BAB 24

Romance Series 351310

Adel merenung dari dalam rumah melalui tingkap yang terbuka. Dari kejauhan dia dapat melihat suasana riuh rendah sanak saudara, sepupu sepapat mereka sedang bertungkus lumus di halaman rumah. Adel tersenyum. Lambaian mereka dibalas.

Mata mencari kelibat ahli keluarganya. Kelihatan papa sedang rancak bersembang dengan beberapa orang bapa saudaranya. Ibu pula asyik merewang di balai bersama kaum wanita. Along pula bersama sepupu lelaki sedang mengacau pulut manis di bawah pokok. Kelibat Angah tidak pula kelihatan.

Adel mengeluh. Sudah sebulan mereka tidak bertegur sapa. Puas Adel memikirkan salahnya, tapi akhirnya dia buntu mencari salah sendiri. Penat bertenggek di birai tingkap Adel berpusing. Mahu turun ke halaman turut serta bersama dengan mereka.

Menoleh ke belakang, terbias seraut wajah Angah. Seketika mereka saling merenung antara satu sama lain sebelum Angah bertindak laju memgalihkan renungan dan melangkah turun ke bawah. Adel memandang dengan keluhan.

Dengan lemah, kaki diatur menuruni tangga batu yang dibina cantik. Selipar disarung sebelum tubuh dibawa menghampiri sepupu perempuannya.

"Adel, meh la duduk sini." ajak Zalia ramah.

Adel tersenyum seraya mengangguk. Dilabuhkan duduknya di sisi Zalia yang manis berbaju blouse dipadankan dengan skirt hitam. Zalia ini anak kedua Paklong dan Maklong. Sekarang berkerja sebagai guru di salah sebuah sekolah di ibu kota.

"Adel tengah cuti semester ke sekarang ni?" soal Zalia. Tangan sibuk merencis serai.

"Ya kak. Tengah semester break sekarang." jawab Adel ramah.

"Ohh, patutlah korang semua sekali balik kampung."

"Adel satu universiti dengan Angah kan?" soal salah seorang sepupunya, Wani.

"Ya, kami satu universiti." jawab Adel.

"Macam mana study? Seronok tak?"

Adel tersenyum.

"Seronok tu memang seronok kak, tapi biasalah sekarang dah mula banyak kerja."

Zalia mengangguk.

"Macam tulah zaman kak belajar dulu Adel. Mana dengan assingment yang berlambak-lambak, mana dengan nak kejar mata koko lagi. Itu belum lagi sibuk nak praktikal. Nasib grad on time juga." ujar Zalia sambil tertawa besar.

Adel turut tertawa.

"Harap Adel pun dapat grad juga on time macam akak nanti." ujar Adel.

"Alah, mesti boleh punya. Adel lagi bijak daripada akak. Akak ni biasa-biasa je. Tak tuang kelas tak sah."

Adel tersengih.

"Adel pun biasa-biasa je kak. Tak ada bijak mana pun." ucap Adel merendah diri.

"Belajar kat sana, tak ada yang try Adel ke?" soal Wani pula.

Adel kerut dahi.

"Try apa?" soal Adel bingung.

"Alah, maksud wani tak ada ke lelaki yang try tackle Adel? Yelah, Adel kan cantik. Hehe." Wani tertawa kecil.

"Entahlah. Setakat ni rasanya tak ada sesiapa pun." jawab Adel berbohong.

"Yaka?" provok Wani.

"Yaaaa, betul lah Wani. Tak ada masa nak tilik lelaki mana yang suka dekat kita."

"Kau ni Wani, banyak lagi soalan yang boleh kau tanya kat dia. Alih-alih soalan tu juga yang kau tanya. Gatal kau ni. Bagitahu Makngah nanti baru kau tahu" tegur Zalia.

Wani hanya tersengih.

"Adel, boleh tolong tak?" tanya Zalia tetiba.

Adel ayunkan dagu ke hadapan.

"Adel pergi belakang sana. Minta dekat diorang lengkuas untuk buat gulai esok. Serai dah nak habis ni kita potong. Boleh kita sambung potong lengkuas pula." arah Zalia perlahan.

"Okay, kejap." jawab Adel. Kaki dilunjur turun dari bangsal.

"Hati-hati tau Adel. Berat lengkuas tu nak kena bawa." Pesan Zalia kuat.

Adel mengangguk sebelum melangkah perlahan menuju ke arah belakang rumah.

Menyusuri belakang rumah, kelihatan beberapa orang makcik sibuk menyiang lengkuas yang telah dikorek.

"Nak minta lengkuas ke?" tanya salah seorang Makcik yang berada di belakang rumah.

"Ya makcik." jawab Adel ramah.

"Nah.." unjuknya.

Sejenak, sebesen lengkuas dihulurkan kepada Adel. Adel menyambut.

'Uish, boleh tahan berat' desis hati Adel.

"Boleh bawa tak? Kalau tak boleh makcik panggil siapa-siapa tolong." tawar makcik itu. Mungkin perasan akan reaksi wajah Adel sebentar tadi.

"Eh takpa makcik. Saya boleh bawa." jawab Adel.

"Betul ni?" soal makcik itu sekali lagi. Mungkin masih dihantui kurang yakin akan kemampuan Adel.

Adel mengangguk.

'Harap-harap lepas lah aku angkat benda alah ni' doa Adel dalam hati.

Perlahan, dengan sepenuh tenaga besen yang berisi lengkuas diangkat. Dibawa dengan cermat. Kelihatan kanak-kanak riang berlari di halaman. Adel sedaya upaya mengelak daripada berlanggar dengan kanak-kanak tersebut.

Namun, entah di mana silap, walaupun sudah sehabis mungkin mengelak, tidak sedar bahawa salah seorang kanak-kanak berlari laju menuju ke arah Adel. Adel membuntangkan mata.

"Adel.."

"Adel.."

Serentak kedengaran suara riuh menjerit memanggil nama Adel. Angah yang asyik bersembang tersentak. Ditoleh pantas ke arah Adel yang sudah terumbang ambing yang hendak jatuh menyembah tanah. Belum sempat dia berlari, Along terlebih dahulu berlari laju menuju ke arah Adel.

Tubuh Adel disauk dari belakang. Adel menarik nafas kelegaan bila mana terasa diri dihulurkan pertolongan. Kedengaran suara orang ramai mengeluh kelegaan sebelum masing-masing menyambung kerja yang terbengkalai.

"Adik okay?" tanya Along cemas.

Adel mengangguk laju.

"Adik okay. Terima kasih selamatkan adik." ujar Adel perlahan.

Along mengangguk.

"Dah bak sini besen tu. Biar Along yang tolong bawa." pinta Along.

"Takpa, Adik boleh bawa." tolak Adel.

"Tak payah. Biar Along yang bawa. Adik tu dah la kurus. Nasib tak kena langgar dengan budak-budak tu tadi. Kalau tidak, percuma je boleh sakit." bebel Along seraya menarik besen dari tangan Adel.

Adel mengeluh sebelum bangsal merewang dituju.

••••

Suasana pagi mulai sibuk dengan sanak saudara yang berebut bilik air. Ada yang malas menunggu turun ke sungai untuk bermandi manda. Ad turut dihujani rasa teringin melihat beberapa orang sepupunya turun ke sungai mandi. Sudah lama dia tidak merasa sejuknya air sungai.

"Adik dah siap?" soal Ibu lembut.

Adel yang asyik melihat ke arah sungai menoleh. Terlayar wajah ibu yang sudah sudah cantik memakai tudung biru lembut. Cantik memukau walau sudah berusia 50 tahun.

"Dah ibu. Tinggal nak pakai shawl sahaja." ujar Adel.

Memandangkan mereka menjadi bridesmaid pada hari ini, maka Adel turut mengenakan shawl.

"Okay lah kalau macam tu. Ibu turun bawah dulu. Nak teman Maklong sambut tetamu." ujar Ibu.

Adel mengangguk.

Adel mencapai shawl yang tergantung siap digosok. Diletakkan atas kepalanya dengan cermat sebelum dibelit kemas. Usai, dia melangkah ke ruang tamu.

"MashaAllah, cantiknya kau Adel. Aku ingatkan siapa." sapa Wani yang sudah melopong.

"Aah lah Kak Adel. Cantiknya, insecure kami tau." tokok seorang lagi sepupu perempuannya, Shakilla.

Adel tersenyum.

"Biasa-biasa jelah. Korang janganlah puji lebih-lebih, kang terkoyak baju Adel." Adel berseloroh.

Serentak berderai ketawa kesemuanya.

"Killa, Kak Ain mana?" tanya Angah yang muncul tiba-tiba antara mereka.

Adel menoleh. Angah terpana saat mata menangkap seraut wajah Adel yang cantik memakai shawl. Direnung wajah Adel tanpa kelip. Adel kemam bibir.

"Kak Ain kat bilik. Kenapa?" tanya Killa kembali.

Angah tersedar. Wajah Killa direnung.

"Pengantin lelaki dah sampai." jawab Angah ringkas. Sesekali dilirik Adel yang diam.

"Kejap, nanti aku panggil Kak Ain." jawab Killa seraya melangkah menuju ke bilik pengantin yang dihias cantik.

"Adel, jom turun bawah. Tengok pengantin." ajak Wani. Tangan Adel ditarik.

Adel yang tidak bersedia tertarik tubuhnya mengikuti langkah Wani dari belakang. Angah ditinggalkan. Angah melepaskan sebuah keluhan. Perlahan, langkah turut diatur menuju ke bawah.

Adel melabuhkan duduk di salah sebuah meja dan bangku yang tersedia. Direnung pengantin lelaki yang segak bergaya memakai baju persalinan raja sehari berwarna Maroon. Boleh tahan ramai juga ahli keluarga lelaki yang bertandang. Rasa-rasanya Hampir sepuluh biji kereta. Meriah!

"Adel, petang nanti mandi sungai nak tak?" ajak Wani yang muncul dengan segelas air dan sebalang kerepek pisang.

Adel mengerutkan dahi.

"Mandi sungai?" ujar Adel teruja.

Wani mengangguk sambil membulatkan mata.

"Nak nak!" jawab Adel.

Akhirnya, keinginannya berjaya dilunasi. Wani seolah tahu pula kalau Adel tengah craving nak mandi sungai.

"Betul ni kau nak?" soal Wani meminta kepastian.

Adel mengangguk sekali lagi.

"Betullah. Kau ni, beria tadi aku angguk, kau tak nampak ke?" soal Adel pula.

Wani tertawa.

"Bukan tak nampak, cuma nakkan kepastian. Mana lah tahu, tiba-tiba kau berubah fikiran." jawab Wani.

"Mestilah nak. Dah lama tau aku mengidam nak mandi sungai. Dah kau ajak, aku on terus lah."

Wani tergelak.

"Amboi, nampak lah kau punya mengidam tu. Kalau macam tu, pukul 4 kejap lagi kita turun sungai." putus Wani.

"Okay baik."

"Kau tunggu kejap, aku nak pergi ambil bubur." pamit Wani seraya bingkas bangun menuju ke khemah makanan.

Adel mengunyah kerepek sambil sesekali dibelek telefon di tangan. Aplikasi whatsapp, instagram dan fac dibuka. Melihat notifikasi yang muncul. Ralit bermain telefon tidak sedar dia sedang dihampiri seseorang.

"Hai Adel.." sapa seseorang.

Adel tersentak. Sejenak, ditoleh. Terbias wajah Abang Zafril yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Abang Zaf.." sapa Adel kembali.

Zafril tersenyum.

"Boleh abang duduk?" tanya Zafril

Adel mengangguk.

"Duduklah abang Zaf." pelawa Adel.

"Terima kasih." ucap Zafril.

Adel tersenyum.

"Adel apa khabar? Sihat ke?"

Adel mengangguk. Sebuah senyuman diberikan.

"Sihat je. Abang Zaf pula apa khabar?" tanya Adel kembali.

Zafril turut mengangguk.

"Sihat dan makin bertambah sihat." seloroh Zafril.

Adel tertawa.

"Oh ya, Abang dengar Adel sambung belajar sekali Hayy. So, macam mana? Best tak?"

"Aah, kami belajar satu universiti. So far so good lah. Cuma, biasalah dekat-dekat nak hujung sem ni busy sikitlah."

Zafril mengangguk-angguk.

"Baguslah kalau macam tu. Tak sangka dah besar adik abang sorang ni. Dulu asyik melalak je kalau tak dapat ikut pergi mandi sungai kat belakang."

Adel tersengih.

"Yelah, dulu abang selalu merungut sebab Adel asyik nak ikut korang main kat sungai." ujar Adel mengingat kembali memori zaman kecil mereka.

Zafril tertawa besar.

"Adel ingat lagi eh? Bukan merungut lah, cuma sebal sikitlah Adel asyik merengek nak mengekor kami pergi main kat sungai. Bila tak bawa, dia melalak bukan main. Last yang jadi mangsa Haidar dengan Hayyan lah. Terpaksa juga heret adik diorang ikut." jelas Zafril panjang lebar.

Adel turut menghamburkan tawa. Lucu bila mengingatkan kembali zaman kanak-kanak mereka bersama. Meluat meluat Angah kepada dirinya, terpaksa juga diheret si Adel. Jika tidak, dimarahi oleh papa dan Ibu.

"Mahu tak melalak, korang tak bagi ikut, so Adel menangis lah. Itu je cara yang ada." jawab Adel selamba.

"Ohh, main taktik kotor eh."

Adel tergelak.

"Sekali-sekala. Kalau tidak, jangan harap korang nak bagi ikut. Kan?"

Zafril tersengih.

"Yelah, budak perempuan main dolls lah, bukan ikut budak lelaki main sungai. Apa lah Adel ni. Nakal!" kutuk Zafril.

Adel mencebik.

"Dolls bosan lah abang Zaf. Main kejap-kejap boleh lah. Lainlah kalau main sungai best, boleh belajar berenang." petah Adel menjawab.

Zafril menjuihkan bibir.

"Konon. Dah tu sekarang pandai berenang tak?" zafril angkat kening bertanya.

Adel menyeringai sengih

"Tak. Adel tuang kelas berenang." jawab Adel.

Zafril tertawa sambil menggeleng. Adel nampak sahaja diam, tapi nakal.
Angah memandang dari kejauhan. Sebuah dengusan dilepaskan. 

Adel lepaskan shawl daripada kepala. Rambut dibiarkan mengurai melepasi bahu. Diurai-urai dengan jari-jemarinya. Jam ditilik. Lagi lima minit tepat pukul 4 petang. Adel dilanda rasa tidak sabar. Teruja benar hendam mandi manda di sungai belakang rumah Maklong dan Paklong. 

"Psttt..psttt.." kedengaran desisan suara seseorang.

Adel menoleh. Terjengul wajah Wani di muka pintu bilik.

"Nak pergi dah ke?" soal Adel berbisik perlahan.

Wani mengangguk.

"Kau dah siap belum? Kalau dah jom." ajak Wani.

"Dah. Kejap,nak ambil towel."

"Okay. Cepat sikit. Diorang dah tunggu tu."

"Siapa lagi yang pergi?" tanya Adel

"Sepupu-sepupu kita yang lain. Diorang pun excited macam kau juga." jawab Wani.

Adel mengangguk.

"Okay, dah siap. Jom!" tangan Wani ditarik menuju pintu belakang.

"Slow lah korang ni. Kita orang dah excited ni tahu tak? Dah, jom." rungut Shakilla.

"Adel ni haa, macam-macam dia nak ambil." Wani berseloroh

Adel buat pekak.

"Tunggu apa lagi, jom kita serang!" jerit salah seorang lagi sepupu mereka, Damia.

Serentak itu, kedengaran percikan kuat air akibat terjunan masing-masing. Adel turut tidak terkecuali, cumanya dia memilih untuk mandi di tepian sahaja. Tidak berani untuk bergerak ke bahagian tengah sungai.

Masing-masing seronok bermandi manda. Riuh-rendah kedengaran suara mereka bergabung menjerit keseronokan dapat bermain air sungai. Terserlah kegembiraan di wajah masing-masing.

Adel yang dibalut rasa teruja tanpa sedar semakin maju ke bahagian tengah sungai. Asyik bermain air hingga tidak sedar kaki sudah tersasar jauh.

"Apa yang bising sangat kat belakang tu Long?" soal Ibu bila telinga mendengar jeritan dan sorakan dari kawasan belakang.

Maklong tersenyum.

"Anak-anak jiran lah tu mandi sungai. Selalu sangat dah Teh budak-budak tu bising. Kalau tak mandi sungai, main kejar-kejar kat belakang." ujar Maklong.

Ibu mengangguk. Bukan main meriah anak jiran Kakaknya.

"Ibu.." sapa Along kuat.

Nina tersentak.

"Ibu ada nampak adik tak?" soal Along

"Tadi ada lah ibu nampak. Rasanya, dia naik atas rumah kut. Salin baju. Kenapa Along cari adik?" soal Nina kembali.

Along garu kepala yang tidak gatal.

"Tak ada apa. Cuma, Along nak minta pinjam powerbank dia. Bateri telefon Along dah nak habis. Malas nak cas." ujar Along.

"Pergilah naik atas. Adik ada je tu kat atas tengah rehat" arah Ibu lembut.

"Okay." pamit Along

Adel mulai panik bila mana tersedar dia sudah jauh ke tengah. Kaki dan tangan mula menggapai di awangan. Wani yang asyik ketawa mulai tersedar ketiadaan Adel di tepi Sungai. Pantas mata melingas laju mencari kelibat gadis itu.

Saat mata menangkap kelibat Adel yang mulai terkapai-kapai, Wani menjerit lantang.

"Adellllll !!! " jeritan nyaring yang bergema kuat mengejutkan mereka yang lain.

Serentak suasana menjadi riuh rendah dengan jeritan yang maha kuat. Shakilla pantas berenang ke tengah untuk menggapai tangan Adel.

"Tolong! Tolong!" jerit Wani.

Angah tersentak. Kaki yang melangkah ke belakang spontan terpasak ke bumi. Terdengar jeritan nyaring menghunus lubang telinganya. Tidak betah, kaki berlari menuju ke arah jeritan nyaring tersebut.

Mata membuntang luas bila melihat Adel yang sudah terkapai di tengah-tengah sungai.

"Adelia Mikayla!!!!!" jerit Angah lantang. Jantung berdegup laju.

Tanpa lengah, tubuh terus diterjunkan ke dalam sungai dan berenang ke tengah dekat dengan tubuh Adel.

"Hayyan, cepat Hayy! Tolong! Tolong Adel, Hayy!" jerit Wani lantang.

Angah menarik kuat tubuh Adel saat tangan mulus itu berjaya digapai. Dipeluk kuat ke tubuhnya. Hati berdoa laju. Along yang baru tiba akibat mendengar jeritan minta tolong turut terjun dan berenang menuju ke arah Angah yang sedang membawa Adel ke tepian.

Angah berlari laju dengan tubuh Adel dalam gendongan. Dengan cermat, tubuh Adel dibaringkan ke atas tanah. Kesemua mula menggerumuni Adel yang lembik tidak sedar.

"Adel! Bangun! Buka mata.." wajah Adel ditepuk Angah beberapa kali.

Namun, masih tiada respon daripada Adel.

"Adel, please bangun! Tolonglah bangun. Jangan buat aku takut." pinta Angah sebak. Mata terasa panas menghasilkan air mata.

"Buat CPR cepat Hayy!" arah Wani kalut.

Angah tersentak.

"Cepat Hayy, she is dying!" jerit Shakilla pula.

Dipandang wajah Along yang cemas. Saat Along mengangguk, terus ditekap bibirnya rapat ke bibir Adel. Beberapa kali CPR, kelihatan dada Adel berombak kembali.

"Adel !" serentak kesemuanya memanggil sebak.

Saat melihat Adel yang mencelikkan mata, dan memuntahkan air, nafas kelegaan dihembus kuat oleh mereka.

Angah sudah terduduk di sisi Adel. Along memangku kepala Adel ke pangkuan. Adel merenung sayu wajah Angah yang basah dengan air sungai.

Pantas, ditarik tubuh Adel rapat ke dadanya. Adel menghamburkan tangisan di dada Angah. Serasa seakan nyawa ditarik sebentar tadi melihat Adel terkapai.

"Adel, Ya Allah. Syukurlah kau sedar. Allah Allah.." ucap Shakilla kuat.

Wani sudah menangis di tepi. Tidak sanggup membayangkan kalau Adel..ahh!

"Dah-dah, semua naik atas. Jangan bagitahu siapa-siapa pasal kejadian ni." pesan Along. Dilirik Angah dan Adel yang masih berpelukan erat. Syukur dipanjatkan ke Ilahi kerana Adel berjaya diselamatkan.

Along mengusap rambut Adel yang masih tersemban di dada Angah. Dibiarkan keduanya melepas perasaan sebelum dibawa sepupu-sepupunya yang lain naik ke atas rumah melalui pintu belakang.

Adel masih teresak di dalam pelukan Angah.

Angah lepaskan pelukan. Dipaut wajah Adel. Adel merenung wajah Angah dengan linangan air mata.

"Kau tahu kan aku sayangkan kau?" soal Angah sebak hingga tanpa sedar meluah rasa di hati. Kuat suaranya kedengaran.

Adel terdiam. Hanya esakan sahaja yang berbunyi.

"Kau dengar tak?" soal Angah kuat.

Adel mengangguk.

"Maafkan Adel." ucap Adel tenggelam timbul. Disembankan wajahnya ke dada Angah kembali.

"Tolong jangan buat macam ni lagi." pinta Angah perlahan berbisik di telinga Adel.

Adel mengangguk. Didongakkan wajah merenung wajah Angah. Angah menunduk. Dilabuhkan ciuman bertalu-talu di wajah Adel. Adel diam membiarkan. Mata dipejam erat. Sungguh dia takut dan sedih. Terasa kejap pelukan Angah.

"Dah, jom kita naik atas. Ingat, jangan buat lagi macam ni." pesan Angah lagi.

Adel mengangguk untuk kesekian kalinya. Pinggang Angah dipaut kejap.

"Maafkan Adel.." pinta Adel kesal. Angah mengangguk. Rambut Adel diusap sayang.

Angah memaut tubuh Adel erat dan bergerak menuju naik ke rumah. Kejadian sebentar tadi dikunci rapat daripada pengetahuan yang lain.

Wuuu..Angah in action gais. Janganlah benci kat Angah. Kesian Angah. Author tukar hero japgi kut. Nak tak author tukar hero? Hahahahaha. Happy reading. Jangan lupa komen. Tk wif lafff!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience