BAB 39

Romance Series 351253

"Ada seseorang nak jumpa tuan." ujar Sara. Buku dan pen di tangan dikemaskan kedudukan. Wajah ketuanya yang berkerut seribu dipandang.

Maleek mengerutkan dahi. Tetamu? Waktu sebegini datang bertandang ke pejabatnya?

Maleek dihurung tanda tanya. Setahu dan seingat dia tidak ada pula rakan-rakan bisnesnya membuat janji temu untuk bertandang ke pejabatnya atau dia yang tidak ingat?

Wajah Sara yang tunak merenungnya turut dipandang.

"Tetamu? Siapa?" soal Maleek bingung.

Sekejapan, kedengaran bunyi derap kaki di belakang Sara masuk ke dalam kamar mewah milik Maleek.

"Aku.." sahut seseorang yang muncul di antara mereka.

Sara menoleh sambil tersenyum dan menunduk hormat pada tetamu yang gagah melangkah masuk.

Maleek spontan terbangun. Tercengang dan terkedu wajahnya pada saat ini.

"Ramli...." nama seseorang yang cukup dikenali dan diingati seumur hidupnya meniti perlahan di bibirnya.

Terasa hampir sahaja tidak terkeluar sebutan nama itu di bibirnya.

Ramli tersenyum senget atau lebih tersenyum sinis. Maleek kaku berdiri. Namun, wajah beriak tenang dipamerkan walau dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu lahar yang tersimpan selama ini.

Sungguh dia tidak sangka kalau Ramli sebegitu beraninya menunjukkan muka setelah sekian lama menghilang dan dahsyat lagi berani bertandang dan bertemu dengannya. Arghhh, dari mana datangnya keberanian manusia munafik seperti Ramli?

Ramli melangkah masuk dengan penuh lagak. Butang kot miliknya dilepaskan. Kerusi ditarik sebelum dilabuhkan punggungnya tanpa dipelawa.

Maleek hanya memerhati gerak laku sang munafik. Sebuah keluhan dilepaskan sebelum turut melabuhkan kembali duduknya di kerusi mewah miliknya.

Berdepan dengan sang munafik, dia harus tenang. Harus sentiasa bijak. Tidak boleh melatah dan menunjukkan kelemahan walaupun ketika ini serasa mahu sahaja ditumbuk wajah Ramli.

"Ada apa kau datang ke syarikat aku?" soal Maleek tenang. Badan disandar ke kerusi.

Tiada balasan sebaliknya, Ramli meliarkan mata ke sekeliling bilik. Tidak dia sangka, setelah pengkhianatan yang dia lakukan, Maleek masih boleh bertahan dan maju seperti sekarang hingga menjadi salah seorang tokoh korporat yang disegani di Malaysia.

Lama, baru renungan Maleek dibalas.

"Tak sangka kau boleh bertahan sampai sekarang. Aku ingat dah muflis." Ramli bersuara tiba-tiba.

Maleek diam namun tersenyum tenang. Badan dibawa rapat ke meja. Ditentang mata milik Ramli tajam.

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tergugat tengok keadaan aku sekarang?" soal Maleek kembali.

Ramli tertawa besar.

"Tergugat? Aku tergugat dengan kau?" jari ditunjukkan ke dada sendiri.

Maleek menjungkitkan bahu.

"Who knows? Manusia macam kau kan jenis tak boleh tengok orang senang. Atau lebih tepat lagi manusia munafik macam kau. Sanggup tikam kawan sendiri demi kepentingan kau. So sekarang macam mana? Harta kau dah melimpah ruah ke belum? Cukup tak untuk tampung tujuh keturunan kau akan datang? Atau kau nak bawa harta kau sekali ke alam barzarkh nanti?" soalan demi soalan Maleek ajukan kepada Ramli yang sudah terkacip-kacip menahan rasa.

Namun, riak biasa dipamerkan kepada Maleek yang tersenyum sinis memandangnya.

"Kalau kau ikut idea aku, aku takkan sanggup khianati kau. Tapi, tula kau bodoh. Tetap degil dengan rancangan kau, sanggup ketepikan idea aku. So, aku tak ada jalan lain kecuali dengan khianat pada kau, Maleek."

Maleek hanya mampu menggelengkan kepala.

"Aku bodoh atau kau yang bodoh sebenarnya Ram? Aku rasa kau yang bodoh malah terlalu bodoh. Kalau aku ikut rancangan kau, dah tentu-tentu sampai sekarang aku masih percaya kau ni kawan aku."

"....Kau jangan selesa sangat apa yang kau ada sekarang ni Ram. Kau kena ingat, harta yang kau ada sekarang adalah hak milik aku yang kau rampas berpuluh tahun yang lalu. Kalau aku nak, bila-bila masa sahaja aku boleh rampas daripada kau. Tapi, takpa aku akan biarkan dulu kau nikmati harta haram kau tu. Sekurangnya, tak adalah kau merangkak cari aku nanti kat padang mahsyar."

Zassssss! Berapi sekali perlian yang diberikan.

Ramli terdiam.

"Kau ugut aku?" soal Ramli bersuara dalam.

Maleek tersenyum.

"Kau takut dengan ugutan aku?" soalan berbalas soalan kembali.

"No and never. Aku tak pernah takut dengan kau ataupun ugutan kau. Kalau aku takut tak mungkin aku khianati kau." dengan bangga, Ramli meluahkan kata-kata.

Maleek mengangguk namun riak wajahnya lebih kepada mengejek.

"Ohh I see. Yaa, aku tahu. Manusia munafik macam kau ni mana mungkin tahu erti takut. Tapi, takpa. Aku pun tak berniat nak takutkan kau dengan kata-kata aku. Aku cuma, berpesan sebagai orang yang teraniaya oleh kau. Satu lagi kau kena ingat, Ram. Doa orang yang teraniaya ni tiada hijab."

"Jadi, berdoa sahaja sekarang. Atau kau nak aku berdoa untuk kau sekali?"

Maleek tertawa besar kali ini.

"Ram, Ram. Berdoa saja supaya Allah ampunkan dosa-dosa kau. Dan yang paling penting, dosa kau pada isteri dan anak-anak kau sebab kau suap mereka dengan duit haram kau selama ni. Aku tertanya-tanya, macam mana lah perasan diorang kalau diorang tahu selama ni kau gunakan duit haram untuk sara diorang? Pity them." ujar Maleek lagi bersama kata yang mampu menghiris luka.

"Jaga mulut kau Maleek. Ingat, kerana mulut badan binasa."

"Kau dah lupa, yang aku dah lama binasa kerana perbuatan kau dulu? Atau kau sengaja buat-buat lupa?"

"Kau yang sengaja menempah binasa."

"Aku tak menempah, tapi orang yang memberi binasa pada aku. Dan orang itu adalah engkau!"

"Dahlah, Maleek. Tak guna kalau kau cakap banyak sekalipun. Kau nak semula harta kau, katakan berapa. Sekarang juga aku boleh beri." Ramli menawarkan ganjaran. Maleek menggeleng.

"Harta?" Maleek tertawa jengkel. Lucu hatinya.

"...Harta aku yang sekarang pun tak habis tujuh keturunan, Ramli. Jadi, simpan saja harta kau. Jangan kau ingat, dengan harta kau tawarkan pada aku, aku akan lupakan apa yang kau dah buat pada aku. Terutama pada keluarga aku." sambung Maleek meneruskan kata yang jeda sebentar tadi. Perkataan keluarga ditekankan.

"Jadi apa yang kau nak daripada aku? Jatuhkan aku macam mana aku jatuhkan kau dulu?" tanya Ramli terus.

"Aku bukan orang yang suka bermain kotor macam kau. Cuma, aku berpesan agar kau ingat bahawa kekayaan yang kau miliki sekarang adalah kerana kekejaman kau pada aku. Thats all. Tapi, aku rasa kau pun mesti tahu kan kalau harta yang bukan milik kita ni takkan kekal lama. Tambahan lagi, harta haram."

Ramli terdiam. Cuma, rahangnya sahaja yang berketip-ketip menahan rasa.

"Oh ya. Aku rasa tak perlulah kau berlama-lama kat sini. Takut nanti kau ada rancangan pula nak jatuhkan aku untuk kali kedua. Aku bukan apa, cuma beringat bahawa manusia licik macam kau ni takkan pernah puas dengan kesenangan orang lain."

Ramli bingkas bangun. Kot dikemaskan.

"Tak perlu halau aku. Sebab aku sendiri dengan rela hati tak ingin nak berlama dalam bilik kau ni." Balas Ramli.

"Baguslah kalau macam tu sebab bilik aku pun tak mengalukan kehadiran manusia munafik macam kau ni."

Ramli tersenyum sebelum tubuh diatur menuju ke pintu.

"Oh ya. Aku ada satu soalan sebelum kau berambus."

Ramli menghentikan langkah. Namun, tubuh tegak berdiri di pintu membelakangi Maleek.

"Aku tertanya, apa reaksi isteri dan anak-anak kau kalau tahu Dato Seri Ramli yang terkenal di Malaysia ni merupakan manusia licik yang sanggup hidup menggunakan harta haram orang lain?" Maleek bertanya selamba tanpa ada sedikitpun perasaan takut dan gentar.

Ramli mengetap rapat bibir miliknya. Tangan dikepal kejap. Nampaknya, dia silap percaturan. Bertandang dan bertemu dengan Maleek bukanlah satu perkara bijak yang dilakukan.

Tidak betah lagi mendengar soalan demi soalan bersalut duri, Ramli melangkah laju menuju keluar daripada pejabat mewah milik Maleek.

Maleek menghembus nafas dalam. Tali leher dilepaskan. Ikutkan hati, sudah lama dilayangkan penumbuk ke wajah Ramli. Namun, disabarkan hatinya. Dia tekad, walau apa pun yang terjadi Ramli harus terima pembalasan atas apa yang dilakukan!

••••

Adel melangkah masuk ke dalam rumah agam milik kedua ibu bapa kandungnya. Terasa rindu kepada mama, papa dan Mikael.

Cadangnya malam ini dia mahu bermalam di sini. Pintu ditutup perlahan. Suasana rumah yang sunyi menenangkan dirinya yang kepenatan. Usai kelas, dia berangkat ke rumah keluarga kandungnya. Pada sang suami, sudah dititipkan pesan. Adel melangkah laju menuju ke dapur. Tangan yang sibuk menjinjit plastik kiri dan kanan yang berisi barang basah diletakkan atas meja.

Sebuah keluhan dilepaskan. Serentak, telefon berbunyi nyaring. Kalut Adel menggeledah tas tangan miliknya. Spontan, bibir mengukir senyum manis saat melihat nama pemanggil di talian. Punat hijau ditekan dan telefon ditekap ke telinga.

"Assalamualaikum sayang." sapa Angah ceria dihujung talian.

"Wassalam abang." sahut Adel lembut. Duduk dilabuhkan di kerusi makan.

Angah tersenyum di hujung talian. Terasa luruh rindu mendengar suara manja si isteri.

"Sayang dah sampai rumah papa? Siapa je ada?"

"Abang ni tanya soalan satu-satulah. Adel ni baru nak cari nafas tau." rungut Adel manja.

Angah tertawa kecil.

"Okay sayang. Sorry. Tapi, cepatlah jawab soalan abang." desak Angah berseloroh.

"Dah sampai dah. Baru je sampai. Macam biasa, papa kerja. Abang Mika kelas. Mama kat atas kut." jawab Adel.

Angah mengerutkan dahi.

"Kut? Kenapa kut? Sayang tak bagitahu mama ke sayang nak balik sana?" tanya Angah bingung.

Adel gigit bibir. Memerah otak seketika mencari idea untuk membalas soalan si suami yang sedang menanti jawapan balas darinya.

"Adelia.." seru Angah meleret.

Adel tersentak.

"Hmm.." sahut Adel.

"Sayang ada ke takda ni?"

"Ya abang. Sayang ada je ni." jawab Adel cepat.

"Abang tanya kan. Kenapa diam?" tanya Angah lembut.

"Ya, Adel tak bagitahu mama pun. Adel cuma bagitahu papa je yang Adel balik sini hari ni." Adel akhirnya menceritakan perkara sebenar.

Angah mengeluh.

"Kenapa tak call bagitahu mama?"

"Adel lupa." Adel menjawab mudah.

Angah menggeleng. Boleh tahan keras kepala juga isterinya.

"Lain kali call la mama. Bagitahu sayang nak balik sana. Tak ada lah nanti mama terkejut tiba-tiba kita balik sana." tegur Angah perlahan.

Adel muncung.

"Tapi kalau Adel bagitahu pun belum tentu mama layan. Abang pun tahu kan mama still tak terima kita." perlahan Adel bersuara.

"Biarlah mama layan ke tak, janji kita bagitahu dia sebagai tanda kita ingat dia. Utamakan dia. Okay sayang?"

"Okay abang. Sorry." Adel ucapkan kata maaf.

" Haa macam tulah isteri abang. Okaylah sayang. Abang off dulu. Ada satu lagi kelas." Angah meminta diri.

"Abang..abang!" Adel kalut memanggil.

"Ya ya. Kenapa?" kalut Angah bertanya.

"I miss you."

Angah tertawa galak. Aduhai isteri. Geram!

"I miss you too sayang."

Adel tersenyum simpul.

"Abang jadi kan datang sini kejap lagi?"

"Ya sayang. Nanti abang balik sana. Mana boleh kalau tak ada bantal peluk abang ni." usik Angah di hujung bicara.

Adel menjulingkan mata.

"Haa tu mula lah tu." rungut Adel malu.

"Betul lah. Abang mana boleh kalau sayang tak ada. Rasa tak lengkap. Haa gituu."

"Ishh, dah lah. Malas Adel layan abang. Pergi masak lagi bagus. Okay, bhai."

"Bhai sayang. See you later." usai, talian diputuskan.

Adel hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Angah, Angah. Sejak jadi suami ni makin nakal jadinya. Jenuh dia nak melayan. Nasib sayang!

Telefon diletakkan kembali ke dalam tas tangan. Ikan, sayur dan beberapa bahan mentah yang lain dikeluarkan dan diletakkan ke dalam sinki. Jam di dinding direnung sekilas. Tepat pukul tiga empat petang.

Lengan baju disinsing hingga ke siku sebelum dirinya bersiap untuk bersilat memasak di dapur. Soal mama ditolak ke tepi terlebih dahulu. Nanti sahaja dia naik ke atas menjenguk sang Ibu usai memasak kelak. Harap mama baik-baik sahaja dengan kehadiran mereka di rumah hari ini.

Malem everibodi. Happy reading. Jangan lupa komen!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience