BAB 27

Romance Series 351253

Adel melompat turun dari katil saat terdengar bunyi letupan bunga api yang bertalu-talu di luar rumah. Cahaya percikan bunga api yang berwarna warni membangkitkan rasa ingin tahu Adel.

Tangan yang sibuk membelek laptop spontan terhenti. Tambahan, bunyi suara riuh rendah makin menggamit rasa keterujaannya. Baru sahaja diri bersemangat untuk membuat sedikit kerja. Mengenangkan bunyi yang kuat letupan disertai dengan sorakan membantutkan kerjanya.

Tirai labuh yang menutupi tingkap kamar ditarik. Bibir melopong saat melihat Angah dan Along rancak bermain bunga api di halaman rumah. Adel mencebik sebelum menarik tirai kamar miliknya.

Pantas, tubuh berlari keluar menuju ke arah pintu. Dikuak luas sebelum pintu ditutup kembali. Kaki berlari anak menuruni tangga. Dari anak tangga, kelihatan meriah kawasan rumah mereka pada malam ini. Tembakan dan percikan bunga api kelihatan memenuhi ruang angkasa.

Kedengaran kuat sorakan para penghuni kawasan perumahan tersebut. Adel menyarung sandal ke kaki sebelum bergerak menuju ke arah Angah dan Along di halaman rumah. Tubuh keduanya didekati dari arah belakang.

"Along!" sergah Adel dengan kedua belah tangan bergayut di belakang badan Haidar.

Along tersentak disergah begitu. Sudahlah, elok sahaja Adel mencelapak naik ke belakang badannya.

"Adik, beratlah." rungut Along perlahan.

Adel mencebik. Malah dengan kuat dipaut belakang badan Along. Along mendesis.

"Adik, tercekik leher Along dik." kalut Along bersuara.

Angah yang sedar akan kehadiran Adel menyertai mereka menjeling malas melihat kelakuan Adel yang bergayut di belakang Along. Bunga api di tangan dicucuh sebelum ditembak naik ke atas.

"Adik, turunlah. Tak kesian ke kat Along?" tanya Along cuba meraih simpati Adel.

Adel mencebik sebelum bergerak turun dari badan Along.

"Kedekut. Malas kawan Along." ugut Adel seraya berjalan menuju ke arah Angah.

"Janganlah merajuk adik. Along bergurau jelah." pujuk Along kembali.

Adel mendengus.

"Dah lah." getus Adel

Angah merenung batang tubuh Adel yang mendekatinya. Adel mengambil tempat di sisi Angah. Memerhati percikan bunga api yang dinyalakan Angah sebentar tadi.

"Kenapa turun?" tanya Angah

Adel menoleh Angah di sisi.

"Saja. Dah bunyi bising kat bawah, Adel turunlah. Tengok apa yang meriah sangat kat bawah ni." ujar Adel.

"Kenapa meriah malam ni Angah? Adel rasa raya puasa lambat lagi.."

Angah menoleh merenung Adel yang blur di sisinya. Sebuah keluhan dilepaskan.

"Kau ni baru bangun tidur ke apa? Blur semacam je aku tengok." tanya Angah

Adel menggeleng.

"Mana ada orang tidur lah. Orang buat kerja tadi." nafi Adel.

"Dah tu, takkan lah kau tak tahu hari ni hari apa, tahun apa.." balas Angah.

Adel terdiam. Otaknya dikerah mengingat hari, tarikh dan juga tahun. Hampir sepuluh minit berdiam  diri memaksa diri mengingat, akhirnya jawapan kepada kemeriahan pada malam ini ditemui. Membulat matanya saat minda kembali berfungsi dengan baik.

"Dah ingat ke belum?" tanya Angah meminta kepastian.

Adel tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru beberapa kali. Mata mengerling Angah di sebelah yang menanti jawapan daripada dirinya.

"Malam ni Malam Tahun Baru." jawab Adel perlahan.

Angah menggeleng.

"Makin teruk blur kau ni Adelia Mikayla. Kau ingat apa je? Kahwin?" tanya Angah lagi.

Adel diam. Terasa merah mukanya saat perkataan 'Kahwin' disebut Angah.

"Mana ada." nafi Adel perlahan.

"Dah tak sabar nak kahwin ke?" bisik Angah perlahan di telinga Adel.

Adel menjarakkan diri. Seram dengan bisikan Angah.

"Ishh, tak lah." nafi Adel kuat. Geram diusik begitu.

Angah tertawa. Serentak, Along berdehem.

"Amboi, rancak bersembang. Sampai Along panggil pun korang tak dengar." ujar Along menyelit di tengah antara Adel dan Angah.

Angah mengeluh. Adel menelan liur.

"Ada apa Along panggil kita orang?" tanya Adel.

"Aahh, pehal? Ganggu je orang nak sweet-sweet Along ni." balas Angah selamba.

"Amboi Ngah, bukan main sekarang eh. Dulu jangan kata.."

"Dulu-dulu jangan sebut lah Long. Dah bagitahu kan, dulu lain sekarang lain."

Belum sempat Along habiskan kata-kata, sudah dicantas Angah terlebih dahulu. Along tertawa.

"Along, cepat lah bagitahu. Kenapa panggil kita orang tadi." gesa Adel.

Along memaut bahu Adel namun cepat ditepis Angah.

"Whoa, whoa jangan sentuh eh hak Angah." ujar Angah mengingatkan Along.

Along mengangkat kedua belah tangan seolah menyerah sambil tertawa kuat. Lucu dengan gelagat Angah. Adel mengerutkan dahi. Pinggang Adel ditarik Angah ke sisinya. Dirangkul erat pinggang Adel.

"Tak ada apa. Cuma, Ibu suruh kita masuk. Dah lewat malam ni katanya." cerita Along.

"Okay, baik Along." sahut Adel.

"Jom Adik, kita masuk." ajak Along.

Belum sempat langkah diatur, terasa pergelangan tangannya dilelar dari belakang. Adel menoleh. Kening diangkat.

"Kau nak pergi mana? Tunggu aku." ujar Angah.

Adel menoleh memandang Along yang menunggunya.

"Along masuklah dulu. Adik tunggu Angah." laung Adel.

Along tersenyum seraya menggeleng sebelum kepala diangguk. Kaki diatur masuk ke dalam rumah.

Adel maju kembali ke arah Angah yang membongkok mengutip sisa bunga api yang masih ada.

"Nak Adel tolong tak?" tanya Adel lembut.

"Tak payah. Sikit je ni." jawab Angah. Usai, disulam jemari Adel dan mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

Sekali lagi,percikan bunga api memenuhi kawasan rumah mereka. Serentak, keduanya mendongak memandang percikan cantik tersebut sebelum mereka berpandangan sesama sendiri.

"Happy New Year, Angah." bisik Adel sambil tersenyum manis.

Angah turut tersenyum.

"Happy New Year juga Adelia Mikayla." ucap Angah juga. Sebuah kucupan dilabuhkan di pipi gebu Adel.

Adel pantas menunduk malu. Angah tertawa. Bahu Adel dipaut mesra.

"Dah jom masuk. Tak payah nak blushing sangat." usik Angah.

Adel berpura-pura tidak dengar.

••••

Terasa cepat masa berlalu. Dalam kesibukan mengejar ilmu, terlalu banyak perubahan yang berlaku. Pejam celik pejam celik, cukup dua tahun dirinya mengabdikan diri menuntut ilmu dalam jurusan perniagaan.

Adel mengerling jam di tangan. Asyik bertapa di perpustakaan, tidak sedar akan janji temunya dengan Angah. Angah lah yang beria mengajak dirinya berjumpa. Katanya, sejak masing-masing sibuk menuntut ilmu, mereka kurang sudah masa bersama.

Maksudnya di sini, jarang sudah mereka bertemu kerana kekangan tugasan dan aktiviti masing-masing. Adel mengerling Ayana di hadapannya yang khusyuk menghadap laptop. Sesekali, papan laptop diketak.

Adel menggeliat kecil. Terasa sengal badannya asyik bersandar ke kerusi. Buku, kertas dan alat tulis yang berselerak dikemas dan disimpan ke dalam beg. Laptop ditutup dan turut dimasukkan ke dalam beg.

Ayana yang merasa terganggu dengan pergerakan Adel di hadapan, bertindak panggungkan wajah. Dagu diayunkan ke depan isyarat bertanya. Adel tersenyum.

"Kau nak pergi mana ni? Kalut semacam je aku tengok." ujar Ayana hairan.

Adel tersengih.

"Aku ada hal sikit." jawab Adel mudah. Tidak berminat untuk bercerita dengan lebih lanjut.

Tangan Adel dilelar Ayana. Ayana tegakkan tubuh. Mata dipincingkan.

"Kau nak pergi mana sebenarnya ni Adel? Cuba bagitahu aku." gesa Ayana perlahan.

Adel menggaru kepala yang tidak gatal.

"Aku nak keluar dengan Angah aku. Dia dah booking tempat kat kitaorang. Ajak dinner kata dia." jawab Adel namun masih terselit rasa segan.

Yalah, apa pula tanggapan Ayana. Dulu seteru mengalahkan lahar gunung berapi, sekarang baik macam pasangan bercinta.

Ayana tersenyum senget.

"Ohh, patut lah dari tadi aku perati je.."

Adel tersentak.

"Perati apa?" tanya Adel kalut

Ayana tertawa.

"Perhatikan kau lah. Aku perasan kau tu kejap-kejap tengok jam. Kejap-kejap tengok jam balik. Jarang kau nak macam ni. Melainkan kau ada hal." ujar Ayana panjang lebar.

Adel tersengih. Kening digaru.

"Bukan main eh sekarang. Aku tengok korang dah macam pasangan bercinta. Eh tak tak, pasangan bercinta pun kalah dengan korang. Aku ni berbulu je tengok." terang Ayana.

Adel makin dihambat rasa segan yang teramat.

"Ma..n..ana ada. Kau ni memandai je. Kami baik macam biasa jelah." nafi Adel.

Ayana menjuihkan bibir ke depan.

"Tak payah lah kau nak berselindung. Kau ingat aku ni budak darjah satu ke kau nak tipu? Lainlah kau dengan Hayyan masih macam dulu-dulu." kata Ayana.

Adel tersengih.

"Aku bukan apa Yana. Seganlah. Kau pun tahu kan kami dulu macam mana. Cuma sekarang je, hubungan kami macam baik sikit." Adel menyusun kata.

"Caitt..baik sikit apa bendanya kalau dah macam pasangan kekasih." seloroh Ayana. Suka dia melihat wajah Adel yang merah malu.

"Ayana. Kau melebih kan. Dah lah, malas layan." rajuk Adel. Makin merah wajahnya.

Ayana tertawa kuat. Adel menjegilkan mata.

"Mesti tak sabar nak jumpa buah hati kan." usik Ayana lagi.

Adel menggelengkan kepala.

"Sebab tulah aku malas nak story dengan kau tahu. Melebih je kerja dia." ujar Adel geram

"Alah, mengaku jelah. Orang gila pun akan cakap benda yang sama tahu kalau dia tengok korang macam aku tengok."

"Dah lah kau. Aku pergi dulu. Makin lama, makin melalut." Adel sandang beg laptop ke bahu.

Ayana tersenyum nakal.

"Bye, hati-hati. Jangan lupa kirim salam dekat buah hati kau yang hensem tu." laung Ayana.

Adel menoleh sebelum mengangkat penumbuk menunjukkan ke arah Ayana yang sedang meletuskan tawa. Lidah turut dijelir sebelum Ayana turut membalas reaksi yang sama.

••••

Adel kemaskan baju di tubuh. Berdasarkan kepada lokasi yang dihantar Angah melalui aplikasi whatsapp, restoran ini merupakan restoran janji temu mereka petang ini. Fuh, lain macam vibes dia.

Adel melangkah masuk menuju ke ruang restoran yang dihiasi dengan suasana yang tenang, nyaman dan romantik. Diperhatikan suasana sekeliling yang membangkitkan suasana yang tenang.

Asyik memerhati, tanpa sedar dirinya dihampiri oleh seseorang.

"Yes Miss, can I help you?" tanya seorang gadis manis berseluar slack hitam dipadankan dengan baju kemeja putih, reben merah hati di belakang baju.

Adel tersenyum sebagai tanda membalas sapaan si gadis.

"Hai. Actually, my brother has made some reservation dinner for tonight. So, may I know which table he make reservation for us?" soal Adel sopan.

Pelayan wanita tersebut turut tersenyum ramah.

"Ohh, May I know your husband eh your brother's name Miss? Sorry.." soal gadis itu kembali.

"Mr. Hayyan." jawab Adel.

"Please wait. I'll check now." ujar gadis itu lembut.

Adel mengangguk. Sesekali, dilingas matanya ke ruang restoran. Usai, gadis itu merenung kembali wajah Adel.

"Come follow me. I will show to you." ujar gadis itu mesra.

Adel mengangguk. Diatur langkah sopan mengikut si gadis menuju ke meja yang ditempah khas oleh Angah.

"This is your reservation table Miss. Please have a seat. I will serve you later." pelawa gadis itu sopan. Siap pakej tarikkan kerusi lagi untuk Adel labuhkan duduknya.

"Thank you very much ya.." ucap Adel perlahan.

Si gadis tersenyum sebelum berangkat menuju ke ruang kerjanya kembali. Dari tingkat atas, Adel memerhati suasana matahari yang terbenam. Langit yang dihiasi warna jingga kekuningan menarik perhatian matanya untuk memerhati.

Sesaat, deringan telefon berbunyi nyaring. Adel kalut menggeledah tas tangan miliknya. Telefon yang menjerit nyaring diambil. Tertera nama Angah di skrin. Adel berdehem membetulkan suara sebelum punat hijau ditekan.

"Hello.." jawab Adel.

"Kau dah sampai?" tanya Angah

"Dah. Angah kat mana?" tanya Adel.

Angah berdehem.

"Kejap lagi aku sampai. Aku ada hal sikit." jawab Angah.

Adel mencebik.

"Lambat lagi ke? Adel dah lapar." rengek Adel

Angah tersenyum di hujung talian mendengar rengekan si gadis.

"Kejap lagi aku sampai. Tak lama pun. Kau tunggu kejap. Lima minit lagi aku sampai." ujar Angah.

Adel mengeluh.

"Okay baik. Adel tunggu." jawab Adel perlahan.

Telefon di atas meja. Mata kembali memanah ke arah suasana senja. Boleh tahan citarasa Angah. Bukan biasa-biasa tempat makannya. Mujur dia berpakaian agak cantik. Jika tidak, bikin malu sahaja mengenakan jeans dan blouse. Rambut pula diikat tocang kuda sahaja.

Kedua belah mata terasa ditutup dengan sepasang tangan. Adel cuak. Ahh sudah! Siapa pula yang ajak dia bermain cak cak ni. Perut sudahlah lapar. Aduhaii..

Perlahan, dialihkan sepasang tangan yang melingkar menutup kedua belah matanya. Adel menoleh perlahan mendongak memandang gerangan sepasang tangan tersebut.

"Angah!" seru Adel

Angah tersenyum.

"Yes me?" jawab Angah. Sebuah kucupan dilabuhkan di pipi Adel. Lama kucupan tersebut melekat di pipi gebu Adel. Seolah melepaskan rindu pun ya juga caranya. Adel hanya diam menerima kucupan tersebut. Sudah lali dia dikucup sedemikian rupa.

Angah mengambil tempat berhadapan Adel. Dilabuhkan duduknya dengan cermat. Adel membetulkan duduk dan rambut.

"Dah lama ke kau sampai?" soal Angah perlahan.

"Lebih kurang dua puluh minit yang lalu." jawab Adel.

"Alah, kiranya baru lagi lah tu. Kau awal sikit je daripada aku. Aku ingatkan sejam yang lepas kau sampai." ujar Angah tersenyum senget

Adel mencebik.

"Hello, siapa yang janji pukul enam? Angah kan, bukan Adel." kata Adel.

Angah tersengih. Perlahan tangan menjalar nakal menggapai jemari Adel.

"Jangan nak menggatal eh.." pesan Adel malu.

"Biarlah." ujar Angah. Disulam jemari Adel.

"Marah ke?" tanya Angah perlahan.

Adel diam. Sengaja wajah dilarikan dari merenung wajah Angah.

"Yang.." seru Angah lembut.

Adel tersentak. Pantas wajah ditoleh. Wajah terasa merah menyala. Angah kulum senyum.

"Marah aku lagi ke?" soal Angah lagi. Kali ini dikucup jemari runcing Adel.

Adel tercengang. Tidak jangka dengan tindakan Angah yang selamba mengucup jemarinya. Adel menunduk malu. Kepala digeleng.

"So, nak makan apa?" soal Angah sengaja merancakkan suasana.

Adel panggung wajah.

"Adel nak makan nasi je." jawab Adel perlahan. Perutnya digosok.

"Okay, kalau macam tu kita order nasi dengan lauk. And then, kita order juga western sikit. Boleh macam tu?" tanya Angah meminta kepastian daripada Adel.

Adel mengangguk laju. Angah tersenyum sebelum jari diangkat memanggil pelayan. Usai memesan makanan, Angah kembali merenung Adel.

"Suka tak?" tanya Angah.

Sekali lagi Adel mengangguk teruja. Ahh, Angah so sweet sekarang.

"Suka sangat. Thank you Angah." ucap Adel terharu. Dipaut jemari kasar Angah erat. Angah membalas genggaman Adel.

"Kau kena balas terima kasih aku tu nanti." pesan Angah terselit makna tersirat dan tersurat.

Adel mengerutkan wajah.

"Balas macam mana?" soal Adel bingung.

Angah tersenyum sambil mengangkat bahu.

"Its up to you nak balas macam mana. Pandai-pandai kau lah." ujar Angah.

Tidak lama, makanan yang dipesan ditatang cermat oleh pelayan ke meja mereka. Adel menanti dengan rasa lapar. Kesemuanya nampak menyelerakan. Ahh, dia tak sabar. Jangan sampai dia makan Angah yang segak petang ni. Auchhh!

"Lapar kan? Jom makan. Jangan lupa baca doa dulu. Slow-slow makan tu." pesan Angah lembut.

Adel tersengih. Baru sahaja sesuap dua masuk ke dalam mulut, mereka disapa oleh seseorang. Serentak, keduanya mendongak. Adel terdiam. Angah beriak biasa.

"Hayyan.." seru Hayra teruja.

Angah tersenyum sedikit.

"Tak sangka jumpa korang kat sini." ujar Hayra sambil menuntas pandangan ke arah Adel yang diam.

"Awak buat apa kat sini? Dinner juga ke?" tanya Angah sekadar berbasa basi. Disuap nasi ke dalam mulutnya.

Adel turut menyambung menyuap makanan.

Hayra pamerkan senyuman semanis gula. Sengaja!

"Cadangnya nak makan dekat sini since ramai yang recommended restoran ni. So saya nak try lah." jawab Hayra mesra.

Angah mengangguk.

"Ohh okay. So enjoy you dinner." kata Angah dengar dan tidak.

"Hayy, kalau awak tak keberatan boleh kan kalau saya join korang makan sekali? Dont worry, saya belanja."

Angah mengeluh. Direnung Adel yang turut merenungnya.

"Hayra, actually we all tengah date. So, saya rasa better awak pergi makan dekat meja lain. I hope you will understand." ujar Angah terus tanpa basa basi lagi.

Adel kemam bibir.

Hayra mengetap rapat bibir. Wajah yang kendur diplastikkan dengan senyuman yang dibuat-buat.

"Okaylah kalau macam tu. Saya pergi dulu. Sorry, enjoy your dinner."

Angah mengangguk sambil tersenyum plastik. Usai sahaja Hayra berangkat pergi, sebuah dengusan dilepaskan.

"Kenapa?" tanya Adel takut-takut.

"Kau tanya kenapa? Dia hampir ruined our date." bentak Angah keras.

"Tapi dia dah pergi kan. Biarlah kat dia. Lagipun, apa salahnya kalau dia duduk sekali makan dengan kita?" tanya Adel polos.

Angah mengeluh.

" Jangan baik sangat boleh tak? Kalau dah makan bertiga, bukan date namanya tu, tapi double date." jelas Angah.

Adel diam. Malas untuk memanjangkan lagi cerita. Makanan disuap masuk. Adel menyandar kemas ke kerusi. Terasa kenyang perutnya diisi dengan makanan. Angah pula sedang bermain dengan telefon.

Sesaat, terasa ruang restoran gelap gelita. Hanya pancaran lampu neon yang samar-samar kelihatan. Adel cuak.

"Angah!" panggil Adel mulai cemas.

Namun, tiada sahutan yang kedengaran.

"Angah!" sekali lagi Adel panggil. Kali ini kuat panggilannya. Mata mulai terasa panas.

"Angah.." panggil Adel sebak. Tubuh bingkas bangun. Tangan berpaut di meja melangkah ke arah Angah. Air mata terasa mengalir laju.

Namun, belum sempat dia melangkah lebih jauh, terasa pinggangnya dirangkul dari belakang. Serentak nyanyian lagu 'Happy birtbday' berkumandang kedengaran. Adel tersentak. Lampu mulai terpasang cerah.

"Angah!" seru Adel seraya memeluk kejap tubuh kekar Angah.

"Heyy kenapa menangis ni?" tanya Angah kalut.

"Angah pergi mana? Adel takut.." rengek Adel sebak.

Angah tersenyum. Diusap air mata Adel. Sebuah kucupan dilabuhkan di dahi dan pipi Adel.

"Happy birthday, sayang.." ucap Angah berbisik romantis.

Adel tercengang. Bulat matanya dengan kejutan diterima. Kelihatan seorang pelayan menatang kek berhias cantik dengan lilin.

"Jangan cakap kau lupa hari ni birthday kau." kata Angah.

Adel terkelu. Sungguh dia benar lupa hari ini merupakan tarikh hari kelahirannya.

"Okay, stop making blur face like that. Now, blow the candle please. Jangan lupa, make some wishes." bisik Angah.

Adel merenung kek dan wajah Angah bersilih ganti.

"Untuk Adel?" tanya Adel serak.

Angah mengangguk.

"Takkan untuk Affan pula kut. Tiuplah.." ujar Angah lagi.

Perlahan, Adel tiup lilin yang bernyala. Usai, Angah bersorak kecil. Adel tersenyum malu. Bazir air mata je menangis tadi.

Pinggang Angah dirangkul. Sebuah kucupan dilayangkan di pipi Angah.

"Terima kasih Angah. Im really appreciate it." ucap Adel benar-benar terharu.

Angah tersenyum kacak. Pinggang Adel turut dirangkul.

"Make wish apa tadi? Cepat-cepat kahwin ke?" usik Angah.

"Ishhh.." dada Angah ditumbuk manja.

Angah tertawa besar. Ditangkap jemari Adel di dadanya sebelum dikucup.

"Ohh ya, sebelum aku terlupa. This is for you." sejambak bunga ros merah dikeluarkan dari arah belakang badan sebelum disua tepat ke wajah Adel.

Sekali lagi Adel dilanda rasa terharu.

"Ambillah.." sua Angah lagi.

Adel menyambut lambat-lambat. Sebuah senyuman terukir lebar. Sungguh dia benar-benar senang dengan layanan Angah.

"Sorry selama ni aku tak pernah wish atau sambut birthday kau. Kau tahu kan kita dulu macam mana.." ucap Angah kesal.

Adel menggeleng. Dilaga dahinya dengan Angah.

"You have made me really fall for you today Hayyan Rifqi.." bisik Adel perlahan.

Angah kerutkan dahi.

"Kau cakap apa?" tanya Angah.

Adel menggeleng.

"Adel cakap its sokay. Ni dah lebih pada cukup."

"Yaka?" tanya Angah kurang percaya.

Adel mengangguk. Senyuman lebar terbias indah di wajahnya. Tubuh Angah dipeluk sekali lagi.

"Once again, happy birthday dear.." ucap Angah. Adel memejamkan mata. Tuhan, jaga dia untukku!

Haii semua. Seronok ke double seronok atau beronok-ronok chapter kali ni? Kena kencing manis dak agak2? hahaha. Drop komen sikit.

Share this novel

Nor Hashimah
2022-01-04 22:45:44 

nak lagiiii


NovelPlus Premium

The best ads free experience