Okay, kepada hadirin sekalian, kini kita tiba di acara kemuncak yang digemari ramai. Sudah pasti, masa untuk menjamu selera."

Serentak, bunyi riuh rendah hadirin bersorak. Sudah pasti ia adalah acara kegemaran. Mengenangkan hidangan yang lazat, siapa sahaja yang tidak kecur liur.

Ayana sudah bersorak kegembiraan. Punya lah dia berlapar hari ni demi memastikan untuk dia melahap makanan pada acara malam ini. Adel hanya tersenyum sambil menggeleng melihat telatah Ayana.

"Kau pergilah ambil dulu makanan. Aku jaga barang. Nanti kalau dua-dua pergi, hilang pula barang kita." Ujar Adel menyuruh Ayana mengambil makanan terlebih dahulu.

"Okay."

Adel kemaskan duduk. Sesekali mata melihat sekeliling. Asyik memerhati tanpa sedar dirinya dihampiri seseorang.

"Adel.."

Adel terkejut. Pantas tubuh ditoleh. Sejenak, sebuah keluhan dilepaskan bila mana wajah Affan terpampang di ruang mata.

"Aduh, spoil mood aku." desis Adel sebal.

"Boleh abang duduk?" tanya Affan

Adel menjeling malas.

"Kalau saya kata tak?"

Affan tertawa.

"Abang tetap akan duduk." jawab Affan beriak biasa dan terus melabuhkan duduk di sisi Adel.

"So, perlu ke tanya kalau dah tahu awam tetap akan duduk?" soal Adel sarkastik.

Affan tertawa lagi. Direnung wajah cantik Adel tanpa jemu.

"Adel ni janganlah garang sangat dengan abang." tegur Affan bergurau.

Adel pamer riak wajah jengkel.

"Sejak bila saya garang? Setahu saya, perangai saya memang macam ni." bidas Adel.

Affan senyum senget. Adel, seorang perempuan yang sukar untuk didekati. Walaupun kerap dijamu dengan kata-kata sinis dan riak wajah yang jengkel, dia masih lagi mencuba mendekati gadis ini. Baginya, Adel seorang gadis yang limited.

Sukar untuk didekati seperti burung merpati. Namun, dia suka. Makin kuat azamnya untuk memiliki Adel. Entahlah, mungkin kerana sikap Adel yang lain daripada yang lain menambat hatinya untuk terus mencuba mendekati Adel.

"Adel dah makan?" soal Affan mengalih topik perbualan

"Belum." jawab Adel sepatah.

"Kalau macam tu biar abang tolong ambilkan makanan untuk Adel. Kesian Adel lapar." tawar Affan mesra.

Adel pantas menghalang.

"Affan, no need. Saya boleh ambil sendiri. Awak tak perlu susah-susah nak ambilkan untuk saya. Saya belum cacat lagi." Adel bingkas berdiri. Bersedia untuk mengambil makanan.

Affan mengeluh. Spontan tangan Adel dilelar daripada belakang. Adel terkesima. Bulat matanya memandang Affan.

"Tak apa, tak susah pun. Abang pun nak ambil makanan juga." pelawa Affan lagi.

Adel mengeluh kuat.

"Take off your hand!" terus direntap kasar tangannya daripada pegangan Affan.

"Saya cakap tak payah, tak payah lah. Kenapa awak ni susah sangat nak faham hah?" bentak Adel geram.

"Okay fine. Sorry." Affan akhirnya mengalah.

"Adel, aku.." Ayana yang kembali dengan makanan penuh di tangan terdiam. Tersentak dirinya melihat kehadiran Affan di meja makan mereka.

"Hai Ayana." sapa Affan ramah.

"Err, ha..hai.." balas Ayana lambat-lambat. Dikerling Adel yang masam mencuka wajahnya. Tahulah dia kalau mood Adel sudah terganggu.

"Amboi, banyaknya makanan. Habis ke makan sorang tu?" tanya Affan berbasa basi dengan Ayana.

Ayana tersengih kekok.

"Saya ni jaranglah tak habis kalau makan." jawab Ayana perlahan.

Affan tersenyum mengangguk.

"Okaylah, abang ambil makanan dulu. Selamat menjamu selera." ucap Affan.

Ayana merenung Adel yang masam di sisinya. Kelihatan Adel sengaja tidak mahu memandang wajah Affan.

"Terima kasih." jawab Ayana turut berbasa basi.

Adel merenung Ayana setelah kelibat Affan berlalu pergi.

"Pergilah ambil makan. Aku jaga barang." arah Ayana lembut.

Adel mendengus sebal. Ayana mengeluh sebelum menggelengkan kepala. Adel bingkas bangun sebelum bergerak menuju ke arah meja hmyang terhidang pelbagai juadah makanan.

Pinggan berwarna putih dicapai. Mata meninjau terlebih dahulu makanan yang terhidang. Serasa tekak mahu makan spagetthi bolognese pula. Pantas disenduk ke dalam pinggan.

"Hai Adel. Sorang je ke?" tegur Hayra yang muncul tiba-tiba.

Adel pantas menoleh. Direnung Hayra yang segak mengenakan dress. Senyuman Hayra dibalas.

"Taklah, dengan kawan." jawab Adel.

"Ohh, saya ingatkan awak dengan Affan." ujar Hayra membuatkan Adel terdiam.

"Eh, taklah." nafi Adel.

"Awak pula sorang ke?" tanya Adel.

"Saya dengan abang awak, Hayyan."

Adel tersentak. Hayyan? Mana?

"Mana dia?" tanya Adel terus.

"Tu, ada kat meja hujung sana. Ni dia minta ambilkan spagethi untuk dia." jelas Hayra

Adel pantas menoleh ke arah Angah. Kebetulan, Angah turut memandangnya namun tidak tahu kenapa Angah seolah buat tidak perasan akan kelibatnya.

"Ohh yeke?"

Hayra mengangguk.

"Tak apa lah kalau macam tu. Awak ambil lah. Saya dah siap." pelawa Adel perlahan.

Usai, Adel melangkah kembali ke tempat duduk. Namun, harus dilalui meja Angah terlebih dahulu. Kelihatan Angah rancak berbual bersama dengan rakan-rakannya tanpa sedikitpun menghiraukan kelibat Adel.

Adel dilanda hairan dengan sikap Angah.

"Adel, kau fikir apa? Taknak makan ke?" tanya Ayana bingung.

Adel geleng kepala.

"Tak ada apa. Nak makan lah ni." Jawab Adel kalut sebelum menyuap makan ke mulut.

Sesekali, dilingas matanya ke arah Angah yang mesra dengan Hayra. Cepat Angah larikan wajah bila sesekali mata mereka berpapasan. Adel mengeluh. Sungguh dia dihurung rasa hairan.

••••

SEBULAN KEMUDIAN

Nina merenung Adel yang mengelamun di belakang rumah. Selipar disarung sebelum tubuh bergerak menghampiri Adel. Disapa bahu Adel lembut dari belakang.

"Adik, buat apa tu? Jauh menung ibu tengok."

Terinjut bahu Adel.

"Ibu.." Adel tersenyum.

"Saja ambil angin kat belakang ni. Bosan duduk dalam rumah." jawab Adel ringkas.

Nina mengangguk. Seorang melingkar depan televisyen, seorang lagi tetmenung di halaman belakang rumah. Dia seolah dapat melihat jurang antara keduanya. Kalau di meja makan juga, keduanya lebih selesa berdiam diri.

Nina tahu kalau memang keduanya tidaklah mempunyai hubungan yang terlalu baik tapi rasanya ada sedikit kemesraan yang sudah terjalin antara Adel dan Angah. Adel mengeluh.

"Kenapa ni sayang? Cuba bagitahu ibu. Adel ada masalah ke?" tanya Nina prihatin. Bahu Adel diusap lembut.

Adel tersenyum hambar.

"Tak ada apa lah bu." nafi Adel tidak bersungguh.

Nina mengeluh.

"Angah ada sakitkan hati Adel ke?" tanya Nina cuba mengorek rahsia lagi.

Adel diam. Renungan dilabuhkan ke arah burung yang bertenggek di atas pokok. Mengingatkan Angah, Adel dihurung sebak. Tiada angin tiada ribut, Angah dingin dengannya. Sedikitpun tidak dihiraukan Adel. Malah, lagaknya seolah dia tidak kenal siapa Adel.

Adel hilang punca. Berhari-hari memikirkan salahnya. Bila diamati, rasanya dia tidak ada berbuat salah apa-apa. Entahlah, sukar untuk ditebak.

"Adik, tengok tu menung lagi." tukas Nina perlahan.

Adel menoleh.

"Sorry, ibu tanya apa tadi?" soal Adel.

"Ibu tanya, Angah ada sakitkan hati Adel ke?"

Adel menggelengkan kepala.

"Tak ada lah ibu. Angah tak ada sakitkan hati Adel pun." ujar Adel menafikan.

"Ibu sebenarnya tak tahu apa masalah Adel. Tapi, Ibu harap kalau Adel ada masalah janganlah pendam sorang diri ye sayang. Bagitahu Ibu. Ibu ada nak dengar. Susah hati Ibu tengok adik macam ni." jelas Nina risau.

Adel tersenyum. Digenggam tangan Nina erat.

"Betul, Ibu jangan risau. Adel okay je. Mungkin nak period kut, tu yang mood kureng sikit." jelas Adel menyedapkan hati si Ibu.

Nina mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Baiklah kalau macam tu. Ingat ya, ada masalah bagitahu Ibu. Kalau Ibu boleh tolong, Ibu tolong. Ibu sayang anak Ibu ni." rambut Adel diusap sayang.

Adel tersenyum.

"Adel pun sayang Ibu Adel juga." balas Adel seraya memeluk tubuh Nina.

Nina membalas erat.

Angah memandang dari kejauhan.  Sebuah dengusan dilepaskan sebelum tubuh bergerak masuk semula ke dalam rumah.

••••

Bunyi sudu berlaga sesama sendiri. Sesekali, kedengaran celoteh Ibu, papa dan Along di meja makan. Adel seperti biasa, menunduk menjamah makanan di dalam pinggan. Hanya sesekali dia menyampuk bila mana ditanya.

"Jadi ke bang kita nak balik kampung hujung minggu ni?" tanya Nina.

Rizal mengangguk.

"Mestilah jadi. Kak Long kan buat kenduri. Takkan lah kita sekeluarga tak jadi balik. Apa pula kata diorang nanti." balas Rizal.

"Mana lah tahu. Abang kan sibuk biasanya. Tu yang saya tanya. Kut-kut tak jadi balik, abang ada urusan." Tukas Nina.

Rizal tersenyum.

"Awak perli saya ke apa ni yang? Saya tahulah saya ni kurang luang masa dengan awak, tapi awak pun faham kan kerja saya macam mana. Sebab tu jadi kita balik kampung hujung minggu ni. Kita pun dah lama tak berkumpul ramai-ramai."

Nina mengangguk.

"Sebab saya faham lah saya tanya tadi tu. Kalau macam tu baguslah."

Rizal tersenyum.

"Abang memang tunggu Along dengan Angah habis belajar je ni. Lepas ni diorang lah kena take over kerja abang. Abang nak pencen, main dengan cucu je kat rumah." ujar Rizal sambil melirik ke arah Along dan Angah.

Along tersedak. Angah hanya beriak biasa. Adel diam. Hanya ibu yang tersenyum.

"Hai Long. Lain macam je. Dah tak sabar ke nak bagi ibu dengan papa cucu?" seloroh Nina.

Along tersenyum kelat.

"Haish, mana ada. Ibu ni, Along habis belajar pun belum lagi. Celah mana nak datang cucunya?"

"Mana lah tahu. Kut-kut dah tak sabar nak jadi ayah orang. Ibu tengok bukan main dengan si Aira tu." balas Nina bersahaja.

Along tersengih.

"Nak tu memang lah nak Ibu. Tapi, masanya belum sesuai lagi. Biarlah Along habis belajar dulu, ada kerja yang stabil, barulah boleh jadi ayah orang." ujar Along.

Nina dan Rizal mengangguk.

"Baguslah kalau macam tu. Jangan nanti bagitahu Ibu suruh pinangkan Aira pula." usik Ibu lagi.

Along tertawa.

"Entah-entah Angah dulu kut Ibu, papa. Ramai peminat si Angah ni kalau Ibu dengan papa nak tahu. Sampai ke universiti Along pun kenal dengan Angah." jelas Along tiba-tiba.

Adel tersentak. Pantas wajah dipanggung memandang Angah yang berada bertentangannya dengannya di meja makan.

Angah kerutkan dahi.

"Apa benda yang kau merepek ni Long? Memandai je. Tak payah percaya Ibu, papa. Tipu je semua tu" nafi Angah.

Along tertawa.

"Eleh, betul ibu, papa. Along tak buat cerita lah. Memang betul. Tak percaya cer tanya Raid." ujar Along sambil tertawa.

Angah menggeleng. Malas dia nak layan.

"Adik nak puding tak?" soal Nina.

Adel menggelengkan kepala.

"Taknak bu. Adik dah kenyang." tolak Adel perlahan.

"Adik pun ramai peminat tau." giliran Adel pula menjadi mangsa.

Adel tersentak. Mata lekas merayap ke wajah Angah. Angah merenung Adel tajam. Adel larikan wajah.

"Yeke? Ibu tak tahu pun." sela Ibu.

Adel tersenyum kekok.

"Tak ada lah bu. Jangan percaya cakap Along. Dia bergurau je tu." ujar Adel.

Angah diam. Makanan yang bersisa disuap.

"Angah dah kenyang." ujar Angah tiba-tiba. Kerusi ditolak ke belakang. Tubuh bingkas bangun. Dibawa pinggan kotor ke sinki. Tangan dibasuh sebelum tubuh dibawa keluar daripada ruang dapur.

"Kenapa dengan Angah tu ibu?" soal Along pantas.

Ibu mengangkat bahu.

"Entah. Ibu pun tak tahu Long. Angin je sejak balik ni." jawab ibu mudah. Papa turut mengiakan.

Along mengangguk. Dikerling Adel yang menunduk menguis makanan.

"Dah lah, makan cepat." arah Ibu.

Adel mengeluh. Pandangan Along dibalas. Makanan yang berbaki disuap perlahan masuk ke dalam mulut.

Agak2 kenapa dengan Angah erk? siapa boleh teka? k lah. Enjoy reading. Jangan lupa komen. Laff!

Share this novel

Esjasz Malek
2022-03-01 16:58:49 

angah jeles kt affan

Iznawati ahmad
2021-12-23 22:29:57 

angah sakit hati


NovelPlus Premium

The best ads free experience